Kecantikan

16 Shampoo Terbaik untuk Melebatkan Rambut di Malaysia 2026

Lebatkan rambut dengan guna produk melebatkan rambut. Jadi jom lihat senarai jenama shampoo untuk melebatkan rambut supaya rambut kelihatan cantik.


Editor · Updated 12 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

16 Shampoo Terbaik untuk Melebatkan Rambut di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: pilihan teratas dalam senarai ini ialah Johnson's Baby Shampoo Gold (RM30.71 untuk 800ml di Shopee Malaysia, 4.9 bintang, kandungan lembut sesuai untuk kulit kepala sensitif, disemak 12 Ogos 2026). Kalau nak tonik tambahan untuk kulit kepala yang aktif gugur rambut, Alpecin Caffeine Liquid Hair Tonic (RM56.90 untuk 200ml) turut popular digunakan bersama syampu harian.

Masalah keguguran rambut sering dihadapi oleh ramai orang tak kira lelaki atau perempuan.

Kandungan

Malah boleh menjadi mimpi ngeri jika masalah ini timbul dalam kalangan remaja.

Mana tidaknya, belum sampai usia 30-an, rambut dah nipis! 

Ini kerana berpunca dari beberapa punca antaranya kulit kepala kering, hormon, salah penggunaan syampu, tekanan, kekurangan protein dan banyak lagi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pastikan guna shampoo lebatkan rambut, tukar gaya hidup dan jaga pemakanan seharian.

Anda masih keliru dan tak tahu nak pilih produk melebatkan rambut yang mana?

Jangan risau, jom lihat jenama shampoo untuk melebatkan rambut terbaik di pasaran.


Senarai 16 Produk Shampoo Lebatkan Rambut

Schwarzkopf Seborin Caffeine Energy Shampoo
Shampoo melebatkan rambut terbaik secara keseluruhan 1 daripada 16
Schwarzkopf Seborin Caffeine Energy Shampoo
Schwarzkopf
Dari RM35.15
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tiada silikon
Mengandungi vitamin B5
Harga mahal
1 lagi
Sesuai untuk kegunaan harian

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Produk melebatkan rambut dengan kafein ini diformulasikan khas untuk anda yang mengalami masalah rambut nipis dan lemah hingga menyebabkan rambut gugur. 

Ciri-ciri:

Syampu Seborin Caffeine boleh menggalakkan pertumbuhan dan menguatkan rambut dengan cara mengaktifkan akar rambut. 

Malah, boleh menguatkan akar rambut juga.

Hasilnya, mahkota anda akan kelihatan lebih penuh dan lebat. 

Dengan isipadu syampunya yang sebanyak 250ml, jadi produk ini boleh digunakan 2-3 bulan. 

Review:

"Bau wangi, cuma rambut jadi kering sikit, jadi kena rajin pakai conditioner. Kulit kepala pun rasa bersih betul lepas guna."

HIMALAYA Protein Shampoo - Repair & Regeneration
Shampoo yang sesuai untuk rambut rosak 2 daripada 16
HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration
Himalaya Herbals
Dari RM29.70
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mempunyai minyak argan
Terdapat kacang kuda
Keberkesanan bergantung pada jenis rambut
3 lagi
Kaya dengan protein
Melindungi rambut daripada rosak
Sesuai untuk masalah rambut kering

Rambut anda rosak akibat terlalu sering blow-dry atau buat rawatan dengan bahan kimia di salon? 

Usah risau, gunalah syampu Himalaya yang diformulasikan dengan herba ini. 

Boleh membaiki dan menguatkan rambut yang rosak kerana mengandungi bahan Amla serta Beach-almond yang boleh menambahkan volume rambut. 

Selain itu dapat bertindak seperti tonik rambut semula jadi dan kandungan licorice dalam syampu ini pula menggalakkan pertumbuhan rambut agar lebih lebat. 

Sesuai juga digunakan pada rambut yang kerinting kerana bebas paraben.

