Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Panaskan Makanan Tanpa Bazir Masa Dengan 10 Microwave Oven Ini

Semudah 1, 2 dan 3!

Product in this article

Zaman sudah semakin maju, makanan segera (instant) sudah boleh dibeli di conveniece store. Makanan segera sebegini sangat mudah bagi individu yang mempunyai kekangan masa untuk memasak hidangan yang sempurna. Disinilah kegunaan microwave oven itu sangat penting. 

Apakah perbezaan antara microwave, oven dan microwave oven?

Microwave digunakan untuk memanaskan makanan tetapi tidak boleh memasak makanan mentah seperti daging, ikan, ayam dan sebagainya. Ianya boleh digunakan untuk ‘defrost’ makanan seperti frozen food. Oven pula sesuai digunakan untuk membakar dan menggril makanan yang anda inginkan. Terbaik dalam penggunaan membakar, ianya sesuai untuk membakar kek dan cookies

Manakala microwave oven pula multifungsi 2-dalam-1 kerana fungsinya adalah gabungan antara microwave dan oven. Jika hendak menjimatkan wang pembelian, disyorkan untuk anda membeli microwave oven. Ayuh lihat rekomendasi microwave oven sesuai mengikut bajet anda;

10 Microwave Oven Terbaik Untuk Anda

Morgan 20L Microwave Oven with Defrost Function (MMO-BB20M)

RM 199
Morgan
1. Morgan 20L Microwave Oven with Defrost Function (MMO-BB20M)
Microwave oven yang dijamin selamat dan murah
Updated on 27th May 2020

Microwave oven dari Morgan ini adalah antara yang termurah dipasaran tetapi kualitinya setanding dengan ketuhar berjenama dan mahal. Pintunya dilengkapi dengan safety lock yang dijamin tidak akan mudah dibuka oleh anak kecil. 

Fungsi defrost pada microwave ini dapat menyahbeku makanan frozen anda dalam masa 30 minit. Sesuai untuk ruangan dapur yang terhad, ianya tidak memakan ruangan besar.

Midea 20L Microwave Oven (MM720CXM)

RM 175
Midea
2. Midea 20L Microwave Oven (MM720CXM)
Microwave oven mudah dikendali dan berkualiti tinggi
Updated on 28th April 2020

Microwave oven dari jenama Midea ini mudah dikendali dan terkenal dengan kualiti terbaiknya. Ketuhar ini dapat menyahbeku makanan sejukbeku anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Boleh memuatkan kapasiti sehingga 20L dan dijamin selamat penggunaannya.

Toshiba 20L Microwave Oven (ER-SM20)

RM 199
Toshiba
3. Toshiba 20L Microwave Oven (ER-SM20)
Microwave oven dengan 5 aras masakan untuk hidangan anda
Updated on 28th April 2020

Rekabentuk microwave oven dari Toshiba ini agak klasik kerana ianya masih mengekalkan ciri-ciri dial. Sebelum menyahbeku atau memanaskan makanan, pastikan anda hidupkan terlebih dahulu microwave oven ini 30 saat sekurang-kurangnya sebelum penggunaan. Ini untuk memastikan makanan anda dapat dipanas dan menyahbeku secara menyeluruh.

Elba 20L Microwave Oven with Defrost [EMO-F2074(SV)]

RM 222.22
Elba
4. Elba 20L Microwave Oven with Defrost [EMO-F2074(SV)]
Microwave tahan lasak untuk jangka masa panjang
Updated on 27th May 2020

Microwave oven beroperasi secara manual dan mempunyai 6 pengawalan kuasa yang ditetapkan. Hanya perlu menekan untuk membuka pintu gelombang ketuhar ini dan turut mempunyai fungsi mencairkan. Anda dapat memanaskan apa jua hidangan yang anda inginkan dengan pantas dan mudah. 

Ianya bukan sahaja berbaloi dari segi harga tetapi juga berfungsi dengan baik untuk memastikan anda mendapat kehangatan hidangan yang diinginkan.

Hitachi 23L Solo Oven Series Digital Microwave Oven (HMR-D2311)

RM 270
Hitachi
5. Hitachi 23L Solo Oven Series Digital Microwave Oven (HMR-D2311)
Microwave oven digital dengan paparan skrin sentuh
Updated on 28th April 2020

Microwave oven dengan teknologi terbaru menggunakan siri digital dan paparan skrin sentuh untuk mengendalikannya. Dilengkapi dengan 6 program menu secara automatik seperti memanas, menggril, membakar dan lain-lain lagi untuk memudahkan anda menyediakan hidangan. Tidak perlu lagi membeli microwave dan oven secara berasingan dan ianya menjimatkan perbelanjaan.

