Bagi masyarakat Malaysia, pastinya setiap rumah mempunyai satu periuk nasi tidak kira apa saiz periuk nasi tersebut.
Lebih-lebih lagi, sekarang ini ada pelbagai jenis pilihan rice cooker terbaik seperti periuk nasi elektrik, periuk nasi besar, periuk nasi portable dan sebagainya.
Periuk nasi moden juga merupakan salah satu hadiah popular yang sering diberikan kepada mereka yang baru sahaja berkahwin dan duduk rumah baru.
Jom lihat senarai jenama periuk nasi terbaik dengan harga periuk nasi yang berpatutan yang anda boleh beli untuk rumah atau hadiahkan kepada kawan-kawan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Periuk Nasi Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Untuk yang baru berkahwin, keluarga 3-4 orang atau individu bujang pula, periuk nasi comel dengan kapasiti 1.2L ini mudah digunakan dan tidak makan ruang yang banyak.
Ciri-ciri:
Periuk nasi ini sesuai untuk memasak nasi putih atau perang yang enak.
Dengan saiz 1.2 liter juga, anda boleh memasak nasi untuk 1-2 orang atau sekitar 4 cawan nasi dalam satu masa.
Periuk nasi elektrik Giselle juga dilengkapi dengan fungsi steam untuk anda kukus telur atau sayuran di bahagian atas dan masak nasi di bahagian bawah.
Menariknya lagi, juga boleh digunakan untuk memasak sup, hot pot dan mee mengikut selera masing-masing.
Pemegang periuk pula jenis penebat haba, jadi pengguna boleh alihkan periuk walaupun ketika masih panas.
Review:
"Sangat sesuai untuk keluarga kecil, boleh masak nasi untuk 4-5 orang makan. Mudah digunakan dan mudah untuk dibersihkan. Saiz rice cooker kecil, jadi tak makan banyak ruang. Nak angkat pun ringan je, seller trusted dan sangat recommended."
Untuk yang hanya mahukan penggunaan asas periuk nasi, kami cadangkan anda guna rice cooker Midea yang berkapasiti 1.8 liter ini.
Dengan saiz ini, anda boleh masak nasi untuk menjamu 5-8 orang.
Paling penting, periuk nasi ini sangat mudah untuk digunakan kerana hanya mempunyai satu butang sahaja.
Apabila nasi siap ditanak, periuk akan bertukar automatik ke mod 'Keep Warm' agar nasi anda kekal hangat.
Periuk nasi ini hanya gunakan kuasa 700 hingga 833W setiap kali digunakan dan periuk asas ini sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Bagi anda yang suka camping atau gemar travel, pasti waktu healing lebih menyeronokkan jika dapat menikmati nasi yang lembut sambil menikmati suasana alam sekitar.
Oleh itu, anda disarankan untuk bawa rice cooker dengan kapasiti 0.3 liter kerana saiznya kecil membolehkan anda menyimpannya tanpa memakan ruang yang banyak.
Selain itu, bahagian dalam periuk pula mempunyai lapisan non-stick bagi memastikan nasi tidak mudah melekat.
Ciri ini juga akan mengurangkan masalah kerak nasi yang keras dan akan memudahkan proses cucian periuk nasi tersebut.
Dengan saiz yang kecil dan portable, periuk nasi ini sesuai juga dimiliki oleh pelajar kolej yang tinggal di rumah sewa atau asrama.
Dengan rekaan periuk yang berbentuk sfera agar haba dapat disebarkan dengan lebih sekata, rice cooker Tefal ini bakal memberikan anda nasi yang lebih empuk serta enak.
Lebih bagus, periuk nasi ini juga boleh digunakan untuk memasak beras perang, sup dan bubur.
Dengan saiz 1.8 liter, sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga kerana boleh menanak nasi sehingga 10 cawan beras.
Jadi, boleh anda gunakannya untuk sediakan nasi beriani dalam kuantiti yang banyak untuk tetamu ketika open house hari raya.
Periuk nasi ini juga tahan lasak sebab mempunyai 4 lapisan coating di bahagian dalam untuk memastikan beras dimasak dengan baik dan tidak mudah basi.
Paling menarik, periuk nasi ini boleh dibasuh dengan dishwasher juga.
