Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

40 Cadangan Hadiah Untuk Perempuan di Malaysia 2024

Hargailah yang tersayang dengan hadiah yang menarik.

Hadiah apa yang boleh membahagiakan ibu, isteri, adik perempuan, crush, teman wanita atau rakan wanita?

Mungkin itu yang berlegar-legar dalam kepala seorang lelaki bila tiba hari jadi atau hari istimewa insan tersayang mereka.

Sebenarnya ada banyak hadiah untuk perempuan yang boleh anda beli sebab wanita ada banyak barang berlainan yang mereka pakai setiap hari.

Berbeza dengan lelaki, lebih simple sehinggakan barangan mereka seakan sama.

Jom lihat senarai cadangan hadiah yang sesuai untuk dibelikan hadiah untuk kesayangan anda.


Senarai 40 Hadiah Untuk Perempuan

Table of Contents

Hadiah untuk perempuan terbaik secara keseluruhan
HABIB
hadiah gelang untuk orang tersayang
Semak HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet harga dibawah:

Sebab menjadi pilihan;

Dengan rekaan yang ringkas dan manis, HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet sangat sesuai dijadikan hadiah untuk ibu, isteri atau adik perempuan anda.

Ciri-ciri;

HABIB Yellow Pearl Beads Bolo Bracelet adalah pilihan yang sempurna untuk perempuan kerana gelang ini comel, kecil dan cantik apabila dipakai oleh mereka.

Selain itu, gelang ini akan menambahkan sentuhan yang indah pada penampilan si pemakai.

Dengan hiasan mutiara berwarna kuning yang elegan, gelang ini sesuai dipakai untuk pelbagai acara, sama ada formal atau santai. 

Anda tidak perlu risau kerana gelang ini tahan lama dan tahan lasak, jadi si pemakai boleh menggunakannya dalam tempoh yang lama. 

Review;

"Sangat cute, kecil dan cantik. Adik saya sangat sukakannya. Beli untuk hadiahkan kepada adik saya, sangat cantik...."

 

Hadiah kahwin Ikea
Semak IKEA Gift Card harga dibawah:

Apabila mendirikan rumahtangga, wanita selalunya inginkan persekitaran yang baru kerana mahukan konsep pilihannya tersendiri. 

Raikan rakan wanita anda dengan sesuatu yang praktikal dan berguna untuknya seperti gift card!

Ikea gift card adalah antara hadiah yang bijak dan sesuai diberikan kepada pengantin perempuan untuk mendekorasi ruangan peribadinya yang diidamkan sejak dahulu lagi.

Kad ini boleh diisi dengan serendah RM50 hingga RM1000 dan anda jangan risau kerana anda boleh berikan jumlah seikhlas hati. 

Semak Hugo Boss The Scent Private Accord For Her Eau de Parfum harga dibawah:

Tawanlah hati bos anda dengan pemilihan hadiah menarik seperti minyak wangi yang mampu memberikan bauan wanita feminin dan professional.

Minyak wangi Boss The Scent For Her mengeluarkan haruman yang dapat memikat hati orang sekeliling untuk mendekatinya. 

Minyak wangi ini boleh digunaan untuk dijadikan hadiah kepada bos anda sebagai kenangan atau sempena meraikan seperti kenaikan pangkat, perpisahan, hari jadi dan sebagainya. 

Walaupun harganya mahal, satu cadangan yang kami boleh berikan ialah anda boleh kumpul duit bersama rakan kerja lain dan berikan hadiah ini bersama-sama. 

Hadiah untuk guru perempuan
HYGR
Semak HYGR - Eco Friendly Gift Set Sustainble Bundle harga dibawah:

Set ini mempunyai ciri-ciri gel mandian 3-dalam-1 dan pengilat bibir yang sangat emolien.

Kedua-duanya mengandungi haruman seperti raspberry sorbet yang enak.

Diformulasi dengan pelembap ubtuk menjadikan kulit berasa lembut serta bibir kelihatan berkilat, sihat dan cantik. 

