Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pisau Dapur Terbaik & Berkualiti Malaysia 2024 (Kecil, Set)

Dapatkan prestasi terunggul di dapur dengan koleksi pisau terbaik

Pisau merupakan antara alat penting dalam setiap dapur. Tak ada pisau, memang tak boleh nak masak.

Tapi, seiring dengan perkembangan teknologi, pisau juga melalui proses evolusi dimana sudah terdapat pelbagai jenis dan bentuk.

Dari pisau untuk memotong sayur, daging, ayam, buah-buahan hingga mentega, setiap pisau direka untuk kegunaan yang spesifik.

Apa yang menjadi masalah sekarang adalah mana satu jenama pisau terbaik untuk kegunaan harian?

Jadi kami mudahkan anda dengan menyenaraikan pelbagai model pisau terbaik.


Senarai 10 Set Pisau Dapur Terbaik

Pisau terbaik secara keseluruhan
Tefal
Tefal Comfort Chef Knife (K22132)
mulai
RM46.90
Semak Tefal Comfort Chef Knife (K22132) harga dibawah:
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle Dilengkapi penutup bilah
add_circle Tajam
remove_circle Sedikit besar

Sebab menjadi pilihan:

Sangat sesuai untuk mendadu bawang, mencincang bahan masakan, memotong daging dan membuat hirisan yang nipis dengan cepat.

Ciri-ciri: 

Pisau dapur terbaik ini merupakan pilihan terbaik untuk keperluan memasak anda kerana boleh digunakan untuk bawang, sayur-sayuran, ayam dan daging.

Diperbuat dari stainless steel dan bilah pisau ini juga sangat tajam, tepat, tidak mudah berkarat serta mudah dikendalikan. 

Tambah lagi, dilengkapi penutup bilah yang melindungi setiap bentuk bilah untuk keselamatan terjamin dan penyimpanan mudah. 

Tugas memasak anda juga lebih mudah dengan pemegang pisau ergonomik yang selesa dan selamat digunakan.

Review:

“Kualiti memang baik, kena dengan jenama yang popular. Pisau rasa berat tu, bilah pun tebal tak senang bengkokkan, pisau tajam… “

Cuoco Grade 420 Stainless Steel Knife Set CKS003
mulai
RM399.00
Semak Cuoco 420 Grade Stainless Steel Knife Set (CKS003) harga dibawah:
add_circle Anti karat
add_circle Anti-bakteria
add_circle Pemegang ergonomik
remove_circle Harga mahal

Diperbuat dari keluli tahan karat gred 420, dimana gred perubatan untuk pisau pembedahan. 

Selain itu, set pisau ini mempunyai rintangan anti karat, kekerasan tinggi, dan anti-bakteria. 

Pisau paring 3.5 inci sesuai untuk mengupas kulit dan memotong buah-buahan serta sayur-sayuran.

Manakala, pisau utiliti 5 inci boleh digunakan untuk memotong sandwich, buah dan sayuran yang lebih besar. 

Tambah lagi, terdapat juga pisau untuk memotong makanan keras, daging dan ayam dengan mudah.

Pegangan ergonomik pada pisau ini memudahkan anda untuk memotong dengan selesa. 

Bukan itu sahaja, set pisau ini juga dilengkapi knife stand untuk penyimpanan lebih kemas.

Pisau untuk memotong daging
Jaya Mata
mulai
RM22.90
Semak Jaya Mata 6” Germany Steel Boning Knife (JM2461) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak dan tahan lama
add_circle Rekaan ergonomik
add_circle Mata pisau keras
add_circle Ringan
remove_circle Terlalu kecil

Pisau Fillet atau Boning Knife Jaya Mata (JM2461) adalah pilihan yang terbaik untuk membuang tulang dari ayam dan daging.

Dibuat dari besi Jerman yang digunakan untuk bilahnya, pisau ini dengan mudah boleh mengikuti bentuk tulang daging. 

Pemegangnya dibuat dari Polypropylene (PP) dan Thermoplastic rubbers (TPR) yang ergonomik dan selesa. 

Ciri lain pisau ini adalah tahan karat, lebih kukuh, ergonomik dan selesa untuk digunakan. 

Selain daging, pisau ini sangat memudahkan anda untuk mengeluarkan tulang dari ikan kerana bentuknya yang lekuk dan tirus.

Pisau yang tidak perlu diasah
Victorinox
mulai
RM25.00
Semak Victorinox Paring Knife Serrated Edge (10cm) harga dibawah:
add_circle Bilah bergerigi
add_circle Ringan
add_circle Kecil
remove_circle Tidak boleh di asah

Berbanding dengan pisau paring lain, pisau jenama Victorinox Swiss Classic ini mempunyai bilah bergerigi tajam.

Ciri ini menjadikan proses potong buah, sayur, isi daging atau mengupas bawang lebih mudah.

Jadi tak perlu susah-susah mengasah kerana bilah bergerigi memang tahan lama. 

Ciri lain lagi, dengan tepi beralun menjadikan mata pisau ini ekstra tajam dan bahagian pemegang direka ergonomik.

Pisau buang usus Stainless Steel ikan:ayam:belut
mulai
RM3.99
Semak Pisau buang usus Stainless Steel ikan/ayam/belut harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tahan lama
add_circle Tidak mudah rosak

Dengan pisau buang usus ini, anda tidak perlu lama lagi berada di sinki dapur.

Alat ini mudah digunakan dan sesuai untuk memotong isi perut ikan, belut, ayam atau apa saja. 

Diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi, jadi tidak mudah rosak dan tahan lama.

Bukan saja sebagai peralatan dapur harian, tapi boleh juga digunakan oleh chef di restoran. 