Kalau anda mahukan periuk nasi besar untuk kenduri atau jualan nasi, boleh cuba guna rice cooker Milux yang berkapasiti 10 liter ini.
Dengan kapasiti besar tersebut, anda boleh memasak nasi dalam jumlah yang banyak secara automatik dalam satu masa.
Ciri ini bukan sahaja memudahkan anda masak untuk kenduri atau tempahan katering, anda juga dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Periuk nasi bersaiz besar ini turut mempunyai elemen pemanas yang besar manakala bahagian dalam periuk pula diperbuat dari aluminium yang selamat digunakan.
Fungsi automatik ‘Keep Warm’ juga akan memastikan nasi anda kekal dalam suhu yang hangat dan tidak mudah basi.
Teringin nak miliki periuk nasi yang moden seperti orang Korea? Rice cooker Cuckoo ini memang untuk anda kerana mempunyai paparan sentuhan.
Apa yang lebih menarik tentang periuk nasi ini, anda boleh gunakannya untuk masak beras perang, oatmeal dan bubur dengan mudah.
Malah, anda nak stim sayur-sayuran atau masak stew daging dengan rice cooker Cuckoo pun boleh.
Paling penting, sangatlah mudah untuk bersihkan periuk ini kerana penutup dalamnya boleh ditanggalkan.
Walaupun saiz kapasitinya 1.4 liter macam kecil, tapi anda boleh masak 8 cawan beras dengan mudah untuk jamu keluarga anda.
Periuk nasi kapasiti 14L dari Butterfly pula sesuai digunakan untuk kegunaan komersial seperti berniaga kedai makan, menyiapkan tempahan katering atau masak nasi kenduri.
Ini kerana periuk nasi ini boleh masak nasi untuk 70 orang dalam 1 masa, jadi tetamu atau pelanggan anda tidak perlu tunggu lama untuk menikmati hidangan.
Walaupun periuk nasi ini menggunakan gas LPG, namun telah direka dengan ciri nyalaan api automatik untuk memudahkan pengguna.
Selain itu, tukang masak tidak perlu cucuh api secara manual untuk menanak nasi dan ciri ini juga lebih selamat.
Bagaimanapun, kami menyarankan anda untuk hanya menggunakan api yang sederhana untuk elak nasi akan mudah melekat dan berkerak kerana tiada ciri non-stick.
Dengan kapasiti yang besar dan boleh memasak nasi sehingga 25 cawan beras, periuk nasi Sharp yang direka khas untuk tujuan komersial.
Dengan saiznya 4.5 liter, amat memang sesuai digunakan jika anda berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan.
Ciri 'Keep Warm' sehingga 5 jam pada rice cooker ini pula akan memastikan pelanggan anda akan mendapat nasi yang tetap hangat.
Periuk ini sesuai juga untuk kenduri kecil di rumah kerana anda boleh masak nasi dengan kuantiti yang banyak supaya tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan.
Anda juga akan mendapat senduk dan cawan penyukat secara percuma dengan pembelian rice cooker ini.
Selain menanak nasi, rice cooker Midea boleh juga digunakan untuk menyediakan sup dan bubur khas buat seisi keluarga.
Dengan saiznya yang kecil dan comel, anda boleh gunakannya untuk masak makanan untuk bayi anda.
Periuk nasi ini juga boleh memasak nasi secara automatik dan mempunyai fungsi kekal panas agar nasi yang telah masak tidak cepat basi.
Tambahan pula, anda akan mendapat tempoh jaminan 12 bulan dengan setiap pembelian periuk nasi Midea.
Jadi, tidak perlu risau tentang sebarang kerosakan dan anda juga akan dapat aksesori seperti pengukus dan senduk di setiap pembelian.
Dengan kapasiti 1.8L, rice cooker keluaran Khind ini direka dengan periuk dalam bercorak honeycomb yang tidak melekat.
Periuk nasi ini sesuai digunakan oleh anda yang mempunyai keluarga yang sederhana.
Menariknya, periuk nasi ini juga turut ditambah baik dengan micro switch yang selamat digunakan.
Paling penting, periuk untuk masak nasi ini juga mempunyai pengumpul air untuk memudahkan proses menanak nasi jadi tidak akan mengotorkan dapur anda.
Penunjuk memasak pada periuk pula akan memberitahu pengguna sama ada nasi sudah siap masak atau belum tanpa perlu buka penutup.
