Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kemas Rumah Dengan Tenang, Ini 10 Vacuum Cleaner 'Tanpa Bunyi'

Tiada lagi masalah ganggu jiran tetangga semasa kemas rumah!

Masalah vacuum cleaner yang bising sememangnya boleh menyebabkan orang sekeliling kita marah. Bukan itu sahaja, kadang-kala diri sendiri yang mengemas ni pun boleh pening kepala sebab vacuum cleaner beroperasi dengan bunyi yang kuat. Melabur kepada vacuum cleaner yang menepati kemahuan dan keperluan juga sebenarnya tidak salah. 

Pasti anda fikir vacuum cleaner yang mempunyai ciri bunyi yang perlahan ataupun yang tidak bising memakan harga yang tinggi bukan? Sebenarnya harga mereka sama sahaja dengan vacuum yang biasa.

Bagaimanakah caranya untuk membuat vacuum cleaner tidak bising?

Membuat vacuum cleaner yang anda sedia ada supaya tidak bising adalah mustahil kerana ianya berkaitan dengan motor vacuum itu sendiri. Ada beberapa cara untuk anda lakukan supaya dapat mengurangkan bunyi vacuum cleaner tersebut.

Anda boleh mencuba membersih filter dengan kerap dan menukar kipas di dalam vacuum cleaner itu. Mungkin vacuum anda perlu diservis supaya bunyinya tidak keterlaluan. 

Tetapi lebih efektif untuk vacuum cleaner yang beroperasi tanpa bunyi dengan melakukan pembelian baru. Jom lihat senarai vacuum cleaner tidak bising buat aktiviti mengemas rumah lebih selesa;

10 Vacuum Cleaner Tidak Bising Untuk Anda

Vacuum cleaner yang ringan untuk membersih kereta
mulai
RM51.80
Semak Portable Handheld Car Dry And Wet Vacuum Cleaner (120W) harga dibawah:

Vacuum kereta ini bersaiz kecil dan amat mudah untuk digunakan. Bersaiz kompak dan jenis wireless, vacuum ini boleh dibawa kemana-mana sahaja. Nozzle yang kecil juga memudahkan lagi sesi membersih di tempat yang sukar dicapai.

Vacuum ini mampu menyedut cecair yang tumpah di dalam kereta anda dan sistem operasinya kurang bising. Jadi, tiada lagi masalah jika si kecil makan di dalam kereta!

Vacuum cleaner tidak bising untuk sedut bulu kucing dengan berkesan
Samu Giken
mulai
RM98.90
Semak Samu Giken Handheld Vacuum Cleaner LOW NOISE (850W-220V) harga dibawah:

Bulu si comel yang manja pasti seringkali sering gugur dan bertebaran di serata tempat bukan? Nah, handheld vacuum yang kecil ini amat mudah digunakan kerana ianya senang untuk menyedut bulu kucing yang melekat di atas carpet, permukaan baju, sofa ataupun tilam. Ianya juga boleh digunakan untuk menyedut bulu kucing yang keguguran.

Vacuum ini juga kurang bunyi dan berkuasa sedikit rendah yang membuatkan kucing anda tidak mudah takut kepada bunyinya dan kuasa sedutan juga rendah, tidak akan menyakitkan kulit si manja.

Vacuum cleaner dengan watt rendah yang tidak bising
PerySmith
mulai
RM99.00
Semak PerySmith Handheld Vacuum Cleaner Cyclone Series 850W (PS8520) harga dibawah:

Dengan kuasa 850W, vacuum ini amat sesuai untuk kegunaan harian dan dapat membersih kotoran ringan seperti rambut ataupun tumpahan makanan di atas lantai. Dengan ciri yang tidak bising, vakum ini akan beri keselesaan ketika sesi pembersihan dijalankan tanpa menganggu orang lain. 

Wayarnya sepanjang 4.8m akan memudahkan pergerakan ketika membersih. Juga menggunakan HEPA filter, walaupun vakum ini berkuasa rendah, ianya dapat memerangkap segala hama dan habuk yang kecil.

Vacuum cleaner untuk sofa dengan pengsteril cahaya UV
Haier
mulai
RM269.00
Semak Haier Handheld Vacuum Cleaner With Uv Sterilizer (ZB401G) harga dibawah:

Kita seringkali tidak sedar akan kotoran yang melekat dan meresap jauh dalam sofa. Mungkin daripada haiwan kesayangan ataupun daripada kita sendiri yang pembawa bakteria dan terus kepada sofa.

Nah, vacuum cleaner ini amat canggih ya, Dengan kuasa cahaya UV dan penyedutan kuat, vakum ini akan menyedut segala hama dan debu yang terperangkap di dalam sofa atau tilam dan sekaligus mensterilkan permukaan sofa atau tilam.