Hadiah set periuk untuk perempuan
Russell Taylors
Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set CWS-7
Semak Russell Taylors Romano Cookware 4 Piece Pots & Pans Set harga dibawah:
add_circle Hadir dalam satu set
add_circle Ketahanan granite yang ekstra
add_circle Jenis non-stick
remove_circle Stok terhad

Set periuk dan kuali granite dari Russell Taylors ini sesuai dijadikan hadiah untuk wanita kerana kualitinya bagus dan dijual dengan harga yang cukup rendah. 

Setiap set periuk batu Russell Taylors dilengkapi dengan ciri yang menarik termasuk kualiti periuk non-stick yang baik dan pemanasan haba yang cepat serta tidak mudah berkerak. 

Dengan lima lapisan alumunium yang tebal, produk ini tahan lama dan selamat digunakan di dapur gas mahupun dapur elektrik.

Turut dilengkapi dengan pemegang yang teguh dan bawah periuk yang kukuh, menjadikan periuk ini selamat dan stabil semasa digunakan. 

Set alat memasak ini lengkap dengan pelbagai jenis periuk dan kuali yang sesuai untuk memasak pelbagai jenis hidangan.

Produk ini sesuai juga dijadikan sebagai hadiah kahwin kepada rakan wanita.

Hadiah untuk wanita 30an
MARC JACOBS Daisy Eau So Fresh
Semak MARC JACOBS Daisy Eau So Fresh harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal dengan perfume keluaran Marc Jacobs? Jom belikannya kepada insan tersayang anda!

Pasti ramai tahu produk keluaran jenama ini menawarkan kualiti pewangi yang berkualiti, tahan lama dan eksklusif. 

Walaupun harganya mahal, tapi pilihan hadiah ini membuatkan si penerima rasa istimewa dan rasa lebih disayangi kerana dapat hadiah menarik ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk hadiahkan perfume ini kepada kawan baik anda!

Hadiah untuk pencen/pesara perempuan
Orkid Latex Printed 3D
Semak Orkid Latex Printed 3D harga dibawah:

Hadiahkan Orkid Lated Printed 3D kepada sahabat atau ahli keluarga perempuan yang ingin bersara ataupun pencen. 

Set ini turut didatangkan dengan pasu yang boleh anda pilih sendiri untuk menyerikan rumah si penerima. 

Walaupun ini merupakan bunga artificial, tapi bentuk dan material yang digunakan membuatkan bunga ini tampak hidup dan real apabila diletakkan di ruangan rumah.

Bagaimanapun, kami ingin ingatkan bunga ini perlu dilap dan dibersihkan dengan kerap untuk memberikan look yang lebih cantik.

Hadiah pengantin perempuan/hadiah kahwin untuk kawan perempuan
NAELOFAR Najma Comfort Sejadah
Semak NAELOFAR Najma Comfort Sejadah harga dibawah:

Anda masih keliru dan tidak tahu hadiah apa yang sesuai untuk kawan perempuan anda yang baru berkahwin?

Jangan pening lagi, boleh masukkan sejadah Najma ini sebagai salah satu hadiah untuk mereka.

Rekaannya cantik pasti membuat kawan anda lebih bahagia di hari bahagianya.

Menariknya, sejadah ini juga sangat tebal dan lembut memberikan keselesaan ketika melakukan ibadah.

Anda juga boleh berikan hadiah ini kepada pasangan kawan anda supaya mereka ada set sejadah yang sama dan nampak lebih romantik apabila solat bersama!

Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g
Semak Authentic Dior Backstage Glow Face Palette 10g harga dibawah:

Teman wanita anda gemar bersolek dan suka mengumpul set alat makeup daripada pelbagai jenama?

Inilah masa anda jadikan Backstage Glow Face Palette ini sebagai hadiah untuk mereka! 

Set ini pasti menjadi idaman mereka kerana terdapat 4 pilihan warna yang dapat menaikkan seri muka dan mereka boleh menggayakan pelbagai look setiap hari.  

Walaupun harganya sedikit mahal, Authentic Dior Backstage Glow Face Palette ini berkonsepkan 3 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai eyeshadow, highlighter atau blusher.

Hadiah bayi baru lahir perempuan
Baby Nest Bed with Pillow Portable Crib
Semak Baby Nest Bed with Pillow Portable Crib harga dibawah:

Baby nest bed dengan corak yang ringkas dan comel ini boleh dijadikan sebagai hadiah buat bayi baru lahir.