Rekaannya yang simple dan comel, periuk nasi ini sesuai untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga.
Jika anda gemar memasak pelbagai jenis nasi seperti nasi tomato, nasi briyani dan nasi beras perang, smart rice cooker Primada 1.2L ini akan jadi teman baik anda di dapur.
Diperbuat daripada stainless steel 304 yang selamat untuk memasak makanan, periuk dalamnya juga merupakan konduktor haba yang baik.
Jadi, setiap butir beras dijamin akan masak dengan sempurna dan lembut.
Turut mempunyai penutup dalam yang senang dicuci dan injap stim yang boleh ditanggalkan agar tiada masalah air beras melimpah ke luar.
Rice cooker multifungsi ini juga boleh membantu anda untuk menyediakan bubur, sup, seafood kukus, kari ayam dan daging rendang.
Jika keluarga anda kecil atau anda tinggal sendiri, anda boleh dapatkan periuk nasi automatik yang bersaiz kecil ini dari jenama Panasonic yang diyakini.
Periuk nasi ini mempunyai kapasiti 1.0L dan boleh masak sehingga 5.5 cawan beras, jadi cukup untuk masak nasi 4-5 orang makan.
Antara ciri menarik lain adalah periuk nasi ini mampu melepaskan haba secara sama rata dan menyeluruh, membuatkan beras dapat dimasak dengan betul dan sedap.
Selain itu, ia juga mempunyai fungsi keep warm yang dibuka secara automatik selepas nasi dah siap masak, dan ia akan terus terbuka sehingga 5 jam.
Tambahan lagi, periuk nasi ini juga mempunyai ciri keselamatan yang menghalangnya daripada overheating, jadi dapat melindungi nasi anda dari menjadi keras.
Paling penting, ia menggunakan pan jenis aluminium yang selamat untuk kegunaan masakan.
Ini mungkin antara periuk nasi yang popular di Shopee dengan lebih 8 ribu set telah terjual, jadi apa sebab ia menjadi pilihan ramai?
Yang pertama, ia mempunyai micro-pressure steam valve yang akan membuatkan nasi kukus anda lebih wangi daripada biasa.
Selain itu, ia turut mempunyai double temperature probe pada bahagian atas dan bawah, serta pelarasan secara automatik.
Keduanya, periuk nasi ini jenis digital dan mempunyai 8 jenis menu masakan sedap tanpa anda perlu susah-susah seperti masak di atas dapur gas.
Paling penting, periuk nasi Gaabor ini hadir dengan jaminan selama 3 tahun, jadi anda boleh gunakan periuk nasi ini dengan lebih yakin.
Dengan saiz kapasiti 2.5L, periuk nasi ini boleh masak nasi untuk 3-4 orang makan, sesuai untuk keluarga kecil atau untuk rumah bujang.
Adakah anda mencari periuk nasi yang boleh masak nasi anda dan menjadikan nasi tersebut rendah kandungan gula? Dengan periuk nasi dari Noxxa ini anda boleh masak nasi rendah gula setiap hari.
Periuk nasi ini akan mengurangkan kandungan kanji dalam nasi sehingga 41%, menjadikan kandungan gula dalam nasi juga rendah.
Selain itu, ia juga mudah digunakan dan mempunyai 10 program masakan yang pelbagai, jadi lebih mudah tugas anda di dapur.
Dengan kapasiti 5L pada stainless Steel Inner Pot dan 3L untuk pot masakan nasi rendah gula, periuk nasi ini sesuai digunakan untuk keluarga sederhana atau besar.
Periuk nasi ini juga mempunyai fungsi keep warm sehingga 24 jam bagi memastikan makanan atau nasi anda kekal panas dalam periuk dan tahan lama.
Sememangnya pilihan yang sihat untuk keluarga atau individu yang sentiasa menjaga pemakanan.
Satu lagi jenama periuk nasi yang diyakini terbaik oleh pengguna, iaitu periuk nasi Philips Daily Collection Jar, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mahukan periuk nasi baru yang cantik dan comel.
Periuk nasi ini menggunakan teknologi smart 3D heating di mana ia memasak nasi pada semua arah secara sama rata, menjadikan nasi tersebut lebih sedap dan lembut.
