Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Berus Pencuci Muka (Facial Brush)Terbaik Malaysia 2024

Wajah lebih bersih, cerah dan glowy!

Fenomena berus pencuci muka mula menjadi alat cuci muka yang hangat dalam rutin skincare sejak awal 2017.

Mesin pencuci muka ini dikatakan dapat membersihkan muka dengan sangat efektif dimana dapat menanggalkan kotoran sehingga ke dalam lubang pori.

Selain itu dapat melancarkan peredaran darah wajah dengan lebih lancar dan menanggalkan sel mati untuk kulit kelihatan lebih berseri.

Tidak hairanlah jika sekarang terdapat banyak pilihan mesin pencuci muka jadi kami senaraikan facial brush terbaru yang ada di pasaran.

Jom lihat!


Senarai 10 Facial Brush Terbaru

Facial brush terbaik secara keseluruhan
FOREO
Foreo Luna Facial Cleansing Brush
Semak Foreo Luna Mini 3 Facial Cleansing Brush harga dibawah:
add_circle 100% kalis air
add_circle Disesuaikan dengan jenis kulit anda dan keperluan anda
remove_circle Mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Facial cleaning brush yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Ciri-ciri:

Pasti sukar kan untuk mencari produk-produk yang berkesan jika anda mempunyai kulit yang sensitif? 

Jangan risau, kini kami mengesyorkan sebuah facial cleansing brush yang mampu bekerjasama dengan kulit sensitif!

Facial cleansing brush dari Foreo ini mempunyai empat jenis facial cleansing brush yang berasingan untuk jenis-jenis kulit yang tertentu. 

Sudah pasti, ia mempunyai facial cleansing brush yang pasti sesuai untuk kulit sensitif.

Bukan itu sahaja, hayat baterinya yang panjang membolehkan anda menggunakannya sehingga 650 penggunaan.

Review:

"Walaupun mahal tapi berbaloi sebab kulit rasa lebih bersih dan kurang jerawat."

3D Two Side Face Wash Cleanser Brush
Semak 3D Two Side Face Wash Cleanser Brush harga dibawah:
add_circle Dilengkapi dengan 40 juta bulu lembut
add_circle Berus pembersih dua sisi
remove_circle Rekabentuk besar

Anda ingin mencuba berus pencuci muka tapi tak mahu mengeluarkan duit yang banyak? Tidak mengapa. 

Anda boleh mulakan dengan pilihan yang selamat ini iaitu 3D Two Side Face Wash Cleanser Brush!

Dengan berus pencuci muka ini, anda akan dapat dua jenis berus, satu sisi yang berbulu, lagi satu bersilikon, mudah untuk anda mengetahui sisi yang mana lebih sesuai untuk anda.

Ingat, jangan terlalu kasar dengan berus pencuci muka ini untuk ketahanan yang lama.

Facial brush dari Korea
Etude House
Semak Etude House My Beauty Tools Jellyfish Silicone Brush harga dibawah:
add_circle Design yang comel
add_circle Mudah dibawa kemana-mana
remove_circle Menghasilkan buih yang banyak, boleh jadi bersepah

Jika anda sukakan barang-barang yang comel dan kecil, facial cleansing brush dari Etude House ni adalah pilihan tepat.

Walaupun saiznya kecil dan design nya yang comel, ia mampu menjalankan tugasnya sama sahaja seperti facial cleansing brush yang lain.

Facial cleansing brush bersilikon ini amat lembut apabila diurut pada muka menjadikan sangat sesuai bagi mereka yang berkulit kering dan sensitif!

Comel kan?

Pobling Electric Pore Sonic Vibration Facial Cleansing Brush
Semak Pobling Electric Pore Sonic Vibration Facial Cleansing Brush harga dibawah:
add_circle Berus gentian lembut 0.05mm
add_circle Hayat bateri yang panjang
remove_circle Mampu menjengkelkan kulit sesetengah orang

Kadang-kadang hidup dengan kulit yang berminyak pasti pernah membuat anda rasa seperti tak kira lah berapa kali pun anda cuci muka, mesti rasa tak bersih.

Mungkin facial cleansing brush dari Pobling ini penyelamat anda.

Facial cleansing brush ini dicipta dengan bulu-bulu 0.05mm yang amat lembut untuk permukaan muka. Anda tidak perlu risau jika alat ini akan menaikkan kemerahan di muka anda.

Malah, berus-berus tersebut akan bekerja untuk mencuci muka anda dengan lebih mendalam, memastikan semua kotoran dan sebum berlebihan dibuang.

Pasti anda akan rasa fresh and clean!

Facial brush untuk kulit kombinasi
Olay
Olay Regenerist Facial Cleansing Brush
Semak Olay Regenerist Facial Cleansing Brush harga dibawah:
add_circle Kepala berus boleh yang tanggal
add_circle 100% kalis air
remove_circle Mahal

Apabila anda mempunyai kulit kombinasi, terdapat sesetengah kawasan di muka anda yang terasa kering dan sesetengah lagi terasa berminyak. 

Bagi memastikan wajah betul-betul dicuci dengan baik, facial cleansing brush dari Olay ini pasti mampu membantu.

Facial cleansing brush ini bukan sahaja mampu mencuci wajah anda tapi mampu exfoliate kulit muka supaya terasa lebih bersih.

Selain itu, dapat membuang sel-sel kulit yang mati dan juga sebum berlebihan.

Didatangi dengan dua kepala berus yang anda boleh pilih. Tentu ada terasa segar sahaja selepas menggunakan facial cleansing brush ini!

MIINE Silicon Facial Cleansing Pad 1'S
Semak MIINE Silicon Facial Cleansing Pad 1'S harga dibawah:
add_circle Senang untuk dicuci
add_circle Rekabentuk yang kecil mudah dibawa kemana saja
remove_circle Material yang lembik

Mungkin facial cleansing brush yang lain terutamanya yang elektrik, agak sukar untuk didapatkan di drugstore anda yang terdekat.

Jangan  risau, facial cleansinng brush dari MIINE ini amat mudah untuk didapati di Watsons.

Tdak menggunakan apa-apa bateri atau elektrik yang membuatkannya amat mudah untuk digunakan.

Hanya picit pembersih muka kegemaran anda ke atasnya, basahkan facial cleansing brush dan muka anda, and off you go!

Facial brush untuk kulit kering
Mary Kay
Semak Mary Kay Skinvigorate Next Gen Set harga dibawah:
add_circle 2-in-1 set
add_circle Mempunyai pemasanya sendiri
remove_circle Mahal

Walaupun facial brush kebanyakannya dipasarkan untuk kulit berminyak, namun kulit kering juga perlukan rutin exfoliating untuk menghilangkan tompok-tompok kulit kering yang menjengkelkan. Berus daripada Mary Kay ini amat sesuai sekali kerana bulu berus yang sangat lembut, sesuai dengan kulit kering dan tidak akan membuatkan kulit merasa ketat serta tidak selesa.

Berus ini juga mempunyai timer dan boleh menetapkan proses untuk pembersihan kulit wajah selama 60 saat sahaja.

Facial brush silikon
Gintell
GINTELL G-Soji Facial Cleansing Brush
Semak GINTELL G-Soji Facial Cleansing Brush harga dibawah:
add_circle Dua jenis kepala berus silikon pada satu sisi
add_circle Reka bentuk mudah alih
remove_circle Mungkin terlalu lembut untuk sesetengah orang

Jika anda seseorang yang baru sahaja ingin mencuba menggunakan facial cleansing brush, salah satu produk yang anda boleh cuba adalah jenama dari GINTELL ini.

Facial cleansing brush ini bukan sahaja mempunyai satu jenis berus silikon, malah mepunyai dua jenis berus silikon pada satu sisi yang mampu menjamin kualiti kebersihannya.

Selain daripada itu, berus silikon merupakan salah satu berus yang lembut dan tidak akan mendatangkan iritasi pada muka anda.

CkeyiN Electric Facial Brush Cleaner Brush
Semak CkeyiN Electric Facial Brush Cleaner Brush harga dibawah:
add_circle Hayat bateri yang panjang
add_circle 4 mod pembersihan
remove_circle Kepala berus silikon yang mungkin terlalu lembut untuk sesetengah orang

Pasti segelintir daripada anda agak ngeri kan apabila memikirkan facial cleansing brush yang berelektrik?

Ketahuilah bahawa facial cleansing brush berelektrik amat bagus untuk penjagaan kulit!

Salah satu facial cleansing brush berelektrik yang berbaloi untuk didapatkan adalah CkeyiN Electric Facial Brush Cleaner Brush.

Facial cleansing brush dari CkeyiN ini mempunyai empat mod pembersihan yang berbeza iaitu getaran, getaran sekejap-sekejap, urutan roller, dan urutan roller bersama dengan getaran.

Dengan bantuan elektrik, anda tidak perlu lagi tonyoh facial cleansing brush dengan kasar pada permukaan kulit anda.

Facial cleansing brush 5-in-1
Ogawa
OGAWA Beauty Cleansing Brush
Semak OGAWA Beauty Cleansing Brush harga dibawah:
add_circle Didatangkan dengan 5 kepala berus lembut
add_circle Kepala berus yang berputar
remove_circle Memerlukan bateri 2AA

Jika anda menginginkan sesuatu yang lebih advanced berbanding facial cleansing brush yang lain,anda boleh gunakan jenama dari OGAWA.

Facial cleansing brush dari OGAWA ini bukan sahaja mempunya dua, status tiga kepala berus, tapi mempunyai lima kepala berus yang berbeza bagi memastikan wajah anda kekal bersih.

Setiap kepala berus mempunya fungsinya yang berbeza-beza. Selamat mencuba!


Adakah Facial Brush Bagus Untuk Kulit?

Facial brush amat bagus digunakan untuk kulit secara lembut. 

Gunakan facial brush yang sesuai dengan kulit anda kerana setiap jenis facial brush mempunyai fungsi berbeza untuk jenis kulit yang berlainan. 

Pastikan pilih yang berbulu halus dan lembut atau silikon bertekstur lembut jika untuk kulit sensitif atau berjerawat. 

Ini kerana kalau menggunakan berus yang berbulu kasar dan keras akan menyebabkan iritasi pada kulit wajah anda dan membuatkan masalah kulit berjerawat menjadi semakin teruk.


Cara-Cara Menggunakan Facial Cleansing Brush

Jangan risau jika anda keliru dengan cara-cara menggunakan facial cleansing brush. 

Mungkin sesuatu yang aneh jika anda tak pernah menggunakannya sebelum ini, tapi hakikatnya ia amat mudah digunakan!

Mari kita pelajari cara-caranya:

  1. Letakkan sedikit pembersih muka kegemaran anda pada facial cleansing brush. Basahkan berus dan muka anda secukupnya untuk berbuih tanpa mencairkan pembersih muka terlalu banyak.
  2. Perlahan-lahan urut muka dengan berus dan berhati-hati supaya dapat mengelak kawasan mata yang sensitif.
  3. Teruskan mengurut pembersih muka selama kira-kira seminit.
  4. Bilas muka anda dengan air suam dan keringkan muka. Pastikan berus juga dibilas supaya bakteria tidak berkembang disitu.
  5. Kemudian anda boleh teruskan dengan langkah penjagaan kulit anda yang lain.

Anda boleh tonton video di bawak jika ingin melihat cara menggunakan facial brush secara praktikal.


Artikel Berkaitan

End of Article