Selain itu, baby nest bed ini ada tilam pelapik yang tebal untuk memberi keselesaan kepada bayi sepanjang penggunaan.

Menariknya, tilam ini juga boleh dibawa ke mana sahaja kerana material digunakan sangat ringan dan mudah dilipat.

Kami tahu bahawa kebersihan sangat penting apabila ada anak kecil, jadi ibu jangan risau kerana tilam ini juga boleh dibasuh menggunakan mesin basuh dengan mudah. 

Hadiah konvokesyen untuk perempuan
Natural Preserved Dried Flower Bouquet
Semak Natural Preserved Dried Flower Bouquet harga dibawah:

Bunga hidup akan layu dalam tempoh masa yang begitu singkat, jadi apa kata hadiahkan bunga yang telah dikeringkan sebagai hadiah konvokesyen kawan anda?

Bunga jenis ini bukan sahaja kekal lama, tapi nampak lebih cantik dan unik tau!

Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga bunga segar di pasaran, bunga ini juga boleh dibalut dan dihias untuk memenuhi citarasa kita.

Ada sesetengah orang juga gemar mengumpul bunga kering sebagai koleksi kerana mudah dijaga, nampak lain daripada yang lain serta tidak perlu siram air tau!

Hadiah untuk perempuan bersalin
MIZONA Adjustable Nursing Chair
Semak MIZONA Adjustable Nursing Chair harga dibawah:

Bila menerima perkhabaran kelahiran ahli baru dalam sebuah keluarga, pasti yang menjadi tumpuan adalah si bayi.

Namun tidak salah jika ingin membuat kelainan dengan menghadiahkan sesuatu kepada si ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan insan kecil itu. 

Kerusi ini sesuai untuk para ibu yang ingin menyusukan bayi kerana bentuk, ketebalan dan kualitinya mampu membuat si ibu berasa selesa untuk menyusu bayi. 

Anda boleh memilih daripada 4 jenis warna yang cantik cantik belaka sebelum membuat pembayaran.

Hadiah seperti ini pasti si buatkan ibu rasa dihargai dan gembira kerana penat dan sakitnya bersalin itu sangat berat. 

Hadiah untuk staff perempuan
Tefal
Tefal Steam Iron Express Easy Steam Generator Iron SV6116M0
Semak Tefal Express Easy Steam Generator Iron SV6116 harga dibawah:
add_circle Kapasiti tangki air besar (1.4L)
add_circle Meluncur dengan lancar di atas semua fabrik
add_circle Boleh hilangkan kedut degil
remove_circle Seterika sedikit berat

Anda mencari hadiah yang berguna untuk staff perempuan? Jom dapatkan model seterika wap Tefal ini sebagai pilihan terbaik!

Dengan steam generator terbaik dan tangki berkapasiti 1.4 liter, seterika ini memberikan prestasi yang luar biasa dan akan memudahkan aktivit menggosok baju setiap hari.

Kuasa 2200w dan tekanan pam 5.3 bar membantu menghilangkan kedutan pada pakaian dengan mudah dan pantas.

Selain itu, pengguna dapat laras suhu seterika yang sesuai mengikut jenis fabrik yang mahu digosok.

Anda tidak perlu risau tentang kerosakan fabrik kerana tapak seterika yang terbuat daripada seramik soleplate yang licin dan tahan lasak.

Dengan hembusan wap air yang boleh diubah mengikut keperluan, antara 120g hingga 270g, seterika ini dapat memberikan gosokan moderate hingga boost up. 

Hadiah sarung bantal untuk perempuan
Matte Satin Silk PillowCase
Semak Matte Satin Silk PillowCase harga dibawah:

Mempunyai sarung bantal yang betul dapat memastikan keselesaan ketika tidur.

Oleh itu, menghadiahkan sarung bantal dengan material matte satin silk ini akan memberikan keselesaan kepada kawan anda.

Bukan sahaja itu, sarung bantal ini juga bagus untuk kulit muka kerana dapat mengekalkan penghidratan kulit anda dan mampu membantu mengurangkan acne akibat kurang geseran.

