Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Serikan Ramadhan Anda dengan 10 Resipi Ayam Yang Sedap Ini!

Ayuh meriahkan suasana berbuka puasa anda dengan lauk ayam yang lazat

Ramadhan pertama tahun ini jatuh pada 24 April 2020 ketika mana semua rakyat Malaysia masih belum boleh keluar oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Biasanya Ramadhan ini lah waktu paling meriah, ke bazar membeli juadah berbuka sekeluarga, keluar berterawih sekali, kemudian disudahi dengan secawan teh ketika moreh. Apa boleh buat, memasak sajalah dibulan Ramadhan ini ya?  

Adakah ‘e-bazar ramadhan’ akan dilaksanakan sewaktu PKP?

Bazar Ramadhan secara online? Biar betul? Ya! Anda boleh membeli belah juadah yang dijual di bazar-bazar secara online dengan melakukan pesanan dan makanan akan dihantar terus ke rumah anda. Pelaksanaan e-Bazar rasmi masih dalam proses pembikinan mengikut negeri masing-masing. Selangor, sebagai contoh, telah memperkenalkan “Platform Selangor”, sebuah aplikasi e-Bazar bagi peniaga dan pelanggan di sekitar negeri Selangor. 

Jangan risau dahulu, dalam media sosial Facebook ada pelbagai group yang menawarkan perkhidmatan bazar ramadhan secara online dimana anda hanya perlu masuk group tersebut kemudian pilih lauk pilihan anda, dan ianya akan sampai di hadapan rumah anda. Untuk penghantaran pula, persatuan peniaga bazar Ramadhan telah mendapatkan khidmat logistik bagi menghantar makanan anda.

 Tiap hari nak membeli terganggu la juga bajet kan? Apa lagi masak sendiri jugalah yang lebih jimat dan terjamin kesegarannya. Alang-alang nak memasak tu cubalah resipi-resipi ini!

10 Resipi Ayam Ringkas, Mudah dan Cepat - Pentingnya Sedap!

1. Ayam Masak Merah

Apa kata kita mulakan senarai dengan sajian klasik rakyat Malaysia, Ayam Masak Merah. Keempukan ayam yang disaluti rasa pedas dengan sedikit rasa manis. Boleh dikatakan menu wajib setiap kenduri. Semenjak pandemik ini, pasti kenduri kahwin juga terpaksa ditangguhkan. Nah, apa kata lakukan sahaja hidangan Ayam Masak Merah sendiri di rumah!

Bahan-bahan:

  • ½ ayam 
  • 1 ½ bawang besar ( 1 dikisar ½ dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 - 5 biji cili kering
  • ½ inci halia 
  • ½ inci lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup 
  • 3 - 4 batang serai (diketuk)
  • 1 tomato
  • 2 sudu sos plum
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato 
  • Garam 
  • Gula merah (secukup rasa)
  • Pati ayam (secukup rasa)
  • Kunyit

Cara-cara:

  • Perapkan ayam dengan garam dan kunyit sebentar.
  • Goreng ayam tersebut sehingga tampak sedikit kuning keemasan, jangan masak sepenuhnya.
  • Rebuskan cili kering dan tapis bijinya, kemudian gorengkan sekejap untuk lembutkan biji.
  • Kisar 1 bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan sedikit serai.
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sebentar tadi sehingga pecah minyak. 
  • Kemudian masukkan cili kering yang diproses tadi dan tunggu sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sos plum.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan dalam lebih kurang 10 minit.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan serai yang diketuk.
  • Gaulkan sebentar sambil masukkan gula merah, pati ayam dan garam mengikut selera anda.
  • Gaul selama lebih kurang 5 minit dan ayam anda yang hangat dan pedas beraroma siap untuk dihidang.
Semak Life Plum Sauce harga dibawah:
Semak Maggi Chicken Stock harga dibawah:

2. Ayam Paprik

View this post on Instagram

A post shared by maria2810_kitchen (@mariaaaaa2810) on

Sekali-sekala teringin juga ya nak keluar makan di kedai tomyam, nasi putih panas-panas berlaukkan ayam paprik, fuh! Tak keruan dibuatnya, tapi apakan daya PKP belum tamat. Kami kongsikan bagaimana anda boleh buat sendiri ayam paprik sesedap kedai tomyam, jimat pun jimat.