Dengan teknik masakan ini, ditambah pula dengan 5-layer pot, nasi yang dimasak juga tidak berkerak dan menjadi keras.
Selain itu, terdapat juga fungsi keep warm yang dihidupkan secara automatik selepas nasi sudah masak, dan fungsi ini boleh dibiarkan terbuka selama 48 jam bagi memastikan nasi lebih tahan lama.
Kapasiti 2L periuk nasi ini dikatakan boleh beri makan sehingga 14 orang bagi satu hidangan, jadi sesuai untuk keluarga besar.
Bukan sekadar periuk nasi, tetapi juga sebagai Pressure Cooker yang canggih dan sesuai untuk keluarga besar dengan kapasiti 6L untuk setiap masakan.
Apa lagi yang bagus mengenai periuk nasi Russell Taylors ini ia mempunyai 7 fungsi keselamatan, antaranya safety lock, kawalan keselamatan overheat, pressure-relief safety valve, dan juga kawalan suhu.
Ciri-ciri keselamatan ini amat penting untuk periuk nasi jenis pressure sebab ia mungkin akan membahaya pengguna kalau tidak kena pada caranya.
Dengan 9 fungsi masakan pelbagai, anda juga boleh memasak makanan selain nasi dengan mudah, antaranya seperti memasak sup ekor, ikan, bubur dan kek.
Memang sangat mudah digunakan dan anda akan dapat jaminan daripada Russell Taylors selama 2 tahun, jadi boleh guna periuk nasi ini dengan selamat.
Periuk nasi Toshiba jenis digital ini sangat sesuai untuk keluarga kecil atau sederhana kerana mempunyai kapasiti 1.8L, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Ia juga merupakan periuk nasi jenis digital, jadi anda boleh masak nasi dengan hanya menekan satu butang atau masak 11 menu masakan lain seperti sup, sushi, nasi perang, kek, dan masakan stim yang lain.
Apa yang bagus, periuk nasi Toshiba ini mempunyai 5 lapisan Hanatsukama pada pot bahagian dalam yang akan membuatkan masakan anda lebih menyeluruh dan sedap.
Selain itu, ia turut mempunyai non-stick coating yang membuatkan masakan lebih sihat serta mudah dibersihkan selepas menggunakannya.
Periuk nasi ini juga mempunyai fungsi keep warm automatik yang dihidupkan selepas nasi atau makanan siap dimasak, memastikan masakan anda kekal panas.
Jika anda dari keluarga kecil atau sederhana dan mencari periuk nasi yang canggih untuk 5 orang makan, anda boleh dapatkan periuk nasi dari jenama Xiaomi Mijia ini.
Ia mempunyai reka bentuk yang moden serta minimalis, menjadikan ia kelihatan cantik pada ruangan dapur.
Selain itu, periuk nasi ini mempunyai 24 mod masakan yang boleh ditetapkan atau customised mengikut kehendak anda.
Cara pemanasan periuk nasi ini menggunakan electric heating plate yang akan memasak dan memanaskan masakan anda dengan sekata.
Ia juga turut mempunyai mod quick cooking untuk masakan yang lebih pantas dan tanpa kompromikan rasa masakan yang asli.
Mudah digunakan dan boleh memasak pelbagai masakan dengan mudah, tentu pembelian periuk nasi Xiaomi menjadi sebuah pembelian yang berbaloi.
Apakah Perbezaan Rice cooker Dan Multicooker?
Walaupun daripada segi rekaan kelihatan sama, namun rice cooker atau periuk nasi sebenarnya mempunyai fungsi yang agak berbeza jika dibandingkan dengan multi cooker.
Berikut adalah perbezaan antara rice cooker dan multicooker yang anda perlu tahu.
-
Tumpuan pada menanak Nasi:
Rice cooker, seperti namanya, direka khas untuk memasak nasi dan biasanya mempunyai tetapan yang tepat untuk memasak nasi dengan suhu dan masa yang sesuai.
Periuk nasi mempunyai pengesan suhu yang dapat mengesan bila nasi sudah masak dan menukar ke mode penghangat secara automatik untuk memastikan nasi tetap hangat.
-
Multi fungsi:
Multicooker adalah peranti yang serba boleh dengan pelbagai fungsi memasak.
Selain memasak nasi, multicooker juga boleh digunakan untuk mengukus, merebus, memanggang, memasak sup, membakar roti, dan banyak lagi.
