Penggunaan mesin jahit sudah semestinya dapat melancarkan dan memudahkan kerja-kerja jahitan. Pelbagai jenis mesin jahit dengan ciri dan fungsi yang berbeza ditawarkan di pasaran, untuk memenuhi keperluan jahitan anda. Hasil jahitan yang kemas juga dapat memberikan kepuasan buat anda.

Ekspresi sisi kreatif dan inovatif anda dengan cadangan produk mesin jahit berikut.

1. Portable Electric Mini Sewing Machine

Mesin jahit mudah alih murah – sesuai untuk pemula

Harga mulai RM26.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM26.50

Alat mudah alih dengan tawaran harga berbaloi ini adalah pilihan yang tepat buat mereka yang baru mula belajar menjahit. Mesin jahit berfungsi dengan kawalan pedal dan mampu menjahit dua jalur jahitan dalam satu masa. Memiliki ciri ringan, dwi fungsi dengan bateri dan wayar serta dilengkapi lampu LED, mesin jahit ini sudah pasti dapat memenuhi keperluan jahitan anda dirumah.

2. Singer Start 1306 Sewing Machine

Mesin jahit automatik yang berkualiti – sesuai untuk menjahit pakaian

Harga mulai RM519.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM519.00

Jenama Singer sudah menjadi simbol kualiti untuk produk mesin jahit. SINGER START 1306 adalah sebuah mesin jahit yang boleh menjahit jahitan asas, lubang butang dan jahitan dekorasi. Mesin ini ringan dan kompak, sesuai digunakan untuk menjahit pakaian. Tampil menawan dengan busana bergaya hasil rekaan anda sendiri dengan bantuan mesin jahit dari Singer.

70 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Singer 4423 Heavy Duty Sewing Machine + Extension Table

Mesin jahit untuk menjahit material tebal seperti kain jeans

Harga mulai RM999.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM999.00

Alat heavy-duty ini lebih sesuai digunakan untuk menjahit material tebal seperti langsir dan kain jeans. Mesin jahit dari Singer ini adalah lebih kuat dan kukuh serta memiliki jaminan waranti selama enam bulan. Tambahan, alat ini mampu menjahit dengan lebih laju hingga 23 jenis rekaan jahitan. Percuma meja sambungan dengan setiap pembelian mesin jahit.

73 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Handy Stitch Portable Cordless Electric Sewing Machine

Mesin jahit paling kecil 

Harga mulai RM10.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM10.90

Mesin jahit tangan dengan harga mampu milik ini sangat mudah untuk dibawa kemana-mana. Alat berfungsi dengan kuasa bateri dan boleh digunakan untuk jahitan asas. Sangat berguna untuk menjahit pakaian yang koyak atau membaiki pakaian. Mesin juga sangat ringan, sesuai untuk dibawa melancong atau pulang ke kampung halaman.

5. Singer 151511J Single needle Lockstitch Portable Sewing Machine

Mesin jahit tradisional

Harga mulai RM599.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM599.00

Model mesin jahit dari Singer ini tentu mengembalikan nostalgia dan boleh dikategorikan sebagai barangan antik. Namun mesin tradisional ini adalah dalam versi yang lebih moden kerana tidak dipasang pada meja kayu dan besi yang boleh dikayuh seperti lazim kita lihat. Mesin memiliki motor automatik yang dikawal melalui pedal, dan dipasang pada peti plastik. Dengan fungsi asas, mesin jahit boleh menghasilkan jahitan jenis lurus.

6. Brother NV980D Sewing and Embroidery Machine

Mesin jahit serbaguna dengan fungsi 4 dalam 1

Harga mulai RM3,100.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM3,100.00

Mesin jahit jenama Brother ini memiliki pelbagai fungsi, antaranya fungsi jahitan, membuat lubang butang, sulaman biasa dan rekaan sulaman karakter animasi. Lebih menarik, fungsi sulaman dikawal oleh panel skrin sentuh dan dilengkapi slot untuk pemacu USB. Serlahkan kreativiti melalui sentuhan sulaman dengan pelbagai corak dan motif pada busana rekaan anda.

7. Handheld Sewing Machine

Mesin jahit portable mudah – benang tidak mudah sangkut

Harga mulai RM135.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM135.00

Mesin jahit mini ini memiliki fungsi yang mudah serta dilengkapi ciri benang sedia terpasang, jadi ia dapat mengelakkan masalah benang tersangkut. Mesin beroperasi dengan kuasa bateri dan dikawal dengan pedal kawalan. Dengan tawaran harga yang berbaloi, alat boleh digunakan untuk jahitan asas bagi mereka yang baru belajar menjahit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!