Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Bekas Makanan Yang Mudah Untuk Menyimpan Lauk Berlebihan

Pengurusan yang lebih teratur dan kemas untuk dapur model

Bekas makanan memang menjadi keperluan seharian secara tidak langsung untuk pelbagai kegunaan termasuklah untuk menyimpan makanan lebihan serta membawa makanan dari satu tempat ke tempat lain. Ada pelbagai jenis bekas makanan serta rekabentuk dan warna yang disesuaikan untuk kegunaan, kemudahan serta citarasa masing-masing. 

Kita perlulah bertindak bijak dalam memilih bekas makanan mengikut kegunaan dan material bekas tersebut haruslah bebas bahan kimia

Apakah bahan yang selamat dan bagus untuk bekas makanan?

Ada banyak bekas makanan yang diperbuat dari pelbagai bahan termasuklah daripada plastik, kaca,logam, seramik dan kertas. Malah, ada juga yang kreatif dengan mereka bekas makanan daripada kayu. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tetapi, dalam memilih bekas makanan, kita hendaklah memastikan ianya selamat untuk digunakan. 

Kebanyakan bekas makanan daripada plastik haruslah ditentukan keselamatannya dan pastikan ianya tidak mengandungi BPA (bisphenol A) yang tidak bagus untuk kesihatan. Bekas makanan yang ternyata selamat dan bagus untuk digunakan adalah diperbuat daripada kaca ataupun logam. 

Jika anda seorang peniaga, bolehlah menggunakan bekas makanan yang diperbuat daripada kertas kerana harganya yang lebih murah berbanding kaca dan logam. Ayuh lihat senarai bekas makanan terbaik untuk kegunaan yang bersesuaian;

10 Bekas Makanan yang Bagus Untuk Kegunaan Harian

Bekas makanan untuk doorgift
Semak Bekas Makanan Balang Kaca (24 unit) harga dibawah:

Sudah menjadi trend terkini bagi tuan rumah sesuatu majlis menghadiahkan sesuatu sebagai doorgift kepada para tetamu. Bagi anda yang hendak mengadakan sebarang majlis keramaian dan memerlukan bekas makanan yang sesuai dengan kuantiti yang banyak serta harga yang berpatutan, bolehlah cuba mempertimbangkan bekas makanan balang kaca ini. 

Bekas ini selamat, cantik dan bersih untuk digunakan menyimpan gula-gula, coklat atau bahan-bahan kecil untuk dijadikan goodies. Ianya didatangi dengan penutup yang berasingan. 

Bekas makanan yang diperbuat dari kertas berkualiti tinggi
ABBAWare
Semak ABBAWare Paper Lunch Box - White (50 unit/set) harga dibawah:

Bagi anda yang mencari bekas makanan di dalam kuantiti yang banyak serta murah, boleh pertimbangkan bekas makanan daripada kertas ini yang dikeluarkan oleh jenama ABBAware. Ia didatangi dalam 50 unit/set. Ianya selamat dan mempunyai pensijilan CEFIC, CEPI, CITPA & FPE. 

Boleh digunakan untuk menyimpan makanan yang berminyak dan berlemak serta boleh dipakai buang. Sesuai untuk anda yang ada membuka perniagaan makanan atau restoran kerana ianya mudah dikitar semula.

Bekas makanan untuk berniaga, dilengkapi dengan penutup
Semak Elianware Multi Purpose Container harga dibawah:

Buat anda yang berniaga makanan di warung, kedai makanan, restoran mahupun pasar malam, bekas makanan Elianware ini mungkin boleh anda pertimbangkan untuk kegunaan perniagaan. Saiznya agak besar iaitu sebanyak 3.4 Litres membolehkan lauk-pauk / barang makanan diletak untuk dipamerkan. 

Ia juga mempunyai penutupnya tersendiri untuk penjagaan kebersihan makanan. Diperbuat daripada plastik, ianya bekas makanan yang sangat ringan serta mudah dibawa kemana-mana.  

Bekas makanan untuk menyimpan makanan bayi dengan selamat
Semak Autumnz Easy Food Storage Baby Food Container (8 unit/set) harga dibawah:

Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi kecil, bekas makanan Autumnz ini sesuai digunakan untuk menyimpan makanan bayi. Penutup dan bekas yang transparent atau lutcahaya ini memudahkan untuk ibu bapa melihat kondisi makanan yang tersimpan di dalamnya. 

