Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Ketuhar (Oven) Gas Terbaik di Malaysia 2024

Sama ada menu ayam panggang, biskut atau kek, semua pasti menjadi!

Oven gas tak sama seperti microwave yang digunakan untuk tujuan pemanasan makanan.

Tapi fungsi oven lebih kurang sama seperti oven cuma menggunakan gas bukan elektrik.

Bagi yang nak jimat elektrik memang pilihan yang tepat beli oven gas.

Cuma, perlu lebih berhati-hati supaya tidak ada berlaku perkara buruk berlaku atau masakan hangit kerana panas tidak berada di tahap yang betul.

Apa pun, jom kita lihat dahulu senarai harga dan oven gas terbaik.


Isi Kandungan


Senarai 7 Ketuhar Gas Terbaik 

Oven gas untuk beginner
Butterfly
mulai
RM165.00
Semak Butterfly B-2421 Gas Oven harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Boleh guna atas dapur gas
add_circle Jimat elektrik
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kek yang besar

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Jenama oven Butterfly satu-satunya yang masih mengekalkan konsep ketuhar atas dapur gas. Sangat berkualiti, tahan lama dan mampu digunakan oleh setiap generasi keluarga anda.”

Ciri-ciri;

Ketuhar keluaran Butterfly ini mempunyai cara penggunaan sangat ringkas. 

Menggunakan haba dari dapur gas dan anda perlu memantau suhu melalui termometer yang diletakkan di pintu oven. 

Anda juga boleh guna oven gas ini ketika berkhemah dengan meletakkan oven diatas dapur kayu api. 

Saiz yang kecil 13 inci, ringan dan boleh dibawa kemana sahaja. 

Manakala saiz dalam oven pula sesuai untuk kuali leper atau dulang baking bersaiz 10 x 10. 

Warna hitam dan reka bentuk klasik menjadikan oven ini pilihan mereka yang sukakan konsep retro. 

Review;

“Oven memang cantik, sesuai untuk kegunaan harian di rumah dan paling penting ia jimat elektrik. Hadiahkan untuk emak dan nenek di kampung sebab senang nak masak kuih-kuih tradisional guna oven Butterfly.”

Oven besar industri
The Baker
THE BAKER Commercial Gas Oven YXY-90
mulai
RM10,500.00
Semak THE BAKER Commercial Gas Oven YXY-90 harga dibawah:
add_circle Kawalan suhu 20 – 400ºC (atas/bawah)
add_circle Kuantiti hingga 49-53kg per jam
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Saiz besar, perlu ruang yang luas

Jenama perkakas pembuatan kek dari The Baker antara oven terbaik dalam menyediakan oven industri yang bagus.

Saiz oven gas ini besar cukup berbaloi untuk proses membakar kek, roti atau kuih untuk kadar kuantiti yang banyak. 

Jika anda seorang peniaga bakery sepenuh masa, kami syorkan model YXY-90 kerana mempunyai 3 tingkat oven yang memuatkan 9 dulang pembakar. 

Anda boleh menyediakan 49 hingga 53 kilogram bancuhan kek dalam setiap jam. 

Bahkan penggunaan elektrik dan gas tidak keterlaluan dimana kira-kira 1.48 kilogram sejam digunakan.

Cukup dengan kadar 240 voltan, sama sahaja dengan perkakas elektrik atau dapur yang lain. 

Pastikan anda mempunyai ruang luas untuk letakkan oven gas industri ini kerana saiz agak besar berukuran 171 cm x 820 cm x 1680 cm. 

Ciri lain tentang oven ini, diperbuat dari material stainless steel, pemegang pintu ergonomik, mempunyai lampu pada bahagian dalam dan mudah dibersihkan. 

Oven gas terbaik untuk baking
Okazawa
mulai
RM2,640.00
Semak Okazawa GVL12T Industrial Gas Oven harga dibawah:
add_circle Boleh kawal suhu atas & bawah
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Masak untuk kuantiti sikit

Oven gas industri merupakan sebuah oven gas yang terbaik keluaran Okazawa. 

Sesuai untuk mereka yang baru memulakan perniagaan baking atau peniaga-peniaga kecil luar sana. 

