Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Wujudkan Ruang Yang Selesa Dengan 10 Penghawa Dingin Ini

Fuh tak tahan cuaca panas di luar, mujur ada penghawa dingin di rumah!

Product in this article

Faktor cuaca di negara kita membuatkan penggunaan penghawa dingin di rumah sangat penting. Dengan adanya penghawa dingin, anda tidak perlu lagi risau tentang tidur malam yang tidak lena dan berpeluh. Semasa memilih penghawa dingin, pastikan ianya menjimatkan penggunaan tenaga, saiz yang bersesuaian dengan ruang anda dan juga tahap kesejukannya. Pastikan juga kapasiti ruangan dapat menampung peredaran udara daripada penghawa dingin tersebut.

Adakah penghawa dingin penting untuk setiap kediaman mampu milik?

Ya, penghawa dingin merupakan perkara asas yang perlu ada dalam setiap rumah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di Malaysia dan terbaharu terdapat pelbagai virus merbahaya yang mula merebak ke seluruh negara. Lebih elok jika dapat memiliki penghawa dingin yang dapat menapis dan menghalang udara atau habuk daripada masuk ke dalam rumah. 

Yang penting, ianya haruslah mampu untuk dimiliki dan masih mengikut bajet yang dianggarkan oleh anda. Berikut terdapat beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli. 

10 Penghawa Dingin Terbaik Untuk Setiap Kediaman

Haier HSU-09LTA17 1HP Air Conditioner

RM 709
Haier
1. Haier HSU-09LTA17 1HP Air Conditioner
Penghawa dingin lengkap dengan mod ‘self-cleaning’
Updated on 12th August 2020

Penghawa dingin ini dilengkapi dengan paparan LED menunjukkan aras tetapan suhu dan anda boleh melaras mengikut suhu yang dikehendaki. Mod turbo penghawa dingin ini pula boleh menyejukkan ruangan kegemaran anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Tidak perlu pasang terlalu awal sebelum masuk tidur. 

Mod ‘self-cleaning’ penghawa dingin ini pula boleh membersih secara automatik dan dapat menghalang habuk atau debu yang berlegar di dalam ruangan kediaman anda.

Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)

RM 709
Aircond inverter murah yang bagus dan murah
Midea
2. Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)
Penghawa dingin jenis ‘high-density’ dan tahan lasak
Updated on 12th August 2020

Penghawa dingin berjenama Midea ini sememangnya terkenal dengan sistem ionizer dan berketumpatan tinggi. Anda boleh mengawal penghawa dingin ini melalui smartphone dengan menggunakan aplikasi yang disediakan. Hanya kawalan ‘sleep mode’ dan ‘weekly timer’, anda boleh tetapkannya setiap hari. Tidak perlu lagi mengawalnya secara manual.

Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG)

RM 715
Hisense
3. Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG)
Penghawa dingin terbaik dan berkualiti tinggi
Updated on 12th August 2020

Penghawa dingin Hisense ini memastikan anda tidur dengan lena sehingga di buai mimpi indah. Ia memastikan suhu bilik anda dalam suhu yang selesa dan nyaman untuk dinikmati. Hisense dilengkapi dengan mod penghidup semula secara automatik, mod tidur, mod pintar serta pemasa 24 jam.

Ia menggunakan penyejuk mesra alam yang menarik dan beroperasi dengan senyap bagi memastikan anda dapat tidur dengan selesa. Penghawa dingin ini juga dapat memerangkap habuk yang berterbangan.

York Non-Inverter Air Conditioner Wall Mounted (YWM3FDAS-W)

RM 930
York
4. York Non-Inverter Air Conditioner Wall Mounted (YWM3FDAS-W)
Penghawa dingin dengan sistem operasi yang senyap
Updated on 12th August 2020

Sebut sahaja nama York, siapa yang tidak kenal dengan jenama penghawa dingin terbaik di pasaran Malaysia setanding jenama mahal. Penghawa dingin ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga / elektrik kediaman anda dan lengkap dengan sistem Rapid Cooling. 

Reka bentuk yang elegan membuatkan ianya sesuai untuk semua jenis ruangan samada moden, kontemporari dan klasik. Ianya beroperasi secara perlahan dan tidak akan mengganggu tidur malam anda.

Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner

RM 855
Midea
5. Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner
Updated on 12th August 2020

Pendingin udara yang mesra alam ini sangat mudah untuk beroperasi dan sesuai untuk dibawa kemana sahaja kerana ia bersaiz sederhana. Ia boleh melakukan kipasan secara automatik dengan hanya mengawal menggunakan alat kawalan jauh. Ia juga dilengkapi dengan pemasa yang dapat menjimatkan lagi penggunaan tenaga dirumah anda. 

