Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

19 Produk Kecantikan Selamat untuk Ibu Mengandung (2024)

Masa untuk berhias tiada lagi masalah semasa tempoh mengandung

Sesetengah bakal ibu yang sedang mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon, menghadapi masalah kulit berjerawat, kusam dan lesu. 

Sehinggakan terfikir untuk mengubah rutin penjagaan kulit harian tapi sebenarnya tidak perlu pun kerana ini berpunca daripada faktor hormon.

Apa yang para ibu mengandung perlu buat pada fasa ini adalah pemilihan skincare yang selamat untuk ibu mengandung supaya dapat mengurangkan masalah kulit wajah. 

Jadi, perkara penting yang harus diutamakan adalah memastikan kandungan produk skincare untuk ibu mengandung bebas daripada bahan kimia seperti paraben dan alkohol. 

Banyak je sebenarnya skincare selamat untuk ibu mengandung di pasaran dan kini mudah beli secara online walaupun masih ada skincare drugstore untuk ibu hamil.

Dari produk moisturizer untuk ibu mengandung bagi menjaga kelembapan kulit, hingga produk sunscreen untuk ibu mengandung bagi menjaga kulit dari sinaran UV, semuanya kami cari untuk anda.

Jom lihat jenama skincare untuk ibu mengandung dan tidak membahayakan bayi dalam kandungan ini.


19 Produk Skincare Untuk Ibu Mengandung

Pelembab yang bagus untuk ibu hamil
Neutrogena
Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel
mulai
RM58.72
Semak Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel harga dibawah:
add_circle Menguatkan lapisan perlindungan kulit
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle 5x lebih penghidratan
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Mampu untuk mengurangkan masalah kulit kering dan memberikan kulit yang lembap sepanjang hari.

Ciri-ciri:

Kebiasaannya, kulit ibu mengandung ini lebih sensitif, berminyak dan kusam.

Jadi wajib untuk guna produk ini bagi melegakan masalah kulit kering dengan kandungan glycerin.

Lagipun, produk ini sudah lulus ujian dari dermatologi untuk digunakan pada kulit wajah ibu hamil. 

Malah disebabkan kandungannya terdapat bahan seperti water, jadi tahap penyerapannya begitu pantas serta dapat memberikan kesan sejuk pada kulit.

Nak guna setiap hari pun tak jadi masalah kerana ianya ringan pada kulit dan sekaligus membuatkan wajah anda sihat dan lebih berseri.

Review:

"Penyerapan yang pantas dan tidak membuatkan kulit melekit. Hasilnya kulit lembap dan sihat."

Scrub terbaik untuk ibu mengandung
mulai
RM24.15
Semak HIMALAYA Gentle Exfoliating Walnut Scrub (150ml) harga dibawah:
add_circle Menyingkirkan sel-sel kulit mati
add_circle Mengandungi bahan organik
add_circle Mempunyai vitamin E
remove_circle Harga mahal

Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Walnut Scrub mampu membersihkan sel-sel kulit mati dengan halus dan menyeluruh. 

Ini kerana mengandungi bahan-bahan organik seperti epal, cengkerang walnut dan minyak germa gandum yang serasi. 

Malah mampu berfungsi membuang sel-sel mati dan benda asing seperti kotoran dan debu.

Formula tambahan dalam produk ini iaitu Vitamin E juga membantu menyegarkan kulit ibu. 

Si ibu tidak akan merasa lagi kulit tidak bersih dan ianya juga mampu mengecilkan liang pori yang terbuka.  

Toner terbaik kulit berseria untuk ibu hamil
FRESH Rose Deep Hydration Facial Toner (250ml)
mulai
RM139.60
Semak FRESH Rose Deep Hydration Facial Toner (250ml) harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Menggunakan ekstrak bunga mawar
add_circle Memberikan kesegaran pada kulit
add_circle Menjadikan kulit lebih berseri
remove_circle Harga yang agak mahal

Penyegar muka atau lebih dikenali sebagai toner yang berfungsi untuk melembutkan kulit dan mengecilkan liang pori pada wajah. 

Dengan mengandungi rampaian ekstrak kelopak bunga mawar serta formulanya berkesan membersih dan mencuci kotoran pada wajah.

Selain itu, meninggalkan rasa segar sekaligus kulit wajah anda akan terasa lebih lembut sepanjang masa. 

