Dengan cuaca panas yang tak menentu di negara kita ini, pasti ada ibu bapa yang mencari-cari jawapan untuk menambahkan keselesaan buat bayi tersayang. Tentulah ramai yang berasa perlu untuk membeli pendingin hawa yang sesuai untuk si comel.

Pemilihan untuk memiliki penghawa dingin bukanlah satu keputusan yang boleh diambil mudah. Banyak aspek yang harus dipertimbangkan seperti  kos dan bajet, saiz yang bersesuaian serta selamat untuk kegunaan bayi.

Penghawa dingin yang baik bukan sekadar dapat menyejukkan sesuatu ruangan tetapi juga memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya buat si kecil. Berikut senarai pilihan penghawa dingin untuk ibu bapa pertimbangkan dalam membeli barangan yang terbaik buat si comel.

Penghawa dingin bukanlah penyebab bayi boleh jatuh sakit. Namun, penggunaan penghawa dingin yang terlalu lama dan sejuk boleh memberi kesan buruk sehingga bayi demam. Jika bayi anda mudah dijangkiti kuman dan kerap kali demam, mungkin anda perlu mendapatkan pendingin hawa yang sesuai untuk kesihatan. 

Penghawa dingin Sharp ini sesuai untuk kegunaan di bilik yang ada bayi kerana ianya dilengkapi dengan Baby Mode, berfungsi melindungi bayi daripada keadaan suhu bilik terlalu sejuk. Ini dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan terhidrasi.

12 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Alat penghawa dingin mudah-alih daripada Midea ini sesuai untuk penggunaan bayi anda. Lengkap dengan sistem automatik seperti Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection, penghawa dingin ini mudah untuk dipasang serta dikendali oleh sesiapa sahaja. Ianya menjimatkan ruangan dan penggunaan tenaga jika anda menggunakannya sepanjang hari. 

Disebabkan saiznya portable dan mudah-alih, anda boleh meletakkannya di sudut ruangan pilihan bersebelahan dengan babycot si kecil.  

3. ARCTIC Air Mini Aircond

Penghawa dingin jenis mini untuk keselesaan bayi anda

Harga mulai RM43.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM43.40 shopping_cart Lazada Malaysia RM43.80

Terima kasih dengan teknologi canggih masa kini, pendingin hawa Arctic Air Mini berkualiti tinggi dan membolehkan anda sekeluarga menikmati udara nyaman dan segar di mana sahaja anda berada. Hanya perlu mengisikan air ke dalam tempat yang disediakan dan masukkan plug atau USB port, penghawa dingin ini mampu berkerja selama 8 jam untuk setiap isian. 

Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja serta kipasnya beroperasi tidak terlalu bising membolehkan bayi anda tidur dengan lena walaupun pada cuaca panas. 

4. TOSHIBA RAS-H10U2KCV 1.0HP Air Conditioner

Aircond lengkap dengan sistem inverter yang sangat efisien

Harga mulai RM1,359.00

Bagi ibubapa yang mencari sistem penghawa dingin yang berprestasi tinggi dan cekap, pilihlah jenama Toshiba ini. Dilengkapi dengan ciri-ciri kemewahan serta teknologi RAS multi-split inverter systems, ianya adalah solusi paling ideal untuk bilik besar. Penghawa dingin Toshiba ini berkualiti tinggi serta mampu menyejukkan bilik dengan kadar segera, sekaligus menjimatkan elektrik dan meninggikan kadar efisensi tenaga yang digunakan. 

Ia juga dilengkapi dengan self-cleaning function yang mengurangkan kelembapan serta menghalang kewujudan kulat di dalam unit penghawa dingin ini.

5. DAIKIN FTV-P SERIES 1.0HP Air Conditioner

Jimat elektrik, penghawa dingin pilihan ramai

Harga mulai RM959.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM959.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM969.00

Dalam bab membeli pendingin hawa, jangan hanya melihat pada harga sahaja. Sesetengah penghawa dingin menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan menambahkan kos perbelanjaan bulanan isi rumah. Dengan menggunakan teknologi inverter yang berinovasi tinggi, penghawa dingin dari Daikin ini mampu mengawal suhu persekitaran sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. 

Sistem kawalan suhu mengikut keperluan persekitaran dan ianya dapat menyejukkan bilik dengan segera. Penghawa dingin dari Daikin ini mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 30% berbanding kebanyakan penghawa dingin konvensional yang lain.

6. PANASONIC 1.0HP Premium Inverter AERO Series (CS-S10TKH)

Aircond terbaik untuk ruang tamu serta sesuai untuk bayi

Harga mulai RM1,535.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,535.00 shopping_cart Senheng Malaysia RM1,535.00

Penghawa dingin Panasonic ini adalah daripada lingkungan premium keluaran jenama terkenal ini. Walaupun dengan hanya 1.0HP, ianya mampu menyejukkan ruangan yang besar sekaligus membuatkan bayi anda terasa nyaman ketika bermain di ruang tamu. Teknologi Aerowings yang melengkapkan pendingin hawa ini membolehkan udara nyaman beredar secara langsung dan tidak langsung dengan segera. 

Ini membolehkan pengudaraan yang sempurna di ruang tamu anda tanpa memerlukan masa yang panjang sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik. 

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. HAIER HSU-09LTA17 1HP Air Conditioner

Penghawa dingin murah yang terbaik untuk baby

Harga mulai RM689.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM689.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM699.00

Pendingin hawa Haier ini mempunyai harga yang berpatutan serta mampu melaksanakan tugas memberi penyejukkan dengan sempurna dan berkualiti tinggi. Dilengkapi dengan Blue Fin Technology, ia juga mampu membersihkan udara di dalamnya dari pertumbuhan kulat sekaligus mengedarkan udara segar dan sihat. 

Dilengkapi dengan sistem kawalan seperti Sleep Mode yang membolehkan anda menetapkannya pada masa-masa tertentu demi keselesaan si kecil semasa tidur sepanjang malam tanpa gangguan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!