Product in this article

Kipas berdiri atau stand fan merupakan alternatif lain jika kediaman anda tidak memiliki sebarang penghawa dingin bagi menyejukkan haba badan akibat cuaca panas.Namun, di zaman ini terdapat banyak versi kipas berdiri ini yang dapat memenuhi keperluan harian mahupun menyenangkan rutin harian hidup anda seperti kipas dengantimer, remote control, rekaan moden dan unik ataupun jenis portable.

Berapakah anggaran kos untuk kipas berdiri?

Kos untuk kipas berdiri beranggaran daripada RM70 sehingga RM300 mengikut jenis model dan spesifikasi yang disediakan. Jika ianya mempunyai reka bentuk yang unik dan moden, mungkin ianya akan menjadi sedikit mahal daripada model kipas berdiri yang lain. Juga carilah yang boleh menjimatkan kos penggunaan elektrik.

Teruskan membaca untuk mengetahui harga kipas daripada paling murah kepada yang mahal.

8 Kipas Angin Berdiri/Stand Fan Terbaik di Malaysia

1. HIRAKI Stand Fan 16” 5 BLADE FS40-A520
Kipas berdiri dengan 5 bilah – murah dan berkualiti tinggi
Kipas berdiri dengan 5 bilah – murah dan berkualiti tinggi
1. HIRAKI Stand Fan 16” 5 BLADE FS40-A520
Kipas berdiri dengan 5 bilah – murah dan berkualiti tinggi

Kipas berbilah 5 ini sesuai untuk menyejukkan ruang rumah yang besar kerana anginnya yang kuat. Dengan bersaiz 16” dan tingginya juga boleh diubah sehinggan 1.3m mengikut kesesuaian ruang. Warnanya hitam dan sleek, menambahkan lagi elegan produk dan akan membuatkan ruangan rumah anda kelihatan menarik dan moden.

2. 5 Blade Stand Fan With Timer
Kipas berdiri lengkap dengan timer untuk bilik tidur
Kipas berdiri lengkap dengan timer untuk bilik tidur
2. 5 Blade Stand Fan With Timer
Kipas berdiri lengkap dengan timer untuk bilik tidur

Sesuai jika anda ingin menjimatkan tenaga ataupun menggunakannya ketika tidur namun tidak mahu ianya terpasang sepanjang malam, kipas ini mempunyai timer untuk menentukan masa yang anda perlu ketika menggunakan kipas ini.Tinggi kipas ini boleh diubah dan juga kepala kipas ini boleh dicondongkan untuk mengikut kehendak anda. 

Dengan mempunyai 5 bilah yang akan menjanjikan angin yang kuat dan sejuk. Tiada lagi masalah tidak selesa semasa tidur!

Midea
3. Midea 3 Blade 16 Stand Fan MF-16FS10N
Kipas berdiri terbaik sesuai untuk ruangan moden
Kipas berdiri terbaik sesuai untuk ruangan moden
Midea
3. Midea 3 Blade 16 Stand Fan MF-16FS10N
Kipas berdiri terbaik sesuai untuk ruangan moden

Kipas yang berharga rendah ini amat sesuai jika anda mencari kipas berdiri yang ringkas. Kipas ini bersaiz 16” dan mempunyai 3 bilah yang sesuai,terbaik untuk menyejukkan ruangan rumah anda. Didatangi dengan warna comel putih dan biru cair, kipas ini amat sesuai jika anda ingin memadankan dengan tema rumah anda.

Pensonic
4. Pensonic Bold Series Energy Saving Stand Fan 16” PSF-4502
Kipas berdiri buat dapur – tahan lasak untuk jangka masa panjang
Kipas berdiri buat dapur – tahan lasak untuk jangka masa panjang
Pensonic
4. Pensonic Bold Series Energy Saving Stand Fan 16” PSF-4502
Kipas berdiri buat dapur – tahan lasak untuk jangka masa panjang

Kipas berdiri ini bersaiz 16” dan sesuai diletakkan didalam dapur yang besar dan tidak mempunyai kipas siling. Menggunakan ciri jimat tenaga, kipas ini amat sesuai untuk digunakan pada jangka masa yang lama.Warna merahnya juga amat menarik dan akan menaikkan lagi semangat untuk memasak!

5. Wireless Rechargable Foldable/Portable 3-in-1 Standing Fan
Kipas berdiri portable terbaikdan mudah dibawa kemana sahaja
Kipas berdiri portable terbaikdan mudah dibawa kemana sahaja
5. Wireless Rechargable Foldable/Portable 3-in-1 Standing Fan
Kipas berdiri portable terbaikdan mudah dibawa kemana sahaja

Kipas ini amat sesuai kerana ianya boleh dilipat dan dibawa kemana sahaja dengan mudah. Kipas ini juga boleh ditukar ketinggiannya untuk memenuhi keperluan anda seperti jika anda ingin meletakkannya diatas meja, kipas ini boleh direndahkan kepada 36cm.

Kipas ini juga amat unik kerana ianya menggunakan kuasa bateri yang dicas dan akan tahan sehingga 5-24jam. Sesuai jika anda ingin menggunakannya diluar rumah, ketika berkhemah atau melakukan aktiviti diluar rumah.

Osuki
6. Osuki Tower Stand Bladeless Fan P970
Kipas tanpa bilah untuk ruang tamu moden dan unik
Kipas tanpa bilah untuk ruang tamu moden dan unik
Osuki
6. Osuki Tower Stand Bladeless Fan P970
Kipas tanpa bilah untuk ruang tamu moden dan unik

Kipas tanpa bilah ini amat sesuai digunakan oleh keluarga yang mempunyai anak kecil kerana anda tidak perlu risau lagi tentang keselamatan kanak-kanak. Ianya mempunyai ciri jimat tenaga yang tahan bertahun lamanya dan tidak akan menjadi panas dibahagian motornya.

Reka bentuknya moden, amat sesuai diletakkan di ruang tamu yang akan menyerikan lagi estetika rumah anda.

Mistral
7. Mistral Tower Stand Bladeless Fan (MFD1801R)
Kipas berdiri untuk ruang yang kecil
Kipas berdiri untuk ruang yang kecil
Mistral
7. Mistral Tower Stand Bladeless Fan (MFD1801R)
Kipas berdiri untuk ruang yang kecil

Kipas jenis tower bladeless fan ini amat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana reka bentuknya yang sleek dan tirus. Ianya muat diletakkan dihujung bilik tanpa mengambi ruang yang banyak. Kipas ini juga mempunyai remote control yang dapat mengawal setting tanpa perlu bangun. Dilengkapi dengan timer yang sangat bagus jika anda pentingkan penjimatan tenaga.

Khind
8. Khind Air Circulating Standing Fan 9” JAC91R With Remote Control
Laras kawalan angin dengan remote control
Laras kawalan angin dengan remote control
Khind
8. Khind Air Circulating Standing Fan 9” JAC91R With Remote Control
Laras kawalan angin dengan remote control

Kipas yang bereka bentuk moden ini bersifat eco-friendly dan eco-smart. Ianya kecil, kompak dan mudah untuk digunakan dimana sahaja.Disertakan dengan remote control, anda boleh mengawal kipas ini dari jauh dan dapat memudahkan rutin harian anda. Kipas ini juga mempunyai kadar bunyi yang rendah, jadi, ianya tidak akan menganggu rutin harian anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kelengkapan Rumah

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!