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia
  • 1 sudu besar serbuk cili (dicampur air sedikit)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang Holland (dihiris bulat)
  • Cili padi (ditumbuk kasar)
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap lemak manis
  • 3 baby corn 
  • 1 genggam kobis bunga (dipotong separuh)
  • 3 batang kacang panjang (dipotong sederhana)
  • ½ batang lobak merah (dihiris bulat)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  • Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih, halia, cili padi dan serai sehingga naik aroma dan keemas-emasan.
  • Masukkan pula bancuhan serbuk cili dan tumis sehingga naik bau atau pecah minyak. 
  • Masukkan ayam dan gaulkan.
  • Setelah ayam sedikit mengecut, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap, kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Gaul sebentar kemudian masukkan pula hirisan bawang, lobak merah, baby corn dan sedikit air.
  • Setelah ianya mereneh, masukkan kacang panjang, kobis bunga dan daun limau purut kemudian gaulkan sehingga kacang dan kobis masak.
  • Hidangkan bersama nasi yang masih panas dengan sambal belacan dan telur dadar.
Semak Maggi Sos Tiram harga dibawah:
Semak Peace Brand Baby Corn harga dibawah:
Semak Bawang Holland (1kg) harga dibawah:

3. Ayam Penyet

View this post on Instagram

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Bulan Ramadhan berkunjung tiba tetapi PKP masih menghalang anda dari keluar. Sekali-sekala teringin juga nak makan ayam penyet kan? Kalau dulu boleh keluar dan beli sahaja tapi sekarang macamana? Jangan risau, kami ada resepinya, mudah sahaja!

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam

Bahan-bahan untuk sambal Ayam Penyet :

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah (dibelah 4)
  • 3 biji bawang putih (dihiris kasar)
  • 3 biji tomato (dibelah 4)
  • 5 cm belacan (dibakar)
  • ½ genggam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula melaka (secukup rasa)
  • 1 cawan minyak
  • Limau nipis/ limau kasturi
  • Garam

Cara-cara:

  • Basuh ayam terlebih dahulu kemudian rebuskan dengan kiub ayam, halia dan bawang putih lebih kurang 15 minit.
  • Setelah ayam empuk, angkat dan toskan.
  • Goreng sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar diatas kuali tanpa menggunakan minyak sehingga naik aromanya.
  • Angkat bahan-bahan yang digoreng tadi kemudian kisar bersama serbuk kunyit, serbuk lada putih, bawang putih, halia dan garam.
  • Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang dikisar tadi kemudian perapkan selama lebih kurang 2 jam.
  • Sampingan: rempah peraman ayam boleh digunakan untuk gaul bersama tauhu dan tempe (sekiranya ada).
  • Setelah ayam diperap selama 2 jam, gorengkan ayam sehingga kulitnya menjadi garing sedikit kemudian angkat.
  • Untuk sambal pula, gorengkan ikan bilis dalam minyak sehingga garing kemudian angkat dan toskan minyak.
  • Dengan minyak yang sama, goreng cili dan bawang sehingga keemasan kemudian tambahkan tomato dan gorengkan sehingga ia layu.
  • Kisarkan bahan yang digoreng tadi bersama dengan bilis goreng dan belacan bakar mengunakan blender atau lesung.
  • Masih lagi menggunakan minyak yang sama, gorengkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tunggu sehingga pecah minyak atau naik aroma dan siap! Ayam penyet anda siap dihidang bersama sambal yang pasti membuka selera. Anda juga boleh hidangkan dengan tempe, tauhu dan ulam-ulaman atau sayur yang dilayur (seperti terung, dan lain-lain).
Semak Baba’s Jintan Manis harga dibawah:
Semak Baba’s Jintan Putih harga dibawah:
Semak Belacan Grade A1 harga dibawah:

4. Ayam Masak Kicap

View this post on Instagram

A post shared by GMS (@gambarmakanansedap) on

Berpuasa seharian meletihkan anda dan juadah untuk berbuka hanya mahukan sesuatu yang simple? Haa…apa kata anda cuba resipi ayam masak kicap ini, mudah pun mudah, sedap pun sedap.