Hadiah karaoke set untuk perempuan
Wireless Karaoke Speaker Set
Semak Wireless Karaoke Speaker Set harga dibawah:

Adakah anda dan kawan anda merupakan karaoke buddies? Adakah anda dan kawan anda berkaraoke sebagai cara untuk melepaskan stres?

Jika begitu, set karaoke wireless ini merupakan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada kawan anda!

Dengan karaoke set yang mempunya dua mikrofon, anda dan kawan anda bolehlah berkaraoke dengan selesa tanpa mengeluarkan duit!

Hadiah lilin wangi untuk perempuan
Pristine Aroma Scented Candle 4 Pack Bundle
Semak Pristine Aroma Scented Candle 4 Pack Bundle harga dibawah:

Selepas melalui hari yang panjang di tempat kerja, pasti anda ingin relaks untuk melepaskan tekanan.

Melalui aromaterapi, rakan anda bolehlah mengakhiri harinya dengan perasaan tenang dan stress free.

Oleh itu, menghadiahkan kawan anda empat pek lilin wangi ini merupakan sebuah hadia yang sangat bernas. 

Paling penting, ada beberapa pilihan wangian dan anda boleh pilih bau yang digemari oleh rakan anda.

Hadiah jam untuk perempuan
Casio
Casio Vintage Gold Women Watch
Semak Casio Vintage Gold Women Watch harga dibawah:

Memiliki sebuah jam tangan membuatkan orang beranggapan anda seorang yang mementingkan dan menepati masa. 

Selain itu, boleh membuat anda kelihatan kemas di mata ramai dan boleh lengkapkan penampilan anda. 

Jadi, menghadiahkan kawan perempuan anda sebuah jam merupakan sebuah hadiah yang pasti dihargainya!

Hadiah lipstik untuk perempuan
RARE BEAUTY Kind Words Matte Lipstick
Semak RARE BEAUTY Kind Words Matte Lipstick harga dibawah:

Seorang perempuan mesti ingin kelihatan cantik apabila keluar berjalan-jalan.

Jadi, apa kata hadiahkan kawan anda dengan sebuah gincu keluaran terkini daripada jenama terkemuka ini.

Jenama terkemuka selebriti antarabangsa, Selena Gomez amat popular dikalangan wanita kerana tekstur dan bahan yang digunakan dalam produk sangat berkualiti.

Salah satu produk yang sering menjadi buah mulut makeup junkie ialah lipstik ini jadi anda boleh terus dapatkannya untuk kawan perempuan atau adik anda.

Hadiah menstrual cramp untuk perempuan
ITACO Menstrual Cramp Warming Belt
Semak ITACO Menstrual Cramp Warming Belt harga dibawah:

Salah satu hadiah yang jelas akan membuatkannya terharu dengan pemberian anda adalah dengan menghadiahkannya menstrual heating pad.

Setiap bulan, perempuan didatangi dengan pelbagai rasa kesakitan disebabkan kitaran haid.

Dengan hadiah menstrual heating pad ini, sedikit sebanyak boleh melegakan kesakitan yang dihadapi oleh kawan anda.

Hadiah jubah mandi untuk perempuan
Bathrobe Pajamas
Semak Bathrobe Pajamas harga dibawah:

Hadiah tidak semestinya harus sesuatu yang grand atau fancy, jadi anda boleh juga hadiahkan rakan anda sesuatu yang selesa untuk dipakai.

Salah satu pilihan hadiah yang anda boleh berikan kepada rakan anda adalah sehelai jubah mandi.

Jika rakan anda seorang yang suka sesuatu yang memberinya keselesaan terutamanya pada waktu dimana dia boleh rewind dan relax, jubah mandi ini merupakan salah satu hadiah yang sesuai untuknya.

Hadiah untuk anak perempuan remaja
Aolon RUSH S3 Waterproof Body Temperature Smart Watch
Semak Aolon RUSH S3 harga dibawah:
add_circle 24 pilihan mod sukan
add_circle Pemantauan suhu badan
add_circle Terdapat ujian tekanan darah
add_circle Pemantauan kadar degupan jantung 24 jam
remove_circle Tidak menyokong panggilan Bluetooth dan NFC

Smartwatch merupakan salah satu hadiah yang sempurna untuk anak perempuan remaja anda yang suka bergaya dan ingin sentiasa dalam trend.