Cuaca panas kini tidak lagi menjadi masalah dengan adanya pendingin udara jenama Midea yang mempunyai kapasiti penyejukan sehingga 9,000 Btu. 

Electrolux 1.5HP Non Inverter ESM12CRI-B1

RM 1099
Aircond terbaik untuk bilik
Electrolux
6. Electrolux 1.5HP Non Inverter ESM12CRI-B1
Sesuai untuk ruangan peribadi seperti bilik tidur
Updated on 22nd May 2020

Penghawa dingin Electrolux ini mempunyai penapis bio-HEPA dan penapis HD yang membantu menghapuskan virus, bakteria dan zarah-zarah berbahaya akibat dari haiwan peliharaan ataupun debu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan kelembapan secara automatik selepas mesin berhenti berfungsi untuk melindungi daripada kewujudan kulat.

Dengan sensor I-feel yang ada pada penghawa dingin ini, ia membantu dalam mengesan suhu yang anda inginkan. Kelajuan kipas turbo yang ada pada penghawa dingin ini membolehkan penyejukan dirasai lebih cepat.

Beko Air Conditioner Standard 1.5HP BMLE120

RM 1255
Aircond yang jimat elektrik terbaik
Beko
7. Beko Air Conditioner Standard 1.5HP BMLE120
Penghawa dingin yang menjimatkan tenaga elektrik
Updated on 12th August 2020

Beko penghawa dingin yang memberi kapasiti kuasa tinggi yang cukup kuat untuk persekitaran lebih selesa dan menyejukkan bilik secara menyeluruh. Ianya penghawa dingin yang bersaiz sederhana dan amat sesuai untuk dikenakan di mana-mana ruangan rumah anda. 

Apatah lagi dengan kemudahan yang disediakan iaitu paparan LED, memudahkan anda untuk menukarnya dari mod sejuk ataupun mod tidur. Harganya mampu milik pasti dapat melengkapi keselesaan seisi keluarga anda.

Panasonic 1.5HP XU13VKH Premium-X Inverter Nano Aero Series

RM 1940.00
Panasonic
8. Panasonic 1.5HP XU13VKH Premium-X Inverter Nano Aero Series
Sistem inverter terbaik, penghawa dingin pilihan ramai
Updated on 12th August 2020

Penghawa dingin Panasonic ini memiliki reka bentuk yang slim dengan kemasan yang licin agar ia kelihatan mewah untuk mencantikkan ruang bilik anda. Tambahan pula dengan kipas jenis hayunan Aerowings, ia memastikan udara sejuk dapat sebarkan ke seluruh bilik.

Yang lebih istimewa tentang penghawa dingin ini ia juga menggunakan teknologi kompresor inverter iaitu teknologi ECONAVI berkuasa tinggi untuk memberikan kesejukkan hanya dalam waktu yang singkat sambil menjimatkan penggunaan tenaga. Penghawa dingin ini juga bagus kerana ia menggunakan sistem penapisan yang dapat menghapuskan bakteria dan juga virus.

Daikin 2.0HP FTV50P/RV50C Wall Mounted Air Cond

RM 1959
Daikin
9. Daikin 2.0HP FTV50P/RV50C Wall Mounted Air Cond
Sejukkan ruangan kediaman anda dengan penghawa dingin ini
Updated on 12th August 2020

Jenama Daikin amat terkenal di Malaysia dalam pengeluaran rangkaian penghawa dingin yang terbaik dalam pasaran. Dilengkapi dengan 2.0HP, ianya berfungsi dengan bunyi yang rendah dan sesuai untuk diletakkan samada di ruang tamu atau bilik tidur. Fungsi mod turbo dengan kelajuan kipasnya yang sederhana, proses penyejukkan ruangan kegemaran anda akan berlaku dengan pantas.

Sharp 2.0HP J-Tech Inverter AHXP18UHD

RM 2667
Aircond terbaik untuk ruang tamu
Sharp
10. Sharp 2.0HP J-Tech Inverter AHXP18UHD
Terbaik untuk ruangan yang besar dan bersiling tinggi
Updated on 22nd May 2020

Di saat cuaca terlalu panas penghawa dingin Sharp menjadi penyelesaiannya, ia mempunyai mod powerful jet yang mampu memberikan angin sejuk yang kuat dalam hanya beberapa saat walaupun ia dalam bilik yang luas. Malah penghawa dingin ini juga dapat melindungi daripada kerosakan daripada kilat, api ataupun karat.

Sharp juga penghawa dingin yang baik untuk bayi kerana ia beroperasi dalam bunyi yang rendah agar tidur si kecil tidak terganggu.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article