Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Jam Pintar Untuk Memastikan Si Kecil Sentiasa "Updated" Dengan Teknologi Terkini

Adaptasi kemudahan teknologi terkini untuk kemudahan si manja

Product in this article

Memang tidak boleh dinafikan dengan kehidupan moden yang serba canggih dewasa ini, segala apa yang dimiliki oleh ibubapa juga akan menjadi idaman anak-anak. Jam pintar antara teknologi terkini yang sering anak anda ingin untuk dimiliki. Mungkin ada ibubapa yang rasa tidak perlu untuk si kecil memiliki jam canggih dan cukup sekadar jam biasa. Namun, membeli jam pintar untuk anak-anak juga ada banyak manfaatnya terutama sekali untuk memudahkan komunikasi dan memantau kedudukannya.

Di sini kami senaraikan antara pilihan terbaik jam pintar untuk anak yang ada di pasaran terkini untuk ibubapa membuat pilihan yang bijak.

Q50 F13S Kids Smart Watch

RM 86
1. Q50 F13S Kids Smart Watch
Jam pintar dilengkapi GPS untuk menjamin keselamatan anak

Jam pintar Q50 untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan GPS ini antara pilihan yang bijak untuk ibubapa yang mencari jam pintar untuk memantau lokasi anak. Ketepatan posisi GPS jam ini yang dapat menjangkau 10 hingga 20 meter. Anak anda tidak boleh mematikan jam ini secara manual kerana ianya dikawal oleh ibubapa dari jauh melalui aplikasi yang disediakan. Ibubapa akan mendapat notifikasi sekiranya jam pintar ini ditanggalkan dari tangan si kecil. 

Dengan kemudahan sedemikian, pastinya ibubapa dapat memantau kedudukan dan lokasi anak berada dan sekaligus menjamin keselamatan anak apabila tidak di bawah pemerhatian ibubapa.

ZLOYI Smart Watch for Kids

RM 34
2. ZLOYI Smart Watch for Kids
Jam pintar yang murah dan berbaloi untuk dimiliki

Bagi ibubapa yang tidak mahu anak mereka menggunakan barangan yang mahal kerana risau dicuri, hilang, rosak dan sebagainya, jam pintar OEM buatan China ini pastinya pilihan terbaik untuk anda. Berharga kurang dari RM 50.00, jam ini mampu berfungsi semaksimanya untuk mengesan lokasi anak. Dilengkapi dengan kamera 2.0m yang membolehkan gambar diambil bersama skrin sentuh 1.56” TFT LCD 240x240 pixel. 

Jam ini juga menggunakan teknologi anti-hilang (anti-loss) yang disambung pada telefon dan menggunakan kaedah bluetooth untuk menghantar notifikasi melalui SMS. 

OEM Smart Watch for Kids

RM 150
3. OEM Smart Watch for Kids
Jam pintar kalis air dengan IP67

Jam pintar ini direka dan memenuhi keperluan yang memberikannya taraf kalis air sehingga rating IP67 dan boleh digunakan semasa aktiviti berenang di pantai. Jam pintar ini boleh digunakan dengan sistem operasi Android dan juga IOS. 

Selain dari mengesan lokasi dengan tepat, jam pintar ini boleh berfungsi seperi walkie talkie serta dapat memberi notifikasi ke telefon ibubapa jika anak-anak dikesan lebih dari 500 meter jarak radius. Dilengkapi dengan kamera dan LED Flashlight, memudahkan si kecil menggunakannya ketika waktu malam. 

VO217 Kids GPRS Smart Watch for Children

RM 287.49
4. VO217 Kids GPRS Smart Watch for Children
Jam pintar yang sesuai untuk kegunaan anak perempuan anda

Penampilan merah jambu yang menawan pastinya akan membuat puteri kesayangan anda gembira jika dihadiahkan jam pintar ini sebagai motivasi atau hadiah harijadi. Sangat mudah untuk digunakan dan kalis air serta dilengkapi dengan sistem GPS dan LBS untuk memastikan lokasi anak dengan tepat. 

Boleh digunakan untuk menghubungi ibubapa melalui panggilan suara mikro, pastinya dapat memastikan keselamatan si kecil terjamin sepanjang masa. Ianya mampu bertahan selama 4 jam sebelum untuk dicas semula.  

Xiaomi Mitu Children Smart Watch

RM 275
5. Xiaomi Mitu Children Smart Watch
Lengkap dengan kamera – sesuai untuk si kecil kaki selfie

Jam pintar Xiomi Mitu ini menggunakan teknologi jaringan 4G bersama kaedah lokasi 9 masa nyata. Ia dilengkapi dengan kamera 30° HD penuh yang membolehkan foto diambil dengan mudah.  Didatangi bersama skrin warna 1.41" AMOLEO HD, level 320x360 pixel serta reka bentuk permukaan lengkung 2.5D.

Skrinnya pula menggunakan Corning Glass generasi ketiga daripada Amerika Syarikat untuk tekstur lebih lasak, tidak mudah bercalar dan tahan lama. Jam pintar ini juga dilengkapi dengan 1G ROM dan sistem Wi-fi. 

X8 Smart Watch

RM 168
6. X8 Smart Watch
Jam pintar lengkap dengan pelbagai aplikasi

Jam pintar X8 ini pasti alternatif terbaik sebagai platform percubaan buat anak-anak yang meningkat remaja mendisiplinkan diri dengan alam siber sebelum memiliki telefon pintar sendiri.  Dilengkapi dengan pelbagai aplikasi utama seperti Google Maps, Facebook, Instagran dan sebagainya, anak anda masih boleh diberi pendedahan kepada media sosial dengan kadar masa dan data yang terhad. 

Ini mungkin untuk membiasakan si kecil anda menghadkan penggunaan sosial media dan gajet sekaligus masih tahu tentang teknologi semasa.

SMARTWATCH Wristband

RM 175
7. SMARTWATCH Wristband
Jam pintar untuk anak yang sudah meningkat usia remaja

Bagi anak-anak yang semakin membesar dan meningkat remaja, pastinya mereka ingin memiliki jam pintar yang boleh memberi informasi serta mempunyai kegunaan lain seperti kalkulator, kalendar mahupun hiburan dan media sosial. Jam pintar ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat mereka yang sedang meningkat usia remaja sebagai penambah aksesori lebih trendi.

Dilengkapi dengan skrin penuh 1.3 inch TFT display dengan 240 x 240 resolusi, jam ini juga mempunyai kapasiti bateri 230mA yang membolehkan ia bertahan sehingga 7 hari tanpa perlu menukarnya selalu.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article