Product in this article

Faktor cuaca di negara kita membuatkan penggunaan penghawa dingin di rumah sangat penting. Dengan adanya penghawa dingin, anda tidak perlu lagi risau tentang tidur malam yang tidak lena dan berpeluh. Semasa memilih penghawa dingin, pastikan ianya menjimatkan penggunaan tenaga, saiz yang bersesuaian dengan ruang anda dan juga tahap kesejukannya. Pastikan juga kapasiti ruangan dapat menampung peredaran udara daripada penghawa dingin tersebut.

Berikut terdapat beberapa jenama yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli.

Aircond berkualiti tinggi dengan harga mampu milik
1. HISENSE Air Cond AN10DBG 1.0HP R32
Penghawa dingin terbaik dan murah dengan berkualiti tinggi

Penghawa dingin Hisense ini memastikan anda tidur dengan lena sehingga di buai mimpi indah. Ia memastikan suhu bilik anda dalam suhu yang selesa dan nyaman untuk dinikmati. Hisense dilengkapi dengan mod penghidup semula secara automatik, mod tidur, mod pintar serta pemasa 24 jam.

Ia menggunakan penyejuk mesra alam yang menarik dan beroperasi dengan senyap bagi memastikan anda dapat tidur dengan selesa. Penghawa dingin ini juga dapat memerangkap habuk yang berterbangan.

Penghawa dingin terbaik untuk kegunaan di rumah
2. DAIKIN 2.0HP FTV50P/RV50C Wall Mounted Air Cond
Penghawa dingin terbaik untuk kegunaan di rumah

Jenama Daikin amat terkenal di Malaysia dalam pengeluaran rangkaian penghawa dingin yang terbaik dalam pasaran. Dilengkapi dengan 2.0HP, ianya berfungsi dengan bunyi yang rendah dan sesuai untuk diletakkan samada di ruang tamu atau bilik tidur. Fungsi mod turbo dengan kelajuan kipasnya yang sederhana, proses penyejukkan ruangan kegemaran anda akan berlaku dengan pantas.

Sistem inverter terbaik, penghawa dingin pilihan ramai
3. PANASONIC 1.5HP XU13VKH Premium-X Inverter Nano Aero Series
Sistem inverter terbaik, penghawa dingin pilihan ramai

Penghawa dingin Panasonic ini memiliki reka bentuk yang slim dengan kemasan yang licin agar ia kelihatan mewah untuk mencantikkan ruang bilik anda. Tambahan pula dengan kipas jenis hayunan Aerowings, ia memastikan udara sejuk dapat sebarkan ke seluruh bilik.

Yang lebih istimewa tentang penghawa dingin ini ia juga menggunakan teknologi kompresor inverter iaitu teknologi ECONAVI berkuasa tinggi untuk memberikan kesejukkan hanya dalam waktu yang singkat sambil menjimatkan penggunaan tenaga. Penghawa dingin ini juga bagus kerana ia menggunakan sistem penapisan yang dapat menghapuskan bakteria dan juga virus.

Aircond yang jimat elektrik terbaik
4. Beko Air Conditioner Standard 1.5HP BMLE120
Penghawa dingin yang menjimatkan tenaga elektrik

Beko penghawa dingin yang memberikan kapasiti kuasa tinggi yang cukup kuat untuk memberikan persekitaran yang selesa dan menyejukkan bilik secara menyeluruh. Ianya penghawa dingin yang bersaiz sederhana dan amat sesuai untuk dikenakan di mana-mana ruangan rumah anda. Apatah lagi dengan kemudahan yang disediakan iaitu paparan LED, memudahkan anda untuk menukarnya dari mod sejuk ataupun mod tidur. Harganya yang mampu milik pasti dapat melengkapi keselesaan seisi keluarga anda.

Aircond mudah alih terbaik
5. Pensonic 1.0HP Portable Air Conditioner PEN-PPA109
Aircond mudah alih / portable terbaik – jimatkan ruang

Jika anda memiliki ruang sederhana dan ingin yang mudah alih, Pensonic dapat memenuhi permintaan anda. Ianya mempunyai reka bentuk yang moden dan juga terbaik untuk memberikan penyejukan setiap sudut bilik anda. Penghawa dingin ini bukan sahaja menyejukkan udara, ia menyerap kelembapan yang ada di persekitaran bagi memastikan anda menghidu udara yang lebih segar dan tidak berbau.

Ia datang dengan mod tidur, pemasa, auto swing dan paparan LED. Mudah untuk digunakan dan juga mudah untuk anda dapat merasai kesejukkan.

Aircond terbaik untuk ruang tamu
6. Sharp 2.0HP J-Tech Inverter AHXP18UHD
Terbaik untuk kegunaan ruangan yang besar seperti ruang tamu

Di saat cuaca terlalu panas penghawa dingin Sharp menjadi penyelesaiannya, ia mempunyai mod powerful jet yang mampu memberikan angin sejuk yang kuat dalam hanya beberapa saat walaupun ia dalam bilik yang luas. Malah penghawa dingin ini juga dapat melindungi daripada kerosakan daripada kilat, api ataupun karat.

Sharp juga penghawa dingin yang baik untuk bayi kerana ia beroperasi dalam bunyi yang rendah agar tidur si kecil tidak terganggu.

Aircond terbaik untuk bilik
7. Electrolux 1.5HP Non Inverter ESM12CRI-B1
Sesuai untuk ruangan peribadi iaitu bilik tidur

Penghawa dingin Electrolux ini mempunyai penapis bio-HEPA dan penapis HD yang membantu menghapuskan virus, bakteria dan zarah-zarah berbahaya akibat dari haiwan peliharaan ataupun debu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan kelembapan secara automatik selepas mesin berhenti berfungsi untuk melindungi daripada kewujudan kulat.

Dengan sensor I-feel yang ada pada penghawa dingin ini, ia membantu dalam mengesan suhu yang anda inginkan. Anda tidak perlu menunggu lagi untuk merasai kesejukan kerana dengan kelajuan kipas turbo yang ada pada penghawa dingin ini membolehkan penyejukan dirasai lebih cepat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Peralatan Besar

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!