Multicooker biasanya mempunyai pelbagai tetapan memasak yang boleh disesuaikan untuk berbagai jenis hidangan.
-
Keupayaan sediakan hidangan lengkap:
Multicooker sering dilengkapi dengan ciri tambahan seperti pemrograman waktu, mode tekanan (pressure cooking), dan penahanan haba (keep warm).
Ciri ini memungkinkan anda untuk siapkan hidangan lengkap yang kompleks dalam satu peranti.
Anda dapat menggabungkan bahan-bahan, mengatur waktu memasak, dan meninggalkannya untuk dimasak secara automatik.
-
Fungsi tambahan:
Multicooker sering dilengkapi dengan fungsi tambahan seperti pemanggang roti, pengukus, pemanggang, penggiling, atau blender.
Ini memberikan fleksibiliti tambahan untuk memasak pelbagai jenis hidangan dalam satu peranti.
-
Penggunaan dan Penjagaan:
Rice cooker cenderung lebih mudah digunakan dan djaga kerana mempunyai konfigurasi yang lebih sederhana dan lebih mudah dibersihkan.
Multicooker yang lebih serbaguna mungkin memerlukan sedikit lebih banyak penyesuaian dan pemahaman tentang fungsi-fungsinya.
Jika anda tidak pernah tanak nasi, jom belajar dengan video dibawah. Selamat mencuba!
Cara Guna Rice Cooker Dengan Betul
Tak susah sebenarnya nak guna periuk nasi ni, walaupun ia jenis yang digital dan banyak butang untuk setiap jenis masakan.
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk menggunakan rice cooker dengan tepat:
Langkah 1
- Cuci Beras beberapa kali hingga air yang digunakan untuk mencuci beras menjadi jernih. Ini membantu menghilangkan lebihan pati dan debu.
- Kemudian sukat air mengikut jumlah yang disarankan. Biasanya kita akan guna sukatan 1 cawan beras dengan 1½ hingga 2 cawan air, tetapi sukatan ini juga bergantung pada jenis beras.
Langkah 2
- Masukkan beras dan air ke dalam mangkuk rice cooker dan pastikan mangkuk rice cooker sudah terpasang dengan betul di dalam rice cooker.
- Tutup rice cooker dengan penutupnya dan switch on periuk nasi tersebut. Pilih tetapan memasak yang sesuai. Sebahagian besar rice cooker memiliki tetapan "cook" dan "keep warm". Selepas Anda menghidupkan rice cooker, proses memasak akan bermula.
- Biarkan periuk nasi sehingga beras tersebut masak, dan jangan buka penutupnya atau mengganggu proses memasaknya. Rice cooker secara automatik akan beralih ke mod "tetap hangat" setelah selesai memasak.
Langkah 3
- Setelah rice cooker beralih ke mod "tetap hangat", biarkan nasi dalam rice cooker selama beberapa minit untuk memberi ruang nasi tersebut kering sedikit sebelum boleh diceduk.
- Selepas nasi sejuk sedikit, gunakan senduk kayu atau senduk plastik yang tidak untuk mengaduk nasi agar bagian bawah dan atasnya rata.
- Selepas itu, nasi sudah siap untuk disajikan! Gunakan senduk yang lembut untuk mengambil nasi dari rice cooker dan boleh makan bersama keluarga anda.
Bagi periuk nasi jenis digital, pastikan anda baca buku manual terlebih dahulu sebelum menggunakannya dan membuat tetapan untuk masakan menu yang lain.
Dengan menggunakan cara yang betul, pasti setiap masakan anda akan sempurna dan enak dimakan.
Cara Penjagaan Rice Cooker Dengan Betul
Penjagaan periuk nasi amat penting bagi memanjangkan jangka hayat atau untuk elakkan ia mudah rosak, jadi boleh ikut tips ini untuk menjaga rice cooker anda.
- Selepas selesai menggunakannya, pastikan anda mematikan suiz atau boleh terus mencabutkan plug periuk nasi ini dalam plug point.
- Bagi tujuan pembersihan pula, anda perlu biarkan periuk nasi ini sejuk terlebih dahulu sebelum membersihkan ia atau merendamkan ia di dalam air.