Herbal Essences Bio Renew Repair Argan Oil of Morocco Shampoo
Shampoo terbaik untuk rambut rebonding 3 daripada 16
Herbal Essences Bio Renew Repair Argan Oil of Morocco Shampoo
Herbal Essences
Dari RM19.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada minyak Argan
Tiada paraben
Mengandungi alkohol
1 lagi
Bebas pewarna

Rambut rosak akibat stres atau rebonding? Jangan pening, gunakan syampu Herbal Essences ini.

Kandungannya kaya dengan asid lemak yang boleh membaiki semula kelembutan rambut anda. 

Bau campuran vanilla dan citrus yang wangi akan memberikan anda pengalaman mandi yang bukan sahaja boleh membersihkan kulit kepala, malah menenangkan fikiran. 

Turut mengandungi antioksidan aktif, aloe dan sea kelp (sejenis rumpai laut) untuk memberikan anda rambut yang sihat dan kulit kepala yang bersih. 

Shampoo Santan MYHOMELAB
Shampoo terbaik untuk wanita bertudung 4 daripada 16
Shampoo Santan MYHOMELAB
Dari RM35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghilangkan keguguran rambut
Elak rambut beruban
Harga agak mahal
3 lagi
Tiada silikon
Ada vitamin E
Bebas paraben & SLS

Untuk wanita yang berhijab tapi mengalami masalah kelemumur dan nak lebatkan rambut.

Pilihan syampoo ini memang terbaik kerana diperkaya dengan santan dan minyak kelapa. 

Dalam masa yang sama boleh kurangkan gatal kepala dan juga merangsang pertumbuhan rambut baru kerana mengandungi pati Rosemary dan vitamin B5. 

Sesuai juga digunakan pada rambut bayi yang susah nak tumbuh kerana boleh dipakai oleh semua peringkat umur. 

Syampu pula berbau oren menyegarkan yang akan nyamankan mahkota wanita terutamanya yang bertudung.

Avalon Organics Scalp Normalizing Shampoo
Syampu organik melebatkan rambut 5 daripada 16
Avalon Organics Biotin B-Complex Thickening Shampoo
Avalon Organics
Dari RM72
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menguatkan helaian rambut
Tiada paraben & bahan pewangi
Digalakkan untuk guna bersama perapi jenama sama
2 lagi
Tidak diuji ke atas haiwan
Rambut lebih tebal

Shampoo lebatkan rambut jenama Avalon Organics ini sesuai digunakan mereka yang mengamalkan gaya hidup vegan.

Ini kerana shampoo ini diformulasikan dari bahan berasaskan tumbuhan seperti minyak pati. 

Kandungannya mengandungi biotin dan B Complex yang yang boleh membersihkan kepala serta merangsang kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Boleh digunakan dengan kerap sebab tidak mengandungi sebarang sulfates atau phthalates. 

Folikel dan akar rambut juga bakal lebih bersih dan segar.

Shampoo terbaik di watsons/drugstore 6 daripada 16
BAWANG Hair Straightening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo
Dari RM28.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menguatkan rambut & akar
Elakkan kelemumur & rambut gugur
2 lagi
Menghitamkan rambut
Rambut lebih berkilau

Produk ini diperbuat daripada formula herba Cina seperti bunga Eclipta dan akar Salvia Miltiorrhiza yang bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Yang penting, bahan yang digunakan halal dan boleh digunakan oleh golongan Muslim.

Selain itu, turut mengandungi Ligustrum Lucidum dan Cynomorium Songaricum yang boleh menyeimbangkan kulit kepala dan menyihatkan rambut. 

Rambut juga akan jadi kurang gugur. Ramai pengguna kata syampu Bawang ini boleh lebatkan semula rambut mereka. 

Himalaya Gentle Baby Shampoo
Syampu bayi untuk melebatkan rambut 7 daripada 16
Himalaya Gentle Baby Shampoo
Himalaya
Dari RM10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti-kelemumur
Tidak memedihkan mata bayi
2 lagi
Bebas paraben & pewarna sintetik
Melembutkan & melembabkan rambut

Bahan utama dalam formula syampu bayi ini ialah bunga raya (Hibiscus) yang berkhasiat untuk pertumbuhan rambut. 

Diperkaya dengan kacang kuda dan beras yang berkesan untuk menyuburkan dan menyihatkan rambut si comel. 

