Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Pastikan Sesi Memasak Anda Lebih Lancar Dengan 10 Dapur Gas Dan Elektrik Pilihan

Dah pikir ke menu apa untuk keluarga anda menjamu selera hari ini?

Product in this article

Memilih dapur gas sebenarnya tidak hanya bergantung kepada jenamanya sahaja. Tetapi kualiti dan kemudahan terkini yang disediakan menjadi keutamaan dalam sesuatu proses masakan. Sudah tentu anda bingung hendak memilih dapur gas atau elektrik yang bersesuaian dengan keadaan ruang dapur anda. 

Apakah perkara yang perlu diambil kira semasa memilih dapur gas atau elektrik?

Aspek yang penting yang perlu dilihat dalam pemilihan dapur gas adalah dari segi saiznya, tujuan, jumlah lubang pada pembakar, kelebihannya dan pastikan ianya mudah untuk dibersihkan serta tahan karat. Tidak lupa juga tempat untuk meletakkan dapur gas atau elektrik ini samada mencukupi ataupun tidak. 

Jangan beli terlalu besar. Cukup sekadar 2 penunu dalam satu dapur agar mudah untuk anda pantau masakan yang dimasak dalam 1 masa yang sama. Ayuh lihat senarai dapur gas dan eletrik yang boleh dijadikan rujukan untuk anda membeli nanti;

10 Dapur Gas dan Elektrik Untuk Sesi Memasak Lebih Selesa

iDROP Compact Portable Electric Cooking Mini Stove (HZA-34)

RM 23.5

Anda gemar makan hotpot? Tetapi malas mahu keluar ke mana-mana atau restoran hotpot terlalu mahal? Nah, beli sahaja dapur elektrik ini. Ianya boleh digunakan bukan sahaja untuk memasak hotpot, steamboat atau gril, anda juga boleh memasak pelbagai hidangan dengan menggunakan dapur ini. 

Dilengkapi dengan kuasa 1000W, dapur elektrik ini menjimatkan ruang penyimpanan dan harganya juga mampu untuk dimiliki.

Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000)

RM 43
Dapur kecil terbaik
Golden Fuji
2. Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000)
Dapur mini bersaiz portable – sesuai untuk berkhemah (camping)

Dapur memasak jenis kecil dan ringan ini sangat mudah di bawa kemana sahaja dan sesuai digunakan ketika berkelah. Ianya jenis dapur yang menggunakan gas butane untuk memasak dan beroperasi sama seperti dapur gas yang lain untuk menghidupnya dengan pemetik api yang tersedia.

Dapur ini turut dapat memasak makanan lebih lama. Dengan adanya dapur ini anda tidak perlu memikul gas yang bersaiz besar untuk dibawa bersama ketika ingin menyediakan juadah ketika berkelah.

Milux Gas Stove YS-3030B

RM 48.88
Dapur gas terbaik yang murah
Milux
3. Milux Gas Stove YS-3030B
Dapur gas yang murah dan berkualiti tinggi

Dapur memasak yang mempunyai dua pembakar ini menggunakan pencucuhan secara automatik. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang bersaiz sederhana dan sesuai untuk dapur rumah yang tidak terlalu besar. Pembakarnya direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan lebih kukuh ketika memasak. 

Sangat mudah digunakan kerana anda hanya perlu memulas pemetik api dan sedia untuk memasak.

Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A)

RM 96
Dapur outdoor terbaik
Butterfly
4. Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A)
Dapur outdoor terbaik – sesuai untuk kegunaan ‘merewang’

Jika anda mencari dapur untuk kegunaan luar atau untuk memasak juadah dalam kuantiti yang banyak seperti kenduri, ini adalah dapur yang sesuai sekali. Ianya mengunakan gas tekanan rendah dan memiliki satu pembakar. Dapur ini lebih mudah digunakan untuk kegunaan luar kerana ianya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G)

RM 165
Dapur gas yang tahan lama
Morgan
5. Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G)
Dapur gas yang tahan untuk jangka masa lebih lama

Dapur kaca Morgan MGS-8312G ini diperbuat daripada badan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Pembakarnya pula terdiri daripada trivet besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk yang stabil dan lebih kukuh.

