Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Milk Booster Terbaik di Malaysia 2024 (Menambahkan Susu Badan)

Ambillah milk booster untuk menambah penghasilan susu badan.

Walaupun daging, ayam, ikan, sayur, kekacang dan buah sudah menjadi milk booster terbaik.

Ibu menyusu pasti memerlukan produk tambah susu badan supaya mencukupi permintaan si comel.

Sekarang ni, terdapat banyak minuman milk booster untuk si ibu, tinggal nak pilih saja tapi mana satu milk booster untuk ibu menyusu yang terbaik?

Jadi kami dari team ProductNation bantu anda menyenaraikan produk tambah susu badan supaya ibu-ibu di luar sana dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.


Senarai 8 Milk Booster Terbaik

4 in1 Milkbooster Longan Kering, Kurma Merah, Kurma Hitam, Goji, Rose Buds
mulai
RM15.58
Semak 4 in1 Milkbooster Longan Kering, Kurma Merah, Kurma Hitam, Goji, Rose Buds harga dibawah:
add_circle Boleh disimpan selepas dibancuh
add_circle Mengandungi pelbagai buah
add_circle Tiada pemanis tambahan
add_circle Rasa manis buah
add_circle Harga murah
remove_circle Perlu direbus

Sebab menjadi pilihan utama:

Mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu lepas bersalin

Ciri-ciri:

Mengandungi 4 jenis buah iaitu longan kering, goji, kurma merah dan kurma hitam dan rose buds.

Setiap buah ini mengandungi khasiat tersendiri. Antaranya,

  • Mengatasi insomnia.
  • Mengandungi vitamin C
  • Mudahkan penghasilan susu
  • Meningkatkan tenaga dan mood
  • Mengatasi masalah HB rendah bagi ibu hami
  • Mengatasi masalah pencernaan seperti sembelit.

Paling penting tiada pemanis tambahan, anda boleh potong kurma merah dan hancurkan longan semasa membancuh teh untuk mengeluarkan manisnya.

Tapi untuk tambahkan manisnya, sugar pasir sangat tidak disarankan tapi anda boleh campur dengan gula batu 1 ketul dalam 1 cawan.

Cara pembuatannya mudah saja, bilas dahulu semua bahan, rebus 15-30minit. Sukatan air pastikan seimbang dengan jumlah campuran buah.

Sebaiknya minum 2 kali sehari sewaktu pagi dan petang atau sebelum tidur. Baki air boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan selama seminggu.

Review:

“Beli milk booster murah je, susu banyak je keluar. Rasa air dia pun sedap boleh makan buah lagi. Tak perlu tambah gula dah”

Milk booster organic
Nufiya
mulai
RM25.00
Semak Nufiya Organic Milk Booster harga dibawah:
add_circle Boleh disimpan selepas dibancuh
add_circle Mengandungi pelbagai buah
add_circle Rasa manis
remove_circle Perlu direbus

Cara penyediaan untuk Nufiya Organic Milk Booster menggunakan cara tradisional kerana perlu rebus terlebih dahulu.

Jadi untuk memudahkan anda, beli dalam kuantiti yang banyak untuk buat stok tapi perlu disimpan dalam peti ais supaya buah kekal segar dan tidak rosak.

Kandungan dalam setiap bungkusan mempunyai bahan buah semulajadi iaitu kurma merah, kurma hitam, longan, goji beri dan madu.

Setiap buah ini mempunyai khasiat tersendiri dan bila digabungkan terhasillah beberapa kebaikan. Antaranya,

  • Awet muda
  • Memekatkan susu ibu
  • Mengurangkan sembelit
  • Menambahkan kuantiti susu ibu
  • Memberi kesihatan dalaman yang baik
NUFIYA Lactation Jelly Milk Booster Organic
mulai
RM15.90
Semak NUFIYA Lactation Jelly Milk Booster Organic harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi gula tambahan
add_circle Mudah dibawa ke mana saja
add_circle Tidak perlu dibancuh
add_circle Rasa sedap
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita mengandung 1st trimester

Pernah makan jeli? Ya, memang rasa jeli buah. Tak manis dan tak tawar, memang sedap.

Bagi ibu bekerja yang mempunyai rutin harian yang padat, Nufiya Lactation Jelly ini memang sesuai untuk anda kerana direka ready to eat.

Jadi tak perlu rebus-rebus, pagi sebelum mulakan kerja boleh makan jeli ni dulu untuk atasi masalah susu drip.

Kandungan bahan yang terdapat dalam jelly ini adalah longan kering, kurma merah, kurma hitam, madu asli, buah goji, putik mawar, rice paper Pith, kurma merah, RO Water dan carrageenan gum.

Semua bahan ini dapat membantu memekatkan susu, memperbanyakkan susu ibu, memberi tenaga, bantu mengurangkan sembelit dan banyak lagi.

Ingin diingatkan, wanita mengandung 4 bulan ke atas baru boleh makan jeli ini.

Milk booster Mamom
MaMom
mulai
RM24.37
Semak MAMOM Milk Booster harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Rasa sedap
add_circle Kandungan bahan halal
remove_circle Harga mahal

Bagi ibu bekerja yang mempunyai rutin harian yang padat, Mamom Milk Booster ini memang sesuai untuk anda kerana direka ready to eat.

Mengandungi campuran 11 bahan semulajadi, antaranya susu kambing, alfalfa, madu, kurma, bawang putih, halba, kismis dan banyak lagi.

