Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Hidup Bebas Virus. Tangani Bakteria dengan 10 Hand Sanitizer Ini.

Tangan kekal bersih dan bebas kuman!

Product in this article

Kita sering menganggap bahawa mencuci tangan sudah memadai untuk menghapuskan kuman dan bakteria tetapi tanggapan itu tidak tepat. Penggunaan hand sanitizer setelah mencuci tangan amat penting dan boleh melindungi kita daripada bakteria yang boleh mengancam kesihatan. 

Jika anda berkunjung ke drugstore seperti Watsons, pasti dapat lihat terdapat banyak jenis hand sanitizer di rak. Antaranya ialah, bentuk gel, spray, mesra kanak-kanak, tanpa pewangi dan banyak lagi. 

Adakah penggunaan hand sanitizer berkesan dan selamat?

Hand sanitizer dianggap berkesan untuk membunuh 99.99% kuman seperti membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air. Dengan cara penggunaan yang betul, hand sanitizer boleh memberi anda pelindungan ekstra daripada kuman dan bakteria. Jom lihat senarai produk hand sanitizer yang berkesan untuk kegunaan seharian dan selamat untuk kulit;

8 Hand Sanitizer Terbaik di Malaysia

Eskulin Kids Hand Sanitizer (50ml)

RM 3.45
Eskulin
1. Eskulin Kids Hand Sanitizer (50ml)
Hand sanitizer terbaik untuk kanak-kanak

Dirumus khas untuk kegunaan kanak-kanak, hand sanitizer ini membantu membunuh kuman dengan penggunaan sedikit sahaja. Hanya picit kandungan hand sanitizer pada tapak tangan dan sapu rata. Bilasan menggunakan air tidak diperlukan dan ianya tidak melekit.

Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (50ml)

RM 8.99
Antabax
2. Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (50ml)
Hand sanitizer terbaik bentuk spray

Hand sanitizer bentuk spray ini sangat mudah untuk digunakan kerana mengandungi serum pelembap mikro yang tidak mengeringkan kulit. Selain digunakan untuk membasmi kuman pada tangan, hand sanitizer Antabax ini juga boleh digunakan pada permukaan seperti meja, mainan kanak-kanak dan kerusi makan bayi. Keluarga sihat, bebas bakteria!

Premier Sanitizing Wipes (50pcs)

RM 4.59
3. Premier Sanitizing Wipes (50pcs)
Hand sanitizer terbaik bentuk wipes, mudah dibawa kemana sahaja

Jika anda menggemari tisu basah, wipes ini mengandungi bahan yang mampu membunuh kuman dan bakteria walaupun tidak mengandungi alkohol. Ianya mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E agar kulit merasa segar dan lembut. Ianya mudah untuk digunakan terutama ketika aktiviti piknik.

Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)

RM 2.45
LIFEBUOY
4. Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)
Hand sanitizer terbaik dengan harga mampu milik

Terbukti untuk membunuh 99.9% kuman, Lifebuoy Hand Sanitizer berkesan membunuh bakteria dan menyahaktifkan virus di tangan anda. Ianya dapat mengeringkan dengan cepat, tidak melekit dan mengandungi pelembap serta Vitamin E untuk memastikan tangan anda lembut dan licin.

Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)

RM 5.99
Dettol
5. Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml)
Hand sanitizer terbaik dengan Aloe Vera

Diperkayai dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.

Betadine Natural Defense Hand Sanitizer – Manuka Honey (50ml)

RM 9.99
Betadine
6. Betadine Natural Defense Hand Sanitizer – Manuka Honey (50ml)
Hand sanitizer terbaik untuk ibu hamil

Hand sanitizer ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga juga ibu hamil kerana ianya bebas bahan kimia merbahaya seperti SLS dan Formaldehyde. Diperkaya dengan Aloe Vera dan Manuka Honey yang baik untuk kulit. Hand sanitizer ini dipercayai oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan.

Trust Nature Instant Hand Sanitizer (50ml)

RM 8.9
Trust Nature
7. Trust Nature Instant Hand Sanitizer (50ml)
Hand sanitizer terbaik dengan ekstrak minyak Tea Tree

Hand sanitizer jenis gel ini mengandungi 70% alkohol untuk membasmi kuman pada tangan. Ianya diperkaya dengan minyak Tea Tree dan partikel Nanonized Silver yang berfungsi untuk memberi pelindungan daripada pembiakan bakteria.

Baby Organix Naturally Kinder Hand Sanitiser (60ml)

RM 13.9
Baby Organix
8. Baby Organix Naturally Kinder Hand Sanitiser (60ml)
Hand sanitizer terbaik untuk bayi – tanpa alkohol

Pemilihan hand sanitizer untuk bayi penting kerana kandungan alkohol yang tinggi boleh memudaratkan. Dengan hand sanitizer Baby Organix, ibu tidak perlu risau kerana ianya 100% dibuat daripada bahan berasaskan tumbuhan. Ianya juga selamat sekiranya bayi memasukkan tangan ke dalam mulut selepas menggunakan hand sanitizer ini.

Bagaimana untuk membuat hand sanitizer sendiri (DIY) di rumah?

Sejak coronavirus dan influenza semakin menular, seringkali kita mendengar berita tentang hand sanitizer yang menjadi rebutan dan seringkali sold out di mana-mana. Jangan risau, hanya dengan beberapa bahan mudah, anda boleh menghasilkannya sendiri dan simpan di dalam botol untuk kegunaan anda sekeluarga.

1) 1/3 cawan aloe vera

Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

RM 17.5
Moisturizer aloe vera

2) 2/3 cawan alkohol

Isopropyl Alcohol IPA 99.7% 100ml

RM 9

3) 8 titik minyak essential (tea tree oil/ lavender oil) atau jus lemon

AIKEN TEA TREE OIL 100% PURE (10ML)

RM 14.00

Aloe vera boleh memberi kelembapan pada kulit manakala alkohol bertindak untuk membunuh bakteria dan kuman. Bagi minyak essential pula, kami cadangkan tea-tree oil/ jus lemon untuk sifat anti bakteria dan anti virusnya.

Harus diingatkan, tiada sanitizer yang lebih baik daripada penggunaan sabun dan air. Gunakan sabun dan air setiap kali berkesempatan untuk menggunakannya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article