Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Resepi Juadah Berbuka Yang Wajib Anda Cuba Di Musim Kuarantin Ini

Mudah je. Semua orang boleh buat!

Mesti semua orang sedih kan menyambut bulan puasa tanpa juadah menarik dari bazaar ramadhan. Yalah, sudah terbiasa tiap-tiap tahun merasai kemeriahan Ramadhan dengan mengunjungi bazar. Tapi jangan sedih, kita turut membantu negara melawan pandemik yang tengah melanda dunia ini dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami pula akan bantu homebody semua untuk belajar cara masak juadah berbuka puasa yang wajib anda cuba! Senang je sebenarnya.

Adakah PKP akan dilanjutkan hingga ramadhan?

Buat masa ini, PKP akan dilanjutkan sehingga Ramadhan ke 4 iaitu 28 April tetapi tiada lagi maklumat sahih yang megatakan PKP akan dilanjutkan sehingga tamat tempoh bulan Ramadhan. Yang penting, tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri berkenaan hal ini. Usah dengarkan khabar angin. Pastikan berita yang diterima adalah telus dan tepat. Jadi buat masa sekarang, jom lah belajar cara nak masak juadah bazaar ramadhan sendiri! 

10 Resepi Mudah Dan Ringkas Sebagai Juadah Berbuka

1. Resepi Nasi Ayam Simple Dan Cepat

View this post on Instagram

A post shared by Nurul Shima Food Delivery (@home_food_delivery) on

Siapa saja yang tak suka nasi ayam? Sehari dalam sebulan waktu berpuasa, mesti mengidam nak makan nasi ayam. Tapi sekarang walaupun senang mana resepi tu, ramai yang masih belum mahir hendak memasak nasi ayam. Sebab banyak bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan nasi ayam ini.

Jadi, kita dah sediakan alternatif untuk sambal dan sos perapan ayam! Kan senang, tinggal buat sup dengan masak nasi je. 

Bahan-bahan perapan ayam :

  • 1 ekor ayam
  • Kicap lemak manis
  • Sos tiram
  • Madu

Cara-cara :

  • Rebuskan ayam sehingga ayam masak dan toskan. Simpan air rebusan ayam untuk dibuat sup
  • Perap ayam rebus tadi dengan kicap, sos tiram dan madu. Boleh gunakan sos perapan ayam segera jika ingin cepat.
  • Goreng atau bakar ayam sehingga kulit ayam perang dan caramelized.

Bahan-bahan nasi :

  • Beras
  • Halia
  • Bawang merah
  • Garam
  • Daun pandan

Cara-cara : 

  • Tumiskan bawang dan halia sampai naik bau
  • Masukkan garam dan beras lalu digaul rata 
  • Pindahkan beras yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan juga air rebusan ayam dan daun pandan
  • Tanak nasi sehingga masak.

Bahan-bahan sambal :

  • Cili merah besar
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Air rebusan ayam
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

Cara-cara :

  • Kisar kesemua bahan dan tapis
  • Masak semula bahan yang telah dikisar sehingga mendidih atau;
  • Boleh juga gunakan sos cili nasi ayam daripada Ayamas yang sedia dituang dan dihidang!

Bahan-bahan kicap : 

  • Kicap lemak manis
  • Air rebusan ayam
  • Sos tiram

Cara-cara :

  • Gaulkan kesemua bahan sekali

Bahan-bahan sup nasi ayam : 

  • Air rebusan ayam
  • Daun ketumbar
  • Kiub ayam
  • Lobak merah (ikut kesukaan anda samada hendak letak atau tidak)

Cara-cara :  

  • Rebuskan sahaja semua bahan. dan taburkan daun ketumbar untuk bagi cantik dan naik bau!
mulai
RM5.00
Semak Kimball Oyster Sauce harga dibawah:
mulai
RM4.40
Semak Adabi Kicap Lemak Manis harga dibawah:

2. Kek Batik Coklat Meleleh

View this post on Instagram

A post shared by Almatin Danial (@chefmatin_02) on

Kek batik pujaan ramai ni mesti semua orang pernah cuba untuk membuatnya walaupun sekali seumur hidup kan. Bukan takat senang, mudah dan cepat tapi bahan-bahannya tidak terlalu banyak dan selalunya sudah sedia ada di dalam dapur anda. Tapi resepi yang ni pula, penuh dengan bahan-bahan yang akan membuatkan kek batik kita meleleh dan chocolatey! Ok jom tengok cara nak buat kek batik sedap!

