Product in this article

Mengapa krim mata adalah senjata paling penting di kalangan produk kecantikan anda yang lain? Kemungkinan kedutan pertama yang ketara diwajah anda selepas meningkat usia akan berada di sekitar kawasan mata. Ini kerana kulit dikawasan mata lebih nipis daripada bahagian lain di wajah anda dan akan kelihatan bengkak jika anda letih atau tertekan. Apabila wajah mula dimamah usia, kawasan mata biasanya akan menjadi tempat pertama yang terjejas dengan tanda-tanda penuaan seperti lingkaran gelap bawah mata, kedutan dan bengkak.

Gunakan krim mata untuk mengelakkan kulit wajah terdedah terus kepada sinaran matahari. Dibawah adalah senarai beberapa krim mata yang terbaik mengikut keperluan harian anda. Cegahlah tanda penuaan lebih awal!

1. WARDAH White Secret Brightening Eye Cream (10ml)

Krim mata dari drugstore – kekalkan keremajaan kulit wajah anda dari awal

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM30.00

Kedutan dan kesan penuaan lain juga boleh terjadi di awal usia disebabkan genetik. Mulakan penjagaan anti-penuaan pada usia muda tidak salah supaya kulit wajah anda kekal anjal berpanjangan. Dengan harganya yang berpatutan, dan mesra-pengguna, tiada lagi alasan untuk tidak menjaga wajah anda!

Diformulasi dengan White-Adenosine Complex untuk menyembunyikan lingkaran gelap khusus untuk memberikan efek kesegaran. Diperkaya dengan Niacinamide dan gliserin sebagai bahan pencerah untuk melawan kesan gelap dan mengembalikan kelembapan dibawah dan dikelopak mata.

2. TRILOGY Very Gentle Eye Cream (25ml)

Krim mata sesuai untuk anda yang berusia 20an

Harga mulai RM132.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM132.00

Lingkaran gelap atau kedutan dibahagian mata? Ini mungkin terjadi kerana kerap menggunakan penanggal makeup kasar terhadap kulit anda seperti mengandungi minyak mineral, alkohol dan pewangi. 

Produk daripada TRILOGY ini bertekstur ringan dan gel serta tidak berat atau berminyak, sesuai untuk digunakan ke atas semua jenis kulit. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan Maqui Berry ini menjadikan kawasan mata yang bebas kedut, kurang gelap sekaligus melembapkan kulit sekitar mata anda.

3. NARUKO Marjoram & Lavender Brightening Eye Cream (15ml)

Katakan selamat tinggal dengan gelaran mata panda!

Harga mulai RM39.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM39.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM39.00

Lingkaran gelap sekeliling mata selalunya terjadi akibat kekangan waktu tidur dan tekanan dengan kehidupan seharian. Kurangnya waktu tidur menyebabkan pembuluh darah dibawah mata anda melebar serta warna gelap kelihatan melalui kulit nipis dan halus dibawah mata.

Diperkaya dengan ekstrak Lavender dan Marjoram yang mengandungi Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B3 yang akan membantu untuk mencerahkan kulit bawah mata dan memperkuat ‘moisture barrier’ kulit daripada iritasi. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!

4. BENTON Fermentation Eye Cream

Krim mata drugstore dari Korea – mulakan sesi memanjakan kulit

Harga mulai RM53.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM85.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM53.90

Produk popular dari Korea ini dapat melawan kesan penuaan dan garisan halus disekeliling mata. Krim mata premium ini mengandungi Galactomyces yang digunakan sebagai agen pelembap dan memberi efek antioksidan buat kulit mudah bernafas. 

Formula ini membantu mencegah kerosakan dan melegakan kerengsaan kulit. Bukan itu sahaja, produk ini mengandungi Adenosine untuk membantu melicinkan dan melembutkan kawasan mata supaya tampak sentiasa muda dan berseri. 

5. L’OREAL Revitalift Eye Cream (15ml)

Krim mata anti-penuaan ‘heavy duty’ yang mengandungi retinol

Harga mulai RM56.41

shopping_cart Watsons Malaysia RM56.41 shopping_cart Lazada Malaysia RM56.41

Jangan tertipu dengan harganya yang rendah, jenama produk Loreal ini amat dikenali sebagai produk anti-penuaan yang mewah. Dengan mengandungi bahan ‘heavy duty’ untuk menentang penuaan diwajah seperti teknologi Elasti-flex dan Pro-Retinol A, bagi merangsang serta memperkuat sokongan elastin dalam kulit.

Produk ini juga bebas-gluten dan boleh digunakan oleh individu yang menghidapi alergi gluten. Terlaris daripada L’oreal dengan harga yang berpatutan, malah boleh didapati dikesemua rangkaian drugstore.

6. NEOGENCE Hydrating Eye Cream with Hyaluronic Acid (15ml)

Jenama terbaik untuk kulit bawah mata anda yang kering

Harga mulai RM71.25

shopping_cart Watsons Malaysia RM71.25

Hapuskan kulit kering dan kusam dengan produk berjenama ini, khas untuk kulit bawah mata agar kekal terhidrat dan segar. Krim mata ini memberikan khasiat asid Hyaluronik yang unggul untuk kulit dibawah mata anda dan mengunci kelembapan penting pada kulit. 

Ia juga tidak mengandungi bahan ‘heavy metal,’ seperti paraben dan alkohol untuk merangsang seri serta keremajaan dari dalam. Bagi anda yang berkulit sensitif, produk ini dapat menenangkan dan menghilangkan kesan iritasi pada kulit. Formulanya yang tidak berminyak amat sesuai untuk semua jenis kulit.

7. AVENE Soothing Eye Contour Cream (10ml)

Krim mata sesuai untuk si kulit sensitif

Harga mulai RM41.40

Anda mengalami kulit sensitif, iritasi ataupun menghidapi penyakit ekzema dibahagian mata? Alamilah kebaikan krim mata dari Avene ini yang diasaskan untuk pengguna berkulit sensitif. Krim ringan inidapat mengurangkan kemerahan dan terbukti secara klinikal untuk menghidratkan kawasan mata dengan lembut tanpa menyebabkan kerengsaan. 

Diperkaya dengan mata air termal dan Alpha-Bisabololyang lembut dan mengekalkan lembapan serta melindungi kulit daripada iritasi. Produk ini juga dirumus dengan pelembap dan bahan bebas radikal yang aktif bagi melembap, melindungi dan membentuk semula kulit bawah mata supaya sentiasa bertona sekata dan tidak puffy atau bengkak. Yang paling penting, produk ini bebas bahan pewangi dan parabenuntuk memastikan kulit bawah mata tidak kering yang akan menyebabkan iritasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!