Ruam bukanlah benda yang menyenangkan buat si manja dan juga ibu bapa. Kulit bayi akan menjadi kemerahan, kering, gatal, mengelupas dan kadang kala luka akibat pergeseran atau digaru dengan menggunakan kuku oleh si kecil. Ianya boleh menyerang dimana sahaja pada anggota badan. Ruam yang sering kita dengar adalah ruam lampin dan juga ruam panas. Keadaan ini akan menyebabkan si manja berada dalam keadaan tidak selesa. Sebagai ibu bapa, pastikan anda memilih krim ruam yang terbaik dan bersesuaian dengan kondisi si kecil.

Teliti dahulu isi kandungan dalam setiap krim ruam yang ingin dibeli dan digunakan buat si kecil. Elakkan daripada bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan kulit si kecil anda menjadi sensitif, iritasi dan merengsa. Ikuti list berikut untuk mengetahui jenis-jenis krim ruam yang harus anda miliki dan disediakan di rumah. Manalah tahu apabila ruam menyerang, kita sudahpun bersedia demi kebaikan untuk si manja;

1. AVEENO Baby Dermexa Moisturizing Cream

Krim pelembap sesuai untuk ruam pada bahagian badan si manja
Harga mulai RM59.13
Shopee Malaysia RM59.13 Watsons Malaysia RM65.69

Krim berjenama Aveeno ini diformulasi dengan Triple Oat Complex dan ceramide, sesuai untuk kegunaan pada kulit bayi terutamanya pada bahagian badan. Ianya boleh mengawal kekeringan pada kulit akibat ruam. 

Terbukti dapat mengurangkan kemerahan serta memberi lapisan pelindungan pada kulit. Dengan krim ini, si manja akan merasa lebih selesa sepanjang hari.

2. BUDS Cherished Organics: Chubby Chubbs Face Cream (30ml)

Krim organik dengan rumusan khas untuk kulit wajah dan pipi bayi
Harga mulai RM35.90
Shopee Malaysia RM35.90 Baby Dash Malaysia RM36.43

Kulit wajah bayi adalah di antara bahagian anggota badan yang paling sensitif dan memerlukan perhatian ekstra. Dengan krim dari jenama Buds ini, kulit wajah bayi akan terlindung dari bakteria, mengekalkan kesihatan kulit dan melembapkannya. 

Selain itu, krim ini boleh melegakan kerengsaan ruam pada wajah bayi. Mengandungi bahan organik seperti minyak Jojoba dan minyak bunga matahari, krim ini adalah barangan ‘a must-have’ untuk setiap bayi.

3. SEBAMED Baby Cream Extra Soft (50ml)

Krim ekstra lembut hanya untuk kegunaan pada leher si manja
Harga mulai RM12.00
Shopee Malaysia RM12.00 Watsons Malaysia RM17.40

Krim ini senang untuk disapu dan mudah diserap ke dalam lapisan kulit bayi yang lembut. Terbukti secara klinikal, krim ini sesuai digunakan pada kulit di kawasan yang sensitif. Ianya mengandungi bahan baik untuk kulit seperti ekstrak Chamomile yang boleh membantu melindungi serta melembapkan kulit bayi. 

Dengan harganya yang mampu milik dan mengandungi tahap pH 5.5, krim buatan dari Germany ini juga sesuai digunakan pada seluruh badan.

4. PUREEN Nappy Rash Cream

Untuk hasil kulit yang halus dan mulus serta bebas daripada ruam lampin
Harga mulai RM15.50
Shopee Malaysia RM15.50 Apple Baby House RM18.30

Krim antiseptik ini membantu mengurangkan bakteria yang boleh mengakibatkan ruam lampin. Ianya bertindak sebagai satu lapisan perlindungan daripada bakteria yang menyebabkan ruam pada kulit bayi agar ianya kekal bersih dan sihat. Ruam lampin yang tidak dikawal boleh memberi kesakitan dan ketidakselesaan kepada bayi.

5. JOIELLE Baby VCO Baby Cream

Rumusan minyak Kelapa Dara untuk mengurangkan ruam panas
Harga mulai RM30.99
Lazada Malaysia RM34.90 Shopee Malaysia RM30.99

Jika bayi anda selalu terkena ruam panas, gunalah krim dari Joielle ini. Ianya mengandungi minyak kelapa dara yang sangat baik untuk mengawal ruam daripada merebak dan menyebabkan ketidakselesaan buat si kecil. Ianya bebas dari bahan kimia malahan mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E untuk membantu melindungi kulit bayi. 

Krim ini akan mengembalikan dan membaikpulih struktur kulit agar bayi bebas dari ruam yang tidak selesa. Si kecil kekal ceria sepanjang masa!

6. MAYYABABY 5-in-1 Cream (50ml)

Krim sesuai untuk mencegah ruam akibat gigitan serangga
Harga mulai RM59.00
Shopee Malaysia RM59.90 Hush A Buy RM59.00

Kebiasaannya, kulit bayi yang digigit serangga seperti nyamuk akan menginggalkan bekas kemerahan dan gatal. Bagi mengatasinya, krim Mayyababy ini mengandungi bahan seperti minyak Argan, Aloe Vera, ekstrak bawang putih, minyak lemon, minyak kelapa dan Habbatussauda yang terbukti dapat mengurangkan ruam. 

Krim berasaskan air (water-based) ini tidak melekit, mudah menyerap ke dalam lapisan kulit serta berbau wangian lemon. Ianya natural, Halal dan mempunyai 1001 kebaikan dalam satu tiub yang kecil.

7. MUSTELA STELATOPIA Emollient Cream (200ml)

Krim pilihan ahli dermatologi untuk ruam akibat ekzema
Harga mulai RM75.00
Lazada Malaysia RM79.90 Baby Dash Malaysia RM75.00

Krim ini amat berkesan mengawal ruam akibat penyakit kulit ekzema atau kering. Ianya mengandungi bahan organik seperti minyak bunga matahari dan Avocado Perseose yang membantu menguatkan lapisan pelindungan kulit daripada kekeringan melampau. 

Krim ini sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya bebas dari bahan terlarang seperti paraben, pewangi tiruan dan phthalates. Teksturnya berat memudahkan ianya mudah untuk disapu dan diserap ke dalam lapisan kulit bayi yang lembut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!