X
X

Product in this article

Mungkin kebanyakan para ibu yang buat pertama kalinya mengandung akan betul-betul mengambil kira perihal kesihatan diri apabila mendapat berita kehamilan. Namun, ramai juga para ibu yang mengambil tak endah tentang menjaga kesihatan diri semasa mengandung buat kali kedua dan seterusnya. Mungkin disebabkan sudah biasa. Sebenarnya, setiap kali hamil, badan ibu akan bertindak balas seperti kehamilan sebelumnya. Atas faktor usia dan bayi yang dikandungkan itu sendiri, ibu yang hamil perlu mengambil penuh perhatian terhadap kesihatan diri. 

Susu adalah satu sumber yang penting untuk membantu ibu yang hamil seawal di trimester pertama. Ini untuk menjaga tulang dan gigi ibu mengandung. Juga memberi khasiat buat janin anda. Berikut adalah antara susu yang boleh diambil oleh ibu ketika di trimester pertama kehamilan.

1. PROMAMA Maternal

Susu lengkap yang murah untuk ibu mengandung di trimester pertama

Harga mulai RM18.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM18.90 search Cari produk di Lazada Malaysia

Mempunyai kandungan dan nutrisi yang diperlukan untuk ibu hamil seawal trimester pertama, susu Promama Maternal ini melengkapkan pengambilan nutrisi penting buat ibu dan bayi. Mengandungi bahan-bahan seperti DHA, Choline, Asid Folik, Zink, Vitamin E, Kalsium serta Fiber Oligofruktosa, kandungan Promama Maternal  ini juga rendah lemak. Ia mempunyai 56% kurang kandungan gula dan membantu mengawal berat badan ideal untuk ibu hamil.

2. SNOW Brand Maternity Milk Formula

Susu untuk ibu yang mengalami anemia di trimester pertama

Harga mulai RM54.62

shopping_cart Shopee Malaysia RM54.62

Kandugan HB dan sel darah merah kebanyakan ibu mengandung akan berkurangan, sejak dari awal kehamilan lagi yang boleh menyebabkan anemia. Susu formula Snow Maternity Milk ini sangat sesuai diminum oleh ibu mengandung. Alahan berkurangan dan paras HB akan kembali berada di paras normal. 

Susu ini sangat membantu dalam menambahkan darah di dalam badan ibu hamil, sekaligus memberi tenaga buat ibu. Tiada lagi masalah anemia semasa mengandung.

3. FRISOMUM Gold

Susu pelengkap trimester pertama dan di awal kehamilan

Harga mulai RM50.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM55.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM50.00

Susu Frisomum Gold ini mengandungi Frisoshield yang lengkap dengan nutrien penting seperti Prebiotik, Vitamin C, Selenium, Asid Folik, Zat Besi & Kalsium. Ianya membantu menambahkan tenaga ibu mengandung serta memberi khasiat ekstra buat janin dalam kandungan. Ia menyediakan asas yang perlu untuk permulaan fasa kehamilan buat si ibu agar sentiasa berada dalam keadaan yang sihat semasa mengandung.

Frisomum Gold mempunyai 52% lebih rendah lemak berbanding susu lemak krim biasa. Ianya susu khas yang diimport sepenuhnya dari Holland.

4. MOEDER Milk Booster Genius Pregnancy Formula

Kawal tekanan darah ibu mengandung agar tidak membahayakan janin

Harga mulai RM89.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM110.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM89.00

Ibu yang mengandung wajib memantau dan menjaga bacaan tekanan darah ketika mengandung. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pre-eklampsia yang membahayakan ibu serta kandungannya. Bagi ibu yang mempunyai tekanan darah yang tinggi semasa mengandung, bolehlah mencuba susu kambing daripada Moeder ini. 

Ia diperkaya dengan zat sayur-sayuran seperti ekstrak tomato, Habbatus Sauda, madu, ekstrak anggur, kurma, Aloe Vera, lobak merah, brokoli, dan betik. Pengambilan sayur-sayuran yang banyak dapat membantu menurunkan tekanan darah ibu mengandung sekaligus memberi nutrisi dan zat penting buat kandungan.

5. ANMUM Materna Chocolate Less Sweet

Susu penuh khasiat dan kalsium untuk pertumbuhan sihat ibu hamil

Harga mulai RM37.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM39.60 shopping_cart Shopee Malaysia RM37.80

Susu ANMUM Materna ini mengandungi pelbagai bahan berkhasiat yang menyokong pertumbuhan badan ibu serta juga bayi di dalam kandungan. Menyokong 100% keperluan folate dan kalsium harian yang diperlukan oleh ibu hamil sejak di trimester pertama lagi. Selain daripada ganglioside, prebiotic, probiotik, besi dan vitamin D, susu ini juga menggunakan teknologi DHA, DR10 serta inulin untuk memberi zat tambahan kepada ibu mengandung.

Susu ini baik untuk pertumbuhan dan perkembangan janin dengan lebih sempurna. Diformulasi kurang gula, baik untuk kesihatan ibu hamil.

6. LAZZ Susu Kambing (Perisa Kurma)

Ambillah susu kambing sebagai susu alternatif sesuai untuk ibu hamil

Harga mulai RM40.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM40.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM44.90

Bagi para ibu yang memang tidak boleh mengambil susu lembu, Susu Kambing Lazz ini boleh dijadikan sebagai susu alternatif terbaik. Susu kambing yang mengandungi bahan semulajadi dan organik ini dijamin halal tanpa sebarang bahan kimia yang diragui. Ianya memudahkan pengambilan susu terutama di peringkat awal kehamilan yang agak cerewet dengan perisa dan bau makanan. 

Susu ini bukan sahaja sesuai untuk ibu, malah seisi keluarga daripada bayi hinggalah warga emas boleh menikmatinya juga. Terbaik untuk ibu hamil yang tidak boleh menerima sebarang minuman berlaktosa.

7. LOVE EARTH Almond Powder Milk (500g)

Susu berperisa almond baik untuk mengawal berat badan

Harga mulai RM44.90

shopping_cart Motherhood Malaysia RM45.90 shopping_cart Watsons Malaysia RM44.90

Pertambahan berat badan adalah sesuatu yang memang akan dijangka buat semua ibu mengandung. Namun, ianya hendaklah sentiasa dipantau supaya tidak memudaratkan ibu yang hamil serta bayi di dalam kandungan. Bagi ibu yang mengandung di trimester satu dan risau akan kenaikan berat badan yang mendadak tetapi perlu mengambil makanan berkhasiat, susu almond Love Earth ini pastinya pilihan terbaik. 

Protein dari buah almond boleh menurunkan kalori dan lemak yang ada, tinggi dengan fiber dan juga mempunyai nutrien lengkap. Ibu hamil pasti mampu mengekalkan pertumbuhan berat badan yang sihat dengan formula susu ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

End of Article
Selengkapnya Kehamilan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!