Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
teh hijau malaysia

11 Jenama Teh Hijau Terbaik di Malaysia 2024 (Bagus untuk Diet)

Hirupan teh hijau yang segar, wangi dan menyihatkan tubuh badan.

Minuman teh hijau sudah menjadi tipikal buat masyarakat Malaysia, lebih lagi untuk anak-anak muda.

Sudah banyak kafe minuman menyediakan menu green tea yang bagus dengan pelbagai perisa atau campuran. 

Khasiat teh hijau pula sinonim dengan antioksida, meningkatkan sistem imunisasi dan rendah kalori. 

Kini, anda boleh menikmatinya hanya dirumah dengan pelbagai pilihan teh hijau dikeluarkan di pasaran tempatan sama ada dari jenis uncang, serbuk teh hijau atau paket siap minum. 

Terdapat beberapa produk teh hijau terbaik, berkualiti dan sedap untuk dinikmati, cuba beberapa pilihan jenama green tea terbaik dibawah.


Senarai 11 Jenama Teh Hijau Terbaik Di Malaysia

Teh hijau terbaik secara keseluruhan
AHMAD Tea
mulai
RM15.90
Semak AHMAD Tea Green Tea harga dibawah:
add_circle Jenis uncang
add_circle Mudah disediakan
remove_circle Harga agak mahal

Sebab menjadi pilihan:

Rasanya sedap seperti teh Jepun dan tidak pahit serta mempunyai bau yang wangi. Sesuai untuk sarapan teh setiap pagi dan mudah dihidangkan.

Ciri-ciri:

Teh hijau lebih baik daripada teh hitam kerana ianya tidak melalui proses penapaian.

Sesuai untuk anda yang sedang melalui proses berdiet, teh hijau dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi. 

Teh hijau dari jenama Ahmad ini diterbangkan khas dari kota London, selamat diminum untuk semua peringkat umur.

Review:

"Rendah kalori, tak perlu pun beli supplement mahal-mahal, ni pun dah cukup saya amalkan Green Tea Ahmad 3 bulan tiap malam minum, kalori deficit dari 80kg sampai 70kg, janji konsisten."

Teh hijau Jepun
OSK
mulai
RM17.90
Semak OSK Green Tea harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Aroma teh wangi
add_circle Mencegah kanser dan tumor
add_circle Halal
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Khas dari Jepun dan diperbuat 100% daripada bahan asli daun teh dan tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan yang membahayakan kesihatan.

Tinggi dengan antioksida yang dapat membantu mencegah serta melawan penyakit kanser dan tumor.

Teh hijau ini juga dapat merendahkan tekanan darah serta membantu anda untuk mengurangkan berat badan.

Baik untuk semua peringkat umur, ianya mampu memberi tenaga buat anda menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa keletihan.

Teh hijau Thailand
Cha Tra Mue
mulai
RM8.70
Semak ChaTraMue – Original Thai Green Tea harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Wangi
add_circle Boleh dicampur bersama susu pekat

Teh hijau yang dihasilkan di pergunungan bersuhu sejuk di Thailand ini telah menjadi kegemaran masyarakat Thailand sejak 73 tahun lamanya.

Bancuhan teh hijau ini adalah khas untuk anda yang menggemari teh hijau bersama susu. 

Bagi mendapatkan khasiat teh hijau, campurkan serbuk teh hijau ini bersama susu segar dan madu untuk menggantikan susu pekat.

Green tea ini sangat berkualiti tinggi dan murah, terbaik dari Thailand!

Teh hijau yang bagus untuk paru paru
BELLIRA
matcha bellarina
mulai
RM14.85
Semak BELLIRA Matcha Powder (30g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Halal
add_circle Tiada pewarna, perisa tambahan
remove_circle Perlu dibancuh menggunakan bamboo stick

Siapa suka minum teh hijau ala-ala di kedai hipster wajib cuba serbuk teh dari Bellira ini. Ia diimport dari serbuk teh asli Jepun berasal dari Uji. 

