Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Air Fryer Terbaik Untuk Hidangan Bergoreng Yang Sihat

Memasak dengan lebih efisien dan mudah!

Product in this article

Diiklankan sebagai cara yang guilt-free dan sihat untuk menikmati makanan goreng kegemaran anda, air fryer menjadi item must-have dalam setiap dapur baru-baru ini. Air fryer adalah perkakas dapur popular yang digunakan untuk menyediakan makanan bergoreng seperti ayam goreng dan french fries tanpa perlu menggoreng dengan minyak masak. Ia berfungsi dengan menggunakan peredaran udara panas di sekeliling makanan untuk menghasilkan bahagian luar yang rangup. 

Adakah makanan yang disediakan menggunakan air fryer lebih sihat untuk dimakan?

Ya, kerana memasak menggunakan air fryer tidak memerlukan minyak membuatkan makanan yang digoreng mengandungi kadar lemak lebih rendah. Selain itu, bagi anda yang sedang berdiet, makanan air fryer adalah pilihan terbaik kerana kandungan kalori rendah, sekaligus memudahkan perjalanan diet anda. Kali ini kami bawakan beberapa jenis air fryer terbaik untuk membantu anda membuat pembelian. Jom kita lihat!

10 Air Fryer Terbaik Untuk Kegunaan Anda

AMGO Air Fryer (3.8L)

RM 39
AMGO
1. AMGO Air Fryer (3.8L)
Air fryer terbaik dengan harga murah dan berkualiti hebat
Updated on 9th August 2020
add_circle Rekaan cool-touching dan sleek
add_circle Bakul menggoreng jenis non-stick
add_circle Lengkap set timer dan suhu
remove_circle Berkapasiti kecil

Usah pecahkan tabung untuk membeli air fryer kerana Amgo menawarkan air fryer berkualiti dengan harga mampu milik. Air fryer ini mempunyai ciri asas sesebuah air fryer ditambah pula dengan menu preset yang sudah disediakan seperti tetapan untuk masakan ikan, ayam dan kentang. Tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang!

Khind ARF3000 Air Fryer

RM 284.99
Khind
2. Khind ARF3000 Air Fryer
Air fryer terbaik untuk makanan berasaskan kentang
Updated on 9th August 2020
add_circle Paparan digital dengan sensor sentuhan
add_circle 8 fungsi preset hidangan
add_circle Lengkap dengan teknologi high speed air circulation
remove_circle Bakul jenis stainless steel, tidak mudah dibersihkan

Anda gemarkan kentang goreng? Dapatkan air fryer ini untuk french fries yang rangup dan tidak berminyak. Ia menggunakan high speed air circulation technology untuk menghasilkan makanan yang lebih kurang minyak dan lebih sihat. Bekas menggorengnya pula diperbuat daripada stainless steel atau keluli tahan karat yang menepati piawaian keselamatan makanan.

Hanya set timer 10 minit pada suhu 150 darjah selsius untuk mendapatkan french fries ala-ala McDonald’s. Anda juga boleh memasak grill potatoes untuk dihidang bersama juadah roasted chicken! Apa salahnya sekali-sekala dinner cara western.

Birkeshire Digital LCD Touchscreen Air Fryer AF-261-M 3.8L pan

RM 399.00
Birkeshire
3. Birkeshire Digital LCD Touchscreen Air Fryer AF-261-M 3.8L pan
Air fryer terbaik untuk baking, serlahkan skill baker anda
Updated on 9th August 2020
add_circle Paparan digital LCD & timer
add_circle Sesuai untuk yang amalkan 'eat clean'
add_circle Roast, grill & bake
remove_circle Tiada fungsi preset

Tidak kiralah anda membuat tart telur atau brownies, semuanya semudah 123 dengan adanya air fryer. Anda tidak perlu lagi kerap menjenguk ke dalam oven. Pastikan anda menggunakan suhu dan masa yang betul untuk hasil ‘bake’ yang diidamkan. Tidak perlu lagi mencuci banyak perkakas semasa berbaking.

Giselle Digital Air Fryer KEA0202

RM 219.99
Giselle
4. Giselle Digital Air Fryer KEA0202
Air fryer terbaik untuk menggoreng ayam
Updated on 9th August 2020
add_circle Kapasiti 4.8L sesuai untuk 7-8 pax
add_circle Menggunakan kawalan sentuh (touch control)
add_circle Rapid Air Technology untuk pemakanan lebih sihat
remove_circle Tidak boleh digunakan untuk membakar kek

Dapatkan ayam goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam dengan menggunakan air fryer ini. Ianya menggunakan turbo spiral heating untuk memasak makanan dengan sekata pada masa yang lebih singkat tanpa perlu menambah minyak. Air fryer ini menggunakan kawalan sentuh (touch control) untuk reka bentuk yang lebih moden.

PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series PS1520 (4.8L)

RM 218
PerySmith
5. PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series PS1520 (4.8L)
Air fryer terbaik untuk menggoreng tauhu dan tempe
Updated on 9th August 2020
add_circle Sistem auto shut-off selepas 30 minit
add_circle Gunakan minyak kurang dari 80%
add_circle Jimat penggunaan tenaga elektrik

Air fryer ini menggunakan teknologi Ecohealth untuk membebaskan lemak berlebihan dari makanan. Ianya kemudiannya mengekalkan minyak asli dalam bahan makanan untuk menggoreng. Dapatkan tauhu dan tempe goreng yang rangup dalam masa hanya 10 minit. Tiada lagi masalah makanan hangit.

Haier Air Fryer (2.5L)

RM 229
Haier
6. Haier Air Fryer (2.5L)
Air fryer terbaik untuk mengukus makanan & goreng keropok
Updated on 9th August 2020
add_circle Teknologi Rapid Heatwave
add_circle Sesuai untuk roast, grill & bake
add_circle Menggunakan minyak kurang dari 80%

Kini anda boleh mengukus makanan kegemaran anda dengan mudah! Tak perlu lagi menggunakan pengukus manual yang memerlukan air diisi pada bahagian bawah. Dengan air fryer berkapasiti 2.5 liter ini, anda boleh menyiapkan puding roti atau kek coklat moist dengan hanya 2 langkah iaitu set suhu dan masa!

Elba Air Fryer with LED Display (G3014)

RM 199
Elba
7. Elba Air Fryer with LED Display (G3014)
Air fryer terbaik untuk menggoreng hidangan seafood seperti ikan
Updated on 9th August 2020

Bagi penggemar fish and chips dan ikan panggang, air fryer ini akan memudahkan untuk menikmati makanan kegemaran anda. Air fryer ini memerlukan anda set suhu dan masa secara manual agar anda boleh mengawal masakan anda dengan lebih teliti. Bakul menggoreng air fryer ini mudah untuk ditanggal dan dibersihkan tanpa meninggalkan sisa masakan.

Nakada Air Fryer (5.0L) XL

RM 199.00
Nakada
8. Nakada Air Fryer (5.0L) XL
Air fryer terbaik dengan kapasiti besar dan jimat elektrik
Updated on 9th August 2020
add_circle 5 multifungsi : steam, roast, bake, grill & fry
add_circle Rekaan transparent yang trendy & menarik
add_circle Kapasiti 5L, sesuai untuk seekor ayam
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Air fryer ini hanya menggunakan power 1100W membuatkan ianya jimat elektrik berbanding air fryer yang lain. Ianya mempunyai ciri menarik seperti Dual Temperature Sensing Mode dan reka bentuk transparent membuatkan ianya menarik.  Dengan kapasiti sebesar 4 liter, memasak seekor ayam bukan lagi satu masalah.

Samu Giken Rapid Air Fryer (3.8 Litre) SG-AFA35SSB

RM 143.9
Samu Giken
9. Samu Giken Rapid Air Fryer (3.8 Litre) SG-AFA35SSB
Air fryer berkualiti tinggi yang jimat elektrik & masa
Updated on 9th August 2020
add_circle Tray air fryer diperbuat dari material teflon, mudah dibersihkan
add_circle Waktu memasak lebih singkat
add_circle Harga ikut kemampuan bajet

Air fryer berkapasiti 3.8 liter ini dapat memasak dengan pantas berbanding air fryer lain dengan. Ia menggunakan high speed fan dan memastikan penjimatan tenada elektrik. Kini anda boleh panaskan semula lauk kurang daripada 3 minit!

Philips Daily Collection Air Fryer (HD9216)

RM 440
Philips
10. Philips Daily Collection Air Fryer (HD9216)
Air fryer terbaik untuk journey diet – sihat dan seimbang
Updated on 9th August 2020
add_circle Mudah untuk dibersihkan
add_circle Sistem auto shut-off
add_circle Tidak menggunakan minyak
remove_circle Harga sedikit 'pricey'

Lupakan minyak masak! Dengan teknologi Rapid Air, anda boleh menikmati makanan bergoreng dengan 80% kurang lemak dan kalori. Anda tidak perlu menggunakan minyak yang banyak lagi. Selain itu, untuk makanan yang lebih healthy apa kata cuba mod grill pula!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article