Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
jenama minyak ikan malaysia

10 Jenama Minyak Ikan Terbaik di Malaysia 2024

Kekal bertenaga dan produktif dengan suplemen tambahan ini!

Untuk pengetahuan anda, minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan dan sering dikaitkan dengan kebaikan omega-3.

Kebiasaannya dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri dimana semua peringkat umur digalakkan untuk amalkan.

Ini kerana khasiat minyak ikan dapat membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit serta memberi kesihatan pada jantung.

Jadi untuk mencari minyak ikan sesuai untuk sendiri dan keluarga, kami bantu anda dengan senaraikan jenama minyak ikan terbaik.

Jangan risau, semua senarai jenama minyak ikan terbaik ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Cara Pilih Minyak Ikan

Minyak ikan adalah suplemen yang popular kerana mengandungi asid lemak omega-3, yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. 

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih suplemen minyak ikan yang terbaik.

  • Pastikan produk tersebut mengandungi EPA dan DHA

EPA dan DHA adalah dua jenis asid lemak omega-3 yang paling penting untuk kesihatan.

Kebanyakan jenama minyak ikan mengandungi kedua-dua EPA dan DHA, tetapi ada juga yang hanya mengandungi salah satu daripadanya.

Pastikan untuk memilih produk yang mengandungi sekurang-kurangnya 100 gram EPA dan DHA per kapsul.

  • Ukuran kapsul

Kapsul minyak ikan yang besar agak sukar untuk ditelan bagi sesetengah individu. Jadi, pilihlah suplemen minyak ikan yang memiliki kapsul kecil, rasa menyenangkan dan mudah untuk ditelan.

  • Pilih produk yang telah diuji oleh pihak berkuasa

Semak sama ada minyak ikan yang anda pilih telah diuji oleh pihak berkuasa. 

Terdapat beberapa badan yang menguji dan menyelia kualiti suplemen makanan seperti Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NRA) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pastikan anda memilih minyak ikan yang mempunyai sijil yang sah untuk mengelakkan minyak yang palsu atau tidak berkualiti.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Minyak Ikan?

Minyak ikan mempunyai beberapa kelebihan, salah satunya adalah kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi, khususnya EPA dan DHA.

Nutrien ini penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan otak.

Omega-3 juga dapat menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain itu, boleh meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Demensia.

Bukti saintifik juga menunjukkan bahawa minyak ikan boleh membantu mengurangkan keletihan dan masalah mental.

Sifat anti-radang minyak ikan boleh membantu mengurangkan sakit sendi dan gejala penyakit kronik seperti arthritis.

Tambahan pula, pengambilan minyak ikan boleh meningkatkan sistem imun dan membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit.

Tapi minyak ikan juga boleh menimbulkan risiko kepada mereka yang mengambil antikoagulan.

Ini kerana mempunyai kesan antiplatelet yang kuat yang boleh mengurangkan kepekatan darah dan membawa kepada pendarahan.

Oleh itu, individu yang menggunakan antikoagulan atau mengalami masalah pendarahan harus berunding dengan profesional perubatan sebelum mula mengambil minyak ikan.

Selain itu, minyak ikan boleh menjadi toksik apabila ia teroksida akibat pendedahan kepada udara dan cahaya yang berpotensi menyebabkan keracunan.

Jadi pilihlah minyak ikan yang berkualiti tinggi dan menyimpannya dengan betul untuk mengekalkan kesegarannya.

Rasa dan baunya juga tidak menyenangkan bagi sesetengah individu.


Senarai 10 Jenama Minyak Ikan Terbaik 

Minyak ikan terbaik secara keseluruhan
Blackmores
mulai
RM24.88
Semak Blackmores Omega-3 Fish Oil 1000mg harga dibawah:
add_circle 100% bahan semula jadi
add_circle Tiada bau hanyir
add_circle Mudah didapati di farmasi
add_circle Bagus untuk kesihatan dalaman
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Minyak Ikan Blackmores merupakan sumber semula jadi asid lemak omega-3 marin.

Ciri-ciri:

Kandungan ini bagus untuk dijadikan makanan tambahan jika anda tidak dapat makan 2-3 hidangan ikan.

Malah, terdapat kandungan lain seperti EPA (Eicosapentaenoic acid) 180mg, DHA (Docosahexaenoic acid) 120mg]) dan vitamin E.