Bahan-bahan:

  • ½ ayam
  • 2 bawang besar (1 dipotong bulat, 1 dikisar)
  • Cili hjau/merah (ikut selera, dipotong sederhana)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu besar sos seafood
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • Kicap lemak manis (ikut selera)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Daun sup (hiasan/penambah rasa)

Cara-cara:

  • Pertama sekali, anda perlu perapkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian gorengkannya sehingga hampir masak.
  • Setelah ayam siap digoreng, angkat dan toskan minyak kemudian letak ditepi dahulu.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tunggu sehingga keemasan dan naik aromanya.
  • Masukkan sos seafood, sos tomato, sos cili dan kicap lemak manis kemudian gaulkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air untuk mengelakkan kuah terlalu kering, kemudian masukkan ayam.
  • Gaulkan ayam dengan kuah selama 5-10 minit kemudian masukkan kicap pekat dan gaulkan.
  • Masukkan pula bawang besar yang dipotong bulat dengan cili dan gaulkan sebentar.
  • Apabila sudah hampir siap, masukkan secubit daun sup bagi menyerikan ayam masak kicap anda, dan ianya siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Semak Habha’s Kicap Lemak Manis (345ml) harga dibawah:
Semak Adabi Sos Seafood harga dibawah:

5. Ayam Percik

View this post on Instagram

A post shared by Bawang Media (@bawangchannel) on

Di bulan ramdhan ini tak sah kalau tak makan ayam percik kan? Daripada susah-susah nak pilih di bazar mana yang sedap mana yang tidak, apa kata anda masak sendiri sahaja. Dengan resipi mudah ini, ayam percik anda pasti sedap!

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah 
  • 1 inci halia

Bahan-bahan untuk kuah Ayam Percik :

  • 10 bawang merah
  • 4 tangkai cili kering 
  • 1 inci halia
  • 2 paket santan pekat
  • 1 batang serai
  • ¼ asam keping

Cara-cara:

  • Kisar ke semua bahan perapan ayam, kemudian perapkan ayam yang sudah dicuci selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Kukuskan ayam sehingga ¼ masak.
  • Kemudian bakar ayam tersebut sehingga setengah masak (anda boleh bakar di dalam oven, atas pan atau grill mengikut kelengkapan anda).
  • Untuk kuah pula, anda hanya perlu kisarkan ke semua bahan untuk kuah, kemudian panaskan minyak sedikit dan masukkan bahan yang telah dikisar. Pastikan api perlahan.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat kemudian masukan garam dan gula mengikut selera anda.
  • Setelah kuah siap, sambung bakar ayam tadi dan lumurkan kuah pada ayam tersebut sekali sekala bagi mengelakkan ayam anda terlalu kering. 
  • Setelah ayam masak sepenuhnya, hidangkan dengan melumurkan kuah pada ayam sebagai final touch. Simple tapi sedap, bukan?
Semak Rasaku Krim Kelapa santan Pekat (1L) harga dibawah:

6. Ayam Ungkep

View this post on Instagram

A post shared by M E I L Y _ C H I N - ARMY 💜 (@meily_chin) on

Bagi yang menggemari masakan ala-ala jawa, ayam ungkep merupakan masakan yang sangat sesuai untuk anda. Ianya mudah dimasak dengan resipi simple dan rasa luar biasa sedap. Ayam ungkep ini merupakan sajian padat dengan rasa dan aroma yang pasti membuatkan anda menjilat jari.