Jika anak anda baru mula melibatkan diri dalam gaya hidup sihat, jam ini juga menjadi pilihan yang sesuai untuk mereka kerana menawarkan pelbagai fungsi termasuk pemantauan oksigen, 24 mod sukan dan juga GPS.

Ciri GPS ini juga akan membolehkan anda memantau kedudukan anak anda sepanjang hari. Lebih selamat!

Lebih menarik, jam pintar ini mampu bertahan hingga 7 hari jadi tidak perlu risau jika terlupa untuk caj smartwatch ini.

Ciri menarik lain, smartwatch ini juga mempunyai skrin tahan air yang akan membolehkan anak anda memakainya di mana saja, sama ada untuk aktiviti santai atau lasak.

tudung fazura
Semak Tudung FAZURA Black Label "Leilani" Collection (10 Designs) harga dibawah:

Ingin membuat kawan perempuan anda gembira tanpa perlu berbelanja lebih?

Segera dapatkan tudung keluaran Fazura sebelum terlepas peluang untuk memiliki tudung mampu milik ini.

Rekaan pada tudung yang berona lembut dan menggunakan warna warna pastel pasti menyerlahkan keayuaan kawan anda.

Paling penting, tudung jenama Fazura menjanjikan kualiti yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Semak 365 Planner Stationery Notebook Kawaii A6 Cute Hard cover Weekly Monthly Daily Journals harga dibawah:

Telah menjadi lumrah seorang wanita untuk meluahkan perasaannya melalui penulisan tidak kira di atas kertas atau secara online.

Jika adik atau kawan perempuan anda suka menulis dan gemar meluahkan perasaannya, sebuah buku atau jurnal mungkin hadiah terbaik yang anda boleh berikan padanya. 

Apabila seseorang mendapat hadiah yang berkaitan dengan minatnya, pasti hadiah tersebut akan menjadi sesuatu yang amat berharga.

Mereka juga boleh tambah koleksi buku di biliknya serta menjadi lebih kreatif apabila dapat menulis dan luahkan apa yang tersimpan di fikirannya.

Hadiah untuk best friend/bestie/bff perempuan
makeup pallete maybeline
Semak Maybelline The Blushed Nudes Eyeshadow Palette harga dibawah:

Jika kawan anda seorang makeup junkie, anda boleh hadiahkan set solekan kepada mereka seperti Maybelline The Blushed Nudes Eyeshadow Palette ini!

Set eye pallete makeup ini mengandungi pembayang mata dengan 12 warna rona emas merah jambu, daripada rosqué rose kepada taupe yang menggoda. 

Set pembayang mata ini mampu memberikan kelainan kepada bestfriend anda kerana mampu membuatkan mereka main dengan warna untuk berkarya di atas wajah.

Pilihan warna yang banyak ini boleh digunakan untuk mereka membuat tema solekan lain mengikut acara atau aktiviti si pemakai. 

Body & Earth Bath Gift Set
Semak Body & Earth Bath Gift Set with Shower Gel, Body Lotion, Bubble Bath (8 Pcs) harga dibawah:

Hadiahkan set mandian ini untuk ibu atau isteri anda, pasti mereka akan menghargai dan sukakan pilihan hadiah ini!

Dari gel mandian yang wangi kepada losyen badan, ibu atau isteri anda boleh manjakan diri dengan pengalaman spa di rumah sendiri sahaja!

Paling menarik, set ini dibungkus dengan menarik dan eksklusif membolehkan anda hadiahkan kepada isteri anda begitu sahaja tanpa perlu bersusah payah membalut.

massage untuk wanita.jpg
Semak [BDAY] 1-Hr Weekday Back + Neck + Head Massage + Foot Massage for 1 Pax harga dibawah:

Kawan anda pasti penat setelah seharian bekerja, jadi hadiahkan refleksologi kaki atau urutan badan di spa mewah yang bertaraf lima bintang dari Ayu Borneo Family Wellness Centres ini.

Urutan ini dapat melancarkan peredaran darah dan melegakan sakit otot serta mengurangkan tekanan pada badan.