Vacuum cleaner mobile/portable yang mudah dibawa kemana sahaja
Midea
mulai
RM459.00
Semak Midea Anti-Dust Mites Bed Vacuum Cleaner (MID-MVCB500VM) harga dibawah:

Vacuum ini kurang bising, mempunyai ciri cahaya UV yang mensterilkan permukaan sekaligus membunuh bakteria dan allergen yang menyebabkan bersin, batuk, mata berair dan asma. Ianya amat mudah digunakan kerana saiznya kecil. Vakum jenis ini juga portable jika anda ingin bersihkan kotoran di atas permukaan kaunter dapur, meja makan, cabinet konsol tv dan juga di meja belajar.

Vacuum robot tidak bising dengan kuasa sedutan kuat
Xiaomi
mulai
RM1,268.00
Semak Xiaomi Mi Roborock Robot Vacuum Cleaner 2 harga dibawah:

Kebanyakan vakum robot mempunyai ciri bunyi yang kurang bising, kuasa sedutannya juga berkurang. Jadi, vakum robot seringkali tidak dapat membersih dengan baik. Nah, vakum robot daripada Xiaomi ini pula bukan sahaja kurang bising, namun ianya juga mempunyai kuasa sedutan yang kuat. 

Vacuum ini tahan selama 2 jam setengah untuk anda mengemas rumah. Senang bergerak kemana-mana dan juga senang untuk dicas semula. Robot ini juga boleh mengeringkan lantai yang basah sambil melakukan teknik mengemop.

Vacuum cleaner untuk karpet yang menyedut habuk dan hama
Philips
mulai
RM1,594.80
Semak Philips Aqua Action Water Filtration Vacuum Cleaner 2000W (FC8950) harga dibawah:

Jika sering mempunyai masalah karpet kotor ataupun karpet jenis berbulu, anda boleh menggunakan vakum yang mempunyai ciri-ciri water filtration untuk menyedut segala kotoran termasuklah hama dan debu kecil.Walaupun mempunyai Watt yang tinggi, vakum jenis ini kurang bising dan tidak akan mengganggu seisi rumah ketika membersih.

Vacuum dengan HEPA filter yang paling senyap
Electrolux
mulai
RM1,175.00
Semak Electrolux Ultrasilencer Green Vacuum Cleaner (ZUSG4061) harga dibawah:

Namanya juga sudah menjanjikan sesi mengemas rumah yang aman, dengan ciri yang senyap! Dengan menggunakan sistem HEPA filter, vakum ini mampu menyedut segala habuk di atas apa jua permukaan seperti debunga yang menyebabkan allergi, bulu haiwan kesayangan, hama habuk. Ianya juga mampu untuk menghilangkan bau asap rokok dan bau hapak yang terperap pada barangan berfabrik.

Vacuum cordless mudah, tidak perlu guna wayar/kabel
Dyson
Vacuum berkuasa tinggi terbaik untuk bulu kucing
mulai
RM1,990.00
Semak Dyson V8 Fluffy Pro Cordless Vacuum   harga dibawah:

Siapa sahaja yang tak nak vacuum cordless daripada Dyson ni. Bukan sahaja senyap dan tidak bising, Dyson ini terkenal dengan vacuum tanpa wayar dan dapat membersih segala kotoran tanpa meninggalkan kesan. Daripada habuk di atas lantai kepada sarang labah-labah di dinding rumah dalam masa 40 minit. 

Ianya menggunakan HEPA filter yang menangkap allergens yang selalunya menyebabkan batuk, sering bersin, gatal kulit dan asthma. Sesuai untuk lantai jenis kayu hardwood kerana kepala pembersihnya bersifat roller lembut yang tidak akan mencalarkan permukaan lantai kayu.

Vacuum cleaner dengan water filtration paling hebat
Kärcher
mulai
RM2,339.00
Semak Kärcher Water Filter Vacuum Cleaner DS6 harga dibawah:

Vacuum ini ialah yang paling terbaik dari segi kegunaan untuk semua tempat. Dari membersih lantai, tilam, sofa, karpet. dan juga dalaman kereta. Ianya bukan sahaja mempunyai kuasa sedutan yang sangat power, malahan menggunakan HEPA filter dua kali ganda kuasa menyedut partikel habuk kecil dengan baik.

Sesuai untuk digunakan ke atas sofa, tilam dan karpet, vakum berkuasa tinggi dan tidak bising ini akan memudahkan kerja anda sekeluarga!

Artikel Berkaitan 

End of Article