Bahan-bahan :

  • 200g Butter
  • ¾ Cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • ½ cawan cip coklat
  • ½ cawan susu cair
  • 250g biskut marie

Cara-cara :

  • Cairkan butter dan masukkan susu pekat. Kacau sampai sebati
  • Masukkan milo dan serbuk koko
  • Masukkan juga cip coklat dan susu cair. Cip coklat dan susu cair akan membuatkan kek batik meleleh dan tak keras
  • Susun biskut marie dalam bekas loyang, tuang sos coklat secara perlahan, kemudian susun lagi biskut marie dan ulang tuang sos coklat sampai loyang penuh
  • Kalau tak susun satu satu, boleh juga patahkan biskut marie kecil-kecil dan gaulkan dengan sos coklat didalam kuali lalu masukkan dalam loyang dan mampatkan bagi tidak terlerai ketika dipotong
mulai
RM31.40
Semak Milo Active Chocolate Malt Drink 2kg harga dibawah:
mulai
RM4.50
Semak Hwa Tai Marie Biscuit harga dibawah:

3. Donut Gebu Dan Lembut Kegemaran Ramai

Resepi ni sesuai juga untuk buat adunan bomboloni. Boleh gaul jadi bulat dan goreng, kemudian isikan inti ikut citarasa seperti jem strawberi, blueberry nuttela, ataupun kastard. Sedapnya!

Bahan-bahan :

  • 500g tepung gandum
  • 3 sudu besar Buttercup
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 cubit garam
  • ½ pkt yis mauripan
  • Gula
  • Air

Cara-cara :

  • Sediakan yis dahulu dengan campurkan setengah paket yis dgn sedikit air dan gula. Biarkan selama 15 minit sehingga yis sedikit kembang 
  • Selepas itu boleh mula buat doh donut dengan campurkan tepung gandum dan mentega. Jika nak lebih gebu boleh tambah mentega lebih 
  • Campur susu pekat dan garam. Kemudian, gaul dengan campuran yis tadi
  • Gaul dan biarkan selama 30minit 
  • Uli lagi untuk sebatikan doh dan biar doh mengembang selama 10 minit lagi 
  • Akhir sekali, bolehlah buat bentuk donut dengan donut cutter atau bentukkan sahaja bulat-bulat. Goreng dengan minyak panas dan gaulkan donut yang siap digoreng dalam gula
mulai
RM2.50
Semak Mauri-pan Instant Yeast harga dibawah:
mulai
RM5.90
Semak Buttercup Original Salted Luxury Spread harga dibawah:

4. Resepi Puding Roti Simple

View this post on Instagram

A post shared by Salwa Atikah (@salwaatikah) on

Resepi puding roti yang ini gunakan croissant lagi flaky dan buttery. Tapi boleh gunakan roti biasa juga. Rahsia untuk dapat topping pudding roti yang crunchy dan caramelized ialah dengan taburkan gula perang dan almond flakes atas pudding roti sebelum dibakar. Gula perang akan jadi caramel dan almond flakes pula akan jadi crunchy. Ummm sedapnya!

Untuk tips pudding roti lembut dan tak kering pula, anda boleh campurkan whipping cream dalam campuran susu segar. Puding roti akan lebih creamy dan tidak kering lepas dibakar.