Ianya tidak mengandungi sebarang bahan daripada BPA serta selamat untuk digunakan di dalam microwave atau disimpan di dalam peti sejuk beku. Saiznya bersesuaian dengan kuantiti makanan bayi untuk satu kali kegunaan demi mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan.

Bekas makanan bermaterial plastik dan dijamin selamat
Ikea
Semak Ikea Pruta Food Container (17 unit/set) harga dibawah:

Jenama Ikea memang sudah popular dengan pelbagai alatan moden untuk dapur moden dan kemas. Bekas makan Ikea jenis PRUTA ini adalah salah satu produk Ikea yang boleh dimiliki untuk anda yang memiliki jumlah keluarga besar dan memerlukan menyimpan makanan yang pelbagai jenis dalam suatu masa. 

Rekabentuknya yang bersegi empat dan kecil menjimatkan ruangan simpanan di dalam kabinet anda serta warna lutsinar bekas makanan ini memudahkan anda untuk melihat apa yang tersimpan di dalamnya.

Bekas makanan pakai buang – mudah untuk digunakan semula
Felton
Semak Felton Disposable Rectangular 2 Compartment (1000ml x 50 unit/set) harga dibawah:

Bekas makanan keluaran Felton ini diperbuat daripada plastik dan boleh digunakan untuk pelbagai majlis keramaian, katering atau membungkus makanan lebihan untuk di bawa pulang ke rumah. Ianya boleh digunapakai semula dan mudah untuk dibersihkan ataupun dipakai buang kerana harganya yang agak murah. Ianya bersih dan selamat serta boleh digunakan untuk kegunaan microwave.

Bekas makanan sesuai untuk delivery makanan panas / sejuk
Semak Fest Natural Fiber Takeaway Box with Lid (600ml x 25unit/set) harga dibawah:

Bekas makanan daripada Fest ini diperbuat daripada bahan fiber asli dan bebas dari pelbagai bahan kimia berbahaya. Ianya bersih dan selamat serta boleh digunakan untuk makanan yang panas mahupun sejuk. Ianya boleh digunakan di dalam microwave sehingga 800 watts selama 2 minit. 

Bekas makanan ini biodegradasi dan sesuai digunakan untuk delivery makanan ke rumah pelanggan anda.

Bekas makanan sesuai untuk anda yang sedang berdiet
Semak Thermos Lunch Box 5 Lattice Food Container with Compartment harga dibawah:

Bekas makanan jenama Thermos ini diperbuat daripada logam stainless steel, sihat dan selamat untuk digunakan. Ia juga mudah untuk dicuci dan disimpan. Makanan panas yang diletak di dalamnya akan kekal panas dari 1 hingga 3 jam. Ia mengandungi 5 bahagian yang memberi ruangan untuk anda menggunakannya dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi, sup, sayur dan buahan di dalam satu bekas sahaja. 

Untuk anda yang berdiet, bekas makanan ini mungkin boleh anda gunakan dengan membawa makanan dari rumah ke pejabat dengan diisi barang makanan yang sihat dan tidak perlu membeli di luar.

Semak Tupperware Round Click To Go Food Container (880ml x 2 unit/set) harga dibawah:

Jenama Tupperware memang terkenal dengan pengeluaran bekas makanan pelbagai bentuk, corak dan warna. Bekas makanan Tupperware ini kedap udara bagi memastikan makanan yang disimpan di dalamnya kekal segar dalam jangka waktu yang lama. Ia juga kuat dan tahan lasak. Rekabentuknya memudahkan ia digunakan serta dibawa kemana-mana.

Bekas makanan tahan panas untuk kegunaan jangka masa panjang
Bros
Semak Bros Home Click-In Food Container Square (800ml x 2 unit/set) harga dibawah:

Bekas makanan jenama Bros ini bersaiz sederhana yang mempunyai isipadu 800ml. Ianya terdiri daripada bekas yang diperbuat daripada kaca serta penutup daripada polypropolene. Penutupnya mempunyai rekabentuk klip serta digelangi dengan gelang silikon membuatkan ia mudah untuk digunakan serta kedap udara. Bekas makanan Bros ini mempunyai kualiti tinggi yang terjamin. 

End of Article