Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Susu Untuk Ibu Hamil Di Trimester Kedua Supaya Ibu dan Janin Kekal Sihat

Beri minuman tambahan untuk perkembangan bayi anda

Apabila berada di trimester kedua, mungkin ibu yang hamil sudah mula dapat mengadaptasi keadaan dan fasa kehamilan. Namun, ibu hamil tidak seharusnya mengambil mudah perihal pemakanan seimbang untuk memastikan kandungan di dalam badan mendapat nutrisi yang diperlukan dan berkembang dengan sihat. Tubuh badan ibu hamil di trimester kedua menggunakan lebih banyak kalori berbanding sebelumnya. Kalsium adalah antara sumber penting yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan gigi bayi dalam kandungan. Sumber utama kalsium boleh didapati di dalam susu.

Susu ibu hamil tidak hanya tertakluk pada susu lembut tetapi terdapat juga dalam susu kambing. Bagi sesetengah ibu yang tidak boleh mengambil bahan tenusu seperti susu lembu atau kambing, boleh sahaja menggunakan alternatif susu yang lain seperti susu yang diperbuat daripada bahan organik. Artikel ini menyenaraikan produk susu untuk ibu hamil di trimester kedua dalam memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat.

Susu untuk ibu hamil yang ikut kemampuan bajet dan berkualiti tinggi
Abbott
Semak Abbott Similac Mom with DHA & Choline harga dibawah:
add_circle Susu rendah lemak, baik untuk ibu mengandung
add_circle Membantu perkembangan otak janin
add_circle Menjaga kesihatan ibu dan janin
remove_circle Hanya boleh didapati di pengedar yang sah

Kenaikan berat badan akan lebih ketara buat ibu mengandung yang berada di trimester kedua. Susu SIMILAC® MOM ini mempunyai suplemen rendah lemak buat ibu mengandung. Diformulasi dengan EyeQ™ Nutrition System yang mengandungi Vitamin E semulajadi dan Lutein untuk menghalang pengoksidaan DHA yang kritikal dalam pertumbuhan dan perkembangan otak bayi dalam kandungan.

Oleh demikian, susu ini dapat mengawal kenaikan berat badan supaya tidak melebihi tahap yang sepatutnya serta membantu pertumbuhan kandungan yang sihat.

Susu penuh serat untuk ibu mengandung alami diabetes di trimester kedua
Semak LOHAS Beetroot Oat Milk harga dibawah:

Bagi ibu yang mengalami diabetes semasa mengandung, keperluan kalori meningkat sebanyak 300 kalori sehari semasa di dalam trimester kedua kehamilan. Kandungan susu yang mempunyai banyak serat sangat digalakkan untuk ibu hamil yang mengalami diabetes. Susu LOHAS Beetroot Organic Oat Milk ini dihasilkan tanpa laktosa, kolestrol dan tinggi kalsium.

Ianya mengandungi diet fiber yang tinggi serta selamat diambil oleh ibu mengandung. Sesuai dengan keperluan ibu di trimester kedua, susu ini mungkin satu alternatif bagi mengawal paras gula di dalam badan tanpa menjejaskan perkembangan pertumbuhan bayi di dalam kandungan.

Susu rendah gula dan kurang lemak yang menyihatkan tubuh ibu hamil
Momma
Semak Momma Pregolact harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Mengurangkan alahan
add_circle Bantu imbangkan HB
add_circle Bekalkan tenaga
add_circle Bebas gula

Diformulasi daripada bahan-bahan premium berkualiti, susu berjenama MOMMA Pregolact ini adalah satu produk yang tidak mengandungi krimer, tiada gula dan rendah lemak. Ia mampu meningkatkan bilangan Hemoglobin (HB) dan membantu mengurangkan rasa keletihan, sakit belakang dan lenguh kaki yang kerap dialami oleh ibu mengandung semasa di trimester kedua.

Susu ini juga bagus untuk mempersiapkan ibu menghasilkan lebih banyak susu badan. Ianya sesuai diambil oleh ibu yang sedang hamil atau menyusu badan.  

Susu kambing sebagai susu alternatif semasa di trimester kedua
Millennial Gen
Semak MOEDER Milk Booster Genius Pregnancy Formula harga dibawah:

Susu tepung daripada Moeder ini mengandungi kandungan kalsium, vitamin dan protein yang tinggi untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Diperkaya dengan susu kambing, ekstrak tomato, Habbatus Sauda, madu dan kurma, menjadikan susu formula ini rendah lemak dan baik untuk mengelakkan ibu hamil mengalami masalah obesiti.

Bagi ibu mengandung di peringkat trimester kedua, susu ini sesuai dan selamat digunakan dan salah satu alternatif yang ada selain daripada susu lembu. Ianya juga mampu untuk memberi lembapan dan mencantikkan kulit ibu semasa mengandung.

Susu organik yang menambah tenaga untuk ibu mengandung di trimester kedua
Semak HEALTH PARADISE Organic Millet Milk harga dibawah:

Semasa di trimester kedua, badan ibu mengandung memerlukan lebih banyak tenaga dan nutrisi bagi memenuhi keperluan fizikal untuk perkembangan bayi dalam kandungan, pertumbuhan tisu maternal dan persediaan untuk penyusuan badan. Susu Organik Millet ini kaya dengan Vitamin B seperti B6, kalsium, zat besi, potassium, magnesium dan zink serta bebas gluten yang  dapat mengawal kadar kolestrol badan sambil memberi nutrisi yang diperlukan. Susu organik ini juga berasaskan alkali dan bagus untuk sistem pencernaan serta menjaga usus ibu agar dapat memberi khasiat penting buat si kecil dalam kandungan.

Susu berperisa almond baik untuk kesihatan ibu hamil
Semak BMS Organics Almond Powder harga dibawah:

BMS Organics adalah produk yang terkenal dengan rangkaian penjagaan kesihatannya. Kini, jenama ini mengeluarkan susu berperisa Almond yang sesuai dan selamat untuk dinikmati oleh ibu mengandung yang berada di trimester kedua. Susu ini mampu untuk mengawal kadar kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan menguatkan paru-paru.  

Almond mengandungi Vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksidan yang mampu untuk melindungi jantung dan mencantikkan kulit anda. Tidak mengandungi perisa dan perwarna tambahan, susu ini membantu menambah nutrisi dan diet seimbang buat ibu mengandung.

Susu yang lengkap dengan prebiotik dan tinggi asid folik.
Mead Johnson Nutrition
Enfamama A+ (Vanilla)
Semak Enfamama A+ (Vanilla) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 360° DHA Plus
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu

Pengambilan zat besi sangat digalakkan buat ibu mengandung. Namun demikian, pengambilan zat besi boleh mengganggu sistem penghadaman ibu. Prebiotik dapat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, asid folik pula sangat penting untuk perkembangan dan pembahagian sel bayi dalam kandungan.

Susu ENFAMAMA A+ yang berperisa vanilla ini adalah susu yang terbaik untuk ibu mengandung di trimester kedua kerana ia mempunyai prebiotik dan asid folik untuk badan. Susu ini juga mengandungi kandungan DHA, Kalsium dan Vitamin D yang juga antara zat keperluan ibu yang mengandung.

Artikel Berkaitan 

End of Article