Tefal Fresh Kitchen Knife Paring Knife (9cm)
mulai
RM36.90
Semak Tefal Fresh Kitchen Knife Paring Knife (9cm) harga dibawah:
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle Permukaan kalis lekatan
add_circle Dishwasher safe

Pisau jenama Tefal sepanjang 9cm ini mempunyai pemegang yang ergonomik.

Ciri ini memberikan keselesaan ketika memotong dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Mempunyai titanium coating yang tidak melekat supaya mudah dipotong dan dibersihkan.

Jangan risau, diperbuat dari stainless steel, jadi permukaan pisau tidak mudah melekat.

Paling penting, pisau ini dilengkapi sarung, jadi anda boleh simpan pisau dengan selamat.

Pisau untuk membuat garnish
Ikea
IKEA KNIFE SET FORDUBBLA
mulai
RM20.70
Semak Ikea Knife Set Fordubbla harga dibawah:
add_circle Tahan karat
add_circle Pemegang selesa
add_circle Boleh melekat pada besi
add_circle Terdapat dua pasang pisau
remove_circle Mudah tumpul

Dengan set pisau Ikea ini anda boleh menyediakan pelbagai jenis hiasan dengan mudah. 

Ini kerana setiap pembelian dilengkapi dengan 2 jenis pisau berbeza iaitu pisau tukang masak 14 cm dan pisau paring 7 cm. 

Reka bentuk ergonomik menjadikan selesa dipegang jika digunakan dalam tempoh yang lama. 

Ciri lain lagi, pisau ini tahan karat dan bahan pemegang diperbuat daripada plastik polipropilena.

Cuma ingin diingatkan cuci terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

GOLDEN FISH Stainless Steel Steak Knife Wooden Handle
mulai
RM2.29
Semak Golden Fish Stainless Steel Steak Knife Wooden Handle harga dibawah:
add_circle Tidak mudah berkarat
add_circle Tidak mudah patah
add_circle Ringan
remove_circle Tidak sesuai untuk hard use

Anda yang suka makan steak di rumah boleh beli saja pisau dari jenama Golden Fish ini. 

Sesuai digunakan untuk memotong daging steak lembu, kambing grill, ayam atau chicken chop.

Pisau ini tidak sesuai untuk potong daging mentah tapi sesuai untuk isi yang sudah di masak.

Malah, anda dapat membuatkan potongan daging lebih kecil dan mudah dimakan. 

Selain itu, mudah dibersihkan dengan hanya perlu dicuci dan dikeringkan selepas setiap kali penggunaan. 

Pemegang pisau diperbuat dari kayu dan bilahnya dari keluli tahan karat gred premium serta tahan haba.

Saiz pisau ini adalah sepanjang 20.5 cm dengan bilah seluas 11.5cm dan tangan seluas 9cm.

Jaya Mata Stainless Steel Durian Knife (JM6)
mulai
RM29.99
Semak Jaya Mata Stainless Steel Durian Knife (JM6) harga dibawah:
add_circle Mudah dipegang
add_circle Tahan lama
remove_circle Tidak sesuai untuk potong masakan

Pisau Durian JM6 ini mempunyai ketebalan bilah 5mm menjadikan sangat sesuai untuk membuka hujung pangsa durian.

Tambah lagi, dengan reka bentuk permukaan pisau yang cekung dan cembung, memudahkan lagi untuk anda membuka durian.

Beratnya hanya 259g dan pemegang pisau durian ini juga selesa dipegang dan diperbuat dari stainless steel.

Bukan sahaja kuat, tahan karat dan dilengkapi dengan teknologi Laser Polish yang membuatnya lebih tajam dan berkualiti tinggi.

10 Inch Stainless Steel Bread Knife
mulai
RM8.90
Semak 10 Inch Stainless Steel Bread Knife harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Ringan
add_circle Pisau sesuai untuk tangan kecil dan besar
remove_circle Tidak sesuai untuk potong masakan

Bagi anda yang mempunyai gerai burger sendiri, anda patut beli pisau burger ini supaya mudah dipotong dan roti tidak hancur. 

Lagipun, ukuran pisau ini panjang 30cm yang mana dapat memudahkan pemotongan pelbagai saiz kek dan roti. 

Pisau ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi serta ditambah dengan pemegang kayu bercat.

Selain memotong roti, anda boleh gunakan pisau ini untuk membuat kek lapis dan meratakan lapisan crumb dengan sekata. 

Cuma, nasihat kami pilih pisau jenis gigi halus untuk roti lembut, gigi tebal untuk roti keras, dan gigi rata untuk memotong kek.


Cara Mengasah Pisau Dengan Betul

Anda tahu tak pisau ni seperti kereta juga, kalau kita jaga dengan baik dan sering bawa ke “servis”, pasti ia akan tahan lama kan? 

Tapi, bagaimana nak jaga pisau kita dengan sebaik mungkin? Ada dua perkara penting yang anda boleh lakukan.

Pertama, asahkan dan kedua ialah ‘hone’. Untuk mengasah pisau, anda boleh dapatkan batu asah yang ada permukaan kasar dan halus. 

Mula-mula, serongkan pisau 15 darjah dengan bilah tajam menghadap keluar, kemudian tarik pisau ke arah anda sambil tekan supaya bilah yang tajam rapat dengan batu asah. 

Mulakan dengan permukaan kasar batu asah, kemudian tukar ke permukaan halus. Setelah siap, ‘hone’ pisau anda dengan pengasah batang besi. 

Ini akan membantu membuat bilah pisau anda lebih tajam dan bertahan lebih lama.  


Artikel Berkaitan 

End of Article