- Bersigkan bahagian luar rice cooker dengan kain lembut yang sedikit basah untuk menghilangkan debu atau sisa makanan. Jangan gunakan bahan pembersih yang keras atau berkimia yang dapat merosak permukaannya.
- Kemudian boleh cuci bahagian dalam periuk nasi ini menggunakan span lembut, air hangat, dan sedikit sabun yang tidak kuat. Jangan siram bahagian dalam rice cooker atau merendamnya sepenuhnya kerana boleh merosakkan panel elektrik periuk nasi ini.
- Selepas membersihkan, anda perlu keringkannya dengan baik, pastikan semua bahagian rice cooker betul-betul kering sebelum menggunakannya semula.
- Secara berkala, periksa periuk nasi anda daripada sebarang kerosakan.
- Simpan periuk nasi di tempat yang kering dan bersih, dan pastikan kawasan sekelilingnya juga kekal bersih dari sebarang sisa.
- Selepas proses pembersihan, biarkan penutup rice cooker terbuka sedikit untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria atau bau yang kurang senang.
Periuk nasi yang dijaga dengan betul pasti dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang, serta sentiasa dapat digunakan dalam keadaan yang terbaik.
Jom lihat cara bersihkan bahagian dalam rice cooker dengan efisien:
Tips Pemilihan Rice Cooker Terbaik
Banyak sangat pilihan periuk nasi di pasaran sampai tak tahu nak pilih yang mana satu? Jom ikut tips pilih rice cooker terbaik:
1. Kapasiti:
Pilih kapasiti periuk nasi yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda kerap memasak nasi untuk keluarga besar, pilih rice cooker dengan kapasiti yang lebih besar seperti 3L dan ke atas. Sebaliknya, untuk penggunaan harian atau keluarga kecil, boleh pilih yang 2L ke bawah.
2. Jenis dan Ciri-ciri:
Terdapat rice cooker dengan ciri-ciri asas untuk memasak nasi dan juga rice cooker multifungsi yang boleh memasak pelbagai jenis makanan selain nasi. Pilih yang sesuai dengan keperluan anda.
Selain itu, pilih rice cooker dengan pelbagai tetapan yang boleh memasak nasi mengikut kehendak, seperti nasi putih, nasi perang, dan bubur.
Beberapa rice cooker dilengkapi dengan fungsi timer yang membolehkan anda menetapkan masa memasak terlebih dahulu, jadi ini juga antara ciri menarik yang boleh diperhatikan.
3. Bahan dan Pembinaan:
Pilih rice cooker dengan mangkuk yang diperbuat daripada bahan non-stick atau keluli tahan karat untuk kemudahan membersihkan dan ketahanan yang baik.
4. Jaminan dan Kualiti:
Mencari rice cooker dari jenama-jenama terkenal yang dikenali kerana kualitinya dapat memberikan keyakinan bahawa anda mendapat produk yang boleh dipercayai.
Jadi lebih baik memilih jenama yang anda yakini dan dikenali ramai, pasti akan dapat sekali warranty dari setahun hingga ke 3 tahun.
5. Ulasan Pengguna:
Ramai yang terlupa untuk membaca ulasan pengguna lain sebelum buat pembelian, sehingga ada yang menyesal beli sebab tak tengok dulu review.
Jadi anda boleh terus baca ulasan pengguna dalam talian atau recommendation dari individu yang telah menggunakan rice cooker tersebut.
6. Bajet:
Penting untuk anda tahu dahulu bajet anda sebelum buat pembelian, jadi tentukan bajet yang sesuai dan pilih rice cooker dengan ciri-ciri terbaik yang boleh anda dapatkan mengikut bajet anda.
7. Jaminan dan Perkhidmatan Pelanggan:
Pastikan rice cooker dilengkapi dengan jaminan yang mencukupi. Perkhidmatan pelanggan yang baik juga merupakan nilai tambah yang penting jika anda memerlukan bantuan atau sokongan teknikal.
Dengan membuat pertimbangan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, semoga anda dapat buat keputusan yang bijak dan membuat pembelian yang berbaloi.
Artikel Berkaitan
- 11 Kuali Tidak Melekat (Non-Stick) Terbaik di Malaysia 2024
- 11 Periuk Batu Granite Terbaik 2024 (Tahan Panas & Selamat)
- 12 Dapur Gas Terbaik Malaysia 2024 (Jenama & Harga Terkini)