Kandungan ini dapat membantu masalah sakit sendi, gout dan tinggi kolesterol bagi individu orang dewasa yang berisiko.

Selain itu dapat mengawal lemak didalam darah dan sedikit sebanyak mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mata untuk umur yang semakin meningkat. 

Disebabkan minyak ikan ini diekstrak 100% dari ikan liar dan sudah terbukti secara klinikal bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB, jadi anda boleh makan tanpa ragu.

Review:

"Makan minyak ikan ni sebab sakit lutut dan badan rasa lemah tapi lepas anak belikan, terus rasa lebih tenaga dan kurang sakit lutut,"

swiss minyak ikan
mulai
RM74.99
Semak SWISSE Ultiboost Odourless Wild Fish Oil 1000mg (400capsules) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita hamil & menyusu
add_circle Menyokong kesihatan jantung, otak, mata dan sendi
add_circle Mengandungi asid lemak omega-3

Produk ini menyokong kesihatan jantung, otak, mata dan sendi, serta menggalakkan sistem saraf yang sihat dan mood yang seimbang.

Minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 berkualiti premium EPA dan DHA.

Manfaat utama produk ini ialah menyediakan sumber semula jadi asid lemak omega-3, yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada diet. 

Mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular yang sihat.

Selain itu, EPA dan DHA membantu dalam mengawal tekanan darah normal dan paras trigliserida pada individu yang sudah sihat.

Membantu mengekalkan struktur sistem saraf yang sihat dan fungsi kognitif serta mengekalkan kesihatan mata.

Paling penting, sesuai untuk kanak-kanak berumur 1-12 tahun, wanita hamil dan ibu yang menyusui.

Suplemen minyak ikan omega 3 terbaik
HEALTHY CARE
healthy care fish oil
mulai
RM54.00
Semak HEALTHY CARE Fish Oil 1000mg Omega 3 (400 capsules) harga dibawah:
add_circle Tinggi dengan DHA
add_circle Tiada bau hanyir

Healthy Care Fish Oil 1000mg adalah suplemen yang mengandungi asid lemak omega-3 penting, EPA dan DHA.

Menariknya, produk ini diuji secara berkala untuk kandungan merkuri.

Dibuat daripada ikan laut dalam yang berkualiti tinggi, bebas daripada bahan pengawet, pewarna, dan perisa tiruan.

Turut mengandungi 1000mg EPA dan DHA setiap kapsul dan mudah ditelan.

Antara kebaikan Healthy Care Fish Oil 1000mg ialah membantu mengurangkan keradangan dan bengkak sendi yang berkaitan dengan arthritis.

Membantu perkembangan mata dan penglihatan yang sihat dan meningkatkan fungsi sistem saraf, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson.

Bukan itu sahaja, juga boleh menjaga kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida, meningkatkan fungsi otak dan memori.

Minyak ikan terbaik untuk otak
VitaHealth
vita health
mulai
RM29.90
Semak VitaHealth VitaEPA Fish Oil 1000mg harga dibawah:
add_circle Membekalkan 180mg EPA & 120mg DHA
add_circle Menyokong kesihatan kardiovaskular
add_circle Mengekalkan kesihatan mata
add_circle Meningkatkan fungsi otak

Diet sahaja tidak mencukupi, terutamanya jika anda tidak mengambil ikan berlemak yang mencukupi.

Jangan risau, anda boleh dapatkan omega-3 anda dari VitaHealth VitaEPA Fish Oil 1000mg.

Produk ini mengandungi 1000mg minyak ikan dan menyediakan 180mg EPA serta 120mg DHA. 

Bagaimanakah minyak ikan ini membantu? Produk ini akan menyokong kesihatan kardiovaskular, meningkatkan fungsi otak dan memelihara mata yang sihat.

Bagi orang dewasa, disyorkan untuk mengambil satu softgel sayuran tiga kali sehari selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Minyak ikan terbaik untuk dewasa
Megalive
Megalive Omega 600/300 Fish Oil
mulai
RM294.70
Semak Megalive Omega 600/300 Fish Oil harga dibawah:
add_circle Dos EPA & DHA tinggi
add_circle Melindungi asid perut
add_circle Tidak berbau hanyir
add_circle Daftar bawah KKM
remove_circle Harga mahal

Minyak ikan dari jenama Megalive Omega 600/300 Fish Oil mengandungi 1200mg minyak ikan yang bersamaan 600mg EPA dan 300mg DHA.