Ditambah pula dengan urutan di belakang, kepala dan leher pasti urat yang tegang menjadi lembut semula.

Sebelum mereka memulakan kerja atau pangkat baru di pejabat, hadiah ini pasti membuatkan badan mereka lebih fresh and ready!

Hadiah untuk kawan perempuan
Lilith & Eve
minyak_wangi_wanita
Semak Lilith and Eve Black Opium Eau de Perfume 30ml harga dibawah:

Mahu berikan perfume mahal tapi dalam bajet? Wangian ini terinspirasi daripada wangian berjenama dan mewah Yves Saint Laurent Black Opium.

Hadiahkan Black Opium Parfume dari Lilith & Eve ini kerana baunya seakan sama dan bau perfume ini boleh bertahan selama kira-kira 4-5 jam.

Wangian ini memberikan bau wangian mewah dan membuatkan si pemakai rasa lebih yakin, selesa sepanjang hari dan dapat lengkapkan penampilannya.

Jika kawan perempuan anda suka mengumpul wangian, segera dapatkanlah wangian ini untuk menambahkan koleksi perfume kawan perempuan anda.

Hadiah untuk kawan sakit
hadiah untuk kawan perempuan sakit
Semak Luna Fruit Basket harga dibawah:

Bakul buah ini adalah pilihan hadiah yang tepat untuk kawan kerja atau kawan perempuan yang sedang sakit, anda boleh terus kirimkan hadiah ini dengan ucapan cepat sembuh. 

Hadiah ini boleh mengembirakan hari orang tersayang yang sedang sakit dan supaya mereka tahu bahawa anda peduli dan sayangkan mereka.

Dengan sentuhan elegan, menarik dan penuh kasih sayang, bakul buah Luna boleh berikan penerima nutrisi dan khasiat yang bagus apabila menjamah buah-buahan yang diberikan. 

Disusun dengan teliti bersama anggur, kiwi, oren, dan lain-lain lagi, kotak yang bergaya ini memberikan si penerima rasa eksklusif dan disayangi.

Hadiah untuk perempuan ulang tahun
hadiah_untuk_birthday
Semak Stella Black harga dibawah:

Hadiahkan insan tersayang anda dengan sejambak bunga wangi ini, mungkin si dia akan terharu apabila melihatnya!

Hadiah istimewa untuk ulang tahun orang tersayang dari Stella Black ini sangat sesuai untuk mereka yang suka bunga yang cantik untuk menghiasi bilik mereka. 

Lumrah seorang wanita sukakan kecantikan, jadi anda boleh pikat hati si dia dengan sesuatu yang melambangkan kekuatan rasa hati yang positif dan juga boleh membangkitkan suasana romantis. 

Ada beberpa jenis pilihan bunga seperti avalanche rose, pink carnation, white eustoma dan purple caspia yang anda boleh pilih untuk menghiasi gubahan kontemporari bunga ini.

Paling penting, pasti akan membuat si penerima tersenyum dan mereka akan sentiasa mengingati ulang tahunnya dengan hadiah yang penuh makna ini.

Hadiah untuk perempuan bawah RM30
naelofar
handsock nealofar
Semak Naelofar nWear Aura Hand Socks (new colours) harga dibawah:

Diperbuat daripada fabrik kapas spandex yang paling lembut, handsock ini bukan sahaja kelihatan cantik tapi juga memberikan keselesaan serta rasa sejuk sepanjang hari.

Sarung tangan tangan ini ringan, lembut di kulit, tidak licin serta boleh cuci tangan atau mesin basuh dalam beg basuh pada kitaran lembut sahaja supaya tidak mudah rosak.

Paling penting, kegunaan handsock ini adalah untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan gaya wanita muslimah menjaga aurat mereka.

Hadiah tumblr untuk perempuan
ARIANI
ARIANI HOGWARTS Tumbler (VOL.2)
Semak ARIANI HOGWARTS Tumbler (VOL.2) harga dibawah:

Koleksi tumblr dari Harry Potter dan Ariani ini menampilkan rekaan yang diinspirasikan oleh Dunia Sihir Harry Potter.

