Kecantikan

10 Conditioner WAJIB Pakai Selepas Syampu untuk Rambut Sihat Menawan

Tahukah anda bahawa conditioner penting untuk kesihatan rambut? Ini senarai perapi rambut terbaik tidak kira untuk rambut kering, mengembang atau keriting.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Conditioner WAJIB Pakai Selepas Syampu untuk Rambut Sihat Menawan

Tidak ramai di antara kita yang “rajin” untuk menjaga rambut seperti menggunakan conditioner. Proses untuk syampu rambut dan mandi saja sudah memakan masa terutama bagi wanita yang memakai tudung. 

Kandungan

Apakah fungsi conditioner?

Conditioner adalah produk yang dapat melembapkan folikel rambut dengan segera. Rambut anda akan terasa lebih halus dan tidak kusut. Perapi rambut ini baik untuk wanita yang berambut panjang dan sesuai untuk wanita bertudung. 

Tak tahu conditioner yang sesuai untuk rambut anda? Pertama sekali, kenali dulu jenis-jenis rambut anda. List dibawah ini pasti dapat membantu anda. 

Conditioner murah dan wangi untuk wanita bertudung 1 daripada 10
Safi Shayla Soft & Smooth Hair Conditioner 160g
Partnership with Safi Shayla
Dari RM9.27
Lihat harga di Guardian Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Direka khas bagi mereka yang bertudung, conditioner ini mengandungi mikro arang buluh, minyak habbatus sauda organik dan mutivitamin kompleks yang membantu menyihatkan rambut dan melindungi rambut daripada bahan kimia dan pencemaran. Baunya yang harum terbukti secara klinikal dapat bertahan selama 48 jam.

Conditioner rambut yang murah, terbaik untuk rambut gugur
Conditioner rambut murah, terbaik untuk rambut gugur 2 daripada 10
PANTENE Pro-V 3 Minute Miracle Conditioner Hair Fall Control 180ml
Partnership with Pantene Pro-V
Dari RM23.83
Lihat harga di Shopee Malaysia

Direka khusus untuk menjaga kesihatan rambut anda sehingga ke akar umbi. Diformulasikan dengan Nutrilock, perapi ini melindungi rambut dari gugur dengan memperkuatkan setiap helai rambut anda daripada rosak dan kekal kuat dan sihat walaupun dicuci setiap hari.

Ia juga dapat menyuburkan rambut dan mengurangkan peratus rambut keguguran. Jalani rutin harian anda dengan penuh yakin!

Conditioner sesuai untuk rambut kering dan bercabang seperti singa 3 daripada 10
L’Oreal Total Repair Conditioner 325ml
Partnership with L'oreal Paris
Dari RM11.70
Lihat harga di Shopee Malaysia

L’Oreal Total Repair 5 Conditioner ini melawan 5 tanda kerosakan yang nyata pada rambut seperti rambut rapuh, kering, kusam, cepat patah dan bercabang. Dilengkapi dengan dwi-tindakan untuk memperbaiki serta melindungi helaian rambut dari dalam dan luar. 

Bahan aktif yang terkandung dalam perapi ini memiliki tekstur yang ringan dan conditioner ini akan menyerap pada rambut anda dengan lebih mudah. Kandungan Micro-Ceramide dapat memperbaiki kerosakan rambut sehingga rambut kembali kuat, lembap dan bersinar.

Conditioner terbaik untuk rambut frizzy 4 daripada 10
Himalaya Protein Conditioner Repair & Regeneration
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM25.12
Lihat harga di Watsons Malaysia

Perapi ini dapat membaikpulih dan melindungi rambut anda dari rosak yang lebih teruk dengan memastikan ianya sentiasa sihat dan lembut. Bahan utama yang terkandung di dalam perapi ini ialah Aloe vera, Yarrow, Chickpea dan Bean Sprout mampu bertindak sebagai pelembap rambut semula jadi yang berkesan. 