Bahan-bahan pudding roti :

  • 5-6 biji croissant atau roti putih biasa
  • 200 ml whipping cream
  • 200 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit serbuk kayu manis
  • Cip coklat dan almond flakes ataupun kismis dan camouran kekacang

Cara-cara :

  • Panaskan oven 160c
  • Potong roti menjadi kiub dan susun kiub roti ke dalam bekas kaca untuk dibakar 
  • Di dalam mangkuk yang berlainan,  gaul sekali whipping cream, susu sehar, esen vanilla, garam dan mentega 
  • Tuang secara rata ke atas kiub roti didalam bekas kaca. Tekan roti perlahan-lahan supaya roti menyerap campuran krim tadi 
  • Taburkan topping kesukaan anda dan kemudian taburkan gula. Bakar selama 15 minit atau sehingga campuran krim telah kering dan topping telah perang keemasan 

Bahan-bahan sos kastard vanilla :

  • ½ Cawan gula perang
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 ¼ cawan susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara-cara : 

  • Dalam periuk sos kecil, campurkan susu, telur, gula, garam, butter and flour. Panaskan atas api sederhana dan kacau berterusan sehingga sos pekat 
  • Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sebati. Padamkan api dan sejukkan sebentar sebelum dihidang 
  • Anda boleh juga gunakan tepung kastard segera untuk menjimatkan masa
mulai
RM19.95
Semak Mix Fruit And Nuts Jumbo Raisin harga dibawah:
mulai
RM1.97
Semak Tesco Choice Custard Powder harga dibawah:

5. Resepi Roti Jala Coklat Dengan Sos Kastard Vanilla

View this post on Instagram

A post shared by Resepi Ringkas Tapi Sedap (@duniaresepi) on

Tak pernah terfikir pula untuk buat roti jala versi manis macam ni kan? Mesti sedap sebagai pembuka selera ketika berbuka puasa sebelum makan makanan yang berat. Senang je nak buat dia. Jom try!

Bahan-bahan roti jala :

  • 1/2 cawan susu cair
  • 4-5 sudu susu pekat
  • 2 1/2 cawan air (cawan matrik)
  • 2 telur
  • 3 cawan tepung gandum
  • Garam
  • 3 sudu susu pekat (ikut manis yang diinginkan)
  • 5 sudu serbuk koko (ikut kepekatan warna roti jala yang anda mahu)

Cara-cara :

  • Dalam blender, campurkan kesemua bahan dan pusarkan sampai sebati. Senang!
  • Dah boleh dimasak atas kuali. Gunakan non-stick pan yang betul-betul takkan melekat ya

Bahan-bahan sos kastard vanilla :

  • 3/4 tin- 1 tin susu cair (ikut tahap manis yang diinginkan)
  • 2 susu tepung kastard
  • 1 st esen vanila
  • 1/2 cawan air 

Cara-cara :

  • Campurkan kesemua dalam periuk kecil dengan api kecil, dan masak sampai pekat
  • Pastikan sentiasa gaul untuk elakkan sos hangus dibawah
mulai
RM1.90
Semak Tepung Gandum Cap Ros harga dibawah:
mulai
RM2.44
Semak Saji Evaporated Creamer harga dibawah:

6. Resepi Apam Balik Paling Senang Di Dunia

View this post on Instagram

A post shared by Sarahbelle.L💋 (@sarahbellelwy) on

Apam balik ini menjadi lebih special bila kita beli dekat pasar malam atau bazaar je. Tetapi disebabkan PKP, berkemungkinan besar bazar Ramadhan tahun ini dibatalkan. Maka, kenalah juga buat sendiri! Rupanya mudah sahaja prosesnya. Bolehlah letak krim jagung ekstra dengan kacang esktra! Barulah mengancam.

Bahan-bahan :

  • 220 g tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 50 g gula
  • ¾ sudu kecil yis 
  • 2 biji telur
  • 310ml air

Cara-cara :

  • Masukkan yis, gula, baking powder ke dalam mangkuk
  • Masukkan air dan telur lalu dikacau sampai sebati. Boleh gunakan blender juga tau. Lagi senang
  • Tutup mangkuk tersebut dan biarkan selama 30 minit untuk yis mengembang. Kalau tak biarkan yis mengembang, nanti waktu masak, apam tak jadi gebu dan kembang
  • Lepas 30 minit, bolehlah mula memasak dengan gunakan non stick pan
  • Tunggu sehingga apam sedikit masak dan taburkan inti kesukaan anda sepeti gula dan krim jagung 
  • Gunakan spatula untuk melipat apam balik. Dan siap!
mulai
RM9.00
Semak Kacang Tanah Hancur harga dibawah:
mulai
RM2.85
Semak Adabi Cream Styles Sweet Corn harga dibawah:

7. Resepi Ayam Penyet Mudah

View this post on Instagram

A post shared by Simplysugar Baking Studio (@simplysugarbakingstudio) on

Walaupun resepi ayam penyet ni nampak macam susah dan leceh, tapi tiada apa yang boleh menghalang seseorang kalau dah mengidam! Waktu macam inilah kita cuba masak sendiri makanan kegemaran yang tiba-tiba sahaja teringin! Kalau susah sangat, boleh guna sambal ayam penyet instant!

Bahan-bahan Ayam Penyet :

  • 1 ekor ayam
  • 3 batang serai
  • 3 tbsp ketumbar biji (direndam)
  • 3 inci halia
  • 3 inci kunyit
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara :

  • Masukkan kesemua bahan kedalam kuali dan masukkan air sehingga menutupi ayam. Rebus sehingga empuk

Bahan-bahan untuk sambal :

  • 6 tangkai cili merah
  • 10 cili padi merah
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 inci belacan
  • Air limau, gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :

  • Dalam kuali, goreng cili, bawang, tomato dan belacan sampai lembut
  • Campurkan kesemua bahan dan tumbuk sampai lumat. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sup ayam :

  • 1 hiria Halia
  • 1 kiub stok ayam
  • 1 sup bunjut
  • Daun sup dan Bawang Goreng

Cara-cara :

  • Air rebusan ayam yang telah tersedia tadi jangan di buang. Anda cuma perlu masukkan halia, stok ayam, sup bunjut, daun sup dan bawang goreng ke dalamnya
  • Biarkan sehingga mendidih 

Bahan-bahan keremes / kerupuk :

  • 125g tepung ubi kayu
  • 60g tepung beras
  • 1 kiub stok ayam
  • 100g santan kotak
  • 400g air
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara :

  • Campurkan ke semua bahan dan gaul sehingga sebati 
  • Gunakan minyak yang panas untuk menggoreng 
  • Gunakan campuran tepung yang sama untuk menggoreng ayam penyet
  • Dah boleh dihidang!
mulai
RM19.90
Semak Sambal Ayam Geprek Bibik Madura harga dibawah:
mulai
RM14.35
Semak Maggi Concentrated Chicken Stock harga dibawah:

8. Resepi Nasi Tomato Simple Dengan Ayam Masak Merah Kenduri Style

View this post on Instagram

A post shared by 🌸 Resepi by Dapur Cik Ana🌸 (@dapur.cik.ana) on

Bila fikir pasal nasi tomato mesti teringat kenduri. Musim kuarantin ini sudah pasti tidak ada majlis kenduri. Maka, tidak dapatlah merasa hidangan masakan kenduri. Apa kata anda cuba buatnya sendiri? Kalau nak cepat masak ayam masak merah, boleh gunakan pes ayam masak merah instant. Kan senang!

Bahan-bahan nasi tomato :

  • 2 cawan beras 
  • 2 helai daun 
  • 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 biji tomato 
  • 2 sudu makan sos tomato atau tomato puree
  • 2 sudu minyak sapi
  • 1 sudu planta/butter
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 mangkuk kecil susu sejat + susu segar
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam, gula dan kiub ayam (secukup rasa)

Cara-cara :

  • Dalam rice cooker, panaskan minyak masak, minyak sapi dan planta
  • Masukkan daun pandan, 3 sekawan dan bahan2 yg dihiris. Tumis sehingga agak garing
  • Masukkan tomato yg telah dikisar, sos tomato, garam, gula, kiub ayam, beras, susu dan air secukupnya
  • Masak sehingga menjadi nasi yg sempurna!