Malah, tidak lagi kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Essence terbaik untuk kulit kering
Innisfree
INNISFREE Green Tea Hyaluronic Lotion
mulai
RM62.00
Semak Innisfree Green Tea Seed Essence-In-Lotion (100ml) harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Meredakan iritasi
add_circle Sesuai untuk kulit kering
remove_circle Perlu menggunakan set lengkap untuk hasil terbaik

Diperkaya dengan intipati Beauty Green Tea, essence ini memberi kelembapan secara mendalam pada kulit.

Selain itu dapat mengekalkan kehidratan dengan double moisture locking effect.

Dalam masa yang sama dapat menjadikan lapisan kulit agar sentiasa kelihatan lebih segar sepanjang hari. 

Tekstur yang ringan menjadikan mudah menyerap ke dalam lapisan kulit serta memudahkan dicampur dengan bedak asas dan digunakan untuk bersolek.

Bedak muka untuk ibu hamil
mulai
RM38.00
Semak RONASUTRA Mineral Eye Colour harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari 100% mineral Ronasutra Mineral Eye
add_circle Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Tidak memberikan full coverage wajah

Diperbuat dari 100% mineral, Ronastura Mineral Eye Colour memberikan warna yang mampu menyerlahkan kecantikan semula jadi mata anda. 

Jangan risau, bebas dari binder, talkum, bahan sintetik, pewangi tiruan serta pengawet tambahan dan sesuai untuk semua jenis kulit. 

Diformulasikan dari bahan yang tidak menyumbat liang pori pada kulit wajah dan tidak menyebabkan iritasi di kawasan mata yang sensitif. 

Sangat selesa dan mudah digunakan, tahan hingga ke 16 jam.

Scrub muka dengan Vitamin E terbaik
Palmer's
mulai
RM34.50
Semak PALMER’S Coconut Sugar Facial Scrub harga dibawah:
add_circle Tidak menyebab iritasi
add_circle Mempunyai kandungan Vitamin E
add_circle Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
add_circle Membuang kotoran dari sel kulit mati
remove_circle Perlu menggunakan secara berterusan
remove_circle Bau coco yang sedikit kuat

Skrub ini mengandungi bahan minyak kelapa yang akan melembap kulit yang kusam dan kering. 

Manakalah dengan campuran bijan gula yang halus dapat memastikan wajah sentiasa licin, lembut dan bebas daripada kekusaman dan parut. 

Sesuai untuk kulit senstif kerana produk ini tidak mempunyai paraben, phthalates, minyak mineral, sulfat, gluten dan pewarna.

Jadi, memang sesuai untuk ibu mengandung yang mengalami masalah kulit kusam dan kulit sensitif.

Sunscreen 3w clinic untuk ibu mengandung
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
mulai
RM3.90
Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sunscreen dari 3W ini sememangnya terkenal dan harganya yang sangat murah, satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah RM15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda mahukan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat tapi tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply, cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak. 

Tapi dengan adanya ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembap dan segar sepanjang hari. 

Pencuci muka terbaik untuk jerawat
Clinelle
mulai
RM17.94
Semak Clinelle Purifying Cleanser harga dibawah:
add_circle Membersih kotoran yang menyebabkan bakteria
add_circle Mengelakkan liang pori tersumbat
add_circle Meredakan iritasi
remove_circle Sedikit melekit pada kulit

Bila mengandung ni, banyak masalah kulit terutama kulit berjerawat, jadi bahan yang selamat dan terbaik untuk merawat jerawat adalah dengan tea tree oil. 

Bahan ini berfungsi memberikan kotoran yang disebabkan oleh bakteri yang buat wajah anda ada jerawat tu. 

Tapi kalau kulit anda jenis sensitif, gunakan produk yang mempunyai bahan polifenol untuk meredakan iritasi pada kulit anda. 

Malah bagus untuk membersih dan mengelakkan liang pori tersumbat.

Jadi pencuci muka jenama ini memang selamat digunakan pada anda yang mengandung.

Toner terbaik untuk kulit kusam
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
mulai
RM35.58
Semak Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner harga dibawah:
add_circle Bahan dari White Sea Daffodil
add_circle Mengandungi Niacinamide dengan Vitamin B3
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas Hypoallergenic
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Cetaphil Bright Healthy Radiance Toner ialah toner yang dapat mencerahkan kulit dengan serta-merta dan ia juga memberikan kesan kulit yang lebih lembut dan licin.

Produk ini juga sesuai untuk ibu mengandung oleh kerana ia mempunyai formula hipoalergenik dan bebas dari pewangi tambahan.

Selepas 4 minggu penggunaan, kulit anda akan menjadi lebih sekata dan tiada lagi masalah kekusaman!

