Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ketandusan Idea Nak Masak Apa? Cubalah 9 Set Masakan DIY Ini!

Sokong jenama lokal!

Aktiviti fizikal, check! Aktiviti ‘maraton’ rancangan TV bersiri, check! Apa kata kita meriahkan suasana PKP ini di dapur pula. Semenjak bermulanya PKP, terdapat beberapa vendor makanan dan minuman telah memperkenalkan DIY meal kit untuk anda cuba dirumah. Setiap kit akan disertakan bahan dan cara-cara untuk menyediakannya. Kini, anda boleh nikmati makanan kegemaran anda seperti burger dari myburgerlab dan pencuci mulut mykori dirumah!

Apakah tempoh PKP terkini?

Seperti yang sudah diumumkan oleh Perdana Menteri kita, PKP telahpun dilanjutkan sehingga 28 April ini. Ianya merupakan PKP fasa ke 3 yang perlu kita patuhi bagi terus memutuskan rangkaian wabak berjangkit Covid-19. Justeru, kita haruslah memberi kerjasama dengan terus berada dirumah masing-masing. Jika anda melanggar perintah yang dilaksanakan akan dikenakan saman. #kitajagakita

Tanpa membuang masa ayuh kita lihat dan pilih set dari kit makanan DIY yang boleh dipesan untuk aktiviti bersama anak-anak dan pasangan dirumah! Jom kita lihat! 

9 Cooking Kit Yang Mudah Untuk Disediakan

1. Signature DIY Wagyu Burger Set By bref.kl

View this post on Instagram

A post shared by Bref by Darren Chin (@bref.kl) on

RM 40.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Daging Wagyu mempunyai kelompok peminat yang tersendiri. Jika anda tidak pernah mencuba daging Wagyu, inilah masanya untuk mencuba sambil menunjukkan skill membuat burger dirumah! Plus point, bun burger ini adalah bun homemade hasil masterpiece cef bref.kl sendiri.

Setiap set mengandungi: 

  • Croll bun
  • Daging burger wagyu
  • Turkey ham
  • Kepingan keju

Untuk membuat pesanan, sila hubungi : 012-2232991 (Whatsapp)

Pickup / delivery : Grab Delivery sahaja

2. Mykori DIY Toast Box Starter Kit

View this post on Instagram

A post shared by Mykōri Dessert Café 🦄 (@mykoridessertcafe) on

RM 95.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Anak-anak pasti excited untuk mencuba menghasilkan toast sarapan pagi mereka tersendiri. Kit ini boleh menghasilkan 6 aneka toast, sesuai untuk seisi keluarga. Go wild dengan kreativiti masing-masing! Mungkin ibu bapa boleh menggunakan kit ini untuk Pertandingan Master Chef dirumah! 

Setiap set mengandungi: 

  • 4 pint aiskrim berlainan perisa (coklat, coklat mint, teh Thai & kelapa)
  • 6 keping Shibuya Toast Bread
  • 2 paket Milo Nuggets
  • 2 keping brownies
  • 1 paket popcorn berperisa caramel
  • 1 paket Oreo
  • 3 bekas sos coklat
  • 3 bekas sirap mapel
  • 2 bekas kepingan almond

Untuk membuat pesanan, sila layari : MyKori

Pickup / delivery : Penghantaran disediakan dengan caj tetap RM 10.00

3. VCR English Muffin by VCR @Home Muffin Pack

View this post on Instagram

A post shared by VCR (@vcrlovesyou) on

RM 55.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Jika anda menggemari makanan sarapan pagi ala-ala English, anda boleh mencuba muffin pack dari VCR ini. Ianya boleh dinikmati 2 - 4 orang untuk satu hidangan. VCR juga menggunakan patty ayam buatan tersendiri untuk memberi rasa dan kualiti yang tidak terdapat di tempat lain.

Setiap set mengandungi: 

  • 4 keping bun muffin
  • 4 keping patty ayam buatan VCR
  • 100gm jem bawang
  • 100gm mayonis chipotle
  • 4 kepingan keju American Cheddar
  • Potongan Gherkin

Untuk pesanan sila layari :

VCR Pudu atau hubungi 03-21102330 (Pudu)

VCR Bangsar atau hubungi : 03-22021115 (Bangsar)

Pickup / delivery : Penghantaran melalui Beep, Grab Delivery ATAU pickup di cawangan terdekat

4. Cookie Set by Nathalie Gourmet

View this post on Instagram

A post shared by Nathalie Gourmet Studio (@nathaliegourmet) on

RM 150.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Satu lagi set menarik adalah set membuat cookie ini! Selain membuat cookies untuk dinikmati bersama keluarga, apa kata guna kesempatan ini untuk mengasah skill baking untuk biskut raya pula! Dengan lebih dari 45 resepi terpilih, manalah tahu anda boleh memulakan bisnes cookies selepas ini.