Panasonic 25L Microwave Oven (NN-ST34HMMPQ)

RM 349
Panasonic
6. Panasonic 25L Microwave Oven (NN-ST34HMMPQ)
Microwave oven dengan watt rendah untuk membakar ayam
Updated on 29th July 2020

Anda kini dapat memasak dengan pantas dan mudah menggunakan gelombang ketuhar mikro solo ini. Ianya mempunyai 9 program menu untuk memasak secara auto iaitu bubur, mee segera, sayur, kentang, nasi, ikan stim, ayam, didih dan memanas hanya dengan menekan butang yang tersedia.

Ia boleh memasak dengan kadar segera dan juga boleh ditambahkan masa memasak segalanya di skrin ketuhar ini. Kuasa memasak yang tidak terlalu tinggi iaitu 800 watt dan pastinya mudah untuk dibersihkan selepas penggunaan.

Pensonic PMW-280MD Microwave oven (Grey)

RM 350
Microwave yang selamat digunakan
Pensonic
7. Pensonic PMW-280MD Microwave oven (Grey)
Microwave yang selamat digunakan untuk buat popcorn
Updated on 27th May 2020

Pensonic Microwave Oven PMW-280MD dengan kuasa output 900w dan kapasiti 28L. Ketuhar gelombang mikro ini mempunyai 95 minit pemasa dan mempunyai pintu pemegang tarik untuk membantu anda mengambil makanan tanpa menyentuh gelombang mikro panas. 

Ianya mempunyai 8 fungsi memasak secara auto, fungsi mencairkan makanan yang beku dan termasuk dengan fungsi ciri keselamatan dengan  mengunci apabila makanan sedang dimasak. Hidangan yang lazat kini tersedia dengan mudah, cepat dan selamat.

Sharp Microwave Oven with Grill 25L (R607EK)

RM 399
Sharp
8. Sharp Microwave Oven with Grill 25L (R607EK)
Microwave oven terbaik untuk kegunaan gril makanan
Updated on 27th May 2020

Ketuhar gelombang mikro ini menjadikan makanan yang dimasak lebih enak dan berkhasiat. Gabungan ketuhar gelombang mikro dengan memanggang dapat mempercepatkan proses memasak. Ianya beroperasi secara konveksi dimana udara panas dihidupkan di seluruh oven agar masakan anda dimasak dengan lebih sempurna.

Dengan kuasa 1000 watt yang dihasilkan untuk memanggang menjadikan hidangan stik anda enak dan empuk di dalam. Anda bukan hanya boleh memanggang tetapi juga mengukus ikan, ayam dan pau dengan adanya ketuhar gelombang mikro ini.

Samsung 23L Microwave Oven with Grill (MG23H3115GK)

RM 399
Samsung
9. Samsung 23L Microwave Oven with Grill (MG23H3115GK)
Terbaik untuk memasak atau memanaskan pizza
Updated on 27th May 2020

Dengan rekaan yang sleek, microwave oven ini pasti bersesuaian untuk diletakkan dimana-mana ruang dapur anda. Pintu microwave oven ini diperbuat daripada material Crystal Gloss yang membolehkan anda melihat makanan yang dinyahbeku atau sedang dimasak dengan jelas.

Bukan sahaja itu, malah anda juga dapat memasak makanan kegemaran anda seperti pizza, roti, stik, burger, menghangatkan ayam goreng, memasak lauk dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro ini dengan mudah dan pantas. 

Electrolux 30L Table Top Microwave (EMS3087X)

RM 783
Electrolux
10. Electrolux 30L Table Top Microwave (EMS3087X)
Microwave oven sesuai untuk membakar kek dan cookies
Updated on 28th April 2020

Ketuhar gelombang mikro khas untuk para suri rumah yang gemar membuat kek kerana ianya mempunyai aplikasi sentuhan mudah untuk kegunaan dan pengawalan masa bagi setiap masakan. 3-dalam-1 ketuhar gelombang mikro oven sangat berguna samada anda ingin membakar, mengukus dan memanaskan dalam waktu singkat.

Microwave oven ini juga boleh membakar kek kegemaran anda dengan kuasa 1,100 watt . Anda kini tidak perlu risau lagi walaupun ketuhar sedang dijalankan ketika anak anda berada berdekatannya kerana microwave oven ini mempunyai kawalan keselamatan untuk kanak-kanak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article