Tekstur serbuk teh hijau ini sangat halus, mudah dibancuh dan pekat walaupun guna sedikit. 

Bukan sekadar boleh dibuat sebagai minuman, ia boleh dijadikan sebagai bahan untuk masakan atau baking.

Sebagai contoh kek, cookies atau kuih berasaskan teh hijau. Ini kerana grade serbuk teh hijau Bellira ialah dari jenis premium cullinary

Jangan risau, serbuk teh Bellira ini diyakini halal dan telah mendapat banyak tempahan melalui Shopee. 

Teh hijau untuk kurus
teazen organic green tea
mulai
RM20.50
Semak Teazen Korean Organic Green Tea harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Rasa sedap
add_circle Bau teh aromatik

Dapatkan Teazen Korean untuk pengalaman menikmati teh hijau organik dari Korea yang berkualiti.

Diperbuat 100% daripada daun teh hijau muda tuaian pertama dan tanpa bahan kimia. Ia memberikan rasa yang lembut dan bau aromatik ketika dihidang.

Teh ini mempunyai kedalaman rasa mengikut cita rasa individu dan tidak pahit seperti beberapa jenama teh hijau lain.

Mempunyai pensijilan Halal, mematuhi piawaian HACCP dan USDA Organik.

Setiap pek mengandungi 40 uncang teh dan dikilang oleh Syarikat Teazen Korea.

Teh hijau untuk perut kembung
harada_green_tea
mulai
RM24.94
Semak Harada Yabukita Blend Green Tea harga dibawah:
add_circle Bau wangi
add_circle Mengandungi catechin dan vitamin c
add_circle Tidak memeningkan kepala
add_circle Tiada pewarna, perisa tambahan

Harada Green Tea adalah teh hijau asli Jepun yang dihasilkan dengan daun teh Yabukita berkualiti tinggi.

Mengandungi catechin dan antioksidan terkenal Vitamin C. Daun teh hijau sendiri menghasilkan catechin bagi melindungi diri mereka daripada sinaran ultraungu.

Catechin yang terbaik diekstrak dalam air pada suhu 75-80 darjah Celsius dan boleh musnah pada suhu lebih tinggi.

Jadi, perlu berhati-hati semasa brewing teh hijau dan gunakan air mendidih yang telah dibiarkan rehat selama kira-kira sepuluh minit.

Kemudian, tuangkan air ke atas teh dan rendam selama kira-kira satu minit sebelum dihidangkan.

Rasa teh Harada Green Tea sungguh pekat dan nikmat. Warna hijaunya membuktikan kualiti tinggi dan keasliannya.

Seisi keluarga pasti suka rasa teh hijau ni.

Teh hijau untuk kencing manis
twinings jasmine green tea
mulai
RM20.90
Semak Twinings Jasmin Green Tea harga dibawah:
add_circle 100% teh asli
add_circle Sesuai untuk detoks
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai dicampur dengan susu

Jenama teh hijau eksklusif dari Twinings cukup sinonim dengan adunan daun teh berkualiti tinggi dan asli.

Menawarkan 25 uncang dalam setiap paket dan boleh dibawa ke pejabat.

Menariknya lagi, teh hijau ini dilapisi dengan bunga melati yang dipetik pada awal hari.

Pada waktu malam, wangian dari bunga ini menyerap ke dalam teh, memberikan rasa yang halus dan menyegarkan.

Namun bagi anda yang suka teh bersama susu, anda tidak disarankan begitu kerana ia boleh menjejaskan aroma teh ini.

Satu uncang teh sudah cukup untuk satu cawan, pastikan anda bancuh teh selama 2 minit dan nikmati ia ketika panas.

Rasanya sedap tanpa perlu tambah gula!