Teksturnya juga tidak melekit dan terbukti secara klinikal bahawa toner ini sesuai dengan kulit yang sensitif.

Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini.

Essence terbaik untuk ibu mengandung
SAFI Hydra Glow Hydrating Water Boost Essence
mulai
RM9.24
Semak SAFI Hydra Glow Hydrating Water Boost Essence harga dibawah:
add_circle Hyaluronic acid untuk kulit lembap
add_circle Tidak berminyak
add_circle Mudah menyerap pada kulit
add_circle Menggunakan fermented rice ekstrak
remove_circle Keberkesanan ambil masa lama

Kulit kusam ketika pregnant membuatkan diri kurang yakin bila nak berjumpa orang ramai. 

Jangan risau, selain menggunakan produk penjagaan kulit lengkap, Water Essence dari Safi merupakan salah satu cara untuk menjadikan kulit anda berseri. 

Dengan 8x ganda Hyaluronic acid yang mengunci tahap kelembapan dan menjadikan wajah anda sihat dan tidak lagi kusam. 

Tekstur yang mudah menyerap pada kulit wajah dan tidak berminyak ini membuatkan anda lebih selesa bila nak apply solekan selepas itu. 

Ekstrak fermented rice ini mampu memberikan kesan glowing pada wajah anda. 

Jadi tak perlu risau lagi dengan masalah kulit kering dan kusam.

The Ordinary Azelaic Acid Suspension
mulai
RM47.90
Semak The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10% harga dibawah:
add_circle Membunuh bakeria yang ada dalam liang pori
add_circle Menggantikan retinol
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Mengurangkan masalah jerawat dan kemerahan
remove_circle Tidak mempunyai logo halal

Macam mana nak guna produk terbaik melawan jerawat atau jeragat tapi bebas retinoid dan salicylic acid

Tak perlu risau, Azelaic acid terbukti keberkesanannya melawan dan membunuh bakteria yang terdapat dalam liang pori pada wajah anda. 

Kalau nak tahu, Azelaic acid adalah pengganti yang sama dengan retinol

Masalah parut, kemerahan dan jerawat semua dapat dikurangkan dan kulit juga kelihatan lebih cerah dari sebelumnya.

Nak tahu berkesan ke tak, kenalah cuba dan rasai sendiri okay!

Clarins Huile Tonic Firming Toning Body Treatment Oil
mulai
RM299.00
Semak Clarins Huile Tonic Firming Toning Body Treatment Oil harga dibawah:
add_circle Menjadikan kulit lembut
add_circle Diperkaya dengan vitamin E & C
add_circle Dapat memberikan nutrisi pada kulit
add_circle Menghalang scratch mark pada kulit
add_circle Aroma yang menenangkan pada pengguna
remove_circle Harga mahal

Scratch mark merupakan musuh utama bagi ibu mengandung dan kesan regangan kulit ini boleh meninggalkan kesan yang terang pada kulit. 

Halang dari terjadi dengan menggunakan Body Treatment Oil dari Clarins sekaligus memiliki kulit yang lembut dan bebas kesan regangan kulit. 

Diperkaya dengan vitamin C & E dari Hazelnut yang bagus untuk memberikan nutrisi terbaik kepada kulit anda. 

Bukan itu sahaja, kulit lebih anjal dan bauan dari nya mampu menjadikan anda lebih tenang. 

Kulit makin cantik dan terjaga walaupun harga yang mahal berbaloi sangat!

Serum Niacinamide terbaik untuk mengandung
Ruruberry 10 Niacinamide Zinc
mulai
RM15.00
Semak Ruruberry 10 Niacinamide Zinc harga dibawah:
add_circle Tiada pewangi
add_circle Bebas paraben
add_circle Sekatakan tona kulit
add_circle Mempunyai vitamin B3
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
remove_circle Perlu menggunakan skin care yang lengkap

Niacinamide merupakan satu bahan yang menjadi tumpuan bagi anda yang inginkan kulit yang sekata dan mulus. 

Cuma, kebanyakkan produk diluar sana harga agak mahal tapi keluaran Ruruberry ini dijual dengan harga yang mampu milik dengan kuantiti yang berpatutan. 

Kandungannya bebas paraben dan bagus untuk anda yang mempunyai kulit sensitif terutama ketika mengandung.

Bahan berkualiti seperti vitamin C & E ini yang akan menyumbang kepada kulti yang cantik dari serapan nutrisinya ke kulit anda. 

Masalah tona kulit yang kusam dan tidak sekata juga bukan lagi menjadi punca selepas anda menggunakan produk ini. 

