Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kurangkan Masalah Breakout & Parut Dengan 10 Skrub Anti Jerawat Ini

Terbaik untuk kulit berjerawat, blackhead, dan berminyak

Apabila bercakap tentang produk skrub pasti yang ada masalah jerawat tidak mahu menggunakannya kerana takut skrub akan membuatkan kulit berjerawat menjadi lebih teruk. 

Namun, jika digunakan dengan betul, skrub muka untuk jerawat sebenarnya boleh menyelamatkan kulit anda dan menghalang daripada jerawat datang kembali. Skrub berkesan untuk menghapus sel-sel kulit mati dan membersih kotoran pada liang pori yang tersumbat.

Bolehkah skrub menghilangkan jerawat?

Skrub boleh menghilangkan jerawat dengan cara dan langkah penjagaan kulit yang betul disertakan pula produk tepat untuk kulit wajah anda. Jika skrub yang digunakan tidak mengandungi bahan acne treatment, skrub itu tidak akan merawat dan menghilangkan jerawat sama sekali, malah mungkin akan membuatkan jerawat lebih teruk. 

Jadi, skrub untuk digunakan haruslah mengandungi bahan acne treatment yang betul seperti Salicylic Acid atau Tea Tree Oil agar dapat merawat jerawat supaya kulit bebas dari sel mati dan dalam masa yang sama mengecutkan jerawat. Jom lihat senarai skrub yang bersesuaian utnuk kulit anda agar dapat mengawal masalah ‘breakout’.

10 Skrub Anti-Jerawat Terbaik di Malaysia

Terbaik untuk kulit wajah jerawat cenderung berminyak
Safi
mulai
RM7.47
Semak Safi Balqis Oxywhite Oils & Acne Control Cleanser harga dibawah:

Produk daripada Safi ini sesuai untuk yang berjerawat dengan masalah kulit berminyak. Rumusan kawalan minyaknya, Safi mampu membersih, melicinkan permukaan kulit, menghalang pengeluaran minyak berlebihan sekaligus mengawal pembentukan jerawat.

Produk ini juga menjanjikan kulit cerah berseri dan bebas dari parut jerawat dengan teknologi nano-oxygen dan nano-brightening. Tampil yakin dengan kulit tanpa cela!

Skrub untuk jerawat terbaik dari drugstore
Garnier
mulai
RM10.80
Semak Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml) harga dibawah:
add_circle Menyelesaikan pori tersumbat.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
add_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
remove_circle Bukan untuk mencerahkan kulit.

Skrub daripada Garnier ini amat bagus sekali kerana ianya mengandungi bahan merawat jerawat iaitu asid Salicylic. Skrub ini juga menggunakan microbeads yang kecil dan lembut supaya kulit berjerawat anda tidak akan mengalami mikro-koyakan yang boleh terjadi jika menggunakan skrub yang terlampau kasar. Skrub ini juga bagus untuk mengawal minyak dan mencerahkan bekas jerawat. 

Skrub muka kawalan jerawat untuk lelaki
Men's Biore
mulai
RM15.40
Semak Men's Biore Double Scrub Acne Solution harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk Normal, Kombinasi, Kering & Berminyak
add_circle Hapuskan jerawat & bintik hitam
add_circle Halang penghasilan minyak & sebum berlebihan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Mengandungi alkohol

Para lelaki juga mestilah kena jaga kulit kan. Lagi-lagi yang ada masalah jerawat. Produk ini membatu mengawal jerawat dan miyak dengan menggunakan kaedah membunuh bakteria penyebab jerawat dengan bahan anti-bakteria.

Produk ini bukan sahaja membantu mengawal minyak dan membunuh kuman penyebab jerawat, ia juga membantu membersih secara mendalam supaya jerawat tidak datang kembali!

Skrub muka jerawat untuk remaja – tidak iritasi pada kulit
Nurish Organiq
mulai
RM14.96
Semak Nurish Organiq Teen Blackhead Scrub harga dibawah:

Pembersih skrub daripada Nurish Organic ini diperkaya dengan bahan aktif yang menentang jerawat seperti Salicylic Acid dan juga minyak Tea Tree. Ianya menjanjikan kulit bebas jerawat dan bebas iritasi selepas sesi pembersihan. Skrub ini juga membantu menghilangkan masalah blackhead yang degil dengan menyedut blackhead keluar menggunakan microbead scrub yang lembut dan tidak kasar.