Teh hijau untuk kulit
Hyleys Tea Garcinia Cambogia
mulai
RM42.80
Semak Hyleys Tea Garcinia Cambogia harga dibawah:
add_circle Boleh minum panas atau sejuk
add_circle Membantu menyekat selera makan
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Mengurangkan risiko kanser payudara
add_circle Menurunkan berat badan
add_circle Menyokong pencernaan yang sihat
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Bagi mereka yang mencari teh herba untuk mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan, boleh dapatkan Hyleys Tea.

Mengandungi daun teh hijau tulen yang digabungkan dengan buah garcinia cambogia dan bunga raya kering serta rasa cranberry semula jadi yang enak.

Teh ini juga bermanfaat untuk mengekalkan metabolism lemak, karbohidrat yang normal, menyokong pencernaan yang sihat dan pergerakan usus yang kerap.

Selain mencapai berat badan ideal, teh hijau juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan boleh mencegah kanser payudara.

Cara penyediaan teh ini cukup mudah, boleh diminum panas atau sejuk. Setiap secawan teh disyorkan minum 30 minit sebelum makan.

Teh hijau untuk sembelit
nockwon_brown_green_tea
mulai
RM40.00
Semak Nokchawon Brown Rice Green Tea harga dibawah:
add_circle 100% teh organik
add_circle Mudah dibancuh
add_circle Aroma beras perang
remove_circle Sukar dapat di pasaran

Teh hijau jenama Nokchawon ini menawarkan 50 uncang teh dan mengandungi beras perang organik serta teh hijau organik.

Kandungan beras perang yang terdiri daripada zat besi, serat, niacin dan theanine boleh mengurangkan sembelit dan penyakit jantung.

Green tea yang bagus untuk menurunkan berat badan dan lagi berkesan apabila dicampur dengan beras perang.

Teh rasanya sangat sedap dan mendalam serta sesuai untuk minum teh selepas makan.

Bau teh dengan aroma beras perang juga wangi dan boleh menjadi penganti kepada mereka yang berhenti minum kopi.

Teh hijau untuk kolesterol
Japanese Genmaicha Green Tea
mulai
RM35.00
Semak Japanese Genmaicha Green Tea harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Mencegah kanser
add_circle Menurunkan risiko jantung penyakit
remove_circle Sukar dapat di pasaran
remove_circle Rasa sedikit pahit jika meneguk lama

Serbuk campuran teh hijau Jepun dan nasi dipanggang ini sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas. Lebih-lebih dihidangkan secara sejuk dengan ketulan ais atau dicampur susu.

Cenderung mempunyai rasa kacang. Nasi akan diproses melalui 5 langkah iaitu merendam, mengukus, mengeringkan, memanggang dan menyejukkan sebelum memulakan proses ke daun teh.

Rasa Genmaicha yang dipanggang serupa dengan 'teh Popcorn'.

Manfaat teh hijau yang dicampur nasi ini dapat mencegah kanser, meningkatkan kolestrol baik dan menurunkan risiko jantung penyakit.

Cara terbaik untuk meminumnya adalah ketika teh masih berwarna hijau dan kuning.

Jangan meneguk teh terlalu lama atau ia akan rasa sedikit pahit.

dilmah green tea
mulai
RM15.50
Semak Dilmah Green Tea Moroccan Mint harga dibawah:
add_circle Bau pudina
add_circle Rasa segar

Bagi pencinta teh sejati, bolehlah pilih produk teh dari jenama teh hijau terbaik Dilmah.

Teh asal Sri Lanka dipetik sendiri dan dibuat dengan cara tradisional untuk memastikan rasa, kebaikan dan kualiti tidak berubah.

Selain morocoon mint, terdapat sembilan lagi perisa teh hijau yang boleh dipilih termasuk rose dengan vanilla, pudina, earl grey, jasmine, peach, halia & madu, lemon dan pure green tea.

Dalam setiap pakej, anda akan mendapat 20 uncang teh dengan harga berpatutan.