Turut mengandungi rumput Khus yang terkenal dengan sifat antibakteria dan antikulat untuk membantu membersihkan kulit kepala.  

Dalam masa yang sama dapat menyejukkan kulit kepala bayi.

AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo
Shampoo untuk rambut gugur dan melebatkan rambut 8 daripada 16
AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo
Dari RM51.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bahan utama ginseng & mulberry leaf extracts
Arginine melembapkan rambut & kulit
Mempunyai SLS

Ginseng sememangnya terkenal bagi memperkuatkan akar rambut dan gabungan mulberry leaf extract pula untuk melebatkan rambut anda. Membantu kulit kepala untuk menyerap bahan ini dengan baik.

Rambut tidak lagi rosak, bercabang dan gugur. Tambahan pula rambut gugur yang akan digantikan dengan rambut baru yang lebih sihat.

Bahan yang digunakan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Rambut nampak lebih sihat secara semula jadi!

Selain itu bahan seperti arginine membantu melembabkan kulit kepala serta rambut. Rambut yang sihat adalah rambut yang lembab tau! 

Alpecin Caffeine Shampoo C1
Shampoo lelaki untuk melebatkan rambut 9 daripada 16
Produk Rambut Alpecin Caffeine
Alpecin
Dari RM45.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membantu menguatkan akar rambut
Kandungan 200ml
Harga mahal
2 lagi
Bebas paraben & silikon
Sesuai untuk yang hadapi masalah gugur

Bagi lelaki yang pening kepala cari produk yang sesuai untuk lebatkan rambut.

Apa kata dapatkan segera syampu Alpecin yang bagus untuk membantu mengurangkan keguguran rambut. 

Bukan itu sahaja, berkesan untuk mengekalkan pertumbuhan rambut dan akar rambut juga akan dikuatkan ketika sedang dicuci. 

Ini kerana produk ini mengandungi Caffeine Complex. Cuma ketika mandi, biarkan syampu seketika selama 2 minit sebelum bilas rambut. 

Boleh digunakan setiap hari.

The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo
Syampu yang tidak mengandungi SLS 10 daripada 16
The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo
Dari RM99.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghalang kelemumur
Melegakan kegatalan kulit kepala
Harga mahal
3 lagi
Tiada sulphates (SLS/SLES)
Bau menyegarkan
Tidak sesuai untuk wanita hamil

Shampoo anti rambut gugur The Olive ini mengandungi pudina dan Rosemary yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Ini kerana mampu merangsang aliran darah ke kulit kepala dan sesuai digunakan pada kulit kepala yang tidak berminyak, gatal dan mengelupas. 

Jangan risau, diperbuat 100% daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan kimia seperti silikon, pewangi sintetik & paraben. 

Yang penting, boleh menguatkan folikel rambut dan tambah volume pada rambut halus.

Grafen Root Booster Shampoo
Shampoo yang wangi tahan lama 11 daripada 16
Grafen Root Booster Shampoo
Dari RM69
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat 22 asid amino
Tiada paraben & silikon
Harga mahal
2 lagi
Mengurangkan rambut gugur
Sesuai untuk kulit kepala kering

Syampu dari Korea jenama Grafen ini diformulasikan tanpa sulfate, jadi anda boleh guna tanpa perlu risau dengan kesan sampingan. 

Menarik lagi, keberkesanannya anda boleh lihat dalam masa 4 minggu dimana rambut gugur berkurangan. 

Turut mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun, daun Perilla dan minyak biji Camellia.  

Memang sesuai untuk mereka yang ada rambut nipis dan lemah termasuklah wanita yang keguguran rambut akibat hormon. 

Rambut baru akan mula tumbuh jika digunakan dengan konsisten. Yang penting, baunya wangi dan menyegarkan.

Select Anti-Aging Thickening Shampoo
Shampoo dengan salicylic acid 12 daripada 16
Select Anti-Aging Thickening Shampoo
Dari RM37.71
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi Rosemary
Rambut lebih sihat
Harga sedikit mahal
2 lagi
Membantu menghasilkan kapilari baru
Menggalakkan pertumbuhan semula rambut

Shampoo melebatkan rambut keluaran jenama Select ini diformulasikan dengan Copper Peptides iaitu bahan anti-DHT. 

