Product in this article

Kegunaan cermin adalah sebagai objek pemantul imej yang membantu kita menjaga penampilan diri. Tanpa cermin, sukarlah untuk berdandan. Cermin dinding terutamanya memudahkan anda untuk memeriksa penampilan diri sebelum keluar ke tempat kerja atau bersantai. Tidaklah nanti tampil kusut dan tidak terurus.

Selain membantu menata gaya individu, cermin juga mempunyai fungsi penting dalam penataan ruang kerana ia memberi ilusi ruangan yang luas apabila digantungkan di dinding dengan menggunakan sudut tepat. Sekiranya anda sedang mencari cermin dinding yang sesuai untuk pelbagai ruangan dalam kediaman anda, jom ikuti senarai di bawah.

1. VTO Germany Bathroom Mirror Cabinet

Sesuai untuk kegunaan di dalam bilik air – dilengkapi kabinet barangan

Harga mulai RM189.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM189.00

Belilah cermin ini sekiranya anda sedang mencari cermin dinding yang sesuai untuk diletakkan di dalam bilik air. Diperbuat daripada stainless steel, rangka cermin ini tidak mudah berkarat. Dilengkapi dengan kabinet untuk memudahkan anda meletakkan barangan keperluan seperti ubat gigi, berus gigi, syampu, shower gel dan lain-lain lagi. 

Sangat menjimatkan ruang dan dilarang memasangnya berdekatan dengan tingkap untuk mengelakkan cahaya matahari memantul ke atas cermin ini. Sesuai untuk ruangan dengan kelembapan tinggi seperti bilik air kerana cermin ini jenis kalis air.   

2. IKEA Krabb Mirror

Untuk menambahkan keluasan ruang, gunakannya di ruang makan

Harga mulai RM49.90

shopping_cart Ikea RM49.90 search Cari produk di Shopee Malaysia

Setiap keping cermin dinding dari jenama IKEA dalam set KRABB yang mempunyai bentuk unik ini, bersaiz 44 cm x 40 cm. Setiap set didatangkan dengan 4 keping cermin yang sesuai dipasang pada dinding ruang makan kediaman anda lebih-lebih lagi ianya diperbuat daripada bahan bebas plumbum.  

Dengan saiz dan reka bentuk yang sama, anda bebas untuk menyusun atur cermin-cermin ini mengikut kreativiti masing-masing. Tentunya ruangan makan anda akan akan tampil dengan satu kelainan dan tampak lebih luas.

3. Cermin Besar 6 Kaki

Cermin dinding bersaiz besar – sesuai untuk ruang kegemaran anda yang luas

Harga mulai RM200.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM200.00

Cermin dinding yang besar dengan rekaan vintage ini memberi efek luas pada ruangan dalam rumah. Cermin yang bersaiz 6 kaki ini digantung secara melintang pada dinding rumah atau pejabat mengikut dekorasi dan gaya yang diingini untuk menambahkan lagi keluasan ruang kegemaran anda. Didatangi dengan pelbagai rona bingkai, anda boleh memilihnya untuk menyesuaikan dengan ruang kediaman. 

Letakkannya pada ruang yang luas seperti ruang makan atau ruang tamu, pantulan ilusi dari cermin membuatkan ruang anda tampil luas dari biasa. 

4. SSF Mynli Wall Mirror

Letakkannya di ruang tamu agar ruang anda tampil dengan gaya tersendiri

Harga mulai RM259.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Cermin dinding rekaan ekslusif dari kedai hiasan dalaman terkenal di Malaysia, SSF mengeluarkan rangkaian cermin dinding yang bersesuaian untuk setiap ruang dalam kediaman atau pejabat anda. 

Rekaannya yang unik dengan bingkai diperbuat daripada kayu besi dan dicat dengan kemasan rona emas, menambahkan lagi penampilan mewah serta elegan. Letakkan sahaja di ruang tamu, pasti cermin itu akan menjadi tumpuan selain perabot baru anda.

5. KAISON Cermin Exclusive

Cermin dinding untuk melengkapkan hiasan ruang kegemaran anda

Harga mulai RM160.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM160.00

Kaison terkenal dengan menjual barangan perhiasan rumah atau keperluan peribadi. Rangkaian cermin dindingnya juga tidak ketinggalan boleh dijadikan hiasan pada ruang kediaman anda. Direka dengan ukiran bentuk bulat yang unik, anda boleh letakkannya pada ruang luas seperti ruang tamu atau ruang makan. 

Reka bentuknya yang moden dan unik, pasti akan membuatkan anda lebih ‘happy’ setiap kali melihat cermin tersebut. Diperbuat daripada bahan seperti stainless steel, cermin ini sangat tahan lasak. Tunggu apa lagi? Belilah sekarang!  

6. IKEA HÖNEFOSS Mirror

Reka bentuk moden – sesuai untuk anda yang gemarkan hiasan uptrend

Harga mulai RM69.00

shopping_cart Ikea RM69.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM79.00

HÖNEFOSS merupakan satu lagi set cermin dinding IKEA yang anda boleh pasang mengikut kreativiti anda. Setiap set didatangkan sebanyak 10 keping cermin yang setiap satunya bersaiz 18 cm x 21 cm. 

Cermin dinding ini direka dalam bentuk sarang lebah dengan kombinasi dua tona coklat ini, pastinya akan menambah keunikan hiasan dalaman kediaman anda. Cermin ini mudah dipasang kerana telah dilengkapkan dengan tape dua muka (double-sided tape). Menjimatkan ruang serta dapat menambah hiasan ruang kegemaran anda.

7. IKEA Frack Mirror

Cermin dinding murah dengan harga mengikut kemampuan bajet

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Ikea RM39.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM48.88

Cermin dinding daripada jenama Ikea ini sangat berkualiti tinggi dengan harganya masih mengikut kemampuan bajet anda. Fungsi cermin ini yang menarik membolehkan anda melekatkannya di mana-mana sahaja pada dinding ruang kegemaran anda. Untuk wanita, cermin ini memudahkan anda untuk memakai alat solekan tanpa memegangnya. Ianya boleh ditolak dan ditarik semasa penggunaan serta cerminnnya boleh dipusing sebanyak 180 darjah.

Dengan mempunyai 2 sisi yang berbeza dan dilengkapi dengan kanta pembesar (magnifying glass) pada 1 sisi untuk memudahkan anda membelek kulit wajah dengan lebih teliti. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Hiasan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!