Untuk kesegaran minda yang berpanjangan, cuba minuman dari Dilmah ini.


Apa Khasiat Minuman Teh Hijau?

Mungkin anda pernah dengar khasiat dan kebaikan meminum teh hijau ini jika dibandingkan dengan teh hitam.

Teh hijau merupakan minuman berkhasiat yang dapat membantu anda melawan proses penuaan berlaku dengan cepat.

Ianya sarat dengan antioksida dan nutrien yang baik untuk kesihatan fizikal badan serta minda anda. 

Ia sangat baik untuk dijadikan sebagai minuman penenang (anti-depresi), terutamanya ketika anda merasa penat secara mental kerana ia mengandungi kebaikan EGCG (epigallocatechin gallate) iaitu kandungan antioksida paling tinggi. 

ECCG sangat baik untuk otak anda, bertugas sebagai melindungi dan meningkatkan daya ketahanan otak. 

Selain itu, ia mampu mengurangkan tekanan darah, mengawal berat badan, melawan penyakit diabetes, risiko sakit jantung, Alzheimer/Parkinson serta penyakit kanser. 

Malah dari segi kecantikan pula, teh hijau membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit, khususnya mengurangkan tanda penenuaan dan memberi hasil kulit yang berseri. 

Namun begitu, anda harus berwaspada dengan pengambilan teh hijau dan pilih produk teh yang berkualiti tanpa sebarang pewarna atau perisa tambahan.

Jom lihat fakta khasiat teh hijau yang diminum untuk kurus ini:


Adakah Teh Hijau Selamat Untuk Ibu Mengandung Dan Kanak-Kanak?

Teh hijau sememangnya selamat untuk diminum oleh wanita hamil dan kanak-kanak.

Menurut kajian, teh hijau boleh meningkatkan mood dan membuatkan seseorang lebih fokus dengan asid amino L-theanine.

Tambah lagi, dapat mengurangkan risiko preeclampsia iaitu tekanan darah tinggi (hyppertension) yang boleh berlaku ketika mereka hamil.

Ia juga kaya dengan zat besi untuk perkembangan bayi yang sihat dan sebatian catechin yang melindungi badan dari bakteria.

Namun, tidak digalakkan minum teh hijau melebihi 2 cawan sehari kerana mengandungi kafein.

Kafein boleh menyebabkan dehidrasi, kelahiran pramatang dan mengganggu tidur jika diambil berlebihan.

Bagi kanak-kanak pula, teh hijau paling selamat diminum dalam kuantiti sedikit iaitu ½ cawan sahaja untuk mengelakkan kesan sampingan.

Terkenal dengan pelbagai kandungan antioksida, teh hijau melancarkan sistem penghadaman serta mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan plak pada gigi dan bau mulut.

Turut disyorkan untuk mengambil teh hijau ketika mereka telah berumur 12 tahun ke atas.


Adakah Teh Hijau Mempunyai Kesan Sampingan, Dan Berapa Jumlah Yang Sesuai?

Teh hijau sememangnya mempunyai banyak kebaikan dan juga boleh mengakibatkan kesan sampingan jika diminum dalam jumlah yang berlebihan.

Antaranya susah tidur, pedih ulu hati, gangguan fungsi buah pinggang, loya, sakit kepala, masalah degupan jantung, dan cirit-birit.

Ini kerana teh hijau mengandungi sedikit kaffein dan tanin yang boleh meningkatkan jumlah asid di dalam perut.

Oleh itu, pengambilan melebihi 5 cawan sehari tidak digalakkan.

Bagi mereka yang baru mula minum, disyorkan minum 2 hingga 3 cawan teh hijau sehari.

Sekiranya mengalami reaksi alahan selepas minum teh hijau seperti gatal-gatal, bengkak atau susah bernafas, berhenti minum serta-merta dan rujuk doktor.