Bahan-bahan untuk ayam :

  • 1 ekor ayam 
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar jintan putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (ditumbuk)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk)
  • 3 helai daun limau purut

Bahan-bahan untuk Perasa ayam :

  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 15 - 20 cili padi hijau (dikisar)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak kemudian masukkan kisaran bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili dengan jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar yang ditumbuk. Tumiskan dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan ayam, asam keping, serai, daun limau purut kemudian gaulkan sehingga sebati ayam dan kuahnya.
  • Tutup periuk dan masak dengan api kecil lebih kurang 30 - 40 minit sehingga ayam empuk.
  • Setelah ayam empuk, masukkan sedikit air kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaulkan seketika.
  • Tunggu sebentar dan ayam ungkep anda yang pedas dan penuh beraroma bakal mengujakan seisi keluarga.
Semak Biji Ketumbar harga dibawah:

7. Ayam Masak Butter

View this post on Instagram

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kalau tiba-tiba anak anda mahu berubah selera sedikit kepada comfort food, kami ada resipi yang sesuai. Resipi ayam masak butter ini menggabungkan rasa lemak manis kuah butter dengan selingan rasa berempah, ditemani dengan ayam yang garing diluar dan lembut di dalam. Pasti si kecil anda berselera!

Bahan-bahan untuk penyediaan ayam:

  • 200 gram ayam dipotong dadu
  • ½ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung jagung
  • Serbuk lada hitam

Bahan-bahan untuk kuah ayam :

  • 2 sudu besar butter
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • ½ tin susu sejat
  • Daun kari (ikut selera)
  • Cili (ikut selera)

Cara-cara:

  • Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung di dalam bekas, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan satu sudu kecil garam, gaulkan bahan-bahan tersebut.
  • Masukkan ayam yang dipotong dadu ke dalam bekas tersebut kemudian salutkan dengan adunan tadi sehingga rata.
  • Panaskan minyak kemudian gorengkan ayam yang tersalut tepung tadi.
  • Sesudah ayam masak, angkat dan toskan minyak supaya ayam tak jadi soggy.
  • Untuk kuah pula, panaskan butter sehingga cair.
  • Tambahkan bawang besar dan bawang putih, kemudian tumiskannya dengan butter sehingga naik aroma.
  • Tambahkan pula susu sejat dan kacau sehingga kuah menjadi sedikit putih.
  • Tambahkan pula daun kari dan cili kemudian gaulkan dan tunggu sehingga mendidih.
  • Setelah kuah mendidih, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaulkan supaya rasa dan aroma kuah sebati dengan ayam.
  • Tunggu sehingga kuah sedikit mendidih dan siap! Butter chicken ini pasti menjadi sajian pilihan setelah seharian berpuasa dengan rasa butter yang penuh kenikmatan.
Semak Anchor Unsalted Pure New Zealand harga dibawah:
Semak Tepung Gandum Cap Ros harga dibawah:
Semak Cap Bintang Tepung Jagung harga dibawah:

8. Ayam Bakar

View this post on Instagram

A post shared by Resep Olahan Ayam (@resep_ayam) on

Kalau anda inginkan resipi yang kurang pedas untuk berbuka puasa, ayam bakar merupakan pilihan terbaik. Rasa ayam yang lembut dengan aroma perapan yang unik diselang seli dengan rasa smokey yang pasti terngiang-ngiang sampai terawih!

Bahan-bahan :

  • ½ ayam
  • 4 biji bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji buah keras @ candlenut
  • 1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa miyak terlebih dahulu)
  • 2cm kunyit
  • 2cm halia
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu pati ayam
  • 1 sudu serbuk lada putih
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu makan kicap lemak manis
  • 2 daun limau purut
  • 1 Bayleaf 
  • 1 batang sirih (diketuk)
  • 1 inci lengkuas (diketuk)
  • Air/ air kelapa (pilih)
  • Air limau nipis
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara :

