Badminton adalah salah satu permainan sukan yang memerlukan dua pemain bergerak dengan pantas dan shuttlecock yang dapat mencapai kelajuan hampir 500km/jam. Ciri-ciri shuttlecock betul juga akan mempengaruhi corak permainan tersebut seperti jenis material, berat dan tahap kelajuan sesebuah shuttlecock. Bagi pemain amatur yang digunakan untuk berekreasi, jenis shuttlecock yang digunapakai mungkin tidak mempengaruhi permainan mereka kerana selalunya pemain profesional sahaja yang boleh membezakan shuttlecock yang bagus dan tepat.

Terdapat pelbagai jenis shuttlecock di pasaran dan disertakan dengan pelbagai jenis penilaian angka dan sifat yang berbeza dengan harga berlainan daripada murah kepada mahal. Mengambil tahu tentang sifat dan kegunaan shutlecock adalah amat penting. Disini kami menyediakan info tentang jenis-jenis shuttlecock mengikut spesifikasi yang berbeza.

1. ORAFON Badminton Shuttlecocks

Shuttlecock ekonomi terbaik - menepati bajet dan kualiti tinggi

Harga mulai RM9.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM9.80

Jika anda cuma bermain badminton sebagai aktiviti beriadah, melabur kepada shuttlecock yang berkualiti dan mahal adalah satu pembaziran. Shuttlecock murah, mengikut kemampuan bajet anda dan ekonomi ini sudah cukup memadai. Bukan sekadar berharga mesra poket, shuttlecock ini cukup memberi ciri-ciri sederhana yang bagus. 

Kepalanya diperbuat daripada busa yang padat dan berbulu sintetik dapat memberi kelajuan ketika permainan berlangsung samada secara indoor atau outdoor. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. RSL GOLD No. 1 Tourney Shuttlecock

Sesuai untuk digunakan semasa tournament

Harga mulai RM73.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM73.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM73.00

Shuttlecock RSL No.1 diperbuat daripada bulu angsa yang berkualiti tinggi kelas satu sahaja dan amat terkenal dengan kelajuannya berbanding jenama shuttlecock yang lain. Ianya juga telah dihasilkan oleh RSL sejak tahun 1928 dan selama bertahun-tahun telah digunakan dalam hampir kesemua kejohanan utama dunia. 

Sifatnya juga yang laju, tahan lama dan profesional telah menjadi pilihan nombor 1 pemain profesional untuk kejuaraan penting di peringkat antarabangsa.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. YONEX Aerosensa 30 Feather Badminton Shuttlecocks

Untuk pertandingan antarabangsa – meningkatkan tahap skill anda

Harga mulai RM78.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM78.80

Yonex adalah jenama yang paling terkemuka dengan jualan bulu tangkis. Ianya adalah kombinasi penting diantara bulu angsa bergred tinggi, jangka hayat tahan lama dan harga yang berpatutan dengan kualiti produk membuatkan ianya mempunyai ramai peminat. 

Bukan itu sahaja, Yonex Aerosensa ini juga telah menjadi shuttlecock rasmi bagi kejohanan badminton secara profesional dengan kestabilan penerbangannya tepat serta 77 shuttle speed, tidak hairanlah mengapa shuttlecock ini menjadi kegemaran semua. 

4. LEIJIAER 600 Nylon Shuttlecocks

Terbaik untuk aktiviti outdoor - diperbuat daripada nylon berkualiti

Harga mulai RM30.60

shopping_cart Lazada Malaysia RM30.60 shopping_cart Shopee Malaysia RM31.35

Bagi yang meminati permainan badminton diluar bangunan, shuttlecock yang diperbuat daripada material nylon ini adalah yang terbaik bagi anda. Materialnya tahan lama dan kalis air membuatkannya lebih sesuai digunakan semasa melakukan aktiviti outdoor. 

Kepala bulu tangkis ini diperbuat daripada gabus keras memberikan lebih stabiliti penerbangan dipertengahan permainan. 

5. VICTOR Master Classic Shuttlecock

Khas buat yang baru mula berjinak/belajar dalam permainan badminton

Harga mulai RM77.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM77.00

Jika anda baru ingin menceburi dalam sukan badminton, shuttlecock daripada Victor ini amat sesuai buat anda. Ianya shuttlecock jenis klasik yang tidak mempunyai ciri-ciri ekstra seperti bulu istimewa atau mempunyai kriteria shuttlecock yang bertaraf antarabangsa. Akan tetapi, shuttlecock ini bersifat profesional dan berkualiti tinggi sesuai untuk pemain baru yang masih menyesuaikan diri dengan jenis-jenis shuttelcock diluar sana. 

Shuttlecock ini diperbuat daripada gabus dan 100% bulu angsa serta mempunyai tahap kestabilan penerbangan yang tinggi. Tidak perlu anda mengubah posisi untuk memberi servis dengan baik.

6. LI-NING A+ 62XD Unisex Shuttlecocks

Sesuai digunakan semasa aktiviti indoor – berkelajuan sederhana

Harga mulai RM51.70

shopping_cart Sports Direct RM51.70

Li-Ning A+ 62XD adalah shuttlecock bulu putih yang mempunyai 75 shuttle speed serta kepalanya diperbuat daripada gabungan gabus dan papan lapis. Manakala, badannya pula diperbuat daripada bulu itik. Ia mempunyai kelajuan yang sederhana, sesuai untuk digunakan untuk permainan di dalam bangunan semasa melakukan aktiviti indoor kerana tiada rintangan angin.

7. MAXBOLT Green Shuttlecock

Shuttlecock dengan kualiti tahan lama

Harga mulai RM59.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM59.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM59.00

Diterbangkan khas dari Korea, Maxbolt Shuttlecock ini diperbuat daripada bulu yang berkualiti tinggi dan memberi anda prestasi lebih baik dengan jangka hayat lebih panjang serta pada harga berpatutan. Shuttlecock ini direka untuk konsisten pada kelajuan dan penerbangan. 

Anda tidak perlu menukarnya selalu kerana bulu tangkis ini boleh dipakai setiap hari. Ramai pengguna yang bermain badminton, khususnya, gemar akan bulu tangkis ini. Tunggu apa lagi? Dapatkannya segera!   

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!