Setiap set mengandungi:

  • Resepi biskut terpilih
  • Lebih dari 45 bahan premium untuk menghasilkan biskut

Untuk membuat pesanan sila hantarkan Direct Message (DM) ke:  

Instagram Nathalie Gourmet  atau;

e-mail ke Nathalie Gourmet atau; hubungi : 03-61516610

Pickup / delivery : Penghantaran disediakan

5. ‘MBL At Home’ Kit by myBurgerLab

View this post on Instagram

A post shared by myBurgerLab Malaysia (@myburgerlab) on

RM 80.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Rindu nak makan burger? Jom buat burger myburgerlab dari rumah untuk hidangan makan malam anda sekeluarga! Kit ini lengkap dengan bahan yang diperlukan. Anda tidak perlu lagi menggeledah peti sejuk untuk mencari bahan membuat burger yang enak. Selesai menikmati burger, enjoy aiskrim Inside Scoop percuma dari myburgerlab.

Setiap set mengandungi: 

  • 4 keping bun arang (charcoal bun)
  • 500gm daging burger kisar MBL
  • 3 kepingan keju Yellow Cheddar
  • 3 kepingan keju White Cheddar
  • Timun jeruk MBL
  • Jalapeno MBL
  • OG X-Sauce
  • Sos merah
  • Salsa hijau
  • Percuma 1 pint aiskrim Inside Scoop

Untuk membuat pesanan, sila layari : MyBurgerlab (hanya boleh didapati di cawangan Seapark, MyTOWN dan Bangsar)

Pickup / delivery : pickup sahaja

6. 'myPizzaLab at Home' Kit by myPizzaLab

View this post on Instagram

A post shared by myPizzaLab (@mypizzalab) on

Harga mulai RM15.00 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Jika anda prefer untuk menghasilkan pizza sendiri, bolehlah cuba kit dari mypizzalab. Anda akan dapat doh, sos dan cheese parut. Untuk bahan topping yang lain, anda boleh memilih untuk memesan dari mypizzalab atau olah topping sendiri didapur! Apakata cuba pizza manis pulak, gandingkan dengan sos coklat dan pisang! 

Setiap set mengandungi: 

  • Doh pizza
  • Sos pizza
  • Tepung
  • Keju parut

Untuk membuat pesanan, sila layari : myPizzaLab atau GrabFood

Pickup / delivery : penghantaran ATAU pickup dari cawangan 

7. Cook Like Dewakan Food Kit by Dewakan

View this post on Instagram

A post shared by Dewakan (@dewakanmy) on

Bergantung pada set mingguan (tidak termasuk caj penghantaran)

Inilah masanya untuk anda mencuba hidangan gred restoran dari rumah. Bahan yang diberikan adalah jenis premium yang digunakan di restoran Dewakan. Tepuk dada, tanya selera kemudian olahlah hidangan mewah dari dapur rumah!

Setiap set mengandungi:

  • Hidangan lazat dengan pilihan menu berlainan setiap minggu
  • Hidangan makanan yang telah dimasak sebentar (pre-cooked) dengan portion yang sesuai – anda hanya perlu mengikut cara-cara memasak yang disediakan untuk menyambung proses masakan dan hidangan ikut citarasa anda

Untuk membuat pesanan, sila layari : Dewakan

Pickup / delivery : penghantaran disediakan

8. SkilletxBetaDIYKit by Skillet & Beta

View this post on Instagram

A post shared by Beta KL (@beta.kl) on

Harga mulai RM 25.00 satu hidangan (tidak termasuk caj penghantaran)

Nikmati makan malam romantis dengan pasangan dari rumah dengan hidangan fine dining ini. DIY kit ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan 3-course dining bermula dari appetizer sehingga ke main course dan add on dessert jangan lupa ya! Adalah diingatkan supaya membuat pesanan atas budi bicara sendiri kerana setiap pesanan DIY kit akan menerima sebotol minuman beralkohol (wine atau champagne). 

Setiap set mengandungi: 

  • Anda boleh memilih DIY kit appetizer atau main dish dari menu yang disediakan

Untuk membuat pesanan, sila layari : Skillet & Beta atau 019-2121240 (Whatsapp)

Pickup / delivery : penghantaran ATAU pickup dari cawangan 

MCO Cake Kit by Inside Scoop

View this post on Instagram

A post shared by Inside Scoop Ice Cream (@myinsidescoop) on

RM 93.30 satu set (tidak termasuk caj penghantaran)

Makanan ringan, check! Makanan berat, check! Jom have fun dengan dessert ciptaan sendiri pula! Anda boleh hias kek aiskrim dari Inside Scoop dengan anak-anak menggunakan kit ini. Terdapat lebih daripada 6 jenis topiing yang anda boleh gunakan untuk memberi rasa yang lebih umph pada kek aiskrim ini.

Setiap set mengandungi: 

  • Kek aiskrim 5” Valrhona coklat dan vanilla 
  • Sos coklat
  • Biskut caramel hancur
  • Kekacang 
  • Sprinkles
  • Biskut Oreo hancur
  • Marshmallow pelangi

Untuk membuat pesanan, sila layari : Inside Scoop 

Pickup / delivery : GrabFood ATAU pickup dari cawangan

End of Article