Bila sebut sahaja mengenai penuaan, pasti kita akan kaitkan masalah ini dengan orang yang lebih berumur seperti 40 tahun ke atas. Salah! Penuaan berlaku kepada kulit yang seringkali terdedah kepada sinaran UV, cuaca tidak menentu, persekitaran tidak sihat dan pencemaran udara. Kulit anda akan mula timbul kedutan dan garis halus terutamanya di bahagian wajah akibat tidak melakukan perawatan kulit dengan betul. 

Gunakan krim anti-penuaan untuk melawan timbulnya kedutan dan garis halus. Mustahil untuk kita hapuskan kesan penuaan semulajadi ini selamanya akibat faktor usia tetapi anda boleh melambatkan prosesnya terjadi. Kebanyakan krim anti-penuaan dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda secara luaran. Ingin tahu rangkaian produk anti-penuaan yang bersesuaian untuk jenis kulit? Ayuh, ikuti senarai dibawah;

1. L’OREAL White Perfect Night Cream (50ml)

Krim malam terbaik untuk melawan penuaan

Harga mulai RM21.50

shopping_cart Hermo Malaysia RM21.50 shopping_cart Watsons Malaysia RM42.17

Krim anti aging ini terbaik untuk melawan penuaan sepanjang malam semasa anda tidur. Dengan menawarkan kesan pemutihan sekaligus mengekalkan lembapan jika anda memakainya secara konsisten. Krim ini juga mampu untuk menghapuskan kesan jerawat serta melambatkan kadar pertumbuhannya. Ianya dapat mengawal penghasilan melanin pada kulit wajah agar kesan bintik hitam berkurangan. 

Gunakan krim ini pada waktu malam sahaja untuk mendapatkan hasil dan keberkesannya secara menyeluruh. Kulit wajah anda akan cerah berseri dalam masa beberapa hari sahaja. 

2. POND’S Age Miracle Eye Cream

Krim mata anti-aging terbaik – hapus garis halus dan lingkaran gelap

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM30.00

Seperti yang dinyatakan di atas, faktor utama terjadinya penuaan adalah disebabkan kulit wajah seringkali terdedah kepada sinaran UV. Stres juga merupakan salah satu penyebab kulit anda timbul kedutan dan garis halus. Dengan mengandungi Retinol C-Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi kedutan yang terjadi di sekitar kawasan mata anda agar tampil awet muda. 

Ianya memberi lembapan semulajadi dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit serta menghapuskan lingkaran gelap di bawah mata. Kandungan aktifnya dapat membaikpulih kulit anda selama 24 jam tanpa henti!

3. NIVEA Anti Age Q10 Hand Cream (100ml)

Krim anti aging terbaik dan murah, beri lembapan pada kulit tangan

Harga mulai RM15.80

shopping_cart Watsons Malaysia RM15.80 shopping_cart Lazada Malaysia RM15.80

Sesuai dengan jenamanya, Nivea sudah lama berada di pasaran Malaysia dan seringkali menjadi pilihan pengguna. Harganya sangat berpatutan dan boleh didapati di drugstore kegemaran anda seperti Watsons. Walaupun murah, krim ini masih mampu memberi hasil yang lumayan buat kulit tangan anda. 

Dengan mengandungi bahan aktif yang berkesan untuk melindungi kulit tangan anda daripada sunburn akibat terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama. Krim ini dapat menyerap dengan baik ke dalam lapisan kulit dan aromanya sangat menenangkan. Kulit anda akan berasa lebih relaks dan selesa sepanjang hari.

4. OLAY Total Effects 7 in 1 Day Cream Normal

Krim muka anti-penuaan – terbaik untuk kulit berminyak dan jerawat

Harga mulai RM31.43

shopping_cart Shopee Malaysia RM31.43 shopping_cart Watsons Malaysia RM43.50

Sesuai untuk semua jenis kulit, krim anti penuaan daripada Olay Total Effects ini mampu menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat pada wajah. Berfungsi sebagai pelembap, krim anti aging ini pilihan masa kini pengguna. Dilengkapi dengan bahan-bahan seperti Green Tea, Vitamin Pro-B5, B3 dan E serta anti-aging complex. 

Ianya diformulasi untuk menghalang kedutan, garis halus, pori tersumbat dan kulit kusam. Dengan mengandungi SPF15, krim ini mampu bertindak untuk melindungi kulit daripada terkena pancaran sinaran UV terus ke kulit.

5. NUTOX Anti-Ageing Cream (30ml)

Krim anti aging dari drugstore, dapatkan hasil terbaik selepas 2 minggu

Harga mulai RM36.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM44.29 shopping_cart Shopee Malaysia RM36.90

Terbaik digunakan untuk semua jenis kulit yang ingin menghapuskan semua masalah pada wajah seperti penuaan, bintik hitam dan melindungi cela. Diformulasi dengan anti-penuaan, ianya dapat menegangkan kulit dan menjadikannya lebih anjal. Gunakan krim ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit tanpa penuaan dalam masa hanya 2 minggu sahaja. 

Diperkaya dengan pati sarang burung dan ekstrak botanikal, Nutox Anti Ageing Cream terbaik untuk mengembalikan keserian wajah anda.

6. MISSHA Time Revolution Immortal Youth Cream (50ml)

Sesuai untuk yang berusia 30an, kekalkan awet muda di wajah anda

Harga mulai RM122.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM122.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM132.00

Produk skincare dari Korea, Missha telah mengeluarkan rangkaian yang bersesuaian untuk melawan penuaan buat wanita yang menginjak masuk ke usia 30-an. Krim ini memiliki banyak manfaat untuk kulit wajah anda seperti fungsinya dapat meremajakan kulit dan menghapus sel kulit mati agar lapisan yang baru membuatkan anda tampil awet muda.

Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan kulit satu tona lebih cerah. Ianya juga mampu membaikpulih tekstur kulit agar sentiasa kelihatan lembut dan bermaya. 

7. PHILOSOPHY Miracle Worker Miraculous Anti-Ageing Moisturizer (60ml)

Krim pelembap terbaik untuk penuaan, kulit wajah kekal terhidrat

Harga mulai RM215.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM215.00

Krim pelembap dari Sephora ini amat baik untuk mengekalkan hidrasi pada kulit dan membaiki penghadang lembapan agar wajah anda sentiasa kelihatan berseri, bermaya dan tiada lagi masalah kulit kusam atau keletihan. Kaya dengan anti-oksidan, krim ini berfungsi melawan penuaan dengan pantas. 

Dengan mengandungi Vitamin C, Glutathione dan Resveratrol untuk mencerah dan melembutkan kulit. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya seperti paraben, alkohol dan merkuri, krim ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya yang bermasalah.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!