DHT ialah musuh utama manusia yang menyebabkan keguguran rambut akibat hormon. Jadi, produk ini boleh mengawal keguguran rambut. 

Turut mengandungi Omega 6, kayu Cedar dan multiprotein yang penting untuk memperkuat rambut yang nipis. 

Hasilnya, rambut lebih tebal dan kulit kepala juga dilindungi dari kekotoran.

Kandungan pudina dalam produk ini pula memberikan bau yang segar pada mahkota anda.

Grace and Glow Secret Bombshell Anti Oil & Repair Solution Shampoo
Shampoo dengan keratin 13 daripada 16
Grace and Glow Secret Bombshell Anti Oil & Repair Solution Shampoo
Dari RM23
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghalang rambut dari berminyak
Melembutkan rambut
2 lagi
Membaiki rambut rosak
Bau wangi bak perfume

Kami sarankan shampoo ini untuk anda yang tercari-cari kandungan yang mengandungi keratin.

Produk jenama Grace and Glow ini bukan sahaja ada keratin yang boleh menghitamkan dan menebalkan rambut, malah turut mengandungi karbon.

Kandungan ini berfungsi untuk menyerap minyak daripada kulit kepala dan menghalang kelemumur. 

Sekaligus dapat menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan ketiadaan mesealis.

Mahkota anda akan kelihatan lebih segar sepanjang hari dan tiada lagi masalah rambut kusut.

Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss Growth Shampoo Refreshing Oil-Removing Anti-Break Shampoo Hair Care
Shampoo viral lebatkan rambut 14 daripada 16
Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss
Bodyaid
Dari RM10.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tekstur pekat
Tidak berminyak
Bau halia kuat
3 lagi
Sesuai untuk rambut kelemumur
Sesuai untuk wanita mengandung
Rambut mudah kering

Ini antara syampu untuk lebatkan rambut yang paling dicari-cari disebabkan ia baru sahaja tular di media sosial.

Syampu BodyAid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss mempunyai kandungan herba terpilih yang bertindak menguatkan akar rambut, serta merangsang pertumbuhan rambut baru.

Selain itu, teksturnya yang sedikit pekat dan juga mengandungi halia ini akan membuatkan kulit kepala anda kekal segar sepanjang hari.

Anda akan rasa sensasi cooling pada kulit kepala kerana mengandungi bahan Gingerol iaitu halia tua tanah tinggi.

Bahan ini akan membuka pori-pori kulit kepala anda untuk memberikan kesan yang lebih baik supaya kulit kepala lebih bersih dan akan merangsang pertumbuhan anak rambut yang lebih sihat.

Bagaimanapun, kami sarankan anda pakai conditioner tambahan untuk elakkan rambut kering selepas menggunakan syampu ini.

Dherbs Shampoo Berherba Super Lebat
Shampoo berherba super lebat 15 daripada 16
Dherbs Shampoo Berherba Super Lebat
Dherbs
Dari RM20.33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Kandungan herba tradisional
Perlu guna bersama krim lebat
1 lagi
Mengekalkan rambut asli

Siapa je tak kenal dengan jenama Dherbs ini yang sering keluar di kaca TV dan digunakan oleh ramai orang.

Kali ini, jenama Dherbs mengeluarkan satu produk syampu bagi mengawal masalah rambut gugur, dan juga bagi menguatkan kembali rambut anda.

Antara kelebihan syampu Berherba Super lebat ini adalah rambut anda akan kekal asli warna kehitamannya dan juga dapat membekalkan oksigen kepada rambut untuk pertumbuhan dan menguatkan akar.

Memang masalah seperti gugur, rambut beruban, kelemumur akan semakin berkurangan dan dalam masa yang sama akan melebatkan rambut.

Kandungan syampu ini pula memang dari herba terpilih dan formulasi khas untuk rambut, dan ia memang sesuai digunakan sebagai syampu harian.

Johnson's Baby Shampoo Gold
Shampoo lebatkan rambut baby 16 daripada 16
Johnson's Baby Shampoo Gold
Johnson's
Dari RM30.71
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menyihatkan kulit kepala bayi
Bau wangi
Tak sesuai untuk bayi ekzema
1 lagi
Tidak menyakitkan mata bayi

Johnson's Baby Shampoo Gold menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mementingkan penjagaan rambut anak-anak mereka kerana ianya murah dan mudah didapati.