Saiz oven ini boleh memuatkan 2 dulang pembakar 40 cm x 60 cm dalam satu masa. 

Anda juga akan berasa senang untuk menetapkan suhu pembakar kerana ia dilengkapi sistem haba atas dan bawah yang boleh dilaras secara berbeza. 

Sistem pengaliran haba oven ini juga sangat baik bagi memastikan suhu panas cepat sekata dan bahagian luar oven kekal sejuk. 

Bahagian sistem keselamatan pula, anda tidak perlu risau kerana jika berlaku peningkatan suhu yang melampau, akana ada peranti khas memotong bekalan kuasa supaya tidak berlaku risiko berbahaya. 

Harga oven industri ini cukup berpatutan dengan tawaran kualiti dan konsep pemanasan yang mantap.

Oven untuk pizza
THE BAKER
mulai
RM2,000.00
Semak THE BAKER Gas Pizza Oven ESMPO1/1 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pizza
add_circle Buatan Malaysia
add_circle Suhu maksima 300°C
remove_circle Harga agak mahal

Khas untuk peniaga kedai pizza, dapatkan satu unit ketuhar gas The Baker yang bercirikan untuk membakar pelbagai jenis pizza. 

Berukuran 52 cm x 29.8 cm x 2.5 cm dimana boleh memuatkan satu dulang pizza. 

Jadi anda boleh cipta sendiri saiz pizza dari personal, regular hingga besar . 

Jangan risau, setiap pembelian oven akan diberi alat pemotong dan batang pengangkat pizza material dari stainless steel tahan lasak. 

Maksima aliran haba oven pula sehingga 300°C supaya dapat memasak doh dan topping pizza dengan baik sekali.

Oven gas untuk bisnes kecil
ORIMAS
ORIMAS GR-1M Gas Oven 1 Layer 1 Tray
mulai
RM1,950.00
Semak ORIMAS GR-1M Gas Oven 1 Layer 1 Tray harga dibawah:
add_circle Boleh kawal suhu atas & bawah
add_circle Diperbuat dari stainless steel
add_circle Sesuai juga untuk masakan bakar yang lain
remove_circle Hanya 1 tingkat
remove_circle Berat (80 kilogram)

Baru berkecimpung dalam dunia perniagaan bakeri? Anda boleh mula dengan oven industri jenis gas dari jenama Orimas ini. 

Ini kerana boleh tingkatkan keluaran operasi menggunakan oven Orimas yang lengkap dengan pelbagai pengubahan suhu ketuhar atas dan bawah. 

Malah, suhu oven boleh dikawal dari 20°C hingga 400°C dengan butang tetapan masa dalam bentuk digital. 

Bukan sekadar kek, brownies atau roti, anda juga boleh menyedia pelbagai masakan dengan teknik bakar dengan oven ini. 

Misalnya mac & cheese, pot pie, pizza dan banyak lagi. 

Bahagian cermin pintu oven boleh ditanggalkan untuk tujuan pembersihan. 

Badan oven pula dari material stainless steel tahan lama dan tahan karat. 

Kami sangat syorkan oven ini kepada pengusaha kafe kecil atau bisnes makanan sederhana.

Zanussi Gas Cooker Oven (62L90cm) 4-Burners ZCG940W
mulai
RM1,678.99
Semak Zanussi Gas Cooker Oven (62L/90cm) 4-Burners ZCG940W harga dibawah:
add_circle Mempunyai 4 tungku dapur
add_circle Ada ruang penyimpanan barang
add_circle Pintu oven jenis kaca
add_circle Harga murah
remove_circle Hanya terdapat dalam warna putih

Jenama dapur gas dan oven Zanussi antara perkakas dapur yang masih mengekalkan konsep dan oven yang menggunakan gas 100%. 

Sebuah dapur tahan lasak, kukuh, pelbagai guna dan paling penting memberi aliran haba yang baik ketika memasak. 

Bagi pembelian oven gas ini anda akan menerima 4 tungku dapur dan satu unit oven di bahagian bawah berkapasiti 62 liter. 

