Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, mencari bedak atau solekan asas yang tepat bukanlah menjadi sesuatu perkara mudah. Kulit wajah anda yang cepat memberi reaksi negatif terhadap sesuatu produk menyebabkan pemilihan solekan, haruslah secara teliti dan berhati-hati. Jangan pilih hanya kerana jenama, pilihlah bahan yang terkandung di dalamnya bagi mengelakkan kulit anda merengsa dan iritasi. Terdapat banyak foundation yang mengandungi formula, dihasilkan untuk melindungi kulit anda jika ia terdedah kepada kemerahan, jerawat dan kepedihan.

Kulit sensitif juga sangat mudah terjadi akibat terdedah kepada pancaran sinar UV, kotoran, radikal bebas dan bahan kimia yang membahayakan. Yang penting, produk bebas paraben dan alkohol harus didahulukan. Ikuti senarai foundation dibawah ini yang terdapat di pasaran terkini buat kulit sensitif;

1. SHU EUMURA The Lightbulb Foundation SPF45/PA+++ (30ml)

Terbaik untuk kulit sensitif – elak dari iritasi
Harga mulai RM208.00
Hermo Malaysia RM208.00

Shu Uemura The Lightbulb Essence Essential-oil-in Foundation SPF 45 adalah foundation terbaik untuk kulit sensitif kerana ia dirumus khas dengan aroma botanik. Gabungan 5 jenis minyak esen seperti Lavender, Geranium, halia, Camellia Seeds dan Rice Nuka. Ianya dapat memberi penghidratan untuk jangka masa yang lama sehingga 24 jam. 

Hasilnya, dengan pemakaian foundation selama 2 minggu, kulit wajah anda akan kelihatan sihat, bercahaya dan halus walaupun tanpa solekan.

2. MAYBELLINE Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation (30ml)

Sesuai digunakan untuk anda yang memiliki kulit sensitif dan berminyak
Harga mulai RM47.08
Lazada Malaysia RM49.90 Hermo Malaysia RM34.30 Watsons Malaysia RM47.08

Foundation bertekstur ringan ini yang mampu memberi liputan lebih halus dan kemas ke atas kulit wajah dengan gaya natural. Dirumus khas untuk semua jenis kulit terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berminyak.  Formula asas matte eksklusif ini mempunyai ciri-ciri serbuk mikro untuk memberi kemasan efek bersinar serta meminimum liang pori terbuka. 

Diuji oleh ahli dermatologi, foundation ini terbukti selamat diguna bagi mengelakkan anda mengalami kulit alergi selepas memakainya. Ia juga bersifat non-comedogenic serta berformula cecair yang sesuai untuk kulit bermasalah.

27 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. BOURJOIS Healthy Mix Anti-Fatigue Foundation

Baik untuk membaikpulih kulit kering dan sensitif
Harga mulai RM42.68
Hermo Malaysia RM42.68

Campuran Vitamin C, E dan B5 yang terdapat dalam foundation ini menjadikan ianya penghapus ketidaksempurnaan dengan serta-merta serta tanda keletihan agar kulit kelihatan lebih segar. Ianya tidak akan membuatkan liang pori tersumbat yang menjadi penyebab jerawat pada kulit.

Diformulasi dengan anti-penuaan, vitamin yang terdapat dalam foundation ini mampu melegakan kulit keletihan dan menenangkannya. Anti-oksidan sedia ada dalam foundation ini juga mampu membuatkan kulit bernafas dengan sempurna melalui kandungan asid Hyaluronik yang bertindak memberi penghidratan. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. WLAB W-Snow Cover Tip Stick

Untuk kulit sensitif dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat
Harga mulai RM93.30
Hermo Malaysia RM93.30

Kombinasi concealer dan foundation yang dicipta khas untuk mereka berkulit sensitif dan jerawat kerana ia mampu memberikan liputan yang sempurna bagi menutupi kesan cela di wajah. Dengan bertekstur ringan, produk ini juga sesuai digunakan sebagai solekan asas kerana ia mampu menyeimbangkan warna kulit yang kemerahan akibat jerawat dan parut. 