Bahan ayam masak merah :

  • 10 ketul ayam 
  • 6 biji cili besar
  • 7 biji cili kering direbus
  • 1 ½ inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 mangkuk susu sejat
  • Sedikit air
  • Minyak utk menumis (boleh guna minyak gorengan ayam tadi)
  • Sedikit garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara :

  • Goreng ayam dengan kunyit dan garam. Asingkan seketika
  • Tumis bahan-bahan yang telah dikisar (cili,halia, bawang besar, bawang kecil, bawang putih) serta sedikit air
  • Setelah naik minyak, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sebati
  • Masukkan pula gula dan garam beserta ayam
  • Masukkan susu sejat, bawang besar yg dipotong bulat dan juga batang sup. Gaul hingga sebati dan sempurna
  • Taburkan dgn daun bawang dan daun sup. Siap dan boleh dihidang bersama nasi tomato.
mulai
RM2.80
Semak Maggi Perencah Ayam Masak Merah Mix harga dibawah:
mulai
RM3.24
Semak Iman Perencah Nasi Tomato harga dibawah:

9. Ayam Percik Bakar Mudah Dan Empuk

View this post on Instagram

A post shared by sayaiday (new IG) (@sayaidaydotcom) on

Kalau pegi bazaar ramadhan, mesti bau asap ayam percik yang akan sampai ke rongga hidung dahulu. Tak boleh jadi ni, anda harus tahu cara untuk masak ayam percik semasa berbuka waktu PKP ini nanti. Mesti! Kalau yang bujang tu susah-susah nak masak, beli je pes ayam percik instant. Gaul dengan ayam lepastu terus bakar.

Bahan-bahan pes percik :

  • 6 ketul ayam untuk dibakar
  • 6 biji cili kering
  • 2 biji bawang
  • 2 batang serai (1 akan dikisar, 1 lagi akan di tumis)
  • 1 asam keping
  • 6 biji cili api 
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun limau purut
  • gula dan garam

Cara-cara :

  • Kisar bahan pes percik, halia, cili kering yang telah direbus, kunyit hidup, santan, cili api, bawang besar, bawang putih, serai dan masukkan sedikit air
  • Masukkan minyak masak yang banyak untuk menggoreng serai sekejap bagi keluarkan bau dan rasa. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam dan hirisan daun limau. Gaul-gaul ayam dengan pes percik dan dah boleh dibakar atau gunakan kuali double sided yang boleh guna untuk panggang atas api 
  • Selepas itu, asingkan pes ekstra dan masak sehinga pekat untuk dicecah bersama ayam percik panggang kita. Dah siap!
mulai
RM25.00
Semak Pes Ayam Percik Klasik Utara harga dibawah:
mulai
RM6.25
Semak Brahim's Percik Sauce harga dibawah:

10. Pudding Caramel Ala Bazar Ramadhan

View this post on Instagram

A post shared by W.Sakinah W.Yusof 🇲🇾 (@ummikitchen88) on

Tak lengkap rasanya bulan ramadhan kalau tak pekena pudding caramel kan. Senang saja sebenarnya nak buat cuma mesti lah lagi best kalau beli dekat bazaar. Disebabkan kita semua patuh arahan PKP, jom belajar cara nak buat pudding caramel. Dah la senang, cepat pulak tu. Tapi, walaupun mudah resepinya serbuk pudding caramel instant ada juga dijual di pasaran. Boleh lah cuba untuk sesiapa yang tiada keyakinan untuk duduk dapur. 

Bahan-bahan :

  • 4 sudu besar gula
  • 5 biji telur gred A 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • ¾ cawan susu pekat

Cara-cara :

  • Mula-mula cairkan gula untuk dijadikan caramel
  • Sediakan loyang saiz 5inci dan tuang karamel ke dalam loyang. Ketepikan seketika
  • Sediakan bekas campur telur, susu cair, air dan susu pekat. Kacau sampai sebati
  • Kemudian tapis ke dalam loyang tadi. Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit
  • Selepas masak, dan dibiarkan sejuk, sisip bahagian tepi loyang untuk melonggarkan pudding caramel spaya senang untuk keluar daripada loyang
  • Terbalikkan ke atas pinggan dan dah boleh dinikmati!
mulai
RM6.90
Semak Instant Caramel Pudding Powder harga dibawah:
mulai
RM2.40
Semak Marigold Condensed Milk (Susu Pekat) harga dibawah:
End of Article