Selain itu, ia juga menggunakan sistem pembakar api tiga cincin untuk proses memasak lebih mudah dan cepat. Anda kini tidak perlu risau tentang kesuntukan masa kerana kini anda boleh memasak dua hidangan pada masa yang sama.

Philips HD4902 Induction Cooker

RM 153.99
Dapur elektrik terbaik
Philips
6. Philips HD4902 Induction Cooker
Dapur induction dengan harga mampu milik

Dapur induksi Philips berciri keselamatan tinggi ini dapat memberi sentuhan sejuk walaupun selepas memasak. Ianya direka dengan panel kaca yang tahan lama dan lasak. Bukan hanya itu, malah ia juga mempunyai 5 tetapan kuasa untuk memasak dan memiliki paparan digital yang mudah difahami. 

Dapur induksi ini juga dapat memendekkan masa memasak anda dan sesuai untuk anda yang mempunyai kekangan waktu setiap hari terutamanya bagi wanita bekerjaya.

Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F)

RM 269

Dapur dengan 2 pembakar ini pasti dapat mempercepatkan lagi proses memasak anda. Ia direka dengan kaca keras yang tahan retak dan tidak mudah calar. Manakala, tempat pemetik pembakarnya pula di buat dari seramik yang tahan calar dan menggunakan pencucuhan bateri. 

Dari segi penjagaan dapur ini pula, ia sangat mudah untuk dibersihkan dan tidak perlu menggosok permukaan dengan begitu kuat untuk menghilangkan kotoran. Dilengkapi juga dengan ‘child-lock’ agar si kecil tidak mudah memasang dapur gas ini.

Faber Italia Electric Ceramic Stove (FCH3C)

RM 638
Faber
8. Faber Italia Electric Ceramic Stove (FCH3C)
Dapur elektrik seramik dengan electronic overheating protection

Dapur elektrik ini sesuai diletakkan di atas table top dan sesuai untuk dapur yang mempunyai ruang terhad. Dilengkapi dengan perlindungan ‘overheating’, tangan anda tidak akan terasa panas jika tersentuh dapur elektrik ini. Panel kawalan dapur ini dapat dikawal mengikut suhu boleh ubah yang ingin ditetapkan oleh anda. 

Mudah untuk dibersihkan dan anda tidak perlu menggosok kotoran tersebut dengan kuat. Hanya gunakan kain untuk lap sahaja.

Hetch 2-in-1 Induction + Halogen Cooker (HIC-1702-HC)

RM 809.00
Dapur induction terbaik

Dapur memasak induksi 2 dalam 1 ini direka dengan kaca keras yang tahan lama. Ianya berciri keselamatan yang tinggi kerana tiada penggunaan api dan anda juga tidak perlu risau tentang kebocoran gas LPG lagi. Direka dengan kaca keras, jadi tidak mudah calar dan tahan pada panas yang terlalu tinggi. 

Bukan hanya itu, anda juga dapat memasak dengan lebih cepat dan mudah. Beroperasi mudah untuk dikendalikan, ianya dilengkapi dengan teknologi ‘Fast Heating’ membuatkan anda dapat memasak dalam masa yang singkat.

Rinnai Cooker Gas Hob – Stainless Steel (RB-713N-S)

RM 739
Dapur gas stainless steel terbaik

Dapur Rinnai ini mempunyai reka bentuk yang nampak elegan dan direka khas dari negara Jepun. Dilengkapi dengan besi keluli tahan karat, ianya menggunakan pencucuhan bateri yang membolehkan anda mula memasak dengan cepat. Apinya pula jenis cincin pendua yang berfungsi untuk memastikan peredaran panas secara menyeluruh.

Anda boleh memasak dalam masa yang lebih ringkas dan cepat dengan dapur gas ini. Yang penting, ianya mudah untuk dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article