Dengan bermotifkan tema dan logo Harry Potter yang rasmi, tumbler ini akan memberikan bayangan sentuhan magis pada setiap tegukan minuman.

Tumbler ini juga mempunyai penutup magnetik, double-wall stainless steel insulation yang mengekalkan suhu minuman panas atau sejuk untuk berjam-jam lamanya.

Anda boleh membawa tumbler ini ke pejabat, gimnasium, atau semasa bercuti untuk menikmati minuman kegemaran dengan mudah.

Sesuai untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi, hadiah perkahwinan, atau hadiah untuk meraikan pencapaian penting dalam hidup seseorang sambil lihat senyuman bahagia di wajahnya ketika menerima hadiah ini.

Hadiah tudung untuk perempuan
Naelofar
tudung naelofa
Semak naelofar Liberte N.9 Square harga dibawah:

Tudung jenama Naelofa ini adalah pilihan hadiah yang sempurna untuk wanita istimewa dalam hidup anda, dengan rekaan corak gelung dan simpulan yang menarik.

Diperbuat daripada bahan satin Adila yang eksklusif, tudung ini terlihat mewah tetapi tetap ringan, menyejukkan dan selesa di atas kepala.

Selain itu, tudung ini mudah dilabuhkan dan mempunyai kemasan kilauan semula jadi yang cantik.

Sangat sesuai untuk kegunaan harian dan memberikan anda penampilan yang bergaya dan anggun.

Hadiah untuk kanak-kanak perempuan bawah 6 tahun
slide playground untuk kanak-kanak
Semak Jollybee Children Playground Slide CP-16 Slide Home Playground harga dibawah:

Jollybee Children Playground Slide ini adalah hadiah yang bagus untuk bayi baru lahir sehingga si kecil berusia 6 tahun.

Ia mudah dipasang, boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan dan diperbuat daripada bahan mesra alam.

Turut dilengkapi dengan panel rekaan menarik dan warna yang cantik, serta lebih lebar untuk keselamatan anak-anak menaiki tangga.

Reka bentuk slide juga diperkuat dengan corak berombak membuatnya tahan lama, membolehkan bayi meluncur dengan bebas.

Hadiah farewell untuk perempuan
The Body Shop Stock
body shop
Semak Lather & Slather British Rose Gift Bag harga dibawah:

Bagi mereka yang mencari hadiah perpisahan, dapatkan beg hadiah ini untuk kawan perempuan anda.

Apa yang ada dalam beg hadiah ini? Beg ini mengandungi pelbagai produk yang akan merawat tubuh dari kepala hingga ke kaki.

Terdapat gel mandian dari aloe vera, krim tangan dari minyak kacang Brazil, dan mentega badan.

Menariknya, tab Body Butter ini juga dibuat sepenuhnya daripada plastik kitar semula. Mereka pasti akan wangi sepanjang hari!

Hadiah birthday untuk perempuan
Tracey
mini gift box
Semak Tracey Mini Box of Delight Gift Set harga dibawah:

Wanita mana yang tidak suka bag? Sling bag daripada Tracey ini sesuai dijadikan sebagai hadiah birthday.

Beg berwarna hitam atau putih ini kelihatan simple namun akan lengkapkan penampilan si pemakai jadi lebih elegan.

Beg ini juga sesuai dipakai ke majlis rasmi seperti majlis perkhawinan saudara mara atau menghadiri acara rasmi pejabat.

Tapi kalau nak bawa ke tempat kerja pun sesuai, itu adalah pilihan masing-masing!

Hadiah perempuan botol air
Semak FAMSY Mizu Bottle harga dibawah:

Hadiahkan kawan anda botol air yang boleh disesuaikan dengan nama mereka. Ia diperbuat daripada lapisan serbuk tahan calar yang kukuh dengan 5 warna yang berbeza sesuai dengan gaya kawan anda.

Selain itu, botol air ini selamat digunakan dengan bahan bebas BPA dan bersijil makanan peringkat FDA.

Bagi minuman panas atau sejuk, ia kekal seperti asal selama 12 jam. Pilihan saiz botol ialah 500 ml atau 700 ml.

Kawan baik anda boleh membawanya ke gym, berkelah, tempat kerja, atau kolej dengan mudah!