Skrub muka terbaik untuk kulit kusam yang berjerawat
Nano White
Scrub terbaik untuk kulit kusam
mulai
RM17.52
Semak Nano White Fresh Anti Dullness Scrub 80g harga dibawah:

NanoWhite ini sesuai untuk yang mengalami masalah kulit kusam kerana kulit terlebih minyak dan juga disebabkan oleh radikal bebas yang kerap menempel di kawasan muka. Skrub ini diperkaya dengan bahan anti jerawat dan pencerah seperti Tea Tree Oil , Vitamin C dan Alga Laut yang membantu mengecutkan jerawat, meredakan kemerahan dan iritasi.

Ianya juga dapat mengurangkan masalah kekusaman dan menyedut segala punca pori tersumbat. Kulit wajah anda akan terasa bersih dan berseri.

Skrub muka terbaik untuk jerawat dan blackhead
Neutrogena
mulai
RM17.06
Semak Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub harga dibawah:
add_circle Menghilangkan blackhead.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu.

Skrub Neutrogena ini sesuai untuk menyedut blackhead dan juga membantu mencerahkan muka serta membantu masalah tekstur kulit. Bukan itu sahaja, skrub ini juga mengandungi bahan merawat jerawat iaitu 2% Salicylic Acid dan microbeads yang lembut untuk membantu menanggalkan minyak serta mengecutkan jerawat tanpa mengeringkan muka.

Skrub muka dengan biji Apricot dan bebas paraben
ST. IVES
mulai
RM15.49
Semak ST. IVES Acne Control Apricot Scrub harga dibawah:

Nah, produk ini juga pernah memenangi anugerah sebagai produk skrub anti jerawat yang terbaik. Diperkaya dengan Salicylic Acid sebagai bahan aktif yang merawat jerawat, skrub bebas paraben ini sesuai digunakan untuk kulit sensitif juga. 

Bersifat hypoallergenic, bebas phthalates, minyak dan juga non-comedogenic, skrub ini tidak akan menyebabkan masalah pori tersumbat!

Skrub muka berkesan melindungi bekas jerawat
Eucerin
Scrub untuk kulit berminyak dan flek hitam
mulai
RM39.99
Semak Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml harga dibawah:
add_circle Dirumuskan untuk melawan bakteria punca jerawat
add_circle Lactid acid bagi membantu mengecilka liang pori
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Harga yang akan mahal

Eucerin Proacne Scrub menggunakan bahan aktif Lactic Acid untuk merawat jerawat. Lactic Acid akan membantu menghakis permukaan jerawat dan mengecutkan jerawat dengan cepat. 

Microbeads pula bertindak sebagai pembersih yang membantu menyedut blackhead, mengawal minyak dan meratakan tekstur kulit yang berliku akibat parut jerawat dalam.

Skrub muka jerawat dengan kandungan minyak Tea Tree
The Body Shop
mulai
RM63.00
Semak The Body Shop Tea Tree Squeaky-Clean Scrub harga dibawah:

Rangkaian produk ini pernah memenangi anugerah sebagai produk anti-jerawat yang terbaik! Diperkaya dengan kebaikan minyak Tea Tree dan manik exfoliator bersifat biodegradable, ianya akan membantu mengecutkan dan meredakan kemerahan jerawat, iritasi dan blackhead.

Skrub ini juga membantu kulit kelihatan lebih cerah dan berseri serta memastikan pori bebas daripada masalah tersumbat.

Skrub muka jerawat mencerahkan jeragat – halang pembentukan melanin
Alpha-H
mulai
RM144.00
Semak Alpha-H Micro Cleanse Super Scrub (100ml) harga dibawah:

Produk 2-dalam-1 ini mengandungi 12% Gycolic Acid sebagai bahan aktif untuk mengecutkan jerawat sambil menghakis sel kulit mati dan membersih kulit dengan mendalam. Produk ini menggunakan formula physical exfoliator (Jojoba Beads) dan juga chemical exfoliator (Glycolic Acid) untuk memberi pembersihan berganda.

Kafein yang terkandung dalam skrub ini pula digunakan bagi tujuan menyalurkan kebaikan antioksidan supaya kulit tidak rosak jika terlebih skrub.

Artikel Berkaitan

End of Article