La Roche Posay Niacinamide Anti Dark Spot Serum
mulai
RM139.00
Semak La Roche Posay Niacinamide Anti Dark Spot Serum harga dibawah:
add_circle Mempunyai Niacinamide, glycerin dan hyaluronic acid
add_circle Bembantu untuk menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak melekit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Perlu lebih dari 1 botol untuk hasil terbaik

Tidak dinafikan kesan parut dari masalah jerawat merupakan masalah utama pada kulit wajah anda. 

Bahan yang digunakan seperti Niacinamide, glycerin dan hyaluronic ini menjadikan tona kulit lebih sekata, kulit yang lebih anjal dan glowing!

Tambah dengan kandungan HEPES pula membantu menyingkirkan sel-sel kulit pada yang terdapat pada wajah. 

Sesuai untuk kulit sensitif dan teksturnya tidak melekit mudah menyerap kedalam kulit.

Pencuci gel terbaik untuk ibu mengandung
Neutrogena
Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser
mulai
RM32.73
Semak Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser harga dibawah:
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Tekstur yang ringan
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Kuantiti yang banyak
remove_circle Kulit sedikit menegang untuk tempoh sementara

Pembersih Gel Air Hydro Boost® yang Baharu ini merupakan gel ringan yang diaktifkan dengan air untuk menghilangkan kotoran, minyak dan solekan dengan berkesan!

Malah, ia juga memberikan kelembapan yang maksima pada kulit dan diuji secara klinikal, pelembap ini dapat memberi lembapan dan mengekalkan hidrasi selama 48 jam.

Bukan itu sahaja, pencuci muka ini sesuai dengan kulit yang sensitif, jadi si ibu tidak perlu risau akan kesan kemerahan atau keradangan pada kulit.

Selain itu, pencuci muka ini mengandungi agen pembersihan berpaten yang menggabungkan Asid Hyaluronik membantu mengunci penghidratan pada kulit. 

Serum untuk ibu mengandung
AR Vitamin E +Collagen Gold Face Serum
mulai
RM9.90
Semak AR Vitamin E +Collagen Gold Face Serum harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Menyerap ke dalam kulit dengan cepat
add_circle Melembapkan kulit kering
add_circle Mengurangkan kedutan dan garis halus
remove_circle Isipadu hanya 10 ml

Khas dari Thailand, serum AR Vitamin E + kolagen emas ini mengandungi Vitamin E dan kolagen serta hyaluron.

Vitamin E dan kolagen bahan yang sangat bagus untuk menyuburkan kulit muka dan membantu mengekalkan kelembapan di bawah lapisan kulit wajah.

Jadi, kulit anda kekal seimbang, putih, sihat dan kelihatan lebih muda.

Tambah lagi, boleh memudarkan parut, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, meningkatkan keanjalan kulit, menegangkan kulit wajah, anti penuaan dan mengurangkan kedutan.

Cepat meresap, selesa dipakai dan tidak mendatangkan kesan alahan kepada kulit terutamanya untuk wanita mengandung.

Selepas sebulan penggunaan, kulit akan kelihatan lebih cerah, licin dan plump.

Moisturizer untuk ibu mengandung
hada labo premium hydrating cream
mulai
RM80.90
Semak Hada Labo Premium Hydrating Cream harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol, wangian dan minyak mineral
add_circle Meningkatkan keanjalan kulit
add_circle Memperbaiki kontur wajah
add_circle Mengurangkan kesan garis-garis halus
add_circle Kulit lebih licin, tegang dan kenyal
remove_circle Harga sedikit mahal

Masih lagi mencari skincare untuk isteri hamil dan sesuai dengan kulit kering serta dehydrate? Beli je Hada Labo Premium Hydrating Cream.

Mengandungi 5 jenis asid hyaluronik (HA) berbeza saiz molekul, 3 jenis peptida dan kolagen untuk menghidrat kulit dengan lebih mendalam dan menegangkan kontur wajah.

Kolagen membantu meningkatkan keanjalan kulit agar kulit kelihatan lebih ketat, kencang dan lebih terangkat.

Peptida 3x pula memperbaiki kontur wajah dan mengurangkan penampilan garis-garis halus.

Menjadikan pH kulit seimbang, kurang iritasi pada kulit, kulit lebih licin, tegang dan kenyal.

Gunakan Hada Labo Premium Hydrating Lotion dua kali sehari selepas mandi dan elakkan terkena mata.

