Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Tuala Mandi di bawah RM15 Untuk Mengeringkan Badan

Gunakan tuala mengikut keperluan anda

Seperti yang kita ketahui, tuala mandi adalah untuk kegunaan mengeringkan badan. Ianya merupakan salah satu bahan asas yang kita perlu ada demi untuk menjaga kebersihan diri. Tuala yang bersih melambangkan personaliti seseorang samaada seseorang itu prihatin terhadap kebersihan badan atau tidak. Kebersihan badan boleh mendorong kepada kesihatan badan yang lebih baik.

Tuala mandi didatangi dalam pelbagai saiz, corak, material, kualiti dan kebolehan menyerap air dengan berkesan. Oleh itu, pilihan yang tepat mampu memberi keselesaan kepada si pemakai. Dibawah ini terdapat senarai tuala budget dengan harga yang mampu milik.

Tuala mandi untuk penyerapan air dengan lebih berkesan
Semak IKEA Lejaren Tuala Mandi harga dibawah:

Ingin tuala mandi yang berkualiti dan mampu menyerap air dengan berkesan? Inilah jawapannya, tuala mandi serap air dengan saiz standard dewasa 55 x 120 inci yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Tidak menggunakan bahan kimia untuk pembuatannya, tuala ini mampu menolong menjaga alam sekitar lebih baik.

Materialnya diperbuat daripada 100% dari Cotton, oleh itu ia amat berkesan untuk menyerap air. Tuala mandi yang menyerap air ini mampu mempercepatkan process pengeringan badan dan rambut. Jadi, anda tidak perlu tunggu terlalu lama untuk keringkan rambut.

Sesuai untuk kegunaan si kecil anda – bermotif corak kartun
Semak Tuala Mandi Kanak-Kanak harga dibawah:

Tuala mandi yang menarik seringkali menarik perhatian kanak-kanak untuk menggunakannya. Tetapi haruslah yang mengikut keselesaan. Tuala mandi kanak-kanak ini datang dalam saiz lebih kecil 20 x 40 inci berbanding kain tuala saiz standard untuk orang dewasa. Terdapat pelbagai pilihan menarik, sesuai dijadikan hadiah untuk si kecil anda. 

Ia juga sesuai digunakan sebagai medium memujuk kanak-kanak yang malas atau sukar mandi. Material tuala ini adalah jenis Cotton dan mampu menyerap air dengan mudah.

Diperbuat daripada material mikrofiber – sesuai dipakai dimana sahaja
Semak Magic Towel Wearable Micro Fiber For Adult & Children harga dibawah:

Inginkan kelainan dalam mood mandian anda? Cubalah tuala yang dengan reka bentuk A yang boleh digantung di bahu seakan-akan dress. Diperbuat dari material mikrofiber dan dipakai tanpa memerlukan pengikat sama sekali. Ianya multifungsi dan boleh juga dijadikan sebagai bathrobe. Tuala ini boleh digunakan tidak kira samada untuk lelaki atau wanita dan boleh dipakai dengan mudah.

Direka untuk orang dewasa dan kanak-kanak bagi mengeringkan badan dengan lebih sempurna. Tuala yang trendy ini sesuai untuk digunakan di rumah, pantai, kolam renang, air panas dan anda juga boleh memakainya seperti baju tidur!

Tuala mandi bersaiz besar – sesuai untuk yang mempunyai tubuh badan gempal
Semak Jumbo Besar Tuala Good Quality 100% Cotton harga dibawah:

Anda berbadan besar? Ingin menggunakan tuala bersaiz jumbo yang memberikan lebih keselesaan semasa mengeringkan badan. Kini terdapat tuala bersaiz besar 35 x 65 inci yang mampu membaluti badan mereka yang bertubuh besar. Tuala ini diperbuat daripada material 100% Cotton.

Ia adalah tuala besar dengan harga berpatutan, tahan lama dan berkualiti tinggi. Ia tidak terhad kepada mereka berbadan besar sahaja tetapi kepada yang lebih gemar untuk menggunakan tuala bersaiz besar demi keselesaan semasa mengeringkan badan.

Tuala mandi dengan pilihan corak kartun kegemaran
No Brand
Semak Tuala Mandi Shower Bath Beach Little Pony Cartoon Towel harga dibawah:

Ingin ke pantai dengan tuala yang menarik? Kini, anda mempunyai pilihan tuala pantai bercorak kartun kegemaran yang sesuai untuk pelbagai golongan termasuk orang dewasa. Tuala ini boleh dibeli dengan harga mesra poket.

Ia diperbuat dari material 100% kapas, berkualiti tinggi dengan jaminan kepuasan semasa anda menggunakannya. Warna pada tuala ini tahan lama dan sukar luntur dan boleh dibasuh mengunakan mesin basuh. Mampu menyerap air, sesuai digunakan ditepi pantai.

Keringkan badan si manja anda dengan tuala yang sesuai untuknya
Semak Baby Bath Towel for Kid harga dibawah:

Bayi memerlukan tuala khas untuknya kerana kondisi kulit mereka adalah berbeza. Diperbuat dari material 100% kapas dan bersaiz 60 x 120cm, ia boleh digunakan untuk mengelap bayi selepas mandi. Tuala ini sangat lembut membolehkan kulit bayi bernafas dengan mudah dan tidak panas semasa si kecil menggunakannya.

Selain digunakan sebagai tuala, ia juga boleh digunakan sebagai selimut untuk bayi anda kerana ketebalannya. Tuala ini cepat kering, tahan bau dan anti-bakteria. Ia adalah jenis hypoallergenic sesuai dibawa ke mana sahaja.

Terbaik digunakan untuk bidang perniagaan seperti hotel
Semak Premium Towel for Hotel harga dibawah:

Dengan kos yang amat berpatutan anda boleh mendapat tuala mandian berkualiti bagaikan seperti di hotel kerana materialnya jenis yang tidak terlalu nipis atau terlalu tebal.

Didatangi dalam saiz standard hotel 27 x 54 inci, tuala ini adalah berkualiti dan tahan lama. Boleh digunakan untuk pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Ia mampu menyerap air dengan mudah serta tidak panas, membuatkan anda bertambah selesa selepas mandi.

Related articles

End of Article