Sebaiknya, minum air masak dan kerap menyusukan si kecil terutama sebelah malam untuk hasil susu yang melimpah.

Ingin diingatkan, elakkan menelan tapi kunyah supaya nutrisi dapat serap mudah dalam badan.

Cara pengambilan, hanya perlu kunyah sebiji sehari sebelum makan untuk ibu mengandung.

Manakala 2 biji untuk ibu lepas bersalin iaitu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Jika si ibu ada ambil suplemen lain selain Mamom, sebaiknya tunggu selepas 2 jam baru makan milk booster ini.

Hapi Moms Lactation Cookies Increase Breast Milk Supply
mulai
RM34.90
Semak Hapi Moms Lactation Cookies Increase Breast Milk Supply harga dibawah:
add_circle Manis buah
add_circle Ready to eat
add_circle Pek berkembar
add_circle Mengandungi B-Complex
remove_circle Harga mahal

Dengan bahan-bahan tradisional yang digunakan dapat menyokong bekalan susu ibu. Antara bahan yang digunakan adalah Halba atau fenugreek.

Fenugreek dapat bertindak sebagai galaktagog yang menjejaskan rangsangan kelenjar susu.

Kemudian biji adas yang dapat meningkatkan tahap prolakton, hormon utama yang bertanggungjawab untuk merangsang pengeluaran susu.

Seterusnya yis brewer yang mengandungi protein, mineral dan vitamin B yang sangat mudah dihadam. 

Dalam masa yang sama yis brewer ini dipanggil sebagai "Superfood" untuk membantu meningkatkan bekalan susu.

Satu kotak dibungkus kecil dengan pek berkembar untuk kebersihan dan kemudahan si ibu untuk dibawa ke mana saja.

Lagipun cara pembungkusan begitu bertujuan kebersihan dan mengekalkan kesegaran biskut.

mulai
RM37.90
Semak Anmum Lacta Formulated Milk Powder for Breastfeeding Mothers No Added Sugars - Plain 650g harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi gula tambahan
add_circle Mengandungi vitamin B2 & B6
add_circle Rendah lemak & GI
remove_circle Harga mahal

Dirumus khas secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi si ibu yang menyusu badan.

Malah, merupakan satu-satunya susu menyusu dengan Gangliosides dan tanpa gula tambahan.

Jadi, si ibu yang menyusu cukup minum 2 gelas sehari sudah dapat menyokong 100% keperluan pemakanan untuk kalsium, folat, vitamin B2 dan vitamin B6 semasa penyusuan.

Ini kerana wanita yang menyusu memerlukan 500kcal tambahan setiap hari. 

Manakala vitamin B membantu menyokong pembebasan tenaga daripada makanan untuk memberikan anda tenaga tambahan yang si ibu perlukan.

mulai
RM118.00
Semak Mommylicious Juice (4 Bottles + 3 Cans) (Breastfeeding, Milk Booster, Lactation Drink) harga dibawah:
add_circle Ready to eat
add_circle Tiada bahan pengawet
add_circle Tidak mengandungi gula tambahan
remove_circle Harga mahal

Kenapa perlu memilih kalau anda boleh memiliki semua perasa milk booster dari Mommylicious Juice?

Untuk setiap pembelian, anda akan dapat 4 botol bersaiz 300ml dan 3 tin bersaiz 180ml.

Semua botol dan tin mempunyai perasa yang berbeza jadi anda dapat merasa semua jenis.

Antara perasa yang anda dapat untuk set ini adalah;

- 1 Bottle x Huaplee with Star Anise

- 2 Bottles x Super Huaplee

- 1 Bottle x Ginger with Honey and Lime

- 1 Can x Super Huaplee Plus

- 1 Can x Mulberry & Ginger

- 1 Can x Huaplee & Black Sesame

Sebaiknya minum sebelum menyusukan si kecil dan pastikan anda kerap menyusu kerap atau mengepam ketika berjauhan dengan si comel.

Lactomomma milk booster
LactoMomma
LACTOMOMMA Milk Booster Cookies
mulai
RM38.00
Semak LactoMomma Milk Booster Cookies harga dibawah:
add_circle Ready to eat
add_circle Mempunyai banyak perasa
add_circle Mengandungi nutrisi penting
remove_circle Harga mahal

Biskut milk booster dari Lactomomma mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk proses susu ibu.

Antaranya asid folik, kalsium, omega-3, magnesium, potassium, iron dan vitamin B.

Semua nutrisi yang ada dalam susu ini dapat bantu banyakkan susu ibu supaya cukup keperluaan si comel.

Cara pengambilan hanya makan 4 biskut sehari, 2 ketul sebelah pagi dan 2 ketul sebelah malam.


Apa Kelebihan Milk Booster?

Milk booster bermaksud penggalak susu atau penambah susu dalam badan ibu itu sendiri.

Tapi milk booster hanya membantu 5% dalam pengeluaran susu badan.

Ini kerana khasiat kandungan milk booster yang mampu mengaktifkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Milk booster yang sebenar datangnya dari sumber protein dan vitamin dari makanan harian si ibu.

Selain itu, kerajinan si ibu untuk menyusukan si comel kerana semakin kerap si comel menghisap susu, semakin banyak penghasilan susu akan terjadi.

Jika terpaksa berjauhan dengan anak kerana faktor kerja, milk booster si ibu adalah kerajinan untuk mengepam di tempat kerja.

Bagaimanapun kekerapan menyusukan bayi atau mengepam adalah di antara 2 hingga 3 jam.


Artikel Berkaitan

End of Article