Conditioner yang sesuai untuk rambut lurus dan halus tetapi mengembang
Conditioner yang sesuai untuk rambut lurus dan halus tetapi mengembang 5 daripada 10
SUNSILK Conditioner Perfect Straight 320ml
Partnership with Sunsilk
Dari RM10.83
Lihat harga di Shopee Malaysia

Anda mempunyai jenis rambut yang lurus dan halus tetapi sukar diuruskan? Hal itu terjadi akibat rambut anda terlalu kering dan cepat mengembang. Gunalah rangkaian conditioner dari Sunsilk ini, sesuai untuk anda yang berambut lurus dan halus. 

Sunsilk mencipta satu formula baru bersama Yuko Yamashita, pakar perawatan rambut dari Tokyo. Diformulasikan dengan Straight Lock Technology, untuk mempertahankan rambut lurus agar tetap rapi dan halus bak sutera.

Conditioner terbaik untuk rambut berwarna 6 daripada 10
Botanicals by L’Oreal Paris Geranium Radiance Remedy Conditioning Balm 200ml
Partnership with L'oreal Paris
Dari RM31.30
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Dengan intipati utama kelopak geranium, bunga melati, lavender dan mawar, ianya boleh menghidrat dan menghidupkan semula warna rambut dan menaikkan seri rambut yang kusam.  

Botanicals Geranium Radiance Remedy Conditioner membantu melegakan kulit kepala anda supaya terhidrasi dan bersinar secara sihat. Dengan aroma yang menyegarkan, perapi ini adalah pilihan yang terbaik untuk rambut anda yang berwarna dan kusam.

Leave in conditioner terbaik untuk rambut kerinting 7 daripada 10
OUAI Leave In Conditioner
Partnership with OUAI
Dari RM55
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bahan yang terkandung di dalam semburan ini seperti ekstrak bunga mawar, bergamot dan cendana dapat meluruskan rambut yang cepat kusut (frizzy). Ianya juga dapat melindungi rambut daripada kesan haba dan melicinkan rambut yang kerinting sehingga rambut anda terasa lembut, berkilau. Jom cuba!

Conditioner haruman yang wangi, terbaik untuk rambut rebonding 8 daripada 10
DOVE Nutritive Solutions Conditioner 330ml
Partnership with Dove
Dari RM11.96
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bagi wanita yang melakukan teknik rebonding, rambut akan cepat rosak dan kering akibat penggunaan bahan kimia tertentu semasa melakukannya. 

Perapi yang dirumuskan dengan Nutri-Keratin Repair Actives ini mampu membaiki tanda-tanda kerosakan awal pada permukaan rambut. Menyuburkan rambut secara progresif, ia mampu untuk menjadikan rambut lebih kuat dan sihat selepas mencuci dengan syampu. Tidak dinafikan baunya juga sangat menyenangkan.

Conditioner yang sesuai untuk rambut berminyak 9 daripada 10
DOVE Nutritive Solutions Volume Nourishment Conditioner 330ml
Partnership with Dove
Dari RM12.72
Lihat harga di Shopee Malaysia

Conditioner ini mengandungi bahan semulajadi yang dilengkapi dengan Oxyfusion Technology. Ia mampu mengatasi rambut berminyak dan menjadikan rambut tampak lebih lembut, halus dan mudah diatur. Conditioner ini juga boleh menambah volume rambut anda sehingga 95%.  

Jadi anda yang mempunyai rambut berminyak, usah lagi risau. Gunakan saja conditioner ini!

Conditioner rambut sesuai untuk lelaki
Conditioner rambut sesuai untuk lelaki 10 daripada 10
VERB Hydrating Conditioner
Partnership with VERB
Dari RM35
Lihat harga di Sephora Malaysia

Perapi dari VERB ini dapat memberikan penghidratan yang baik serta membaiki kerosakan yang ada pada rambut anda serta mengembalikan kelembutannya. Protein Quinoa secara semulajadi yang ada dalam perapi ini akan membuatkan rambut anda bersinar dan melembap sepanjang hari. 

Manakala protein keratin sayurannya memelihara setiap helai rambut anda sehingga menjadi kuat dan tahan lentur. Pelembap pro-vitamin B5 dan asid amino yang terkandung akan mengurangkan rambut kering serta menghidrasi rambut anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation