Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

9 Pencuci Muka & Skrub Dari Brand Simple Yang Sesuai Buat Setiap Jenis Kulit

Pakar kulit sensitif!

Product in this article

Jenama rangkaian produk SIMPLE telah lama bertapak di dalam industri penjagaan wajah sejak daripada tahun 1960-an lagi. Terkenal dengan falsafah mereka iaitu, ‘kind to skin’ - baik untuk kulit, yang mensasarkan kepada penggunaan bahan-bahan semulajadi yang 100% selamat digunakan walaupun keatas kulit yang paling sensitif.

Adakah pencuci muka SIMPLE terbaik untuk semua jenis kulit?

Ya, pencuci muka SIMPLE sangat baik untuk semua jenis kulit. Bahan semula jadi yang terkandung di dalam jenama ini digunakan oleh mereka bagi mengimbangi kadar keseimbangan natural kulit itu sendiri supaya dapat dibaikpulih dari dalam tanpa meninggalkan kesan sampingan yang teruk. Ramuan dalam SIMPLE tanpa tambahan pengawet, pewarna dan pewangi tiruan serta alkohol yang akan mengganggu kadar keseimbangan kulit wajah anda.

Disyorkan oleh ahli pakar dermatologi, pencuci wajah dari jenama Simple ini adalah hypoallergenic, non-comedogenic dan dapat menyeimbangkan semula kadar pH dalam kulit anda. Ikuti rangkaian pencuci wajah dari Simple ini sesuai untuk jenis-jenis kulit wajah anda; 

9 Pencuci Muka & Skrub Terbaik Dari SIMPLE

Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash (150ml)

RM 18.24
Simple
1. Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash (150ml)
Pencuci muka untuk kulit jenis normal atau kombinasi

Pembersih muka Kind To Skin Moisturising Facial Wash ini adalah yang paling terlaris dan terkenal di antara produk Simple yang lain. Diperbuat dengan bahan semulajadi yang mampu membersih dan melembutkan kulit. 

Ianya juga berfungsi untuk mengeluarkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan muka. Formulanya yang diperkaya dengan Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan Bisabolol, iaitu ekstrak minyak Chamomile yang dapat membantu menyegarkan dan menenangkan kulit.

Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)

RM 18.24
Simple
2. Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Pencuci wajah bertekstur gel dengan sensasi dingin

Bertekstur ringan dengan sensasi menyejukkan dapat menenangkan kulit wajah daripada tekanan seharian. Diperbuat dengan ramuan seperti Triple Purified Water, iaitu air bersih yang telah ditapis sebanyak tiga kali untuk memastikan penggunaannya sangat bersih.

Kandungan ekstranya seperti Vitamin E dan Pro-vitamin B untuk memberi nutrien penting, lembapan dan kesuburan yang cukup kepada kulit anda. Sesuai digunakan sebagai pencuci muka harian, kini kulit anda kembali segar dan nyaman daripada kesibukan gaya hidup anda.

Simple Regeneration Age Resisting Facial Wash (150ml)

RM 18.4
Simple
3. Simple Regeneration Age Resisting Facial Wash (150ml)
Pencuci wajah anti-penuaan dengan kebaikan teh hijau

Dengan gabungan semulajadi ekstrak cendawan, Oat Beta-glucan, Chamomile dan teh hijau akan  membantu melembapkan, meratakan tona kulit tidak sekata kesan pigmentasi penuaan, serta membersihkan kulit dengan lembut.

Rumusan pro-Vitamin B5 dan vitamin E di dalam produk ini dapat mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit anda. Ianya dapat menghilangkan kotoran pada kulit serta membantu menyegarkannya agar wajah anda kelihatan berseri dan bebas dari kedutan awal.

Simple Spotless Skin Triple Action Face Wash (150ml)

RM 19
Simple
4. Simple Spotless Skin Triple Action Face Wash (150ml)
Pencuci wajah untuk kulit berminyak dan rawan jerawat

Jika anda mempunyai kulit berminyak cenderung jerawat, gunakan produk daripada rangkaian Spotless Skin ini  untuk merawat dan menghilangkan cela serta jerawat pada kulit anda. Diperkaya dengan bahan antibakteria semula jadi seperti Zink, Chamomile dan Phytosphingosine yang digunakan untuk merawat jerawat kerana cirinya yang anti-bakteria dan anti-radang.

Teksturnya berasaskan gel dan berfungsi untuk pengelupasan. Sesuai untuk kulit berminyak serta dapat menanggalkan sel kulit mati bagi mendedahkan lapisan kulit yang baru dan bersih, bebas dari jerawat dan kesan minyak ekstra.

Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash (150ml)

RM 20.32
Simple
5. Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash (150ml)
Untuk kulit kering dan sensitif – tidak merengsa dan iritasi

Jika anda mengalami masalah kulit kering dan sensitif seperti gejala ekzema, kemerahan serta tompokan kering sekitar muka, cubalah pencuci muka yang dirumuskan daripada micellar water ini. Ianya sejenis bahan cecair yang diperbuat daripada micelles (bebola molekul minyak kecil) yang digunakan untuk menarik kotoran dan sebum tanpa mengeringkan kulit.

Produk ini bebas daripada bahan kimia seperti pewarna, pewangi dan alkohol, ditambah pula dengan kebaikan micellar water, ianya menjadi pilihan tepat untuk kulit kering dan sensitif. Formula gel yang ringan dengan mineral dan ekstrak tumbuhan, pencuci muka ini dapat meredakan kulit daripada iritasi.

Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser (150ml)

RM 20.99
Simple
6. Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser (150ml)
Pencuci wajah sesuai untuk lelaki – fungsi kecilkan pori terbuka

Kulit berminyak yang berlebihan dapat menyumbang kepada masalah liang pori membesar dan akhirnya tersumbat dengan sebum, radikal bebas, kotoran dan minyak lebihan. Pembersih wajah berbusa amat sesuai untuk kulit berminyak kerana busa yang lembut dan ringan akan menyerap lebihan minyak dan meninggalkan kesan kulit yang lembut.

Vital Vitamin Foaming Cleanser ini mempunyai gabungan khusus ekstrak Chamomile, Pro-Vitamin B5, Calendula, Geranium dan Vitamin E untuk mengekalkan lembapan serta menyumbang kepada keanjalan dan kesihatan kulit.

Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash (150ml)

RM 16.7
Simple
7. Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash (150ml)
Pencuci wajah yang dapat mencerahkan kulit

Pencuci wajah Oil Balancing Exfoliaing Wash dari rangkaian Clear Skin ini dapat memberi jawapan jika anda mencari produk yang dapat mencerahkan kulit kusam. Ianya bertindak sebagai pengimbang minyak pada kulit dan amat efektif dalam mencerahkan kulit yang kusam serta gelap.

Diperkaya dengan ekstrak Witch Hazel terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam serta memberi kesan wajah cerah dan berseri. Lumurkan sahaja keatas wajah, anda akan merasa cebisan dan bijian hitam mula keluar daripada kulit anda seperti daki kotor. Ajaib bukan?

Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub (75ml)

RM 17.9
Simple
8. Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub (75ml)
Kulit tampil lebih glowing dan berseri sepanjang masa

Kegunaan skrub adalah seperti biasa iaitu menghapuskan sel-sel kulit mati dan kotoran pada kulit wajah. Tetapi skrub ini mampu mencerahkan kulit wajah anda agar tampil lebih glowing dan bermaya. Terbaik untuk kulit bermasalah seperti kering dan sensitif, skrub ini mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan Rice Granules yang dapat membaikpulih kerosakan pada kulit anda. 

Tiada lagi masalah kulit kusam dan keletihan, gunakan skrub ini secara konsisten jika inginkan hasil yang ‘lumayan’ buat kulit wajah anda.

Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub (75ml)

RM 22
Simple
9. Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub (75ml)
Hapuskan sel-sel kulit mati dengan skrub ini

Dengan mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dijamin tidak akan menyebabkan kulit iritasi atau merengsa, ianya dapat membersih celahan liang pori dan menghalang wajah anda daripada tercemar dengan radikal bebas. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, dalam masa hanya 7 hari sahaja skrub ini dapat mengurangkan cela dan blackheads yang tampil pada kulit wajah anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article