Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Newbie Makeup Bolehlah Pertimbangkan 7 Liquid Foundation Ini

Liquid foundation sememangnya mudah untuk digunakan kerana ia datang dalam bentuk cairan berbanding dengan foundation dalam bentuk kompek. Pemakaiannya juga mudah kerana anda tidak perlu risau untuk menggunakan span hanya menggunakan jari sahaja ia mudah untuk diratakan. Pastikan anda memilih foundation yang sesuai dengan warna kulit anda dan pilihlah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Berikut kami berikan beberapa liquid foundation yang boleh anda dapatkan.

Liquid foundation matte yang terbaik untuk kulit berminyak
Liquid foundation matte yang terbaik untuk kulit berminyak
Semak Maybelline Dream Velvet Foundation 30ml harga dibawah:

Foundation yang mempunyai tekstur jenis lembut matte dan mudah untuk digunakan. Walaupun dipakai seharian, tetapi ia mampu mengekalkan solekan anda dan memberi penghidratan pada kulit sehingga 12 jam. Yang lebih menarik tentang foundation ini ialah ia memberi sensasi sejuk kepada si pemakai.

Semestinya yang terbaik dan tidak menyebabkan kulit anda terasa kering atau kasar apabila memakainya. Ia datang dengan 8 pilihan tona warna untuk pemilihan anda.

Liquid foundation yang memberi full coverage terbaik
L'Oreal Paris
Semak L'Oreal Make Up Designer Infallible 24H Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Rasa ringan pada kulit
add_circle Kulit masih boleh bernafas
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
remove_circle Harga mahal

Ia mempunyai 7 tona warna untuk keserasian anda. Dengan foundation ini, anda dapat menyempurnakan solekan anda kerana ia mampu menutupi segala jenis cela pada wajah. Walaupun dipakai sepanjang hari, foundation ini kekal memberikan penampilan yang segar walaupun sudah seharian. Foundation yang harus dimiliki untuk menjadikan penampilan solekan anda nampak lebih cantik.

Terbaik untuk kulit sensitif
The Body Shop
Foundation organic terbaik untuk kulit berjerawat
Semak The Body Shop Fresh Nude Foundation (30ml) harga dibawah:

Rasai keunikan foundation ini sendiri kerana ia sememagnya foundation organik yang terbaik. Ia diperkaya dengan air mawar dan lidah buaya untuk kekalkan penghidratan dan menjadikan kulit berasa segar dan selesa sepanjang hari. Selain itu, ia juga mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit anda dari cahaya matahari.

Datang dengan 16 pilihan tona warna untuk kesesuaian kulit anda. Foundation yang sesuai untuk kulit yang sensitif dan telah diuji secara dermatologi.

Liquid foundation untuk kulit berjerawat
Liquid foundation untuk kulit berjerawat
Semak Za True White EX Liquid Foundation harga dibawah:

Foundation ini mampu mencerahkan kulit wajah anda dan juga turut membantu dalam merawat masalah kulit. Ia memberi perlindungan untuk kulit berjerawat dan memudarkan parut jika pemakaian secara berterusan. Foundation yang memberi kelembapan sehingga 12 jam dan mampu menutupi kesan cela yang terdapat di wajah anda. Lihat dan rasai perubahannya sendiri dengan pemakaian yang berterusan.

Liquid foundation murah dan waterproof
Foundation waterproof terbaik
Semak Elianto Stay Comfort Liquid Foundation 30ml harga dibawah:

Foundation dari jenama ini mengandungi Vitamin c dan Vitamin e yang kaya dengan antioksidan untuk membantu wajah kekal muda remaja. Ia mempunyai tekstur ringan dan berasaskan gel yang menyempurnakan wajah walau dengan hanya memakai foundation. Ia juga dirumuskan dengan SPF 20 untuk memberi perlindungan pada wajah anda walaupun sering terdedah di bawah matahari.

Dengan formulasi kalis air, ia kekal di wajah anda walaupun dalam keadaan berpeluh. Foundation dengan harga yang mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki. 

Terbaik untuk kulit kering
MAC STUDIO
Terbaik untuk kulit kering
Semak MAC STUDIO FIX FLUID SPF 15 FOUNDATION - NC20 harga dibawah:

Foundation ini mempunyai kekemasan matte dan menjadikan solekan anda bebas dari kesan cela. Sangat sesuai untuk digunakan pada solekan sehingga 24 jam kerana foundation ini tahan lebih lama. Satu-satunya foundation yang menyediakan kawalan minyak untuk keselesaan anda sepanjang hari.

Bagi yang berkulit kering, anda tidak perlu bimbang kerana ia memberi kelembapan berpanjangan dan juga perlindungan SPF 15. Foundation dari jenama terkenal ini semestinya telah diuji oleh ahli dermatologi dan juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Non comedogenic liquid foundation yang terbaik
Non comedogenic liquid foundation yang terbaik
Semak Clinique Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ harga dibawah:

Dapatkan foundation dari jenama ini yang memberikan solekan agar nampak semulajadi dan tahan sepanjang hari. Ia foundation yang memberikan kelembapan pada wajah dan melicinkan kulit. Malah ia juga memastikan kulit dapat kekal bernafas dan selesa kerana foundation ini tidak menyumbat liang pori anda.

Selain itu, warnanya juga tidak mudah pudar walaupun ketika anda berpeluh dan pastinya terbaik kerana melindungi kulit anda dari sinaran matahari.

Artikel Berkaitan

End of Article