Sebagai peringatan, anda perlu berhenti menggunakan pelembap ini jika ada kesan sampingan.

Sunscreen untuk ibu hamil berjerawat
heliocare sunblock
mulai
RM114.90
Semak Heliocare 360° Gel Oil-free SPF 50 harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Tidak membuat pori tersumbat
add_circle Sesuai dengan kulit berjerawat dan berminyak
add_circle Mengurangkan sunburn
add_circle Sekata dengan warna kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Adakah anda mempunyai masalah muka cepat naik jerawat dan banyak parut? Jika ya, pakai sunscreen jenis gel ni untuk mengurangkan masalah tersebut.

Diformula dengan advanced filters dan Bioshield System untuk memberikan perlindungan spektrum luas terhadap UVA, UVB, serta sinaran inframerah-A.

Mengandungi Fernblock gram FC untuk aktiviti antioksidan yang kuat dan memperbaiki kerosakan akibat sinar matahari, seperti kerosakan DNA dan penuaan kulit pramatang.

Diperkaya dengan teknologi kawalan antibakteria, antimikrob dan sebum, sunscreen klinik ini disyorkan untuk kulit sensitif dan mudah jerawat.

Dengan formulasi dry touch, suncreen ini sangat sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak serta mengurangkan kilauan yang disebabkan oleh iklim lembap.

Walaupun harganya sedikit mahal, tapi satu tiub suncreen dianggarkan boleh bertahan sehingga 6 bulan lebih penggunaan.

Jangan risau, suncreen Heliocare tidak menyebabkan whitecast, bagaimanapun memberikan kesan glowing dan disyorkan kebanyakan dermatologist.

skincare selamat untuk ibu mengandung
Mama's Choice
Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle
mulai
RM93.20
Semak Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle harga dibawah:
add_circle Pembelian bundle berbaloi
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Bebas alkohol, paraben dan SLS
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Anda mungkin biasa nampak produk kecantikan jenama Mama's Choice ini, tapi kali ini anda boleh buat pembelian berbaloi Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle.

Anda akan dapat 1x pelembap muka, 1x face wash, dan 1x serum pencerah dalam satu harga, jadi memang betul-betul pembelian yang berbaloi.

Bahan yang digunakan ternyata selamat, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan hanya menggunakan bahan selamat yang dipilih dengan berhati-hati. 

Apa yang menarik, salah satu bahan yang digunakan adalah ekstrak beras dalam pencuci muka dan juga sunscreen, memberikan kesan cerah dan natural pada wajah.

Untuk ibu menyusu, produk kecantikan Mama's Choice ini juga selamat digunakan dan selamat untuk bayi anda.

Jadi tidak perlu ragu-ragu lagi jika anda benar-benar sedang mencari produk skincare selamat untuk ibu mengandung, pilih je Mama's Choice Advanced Skin Therapy Bundle ini.


Bahan Skincare Untuk Ibu Hamil Yang Perlu Dielakkan

Kulit ibu mengandung ini selalunya lebih sensitif kerana berlaku perubahan hormon.

Kebanyakkan bahan yang terdapat dalam skincare di luar sana mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Jom kita lihat bahan apa yang perlu dielakkan bagi ibu hamil.

  • Krim retinoid atau retinol

Bahan yang berasal dari Vitamin A ini yang diserap dalam kulit akan membahayakan perkembangan bayi dalam kandungan. Jadi anda perlu peka dan elak dari memakai produk mengandungi bahan ini.

  • Asid salisilik yang tinggi dosnya

Kajian pada 2013 menunjukkan perlunya ibu mengandung mengelakkan penggunaan asid salisilik yang tinggi dosnya. Bagaimanapun, untuk dos yang rendah ianya selamat digunakan. 

  • Elakkan Hydroquinone

Cuba untuk elakkan dari produk yang ada hydroquinone sebab ia akan mengganggu pembesaran bayi dalam kandungan.

  • Jangan guna Formaldehyde

bahan ini boleh memberi kesan yang menyebabkan keguguran dan kemandulan. Jadi memang sangat bahaya untuk gunakan produk yang mengandungi formaldehyde.

  • Perlindungan matahari jenis kimia

Walaupun bagus, tetapi kandungan bahan oxybenzone boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan anda dan juga kesihatan kandungan anda.

Itulah sedikit sebanyak bahan yang perlu anda elak. Jadi anda perlu peka dengan produk kecantikan yang anda beli, dan pastikan hanya beli produk yang selamat untuk wanita hamil.

Selamat membeli-belah!


Artikel Berkaitan

End of Article