Minyak ikan boleh didapati dari makan ikan atau dengan mengambil makanan tambahan. Ikan kaya dengan minyak bermanfaat yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3, diekstrak daripada ikan tenggiri, ikan hering, ikan tuna, salmon, hati ikan kod, ikan paus dan sebagainya. Dua jenis asid lemak Omega-3 yang paling penting terkandung dalam minyak ikan ialah asid Eicosapentaenoic (EPA) dan asid Docosahexaenoic (DHA). Minyak ikan paling kerap digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.

Sesetengah orang menggunakan minyak ikan untuk menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol. Minyak ikan juga boleh digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau angin ahmar serta untuk arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, denyutan jantung pesat, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung. Dibawah adalah senarai minyak ikan terbaik yang boleh diambil untuk melawan keadaan bermasalah dalam badan;

1. NATURE'S WAY Kid's A+ Omega 3 Fish Oil

Untuk perkembangan otak kanak-kanak, minyak ikan ini terbaik untuknya

Harga mulai RM84.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM115.10 shopping_cart Watsons Malaysia RM84.80

Minyak ikan Omega-3 yang mengandungi DHA dan EPA ini baik untuk kesihatan. Ia adalah sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak agar berkembang dengan pesat dan dengan menambah pengambilan harian DHA, ianya juga dapat membantu menyokong fungsi otak dan pembelajaran lebih sihat. 

Minyak ikan Nature’s Way Kids Omega-3 dengan perisa strawberi yang lazat dan 99.9% bebas gula, sesuai untuk si kecil. Suplemen ini telah direka untuk kanak-kanak kerana ianya tidak membahayakan kesihatan si kecil semasa mengambilnya. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. BLACKMORES Fish Oil 1000mg

Sesuai untuk diambil oleh orang dewasa – murah dan berkualiti tinggi

Harga mulai RM22.50

Blackmores Fish Oil 1000 adalah minyak ikan dari sumber hebat seperti Omega-3 yang dihasilkan secara semula jadi. Omega-3 adalah penting untuk kesihatan dan hanya boleh diperoleh melalui diet. Minyak ikan Blackmores ini sesuai untuk mereka yang jarang mengambil hidangan ikan setiap minggu. 

Ia bertindak untuk membantu kesihatan jantung, mata, otak, kulit serta mengurangkan keradangan. Minyak ikan dari Blackmores diekstrak 100% dari ikan liar yang ditangkap dan menjalani proses pengekstrakan, khusus untuk memastikan minyaknya berkualiti tinggi, tulen dan suci yang diuji secara klinikal agar bebas daripada merkuri, dioksin dan PCB.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. KORDEL’S Bio-Liquid Women’s Multi with Fish Oil

Buat ibu mengandung atau sedang menyusukan anak, ambillah minyak ikan ini

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM36.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM40.90

Rumusan pelbagai vitamin dan mineral adalah kekuatan tinggi yang direka khas untuk menyokong wanita dari semua peringkat umur serta memimpin gaya hidup lebih aktif. Ia juga mengandungi DHA dan khas untuk wanita hamil bagi memastikan bakal ibu mendapat jumlah nutrien yang mencukupi. 

Didatangi dalam bentuk separa cecair dan dibungkus dalam kapsul yang diperbuat daripada bahan vegetarian untuk penyerapan nutrien lebih baik. Minyak ikan ini bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung tetapi juga sesuai untuk ibu selepas bersalin yang sedang menyusukan anak.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. NATURE'S BOUNTY Omega-3 Fish Oil

Baik untuk mengawal tahap tekanan darah tinggi

Harga mulai RM86.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM85.00 shopping_cart Watsons Malaysia RM86.80

Minyak Ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 termasuk EPA dan DHA ini, baik untuk mengawal tahap tekanan darah terutamanya bagi yang mengalami masalah darah tinggi. Nutrien utamanya dapat menyokong dan mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular serta peredaran darah. Nature’s Bounty menggunakan minyak ikan yang diperolehi dengan cara yang mesra ekologi dari Peru yang mempunyai piawaian yang ketat. 

Minyak ikan dari jenama ini tidak berbau dan disalut agar dapat meminimumkan rasa hanyir ikan semasa pengambilannya. Kapsul minyak ikan ini juga didatangi dalam saiz mini agar mudah ditelan. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SEVEN SEAS Pulse High Strength Fish Oil

Baik untuk kesihatan jantung, menghalang penghasilan kolestrol dalam badan

Harga mulai RM42.55

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM42.55

Diformulasi dengan Triomega® dan Vitamin E, minyak ikan dari jenama Seven Seas Pulse ini diperkaya dengan nutrien dan diproses melalui kaedah pembersihan yang dipatenkan untuk menghalang daripada bahan tercemar agar khasiat pemakanannya tidak hilang. Ia memberi manfaat sebagai makanan tambahna harian untuk membaiki kesihatan setiap hari. 

Oleh kerana sifat anti-radang semulajadi yang terdapat dalam makanan tambahan ini, termasuk keupayaan untuk mengurangkan pengeluaran prostaglandin serta menghalang dari terjadinya faktor risiko penyakit jantung koronari kepada kemurungan atau artritis. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. KORDEL's Wild Alaskan Salmon Oil

Minyak dari ekstrak ikan salmon dengan kandungan asid lemak asli

Harga mulai RM29.62

shopping_cart Shopee Malaysia RM29.62 shopping_cart Guardian Malaysia RM29.62

Kordel's Wild Alaskan Salmon Oil 1000mg adalah makanan tambahan minyak ikan yang mengandungi 100% minyak salmon asli dengan asid lemak penting secara semulajadi yang terdapat pada salmon liar Alaska. 

Tidak seperti minyak ikan lain, minyak salmon liar Alaska berwarna kemerahan, mempunyai kandungan asthaxanthin iaitu antioksidan semulajadi. Minyak ikan dari ekstrak salmon ini juga bebas daripada pencemaran logam berat termasuk merkuri.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. BIO-LIFE Fish Oil

Baik untuk anda yang bersaiz besar, ambillah suplemen minyak ikan mengandungi Omega-3 ini

Harga mulai RM19.98

shopping_cart Guardian Malaysia RM19.98 shopping_cart Shopee Malaysia RM32.60

Minyak ikan Omega-3 yang diperkaya dengan lipid dan diekstrak dari lemak badan ikan air sejuk seperti ikan laut. Pemakanan tambahan dari  minyak ikan ini adalah satu kaedah mudah untuk mendapatkan jumlah asid lemak tak tepu yang mencukupi demi kesihatan anda. 

Asid lemak dalam minyak ikan ini memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit jantung, mengekalkan fungsi otak, mata dan saraf, pengurusan keadaan radang serta rawatan kemurungan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang E_Emeyra

The best of me is yet to come.. <3

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!