Kebaikan Teh Hijau

Salah satu minuman yang popular untuk kesihatan dan diet ialah teh hijau. Diproses daripada daun Camellia sinesis, tumbuhan yang banyak digunakan dalam perubatan Cina dan Jepun.

Antara kebaikan utama teh hijau ialah:

  • Kaya dengan antioksidan

Antaranya termasuklah epigallocatechin gallate (EGCG) dan polyphenols yang membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan. Ia juga merendahkan risiko penyakit kronik seperti barah, strok dan penyakit jantung.

  • Meningkatkan fungsi otak

Walaupun kandungan kafein dalam teh hijau rendah, ia mampu meningkatkan fungsi kognitif seperti memori, tumpuan dan pemikiran.

  • Kawal tekanan darah tinggi

Dengan ciri antioksida dan komponen catechins, teh hijau boleh merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko terjadinya penyakit jantung.

  • Meningkatkan sistem imun

Memberikan perlindungan dari bakteria berbahaya dan mencegah penyakit kanser.

Malah, boleh mencegah pembentukan gumpalan darah yang merupakan faktor utama risiko penyakit jantung dan mengawal tahap kolestrol dalam badan.


Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus

Green tea atau teh hijau, salah satu minuman tradisional dari China yang telah lama popular dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai minuman detoks.

Bagi mereka yang ingin sihat, buang toksin, dan slim secara semula jadi, minuman ini patut menjadi pilihan utama untuk membantu proses menurunkan berat badan.

Berikut adalah beberapa tips cara minum teh hijau:

  • Pilih teh hijau yang berkualiti

Untuk mendapatkan kesan maksimum, pilih teh hijau dengan kualiti terbaik. Elakkan beg teh hijau atau sachet yang mengandungi gula atau pengawet tambahan.

  • Waktu pengambilan

Digalakkan minum teh hijau sebelum sarapan pada waktu pagi. Ini kerana teh hijau dapat meningkatkan metabolism serta membakar kalori lebih cepat. Untuk membantu pencernaan, anda juga boleh minum teh hijau selepas makan tengah hari.

  • Jangan tambahkan gula

Sebenarnya secara semula jadi, teh hijau memang rasa sedikit pahit. Gula dapat menambah kalori dan menghalang usaha menurunkan berat badan. Disyorkan tambah madu atau lemon.

  • Minum secara konsisten

Untuk hasil yang terbaik, minum teh hijau 2-3 cawan sehari. Elakkan pengambilan berlebihan, terutama bagi wanita hamil atau kanak-kanak.

  • Gabungkan dengan gaya hidup sihat

Teh hijau bukanlah cara terbaik untuk menurunkan berat badan tanpa menjalani gaya hidup sihat, seperti makan makanan seimbang dan bersenam secara teratur.


Waktu Terbaik/Sesuai Minum Teh Hijau

Waktu terbaik untuk minum teh hijau adalah pagi dan tengah hari iaitu sebelum senaman, selepas sarapan atau makan tengah hari.

Badan kita juga boleh menyerap iron dan nutrien lain dengan lebih optimum sebelum atau selepas makan.

Namun, diingatkan untuk tidak minum teh pada awal pagi ketika perut kosong kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan kesan buruk pada hati.

Sekiranya anda minum teh hijau 30 minum sebelum bersenam, ia dapat meningkatkan tenaga untuk bersenam dengan lebh lama dan membakar lemak serta mengurangkan berat.

Untuk membantu melancarkan sistem penghadaman, teh hijau juga boleh diminum satu hingga dua jam selepas makan.

Bagaimanapun, tidak digalakkan untuk minum dua jam sebelum tidur atau pada waktu malam.

Hal ini kerana kandungan kafein dalam teh hijau boleh menjejaskan tidur anda.

Jadi, sesuaikan waktu minum teh hijau dengan rutin harian dan pengambilan makanan.

Paling penting, secawan teh hijau setiap hari memberikan kebaikan untuk kesihatan.


Artikel Berkaitan

End of Article