Peti sejuk merupakan benda yang paling wajib dimiliki di rumah atau dalam perniagaan kita untuk memastikan makanan dapat tahan lebih lama dengan mengekalkan nutrisi makanan tersebut. Kini, pelbagai aspek pembaharuan yang dimiliki sesetengah peti sejuk seperti dapat menghasilkan ais batu, menjimatkan elektrik, mengekalkan kesegaran dan menyah bau-bauan, memiliki ruangan yang besar serta bermacam lagi ciri terbaharu.

Kebanyakan peti sejuk besar yang memiliki kapasiti melebih 300L semestinya berharga mahal dan di luar kemampuan. Tetapi ada juga yang berharga jauh lebih murah. Ketahuilah bahawa peti sejuk yang murah tidak semestinya ia tidak bagus. Yang penting boleh berfungsi sama seperti peti sejuk berjenama dan mahal. Berikut beberapa jenama peti sejuk yang kami senaraikan untuk panduan anda.

1. SHARP 620L Side by Side Fridge SHP-SJX636GM

Peti sejuk jenis 2 pintu – asingkan makanan anda agar mudah untuk dicapai

Harga mulai RM2,968.00

Peti sejuk Sharp ini adalah jenis peti 2 pintu direka dengan aliran udara penyejukan yang baik bagi menjaga kualiti makanan anda. Ianya turut memiliki fungsi deodoriser iaitu menghalang dari kewujudan bau busuk dan juga bakteria yang akan merosakkan makanan. Bukan sahaja itu, malah ia juga peti yang mampu menyejukbekukan dalam masa yang singkat.

Dilengkapi dengan ciri mod eko yang ada pada peti sejuk ini, menjadikannya peti yang menjimatkan elektrik sehingga 10%. Usah risau lagi, bil elektrik anda tidak akan mencanak tinggi!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. LG 427L Inverter & Multi Air Flow Fridge - LG-GNB422SQCL

Peti sejuk inverter dengan sistem pengudaraan yang sempurna

Harga mulai RM1,788.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,256.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM1,788.00

Peti sejuk bersaiz sederhana dari rangkaian barangan eletkrikal LG ini mempunyai sistem penyejukkan secara merata dan sistem pengaliran udara yang bagus. Ianya mampu mengawal lembapan agar makanan tidak mudah rosak dan dapat tahan lebih lama. Peti sejuk ini turut mempunyai ruang penyimpanan yang agak luas dan mampu memberi penyusunan makanan lebih rapi serta teratur.

Peti sejuk dengan paparan LED ini sangat sesuai untuk dimiliki di setiap kediaman kerana ia turut menjimatkan penggunaan tenaga.

3. MIDEA Refrigerator MD-333V 2 Door 300L

Peti sejuk berkapasiti 300L dengan harga mesra poket

Harga mulai RM939.00

Midea semestinya jenama yang sudah dikenali ramai sejak berabad lagi. Ianya bukan sahaja peti yang berpatutan dari segi harga malahan ia juga peti ‘durable’ dan ‘heavy duty’. Peti sejuk ini lengkap dengan ruang penyimpanan yang besar untuk menyimpan makanan atau barangan basah. Bahkan, ruang dalamannya juga cukup luas untuk menyimpan botol besar dan makanan yang ingin disejukbekukan.

Peti sejuk Midea ini turut mempunyai pintu atas iaitu untuk pembekuan dan membuat ais batu secara manual. Peti bersaiz sederhana ini sesuai untuk anda yang mempunyai ruang dapur yang agak terhad.

4. HAIER 390L Stylish 2 Door Inverter Fridge HAI-HRFIV398H

Peti sejuk minimalis, sesuai untuk yang gemarkan gaya simple

Harga mulai RM1,414.00

Peti sejuk ini dengan gaya ringkas dari segi rekaannya, sangat sesuai untuk anda yang mempunyai ruang dapur tidak terlalu besar. Ia peti sejuk yang menyejukkan makanan dengan cepat dan memastikan suhu yang diedar sama rata. Dengan ciri tambahan yang dimiliki iaitu lampu LED memudahkan lagi kerja menyimpan atau mengambil makanan di dalam peti.

Ruang penyimpanannya juga luas untuk memastikan makanan anda disimpan dengan lebih kemas. Peti sejuk yang mesra alam ini semestinya memastikan anda dapat mengurangkan penggunaan elektrik di rumah setiap hari.

5. SAMSUNG 590L Twin Cooling Fridge SAM-RS554NRUA9M

Peti sejuk besar – pantas menyejukbekukan makanan

Harga mulai RM4,899.00

Peti sejuk dua pintu yang besar dari Samsung ini, memiliki ruang penyimpanan yang banyak. Ianya menggunakan dua aliran udara berasingan dan kawalan suhu yang tepat untuk mengekalkan tahap kelembapan optimum di kedua-dua bahagian peti sejuk termasuklah pada bahagian beku. Dengan sistem penyejuk kembar yang terbina pada peti sejuk ini ia memastikan buah-buahan anda kekal segar dan menyah bauan.

Kini, dengan peti sejuk beku yang bersaiz besar ini anda dapat memuatkan lebih banyak ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan untuk stok mingguan atau bulanan

6. 2 door Display Chiller

Peti sejuk sesuai untuk peniaga kedai runcit

Harga mulai RM3,300.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM3,300.00

Peti sejukberkualiti tinggi ini mempunyai ruang penyimpan yang agak besar dan luas. Bukan sahaja itu, malah ia juga mudah untuk dialihkan kemana-mana sahaja kerana memiliki roda di bahagian bawah peti.Ia peti yang sesuai untuk digunakan di kedai-kedai kecil atau gerai makanan dengan reka bentuknya yang cukup ringkas dan juga mudah dibersihkan. Pencahayaan lampu pada peti ini cukup terang dan jelas untuk memudahkan para pelanggan mengambil minuman yang tersedia.

7. HESSTAR HDS-43G Showcase Chiller 430L (Black & White)

Peti sejuk khas untuk mempamer minuman

Harga mulai RM1,730.00

Peti sejuk jenis ini sesuai bagi kegunaan peniaga untuk mempamerkan minuman yang dijual. Ianya sesuai untuk minuman seperti botol besar, tin dan jenis kotak. Bukan itu sahaja, suhunya juga mudah dikawal oleh sistem kawalan suhu mekanikal. Turut dilengkapi dengan lampu menegak untuk pencahayaan penuh bagi setiap lapisan rak.

Hesstar Showcase HDS-10G juga direka dengan pintu penutup sendiri yang dapat menutup secara automatik supaya anda tidak perlu bimbang lagi jika pelanggan yang mengambil minuman tidak menutup pintu chiller ini dengan rapat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

 

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!