  • Rendamkan ayam di dalam air limau nipis selama lebih kurang 10 minit bagi menghilangkan bau.
  • Rebuskan ayam sebentar untuk hilangkan darah dan kotoran, kemudian toskan.
  • Tumis bawang putih, bawang merah, buah keras, ketumbar, kunyit, halia, bayleaf, daun limau purut, lengkuas dan sirih sampai naik aroma.
  • Masukkan sedikit air kelapa atau air kemudian tunggu sehingga mendidih dan masukkan ayam.
  • Tambahkan garam, serbuk lada putih, pati ayam, gula melaka, air asam jawa dan kicap manis.
  • Masak sehingga ayam empuk kemudian matikan api dan biarkan sementara waktu.
  • Ambil ayam sahaja kemudian bakar di dalam pan sambil sekali-sekala disalutkan dengan kuah tumisan tadi.
  • Kalau anda menggunakan oven, masukkan ayam untuk dipanggang seperti biasa, tetapi anda perlu berhenti sekali sekala untuk tambahkan coating bahan tumisan pada ayam.
  • Hidangkan ayam bakar anda panas-panas bersama dengan nasi. Kalau anda inginkan sedikit kepedasan, hidangan bersama kicap pedas.
Semak McCormick Herb & Spices Bay Leaf harga dibawah:
Semak Candlenut @ Buah Keras harga dibawah:

9. Ayam Masak Halia 

View this post on Instagram

A post shared by Dari Dapur Dalila (@masakwithdalila) on

Setelah longlai berpuasa seharian, anda pasti inginkan menu berbuka yang menyegarkan, dengan rasa lazat dan cara masak simple? Resipi ayam masak halia ini pasti dapat menyegarkan badan anda dengan ayam yang empuk disaluti kuah beraroma dengan rasa halia, pasti membangkitkan lagi selera anda.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam 
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili merah (dihiris bulat)
  • Lada hitam (serbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • ¼ cawan tepung jagung dicampur air

Cara-cara :

  • Panaskan minyak untuk menumis kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik aromanya.
  • Masukkan ayam kemudian gaulkan.
  • Tambah sedikit air untuk membolehkan ayam masak dengan lebih sempurna.
  • Masukkan sos tiram kemudian gaul dan ratakan. 
  • Masukkan pula serbuk lada hitam dan garam secukup rasa kemudian gaulkan lagi.
  • Tutupkan periuk/kuali anda untuk memudahkan ayam masak.
  • Tunggu sehingga kuah mendidih kemudian masukkan air tepung jagung agar kuah bertambah likat.
  • Tunggu kuah mendidih sekali lagi, kemudian masukkan cili dan daun bawang kemudian gaulkan sebentar.
  • Kemudian, hidangkan bersama nasi panas. Pergh, pasti lebih dari 1 pinggan nanti!
Semak Halia harga dibawah:

10. Rendang Ayam

View this post on Instagram

A post shared by Yantykitchen (@yantykitchen) on

Bulan ramadhan ni pastinya tak lengkap kalau tak berdendangkan lagu-lagu raya sambil terkenangkan kampung halaman. Apa yang boleh tambahkan lagi kesyahduan anda? Rendang ayam! Ya, marilah cuba resipi rendang ayam persis dipagi raya ini supaya boleh ubat sikit rindu pada kampung.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam 
  • 500 g bawang merah (dihiris)
  • 1 labu bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 inci lengkuas (ditumbuk)
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 senduk cili kisar (ikut selera)
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • 2kg santan
  • 1 keping asam keping (ikut selera)
  • Daun kunyit 
  • Kerisik (sedikit sahaja)

Cara-cara :

  • Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Tumis sehingga naik aroma.
  • Masukkan cili kisar, kunyit hidup dan lengkuas dan sambung tumis sehingga cili menjadi garing.
  • Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam mengecut, kemudian masukkan sedikit saja santan cair untuk membolehkan ayam masak.
  • Gaulkan sebentar kemudian masukkan santan selebihnya dan masakkan dengan api perlahan.
  • Masukkan asam keping, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  • Tunggu sehingga kuah menjadi kering dan pecah minyak, kemudian taburkan daun kunyit yang dihiris halus.
  • Kalau anda mahukan kuah yang lebih pekat, asingkan ayam dahulu setelah ayam masak, kemudian masak kuahnya sahaja sehingga warna berubah.
  • Kini, rendang nostalgia raya anda siap dihidang!
Semak Akasa Kerisik harga dibawah:

Artikel Berkaitan

End of Article