Kandungan minyak Tea Tree didalam foundation ini, mampu membaikpulih kulit anda yang jenis sensitif dan berjerawat agar kekal sihat.

5. PALLADIO Herbal Liquid Foundation Tube (27ml)

Foundation untuk kulit sensitif yang murah dan berkualiti
Harga mulai RM45.20
Hermo Malaysia RM45.20

Selalunya, bagi anda mempunyai kulit bermasalah ini pasti mengalami dilema untuk membeli produk kecantikan kerana harganya yang mahal. Tidak perlu risau lagi! Produk ini mengandungi rumusan unik iaitu pigmen semulajadi untuk memberikan kesan cahaya tidak ketara bagi mencipta kemasan matte. Diperkaya dengan kandungan Vitamin A, E serta ekstrak Ginseng dan Gingko bagi mengurangkan garis halus, liang pori terbuka dan kesan cela diwajah. 

Tambahan ekstrak timun, Aloe Vera dan Chamomile dapat memberi kelembapan pada kulit untuk jangka masa yang panjang. Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang berkulit sensitif

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. 3INA 3 In 1 Foundation

Sesuai untuk kulit sensitif – menutup cela dengan kesan full coverage
Harga mulai RM119.00
Hermo Malaysia RM119.00

Foundation ini menggabungkan tiga langkah ke dalam satu sebagai bedak asas pelbagai guna. Berfungsi sebagai primer, concealer dan foundation, ianya dapat bertahan lama sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak buah-buahan seperti limau hijau, oren manis dan anggur putih yang kaya dengan nutrien pelembab. 

Vitamin E dalam foundation ini pula untuk kulit mendapatkan kulit berseri, menutup cela, menghilangkan jerawat kecil dan bintik hitam serta bertindak sebagai penghalang semulajadi yang melindungi kulit dari matahari. Ia juga merawat dan menghalang jerawat.

7. INNISFREE My Foundation 2.5 (30ml)

Foundation dari Korea, terbaik untuk merawat kulit sensitif
Harga mulai RM97.00
Hermo Malaysia RM97.00

Foundation dengan ciri unik ini boleh disuaipadan mengikut kulit si pemakai. Ini kerana setiap individu mempunyai ciri kulit yang berbeza, ia membolehkan anda mengikut jenis tona dan tahap kelembapan yang berlainan. Kandungan bahannya yang berbeza dari Kepulauan Jeju untuk memenuhi tahap keperluan kulit anda. 

Dengan mengandungi Complex Cover Mineral ™ untuk meningkatkan liputan secara menyeluruh dan mengurangkan kesan pengoksidaan. Foundation khas dari Korea ini amat sesuai kepada mereka yang berkulit sensitif kerana ia mengandungi 100% bahan semulajadi dan boleh diubahsuai mengikut keadaan kulit masing masing.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. THE BODY SHOP Fresh Nude Foundation (30ml)

Foundation untuk kulit sensitif yang tahan lama sehingga 24 jam
Harga mulai RM99.00
Hermo Malaysia RM99.00

Foundation ini akan membuatkan anda terasa seperti tidak memakai apa-apa solekan asas pada wajah kernaa teksturnya yang lembut dan ringan. Diperkaya dengan English Rose Water dan ekstrak lidah buaya, formula foundation penghidratan ini menjadikan kulit berasa segar dan selesa sepanjang hari. Ia juga mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit anda dari pancaran sinar UV. 

Diuji oleh ahli dermatologi, foundation ini sesuai untuk anda yang berkulit sensitif kerana ianya mampu bertahan sehingga 24 jam. Produk ini tidak akan membuatkan kulit anda merengsa atau iritasi. 

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang E_Emeyra

The best of me is yet to come.. <3

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!