Kalau nak tahu, kandungan EPA dan DHA agak tinggi berbanding jenama lain dan mungkin disebabkan itu harganya agak mahal.

Malah kandungan EPA dan DHA ini diekstrak dari ikan lain dari jenama lain iaitu ikan sardin, ikan kecil dari genus Poecilia dan ikan tuna.

Untuk pengetahuan, semua jenis yang mereka pilih ini mengandungi kandungan merkuri yang rendah kecuali ikan tuna.

Cara pengambilan adalah 1-2 biji sehari selepas makan dan pastikan telah mendapat nasihatdari doktor atau ahli farmasi sebelum amalkannya.

Minyak ikan untuk sakit lutut
StemLabs Omega 3 Fish Oil
mulai
RM30.00
Semak StemLabs Omega 3 Fish Oil harga dibawah:
add_circle Bahan aktif; EPA & DHA
add_circle Mengurangkan sakit sendi
add_circle Meningkatkan kesihatan kulit
add_circle Mengurangkan bacaan kolestrol
remove_circle Dos EPA & DHA rendah

Produk minyak ikan dari jenama Steamlabs ini menggunakan nutrisi dari ikan sardin, bilis dan mackerel.

Setiap kapsul ikan ini mengandungi 1000mg minyak ikan bersamaan dengan 180mg EPA dan 120mg DHA.

Jadi, kapsul ini mampu mengurangkan sakit sendi, mengurangkan masalah kardiovaskular, memberi tenaga pada mata, menguatkan ingatan, mengekalkan kesihatan kulit dan macam-macam lagi.

Disebabkan dos EPA dan DHA rendah jadi cara pengambilan kapsul ini adalah 1-3 kali sehari bagi dewasa dan 1-2 biji untuk kanak-kanak selepas makan.

Anda tidak perlu risau dengan produk ini kerana telah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan sudah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM.

Minyak ikan terbaik untuk kanak-kanak
Nature's Way
nature ways
mulai
RM89.90
Semak Nature's Way Kids Smart Omega 3 Fish Oil Trio harga dibawah:
add_circle Mengandungi DHA, Omega 3 dan EPA
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tidak sesuai untuk 1 tahun ke bawah

Nature's Way Kids Smart Fish Oil dirumus khusus untuk membantu membekalkan kanak-kanak dengan nutrien Omega-3 DHA dan EPA yang penting.

Campuran Minyak Ikan Omega-3 ini membantu beberapa kebaikan untuk kesihatan. Antaranya;

  • Menyokong dan mengekalkan fungsi otak yang sihat.
  • Memberikan tingkah laku yang sihat.
  • Meningkatkan sistem pembelajaran.
  • Mengekalkan kesihatan mata.
  • Memberi sistem saraf yang sihat.

Ini kerana Minyak Ikan Asli terbaik untuk kanak-kanak ini menyediakan 180mg Trigliserida Marin OMEGA-3, DHA 133mg dan EPA 28mg.

Malah terdapat kandungan lain seperti kacang soya, produk ikan, sucralose dan sulfit.

Cara pemakanan untuk kanak-kanak berusia 1 - 4 tahun adalah campurkan minyak tersebut dalam makanan.

Jika anak berusi 5 - 11 tahun, boleh diberi untuk dikunyah keseluruhan kapsul.

Minyak ikan terbaik untuk ibu mengandung
Shaklee
shaklee vitamin E
mulai
RM82.99
Semak Shaklee Omega Guard Fish Oil 90's harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu mengandung & menyusu
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle Berbau hanyir

Supplemen minyak ikan Shaklee ini merupakan pilihan utama untuk para ibu mengandung atau menyusukan anak. 

Ini kerana mengandungi DHA yang dapat memastikan si ibu mendapat nutrien yang mencukupi dan mengurangkan kelahiran bayi pra-matang.

3 kapsul minyak ikan ini kaya dengan 999mg Omega-3 fatty acids, 546mg EPA dan 360mg DHA sekaligus dapat mengatasi masalah ekzema, sakit sendi dan meningktkan imunisasi badan. 

