Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sakit Jantung Di Usia Muda, Ini Langkah Mudah Untuk Mencegahnya

Jadikan kisah arwah Ashraf Sinclair sebagai iktibar

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita mengenai arwah pelakon Ashraf Sinclair, 40 yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Akhir tahun lepas, seorang pelakon terkemuka dari China, Godfrey Gao, 35 juga dijemput ajal pada usia yang cukup muda akibat penyakit yang sama. 

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah seseorang yang sihat walafiat, 'fit' dan masih muda boleh menghidapi penyakit ini? Namun, tahukah anda penyakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia setelah sekian lama?

Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2019

Langkah-Langkah Menjaga Kesihatan Jantung

1. Pemakanan Seimbang

Tidak perlu berdiet atau mengambil supplement yang mahal-mahal, lebih-lebih lagi yang tidak menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Cukup sekadar mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan karbohidrat yang dalam kuantiti yang disyorkan oleh KKM dalam diet harian. Jangan lupa! Kurangkan pengambilan makanan berminyak yang boleh meningkatkan kolesterol anda.

mulai
RM168.48
Semak AMGO 3.8L High Capacity Digital Control Screen Air Fryer harga dibawah:

Tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang. Nikmati masakan seperti ikan, ayam dan kentang tanpa minyak!

Baca juga: 10 Air Fryer Terbaik Untuk Hidangan Bergoreng Yang Sihat

2. Bersenam 30 minit sehari untuk setiap hari

Penyakit jantung boleh terjadi akibat lemak yang tersumbat di dalam pembuluh darah. Tiada mesin yang dapat membantu anda untuk kekal sihat. Jauhi treatment kesihatan atau mesin kuruskan badan yang tidak mendapat kelulusan KKM.

Senaman bukan sahaja dapat mengurangkan kalori dan lemak dalam badan malah melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imunisasi. Yang paling penting? Pastikan senaman tersebut sesuai dengan keperluan dan keupayaan anda. 30 minit sehari, setiap hari sudah memadai bagi orang dewasa. 

mulai
RM9.99
Semak KeepFit Yoga Mat harga dibawah:

Terdapat pelbagai video senaman ringkas di Youtube bagi mereka yang malas untuk keluar daripada rumah lagi-lagi setelah penat bekerja. Apa yang anda perlukan hanyalah yoga mat dan berat badan sendiri. Jadi berhenti memberi alasan dan mulakannya sekarang!

3. Berhenti Merokok!

Sudah menjadi tabiat, selepas makan, selepas bermain futsal, semasa lepak di mamak, di tangga kecemasan sewaktu office hour, tak cukup dengan tu, anak isteri turut terkena tempias bau asap rokok di dalam kereta semasa traffic jam. Anda masih mahu beralasan? Jangan susah terhantuk baru nak terngadah.

mulai
RM1.00
Semak Wrigley's Doublemint Chewing Gum 1 pcs harga dibawah:

Anda fikir menghisap rokok dapat membuat anda kelihatan menarik dan macho? Percayalah tiada wanita yang ingin bertemankan perokok. Kunyah chewing gum setiap kali anda ketagih untuk merokok supaya ketagihan itu dapat dikawal. Mulut anda juga anda berbau segar seperti mint dan bebas bau rokok. 

 

4. Tidur Yang Mencukupi

Badan berasa lemah akibat kurang tidur? Badan anda melalui proses recovery sewaktu tidur. Kekurangan tidur boleh merendahkan imunisasi badan. Mereka yang kurang tidur juga kebiasaannya mempunyai low blood pressure atau tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan mereka pening atau pengsan kerana penat.

mulai
RM150.00
Semak CROWN iFoam Spinahealth Single Foam Mattress (4.5" harga dibawah:

Jadikan rutin untuk tidur pada satu waktu yang tetap dan dapatkan rehat yang secukupnya tanpa gangguan dengan memastikan kondisi tidur yang selesa.

Baca juga:   Tidur NyenyakTanpa Gangguan Dengan 9 Pilihan Tilam Terbaik

5. Seimbangkan Kehidupan

Kadangkala, stress adalah penting bagi memberi anda cabaran untuk membuat yang terbaik baik dalam kehidupan mahupun di tempat kerja. Akan tetapi, jika tidak dikawal, anda boleh menghidapi penyakit jantung dan darah tinggi. Tinggalkan masalah di tempat kerja sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di rumah.

mulai
RM558.99
Semak Xiaomi Mi Air Purifier PRO harga dibawah:

Pastikan kediaman anda sentiasa teratur dan bebas habuk dengan air purifier dengan pengesan habuk laser yang dapat mencapai keluasan 60 meter persegi. Kini anda boleh berehat dengan tenang dan selesa.

Baca juga: Pastikan Kediaman Anda Bebas Kuman Dan Bakteria Dengan 9 Air Purifier Ini

Jadi tidak kira usia dan tahap fitness anda, marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk kesihatan diri sendiri dan keluarga anda untuk jangka masa lama. Sayangilah jantung anda!

End of Article