Dapur saiz kompak ini boleh digunakan untuk memasak dan membakar dalam satu masa.

Bahagian oven pula dicirikan dengan pintu penutup jenis double-glaze tempered glass yang bertujuan memastikan tiada pengaliran haba panas di bahagian luar dapur oven. 

Tidak semestinya anda boleh masak kek atau pencuci mulut saja.

Anda juga boleh membakar ayam panggang, pie atau pelbagai lagi menu utama dalam oven gas Zanussi. 

Happypopper Commercial Industrial Baking Oven 1 Layer 1 Tray
mulai
RM1,499.00
Semak Happypopper Commercial Industrial Baking Oven 1 Layer 1 Tray harga dibawah:
add_circle Kawalan suhu 0 – 400ºC (atas/bawah)
add_circle Fungsi timer (99 minit)
add_circle Pintu penutup oven tebal
remove_circle Hanya 1 tingkat

Oven industri ini bagus untuk proses membakar pelbagai jenis roti untuk tujuan perniagaan atau komersial. 

Merupakan sebuah oven satu tingkat dengan berukuran dalaman 65 cm x 45 cm x 27 cm yang muat untuk pelbagai saiz acuan dan bentuk roti yang anda idamkan. 

Anda juga boleh guna oven ini dengan pelbagaikan menu untuk keluarga atau kafe anda, seperti anek pastri, pizza, biskut atau ayam bakar.

Bahagian suhu oven boleh diubah suai mengikut kesesuaian resepi dari haba atas dan bawah yang boleh mencecah sehingga 400°C. 

Menariknya lagi anda boleh menetapkan pemasa bagi setiap 10 hingga 15 minit dalam 99 minit jadual. 

Ini bertujuan pemantauan yang berkala dan anda tidak perlu menunggu dihadapan oven. 

Walaupun sebuah oven industri tapi tetap sesuai untuk dijadikan oven gas digunakan di rumah.


Apa Kelebihan Oven Gas?

Antara kelebihan oven gas daripada oven elektrik ialah menjimatkan elektrik dan biasanya lebih murah berbanding jenis elektrik. 

Malah, pengaliran penebat haba oven gas sangat cepat secara tidak langsung mengurangkan masa menunggu. 

Menariknya lagi, gas oven memberi hasil kek atau kuih lebih lembap. Ini kerana wujud kesan cecair (lembap) dalam pelepasan gas pada udara ketika proses membakar. 

Kos selenggara oven gas juga murah dan anda hanya perlu menukar gas sama seperti menggunakan dapur gas. 


Bagaimana Cara Guna Oven Gas?

Tidak seperti oven elektrik, oven gas disambungkan dengan paip aliran kepada tong gas atau sumber gas. 

Jadi pastikan anda sudah buka kepala paip gas sebelum menghidupkan oven. 

Anda boleh mengawal suhu dengan mengubah saiz api dan aliran gas. Bergantung pada model oven masing-masing. 


Apa Fungsi Oven Gas?

Sama seperti ketuhar atau oven elektrik, alat perkakas dapur ini bertujuan untuk membakar sama ada makanan savory dan pencuci mulut. 

Apa yang berbeza adalah oven gas menggunakan gas asli atau propana sebagai sumber bahan api atau penebat.

Sumber ini memanaskan makanan melalui sinaran dari penunu yang ada di dalam oven.

Kemudian, secara perlahan-lahan, gas yang dibakar akan membebaskan sedikit cecair lembapan di udara. 

Apabila anda menghidupkan oven gas, secara automatik akan membuka bekalan gas dan membenarkan gas mengalir terus ke penebat atau penjana haba di dalam oven. 

Semasa proses membakar, termostat di dalam ketuhar anda mengukur dan mengawal haba untuk memastikan ketuhar masak pada suhu yang konsisten tanpa menjadi terlalu panas. 

Setelah suhu mencapai tahap yang diperlukan, penunu akan dipadamkan dan bekalan gas terputus.

Apabila keadaan mula sejuk, ketuhar akan menghidupkan semula sehingga ia kembali ke suhu yang betul.


Artikel Berkaitan

End of Article