Ketuhar merupakan perkakas rumah yang mempunyai ruang yang terlindung dan panas di dalam ruang tersebut. Ketuhar digunakan untuk memasak makanan yang kering, membakar roti dan memanggang daging. Terdapat dua jenis ketuhar iaitu ketuhar gas dan ketuhar elektrik. Ketuhar gas menggunakan gas memasak untuk menghidupkan api, manakala ketuhar elektrik menggunakan tenaga elektrik untuk memanaskan rod pemanas di dalam ketuhar.

Berasa senang hati dengan melihat pilihan ketuhar terbaik kami yang akan menarik minat anda terhadapnya, di samping membantu anda mencari ketuhar yang ideal.

1. Khind OT 52R

Ketuhar elektrik terbaik yang mempunyai api atas bawah

Harga mulai RM259.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM259.00

Ketuhar ini mempunyai api atas bawah di mana kelebihan ini sangat popular bagi suri rumah untuk menadapatkan makanan yang enak dan masak sepenuhnya. Pengguna juga boleh set penggunaan api sama ada atas sahaja, bawah sahaja, atau kedua-duanya. Juga terdapat beberapa fungsi sendiri yang boleh ditetapkan mengikut makanan yang ingin dimasak.

Selain itu, ia juga mempunyai timer di mana pengguna boleh set timer agar makanan yang di masak tidak terlebih masak atau hangus. Masa untuk warming up juga selama 5 minit dan ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. iDover Halogen Oven

Oven yang murah

Harga mulai RM89.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM89.50

Kepada mereka yang menginginkan ketuhar yang murah serta menjaga pemakanan, anda boleh beli oven ini. Ia mampu masak makanan sebanyak 80% kurang minyak kerana menggunakan udara yang panas dan lampu pemanas untuk memasak makanan. Terdapat pemasa yang boleh disetkan sehingga 60 minit dan suhu yang boleh dicapai sehingga 250 darjah celcius.

Terdapat 8 fungsi dalam satu ketuhar dan masa memasak juga 2 kali ganda lebih cepat berbanding ketuhar lain. Yang menariknya, pengguna juga boleh melihat bagaimana makanan mereka dimasak melalui mangkuk kaca tersebut.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Trio Kaden TEO-1201

Oven industri terbaik

Harga mulai RM525.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM525.00

Kapasitinya yang sehingga 120L sesuai untuk mereka yang berniaga seperti kedai makan kerana mampu memasak sejumlah besar makanan. Badannya yang diperbuat daripada besi anti karat menjadikannya risiko untuk berkarat adalah sifar dan pembersihan juga lebih mudah. Hal ini sesuai untuk mereka yang menjaga kebersihan.

Suhu boleh diubah dan ditetapkan sama ada 100 darjah celcius sehingga 250 darjah celcius maksimum mengikut kaedah masakan masing-masing. Juga terdapat lampu di dalamnya di mana pengguna boleh memantau makanan mereka yang sedang dimasak.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Panasonic NB-H3800

Oven terbaik untuk bakar kek dan biskut

Harga mulai RM560.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM560.00

Dengan kapasiti ideal sehingga 38L, dapat membakar sebiji kek yang besar atau sejumlah besar biskut tanpa perlu berkali-kali masak. Terdapat kipas di dalamnya yang meniup udara panas sesuai untuk membuat makanan yang kering seperti biskut dan kek. Manakala kaedah konveksi udara panas 3D dapat menghasilkan pembakaran pastri yang sangat cepat dan sepenuhnya masak.

Ia juga mementingkan keselamatan pengguna dengan menggunakan gelas kaca tempered yang dilapisi dengan gelas anti panas menjadikan permukaan pintunya kurang panas. Hal ini dapat mengelakkan daripada tangan pengguna melecur apabila terpegang gelasnya.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Butterfly Gas Oven B-2421

Oven yang menggunakan gas

Harga mulai RM109.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM109.00

Salah satu ketuhar yang menggunakan gas sepenuhnya dan sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Reka bentuknya juga klasik dan sangat kukuh untuk menampung suhu lampau atau berlanggar permukaan keras. Kepada mereka yang mencari ketuhar yang boleh di bawa ketika travel seperti camping dan tidak menggunakan elektrik, anda boleh memilikinya. Hal ini dapat menjadikan camping anda lebih menarik daripada biasa.

Juga terdapat penunjuk suhu pada cerminnya bertujuan untuk pengguna memantau suhu yang optimum. Tambahan pula, ketuhar ini juga mengekalkan kaedah ketuhar pada tahun ke-19an dengan kaedah memasak dan reka bentuk.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Cornell CTO-S10L

Oven watt kecil yang mempunyai grill

Harga mulai RM85.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM85.00

Suhu maksimum yang boleh ditetapkan padanya boleh sehingga 250 darjah celcius dengan penggunaan 800 watt sahaja. Hal ini menjadikannya sangat-sangat sedikit dalam penggunaan watt tetapi menghasilkan suhu yang terbaik untuk memanggang dan membakar makanan. Kapasitinya sehingga 10L dan dibekalkan dengan tray pemanggang.

Terdapat dua elemen panas kuarza menjadikan pemanasan lebih cepat dan mudah sejuk apabila tidak digunakan bertujuan untuk keselamatan pengguna. Dengan kapasiti itu, ia mampu memuatkan pizza bersaiz 9 inci. Terdapat timer yang membolehkan pengguna set masa ketika memasak makanan mereka.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Elba EBO F5660

Oven besar yang sesuai untuk bakar kek dan roti

Harga mulai RM899.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM899.00

Ketuhar ini merupakan ketuhar elektrik yang mempunyai kapasiti sehingga 56L sesuai untuk membakar kek dan roti yang memerlukan ruang yang besar ketika membakarnya. Terdapat 6 fungsi yang boleh ditetapkan mengikut kaedah masakan dan juga kipas bertujuan untuk meniup udara panas di dalam ruang bakar agar kek dan roti lebih cepat masak. Juga mempunyai timer bertujuan untuk set jangka bakar yang bersesuaian.

Di dalamnya juga terdapat lampu untuk memberi pencahayaan di dalam ruang bakar ketika membakar roti serta boleh dijadikan sebagai elemen pemanasan untuk jangka masa pendek. Kepada mereka yang gemar membuat roti dan kek, anda harus memilikinya.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Hanis

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!