Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Dispenser Air yang Praktikal Serta Memudahkan Kerja Untuk Kegunaan Harian

Hidup lebih efisien

Dispenser air adalah satu alatan yang mungkin nampak remeh tetapi banyak membantu memudahkan aktiviti harian kita. Jika dulu, kita terpaksa memasak air setiap kali hendak meminumnya, tidak kira air panas, suam mahupun air sejuk atau ketika hendak menyediakan ais. Kini, sudah terdapat dispenser air di pasaran yang mampu memberi air bersih mengikut kemahuan anda tanpa perlu memasaknya di atas dapur terlebih terdahulu.

Ada juga dispenser air yang digunakan ketika jamuan dan majlis tertentu supaya air yang secukupnya dapat disediakan agar tetamu dapat minum dengan selesa. Apapun keperluan anda, dapatkan dispenser air yang tepat pasti dapat membantu tugasan harian. Berikut adalah senarai dispenser air yang boleh anda dapati di pasaran, bertepatan dengan keperluan dan citarasa anda.

Dispenser air murah dan mudah serta berkualiti bagus
mulai
RM32.00
Semak SPRITZER Water Dispenser harga dibawah:

Hanya dengan dispenser air Spritzer ini, anda tidak perlu risau jika anak-anak anda mahu mengambil sendiri secawan air kosong buat penghilang dahaga. Dispenser air ini masih mengikut kemampuan bajet dan boleh digunakan untuk bekas air mineral Spritzer bersaiz 5.5L dan 9.5L. Anda juga boleh menggunakan air dari jenama lain yang seakan lebih kurang saiz botol Spritzer ini.

Ianya ringan dan mudah untuk dibawa kemana saja. Menukarkan botol air yang kosong juga amat mudah sekali.

Dispenser air daripada plastik dan tahan lasak
mulai
RM50.00
Semak SAHARA Water Dispenser harga dibawah:

Jika anda memerlukan satu bekas yang besar tidak kira untuk kegunaan harian mahupun acara-acara tertentu, dispenser air Sahara ini mungkin sesuatu yang boleh anda gunakan. Berkapasiti sehingga 10L, ia mempunyai ruang yang besar dan mudah untuk dicuci. Didatangi dengan pemegang padat supaya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja tanpa masalah. 

Kepala air yang sedia ada boleh digantikan mengikut kesesuaian aliran minuman yang dikehendaki.

Dispenser air jenis kaca yang klasik – tidak mudah pecah
mulai
RM89.00
Semak IKEA Forfriskning Glass Dispenser harga dibawah:

Sesuai untuk piknik bersama keluarga, dispenser air dari Ikea ini tahan lasak dan boleh digunakan di luar. Bentuknya yang klasik pasti menjadikan hiasan menarik di parti anda. Diperbuat dari kaca tahan lasak, ianya hanya sesuai untuk air sejuk kerana suhu maksimum air yang boleh diisi kedalamnya adalah setakat 50°C sahaja. 

Memandangkan ruang vakum akan terhasil di dalam balang apabila bekas ini ditutup rapat, pastikan penutup bekas dibuka sedikit ketika ingin mengambil air dari dispenser ini.

Dispenser air untuk kenduri dan majlis keramaian
mulai
RM95.00
Semak WUCHT Water Dispenser harga dibawah:

Dispenser air Wucht ini adalah jenis premium dengan menggunakan gred stainless steel menambahkan imej elegan di dalam sesuatu majlis keramaian terutamanya kenduri. Dispenser air ini sangat sempurna untuk kegunaan professional mahupun untuk kegunaan sendiri. Bekasnya diperbuat daripada polycarbonate membuatkannya selamat, ringan dan mudah untuk diuruskan. 

Ia juga didatangi dengan bekas silinder ais daripada stainless steel untuk membuatkan ais kekal sejuk dan tahan lebih lama.

Dispenser air jenama Tupperware yang menarik dan praktikal
mulai
RM115.90
Semak TUPPERWARE Water Dispenser harga dibawah:

Ideal untuk menyimpan air bagi seisi rumah, dispenser air jenama Tupperware ini boleh digunakan di mana sahaja. Didatangi dengan penutup yang ketat dan menghalang ‘vacuum effect’ supaya tiada udara boleh memasuki bekas air ini, aliran air akan keluar secara berterusan tanpa apa-apa halangan. 

Pemegangnya yang ergonomik memudahkan ia dibawa ke mana sahaja. Bekasnya yang lutcahaya dan jarang membolehkan kita melihat tahap kandungan air yang ada.

Dispenser air yang dapat menyimpan air sejuk dan panas dalam satu masa
mulai
RM348.50
Semak YAMADA NWD389-21 Water Dispenser harga dibawah:

Dispenser air Yamada ini mampu menyediakan air panas, sejuk dan suam dalam suatu masa. Ia juga didatangi dengan filter air alkali. Menggunakan material plastik gred tahan lasak yang tinggi serta anti bakteria, dispenser air ini menggunakan tenaga elektrik yang rendah dan menjimatkan. Sangat selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga. 

Dispenser air panas untuk memulakan hari anda dengan kopi segar
mulai
RM429.00
Semak KHIND EK2600D Water Dispenser harga dibawah:

Buat anda yang memang memerlukan secawan kopi setiap pagi, dispenser air Khind ini sesuatu yang anda perlukan. Ianya dapat menyediakan air panas dalam masa 10 saat sahaja, dispenser air ini didatangi dengan 7 pilihan suhu air mengikut citarasa anda. 

Anda juga boleh memilih 4 tahap jumlah air yang anda kehendaki samada 100ml, 200ml, 300ml, ataupun secara berterusan (Continuous Flow).

Related articles

End of Article