Hadiah bayi baru lahir
elmer gift box
Semak Elmer Living Hampers Baby harga dibawah:

Elmer Living Hampers Baby adalah hadiah istimewa untuk bayi baru lahir.

Terdapat beberapa pakej yang boleh dipilih iaitu pakej starter, classic, cozy, duo cozy dan cozy eksklusif.

Setiap pakej mengandungi barangan yang berguna untuk ibu dan bayi, seperti pakaian bayi, topi, dan lainnya.

Pilih sahaja mana-mana pakej yang anda suka dan sesuai dengan bajet anda!

Hadiah jam tangan untuk perempuan
hadiah jam tangan
Semak Jam Tangan Perempuan Original Waterproof harga dibawah:

Anda mencari sesuatu yang simple tetapi bermakna? Berikanlah hadiah jam tangan warna Rose Gold yang nampak mewah ini kepada kawan, adik-adik perempuan, atau orang yang tersayang.

Jam tangan ini menggunakan bahan berkualiti tinggi, manakala tali jam daripada keluli tahan karat yang sesuai untuk pergelangan tangan.

Dengan ketahanan air hingga 30 meter, anda boleh memakainya ketika mandi, bermain di pantai, memasak, dan sebagainya.

Ia direka khas untuk mereka yang memiliki pergelangan tangan yang lebih kecil. Dial berlian pada jam ini juga memberikan sentuhan mewah dan berseri!

Hadiah untuk perempuan dewasa
Skechers
kasut perempuan
Semak Skechers On-The-GO Dreamy City Chic Walking Shoes harga dibawah:

Kasut jenama Sketchers tidak perlu diperkenalkan lagi kerana terkenal dengan keselesaan yang akan dirasai oleh si pemakai.

Kasut tanpa tali ini mempunyai insole Goga Mat™, lapisan tengah berkusyen ULTRA GO® yang ringan dan bahagian atas mesh yang direka dengan baik.

Malah, ia juga mempunyai reka bentuk Stretch Fit® yang memberikan keselesaan seperti memakai stokin, tapak yang fleksibel untuk cengkaman yang baik dan boleh dibasuh mesin.

Paling penting, kasut ini mempunyai ciri ringan dan tahan lasak jadi sangat sesuai diberikan kepada kawan perempuan anda yang lasak dan berperwatakan feminin. 

 

Hadiah untuk perempuan muslimah
Siti Khadijah
telekung siti khadijah
Semak Siti Khadijah Telekung Signature Sari Mas Rona harga dibawah:

Salah satu hadiah popular dan istimewa yang sering menjadi pilihan hadiah kepada seorang wanita Muslim ialah telekung.

Telekung ini diperbuat dari kain ringan, tahan kedutan dan tahan lama serta dihiasi dengan perincian renda yang cantik.

Turut dilengkapi dengan penutup dagu lycra yang memberikan sokongan yang baik untuk pelbagai jenis bentuk muka.

Ukuran telekung ini mampu menutup aurat si pemakai dengan sempurna dan selesa dipakai semasa menjalankan ibadah bersolat.

Antara salah satu sebab hadiah telekung ini menjadi pilihan ramai kerana anda juga memperoleh pahala apabila mereka gunakannya. Sangat beruntung!


Apakah Idea Hadiah Terbaik Untuk Perempuan?

Pemberian hadiah merupakan tanda penghargaan ikhlas dari seseorang kepada individu yang lain. 

Malah, bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, bahkan mampu menceriakan hari dan hati seseorang. 

Tapi, penghargaan yang sebenarnya adalah pemberian yang tulus ikhlas dari hati dan bukan diukur dengan saiz, jenama dan harga sesuatu hadiah. 

Cuma, tidak salah jika berbelanja lebih sedikit untuk melihat senyuman di wajah orang yang anda sayangi.

Dalam pemilihan hadiah untuk perempuan, sebaiknya perlu mempunyai tanda simbolik yang dapat mengaitkan kehidupan mereka dengan hadiah tersebut.

Tapi anda boleh menonton video bawah ni untuk melihat senarai hadiah wanita terbaik.


Artikel Berkaitan

End of Article