Hadir dalam betuk kapsul softgel sangat selesa untuk ditelan dan mudah dipecahkan untuk dicampur dalam makanan atau jus kegemaran anda. 

Minyak ikan salmon terbaik
Kordel's
kordel alaskan salmon oil
mulai
RM31.88
Semak Kordel's Wild Alaskan Salmon Oil 30's harga dibawah:
add_circle Minyak ikan salmon
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Sedikit berbau

Minyak ikan ini mengandungi 100% minyak salmon asli dengan asid lemak penting semulajadi daripada salmon liar Alaska. 

Tidak seperti minyak ikan lain, minyak salmon liar Alaska berwarna kemerahan, mempunyai kandungan asthaxanthin iaitu antioksidan semulajadi.

Malah bebas daripada pencemaran logam berat termasuk merkuri dan dijamin kualiti yang bersih dari bahan merbahaya. 

Anda juga akan menerima manfaat dari Astaxanthin dan vitamin D yang merupakan salah satu kompenan dalam fatty acid yang dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh badan secara menyeluruh. 

Ingin diingatkan hanya perlu ambil 1-2 kapsul setiap hari untuk mengekalkan kesihatan kardiovaskular, organ seperti otak dan jantung. 

Minyak ikan yang bagus untuk orang gemuk
Bio-Life
mulai
RM44.50
Semak Bio-Life Fish Oil 1000mg 200's harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk pengidap sakit jantung koronari
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Minyak ikan Omega-3 dari Bio-Life ini kaya dengan lipid dan diekstrak daripada lemak ikan air bilis, sardin dan mackerel yang rendah dengan kandungan merkuri .

Terdapat juga kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk mengawal kolesterol dalam badan, lemak dalam darah dan mengurangkan risiko sakit jantung. 

Pengambilan minyak ikan ini juga dapat mengekalkan fungsi otak, mata dan saraf, pengurusan keadaan radang serta rawatan kemurungan.

Bagi pengidap masalah jantung koronari, anda boleh cuba amalkan pengambilan minyak ikan Bio-Life ini.

Cuma ingin diingatkan ambil 3 kali sehari selepas makan dan pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum amalkan. 

Anda tidak perlu risau dengan produk ini kerana telah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan sudah mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM.


Apa Khasiat Minyak Ikan?

Secara am, kita semua tahu suplemen minyak ikan memberi kesihatan dalaman seperti jantung, mata, darah, buah pinggang dan otak.

Tapi sebenarnya terdapat kebaikan lain kepada tubuh antaranya mengurangkan sakit sendi dan juga menjadikan kulit lebih sihat.

Cuma keberkesanannya bergantung pada kandungan yang ada dalam sebiji pil minyak ikan jadi sebaiknya ambil tahu kandungannya terlebih dahulu.

Apa yang pasti, kebanyakan minyak ikan diekstrak daripada ikan tenggiri, ikan hering, ikan tuna, salmon, hati ikan kod, ikan paus dan sebagainya. 

Jadi terdapat dua jenis asid lemak Omega-3 yang penting terkandung dalam minyak ikan ini, antaranya asid Eicosapentaenoic (EPA) dan asid Docosahexaenoic (DHA).

Dua kandungan ini merupakan nutrisi yang paling penting untuk tubuh badan kerana....

  • Dapat membantu dalam menjaga kesihatan jantung.
  • Sangat baik dalam mencegah peningkatan kolesterol.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Dapat mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Mampu mencegah dari risiko sakit strok.

Selain itu juga, supplemen dari sumber haiwan ini turut membantu dalam perkembangan otak khususnya untuk bayi dan kanak-kanak.

Bagi anak-anak yang mudah jatuh sakit, minyak ikan akan bantu meningkatkan imunisasi badan serta mengurangkan daripada masalah alergik dan ekzema. 

Jika anda risau tentang penyakit tiga serangkai, boleh cuba dapatkan minyak ikan sebagai diet tambahan. 

Kalau anda tidak mampu membeli suplemen minyak ikan, pastikan makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu.

Sebaiknya ambil ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 kerana mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Cuma, kami mahu anda sentiasa menerima nasihat pakar atau doktor sebelum mengambil mana-mana supplemen atau vitamin.

Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan seharian.

Anda boleh tonton video ringkas di bawah tentang manfaat omega 3 dalam kehidupan seharian kita.


Artikel Berkaitan

End of Article