Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Deodoran Untuk Lelaki Agar Tidak ‘Lecak Ketiak’

Kekal wangi dan putih walaupun dalam keadaan berpeluh!

Seperti yang kita semua tahu, hanya terdapat dua cuaca di Malaysia iaitu hujan dan panas. Sinaran matahari yang memberi cuaca sangat panas sering menyebabkan rakyat Malaysia mudah berpeluh.

Berpeluh boleh menyebabkan pelbagai kesan pada kulit ketiak kita seperti, mendatangkan bau, kulit menjadi lebih gelap dan pelbagai lagi. Dengan menggunakan deodoran, masalah-masalah ini dapat ditangani.

Adakah deodoran boleh menghitamkan ketiak?

Pigmentasi gelap di bawah lengan boleh menjadi kesan akibat genetik seperti perubahan kulit yang lain. Sesetengah deodoran dan antiperspirant mempunyai bahan-bahan yang boleh mengakibatkan iritasi pada kulit dan keradangan sehingga terjadinya penebalan pada kulit. Ini akan menyebabkan kulit pada ketiak anda menjadi gelap dari masa ke semasa. 

Oleh, itu menggunakan deodoran yang memutihkan dengan bahan semulajadi dapat mengelakkannya daripada berlaku. Penggunaan krim pemutih juga dapat mengelakkannya daripada mengelapkan kulit secara langsung. Jom lihat senarai deodoran yang sesuai untuk lelaki;

9 Deodoran Terbaik Untuk Lelaki

Deodoran murah untuk lelaki dan cepat kering selepas aplikasi
Rexona
mulai
RM7.56
Semak REXONA Men Invisible Dry Roll On Deodorant (50ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan deodoran untuk lelaki yang memberi perlindungan antiperspirant dan mempunyai Triple Anti Marks Protection terhadap tanda putih, noda kuning dan tanda peluh. Memberi kawalan dan kawalan bau sehingga 48 jam dan produk ini sangat membantu kerana ianya cepat kering apabila diaplikasikan.

Lebih banyak anda bergerak aktif, deodoran ini berfungsi sebagai pelindung buat ketiak anda agar tidak mudah berpeluh dan berbau.

Deodoran terbaik untuk lelaki yang berbau ketiak
Dashing
mulai
RM9.15
Semak Dashing Deo Spray Active (125ml) harga dibawah:

Deodoran ini berfungsi untuk memberi perlindungan 24 jam pada kulit di bahagian ketiak daripada bakteria yang menyebabkan bau. Ianya mampu menghilangkan bau badan dengan formula yang cepat kering dan tanpa pewarna tiruan. 

Produk ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bau badan yang kuat, dijamin deodoran ini akan memberi bau segar dan harum.

Deodoran yang memutihkan ketiak sambil kekalkan hidrasi
Nivea Men
mulai
RM10.62
Semak Nivea Men Deodorant Whitening Roll-On (50ml) harga dibawah:

Produk ini mampu mengurangkan kegelapan kulit di ketiak dan berfungsi untuk memutihkan tona kulit agar menjadi lebih sekata. Produk ini juga mempunyai perlindungan anti-perspirasi selama 48 jam dan diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, ianya tidak akan membahayakan atau menyebabkan iritasi pada kulit ketiak anda.

Deodoran untuk hilangkan masalah kehitaman akibat pigmentasi
Vaseline
Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
mulai
RM10.50
Semak Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra harga dibawah:
add_circle Terdapat kolegen booster dalam deodorant
add_circle Dapat membaiki lapisan kulit
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit sensitif

Jenama Vaseline ini mengandungi campuran Collagen Boosters dan Vitamin B3 unik yang membantu menghentikan tanda atau tona gelap pembentukan kulit gelap di kawasan ketiak. Produk ini telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia mampu membaiki dan menyuburkan kulit ketiak. 

Dengan mengandungi campuran unik mengandungi Collagen + Vitamin B3 yang memberi ketiak kesan putih dalam masa 3 hari dan melembutkan kulit. Perlindungan peluh dan bau selama 48 jam dan bebas daripada paraben dan alkohol.

Deodoran lelaki yang tahan lama sehingga 48 jam
Nivea Men
NIVEA MEN Deodorant Spray - Deep (150ml)
mulai
RM16.72
Semak Nivea Men Deodorant Spray - Deep harga dibawah:
add_circle Kesegaran hingga 48 jam
add_circle Anti bau busuk & anti bakteria
add_circle Bau maskulin
remove_circle Meninggalkan kesan putih pada baju

Deodoran ini menggunakan kuasa arang untuk penyerapan magnetic dan memberi tindakan 3 kali ganda untuk perlindungan terhadap bakteria, bau dan peluh. Produk ini mempunyai kekeringan yang tahan lama dan memberi kesan kulit bersih pada ketiak. 

Ianya juga memberi kesan aroma maskulin dan kesegaran hasil bauan Amazonia. Deodoran ini mampu bertahan sehingga 48 jam dan mengurangkan bau peluh pada badan anda.

Deodoran untuk anda yang gemar bersukan dan kuat berpeluh
Rexona
mulai
RM13.00
Semak Rexona Men Sports Defense Spray Deodorant (150ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan deodoran yang dilengkapi dengan Motionsense dimana ianya akan bertindak balas kepada pergerakan, memberi kesegaran sepanjang hari. Deodoran ini mampu memberi perlindungan selama 48 jam terhadap bau dan kelembapan. 

Ianya bebas daripada alkohol dan telah diuji oleh ahli dermatologi, selamat untuk semua jenis kulit. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki yang suka bersukan kerana mempunyai bau yang tahan lama dan menyerap bauan peluh.

Deodoran lelaki dari drugstore – serap bau badan dengan berkesan
Playboy
mulai
RM17.83
Semak Playboy VIP Deodorant Spray (150ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan deodoran dari jenama Playboy khas untuk lelaki yang inginkan gaya sempurna dan ditambah pula dengan haruman menawan. Ianya mengandungi haruman yang maskulin, sesuai untuk lelaki bergaya anggun. Ianya mampu menyerap bauan pada ketiak anda tanpa menyebabkan iritasi pada kulit.

Deodoran lelaki dengan kandungan bahan semulajadi
Arm & Hammer
mulai
RM18.90
Semak Arm & Hammer Essentials Natural Fresh Deodorant for Men and Women harga dibawah:

Produk ini merupakan deodoran lelaki yang dilengkapi dengan Deodorizers semula jadi. Ianya bebas daripada aluminium dan paraben dengan menggunakan bahan yang semulajadi. Terbaik dalam memberi kesan yang segar pada kulit dan tidak akan menggelapkan kulit bawah lengan.

Deodoran lelaki yang wangi dengan ‘hint’ haruman Lime
Gatsby
mulai
RM8.88
Semak Gatsby Cool Shock Deodorant Perfume Spray Lime Green (175ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan deodoran lelaki yang wangi dengan mengandungi 2 bahan pembasmian iaitu ethylhecyglycerin dan IPMP, terbaik untuk menghilangkan punca bau badan. Ianya mengandungi bahan bersifat menthol dan berfungsi untuk memberi kesan dingin dan kesegaran pada badan agar dapat mengekalkan keselesaan sepanjang hari.

Deodoran lelaki antiperspirant – beri kesegaran berpanjangan
Dove
mulai
RM24.90
Semak Dove Men+Care Antiperspirant Deodorant Stick Extra Fresh harga dibawah:

Produk ini merupakan deodorant antiperspirant yang direka untuk memberi perlindungan sehingga 48 jam dari peluh dan bau sambil membantu melindungi kulit daripada iritasi. Deodoran Dove ini mempunyai aroma menyegarkan agar anda selesa sepanjang hari tanpa berbau badan

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, ianya mengandungi 1/4 teknologi pelembap untuk membantu mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit agar tidak melecet di bahagian ketiak.

Artikel Berkaitan

End of Article