Syampu ini mempunyai formula 'No More Tear' yang pasti akan membuatkan bayi anda senang semasa menggunakannya kerana tidak akan menyakitkan masa semasa membasuh.

Selain itu, syampu ini turut mempunyai kandungan pH yang seimbang dan juga Hypoallergenic, bagi merangsang pertumbuhan rambut bayi dan menyihatkan kulit kepala.

Rambut bayi anda pasti akan kelihatan bersinar dan terurus selepas menggunakan syampu ini, tidak kira jenis rambut kerinting atau lurus.

Selain bayi, syampu ini juga seusai digunakan oleh semua peringkat umur termasuklah anda yang sudah dewasa.


Tips Memilih Syampu Melebatkan Rambut 

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap semua syampu sama tapi sebenarnya tidak kerana setiap jenama menggunakan bahan dan formulasi yang berbeza.

Jadi tips pilih syampu melebatkan rambut adalah dengan mengelakkan daripada memilih produk rambut yang mengandungi sulfates.

Ini kerana boleh mengeringkan kulit kepala dan rambut terutamanya jika kulit anda jenis sensitif.

Jauhi juga syampu yang mengandungi pewangi tiruan atau sintetik, paraben dan alkohol kerana boleh menyebabkan kerengsaan. 

Sebaliknya pilih syampu yang diformulasikan dengan biotin, vitamin B3 dan bahan-bahan semula jadi seperti minyak jojoba, aloe vera atau ekstrak akar. 

Tapi tiada guna juga kalau pakai syampu lebatkan rambut terbaik tapi tak jaga rambut dengan betul.

Jom lihat video di bawah penjagaan rambut dengan betul.


Ada Cara Yang Berkesan Tak Untuk Melebatkan Rambut?

Selain guna syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, terdapat juga alternatif lain.

Anda boleh cuba cara-cara berikut untuk pertumbuhan rambut yang lebih lebat. 

  • Exfoliate kulit kepala 
  • Guna minyak kelapa / minyak zaitun
  • Cuba sapu gel aloe pada rambut 
  • Cuci rambut pada waktu pagi 
  • Elakkan dari guna alat pemanas rambut dengan kerap 
  • Pilih gaya rambut yang sesuai agar tak mudah rosak/gugur 
  • Makan diet yang seimbang supaya badan cukup vitamin & nutrisi 

Anda boleh ikut petua tradisional menerusi video di bawah.


Cara Pilih Produk Shampoo Lebatkan Rambut

Terdapat pelbagai produk syampu di luar sana yang boleh membantu melebatkan rambut. Tapi bagaimana nak pilih produk shampoo yang sesuai?

Berikut beberapa panduan untuk anda:

  • Jenis rambut

Sebelum memilih syampu, adalah penting untuk memahami jenis rambut anda. Rambut lebat memerlukan produk yang berbeza daripada rambut halus atau lembut.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai rambut berminyak, anda perlu menggunakan produk yang membantu mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala anda.

Jika anda mempunyai rambut kering, anda memerlukan syampu yang memberikan kelembapan yang mencukupi.

  • Bahan aktif dalam shampoo

Bahan-bahan dalam syampu membantu memastikan produk yang dipilih boleh membantu melebatkan rambut.

Contoh bahan-bahan seperti protein, keratin, dan kolagen akan membantu menjadikan rambut lebih kuat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, bahan-bahan seperti minyak jojoba, minyak argan dan minyak pokok teh pula akan membantu melembutkan dan melembapkan rambut.

Tambah lagi, pastikan produk syampu tersebut tidak mengandungi bahan-bahan seperti SLS (Sodium Lauryl Sulfate) atau SLES (Sodium Laureth Sulfate).

  • Jenama dan harga produk syampu

Syampu jenama terkenal tidak selalu menjadi pilihan terbaik kerana sesetengah produk tersebut agak mahal. 

Tapi, terdapat banyak produk mampu milik yang masih berfungsi dengan baik. Pilih satu yang sesuai dengan bajet anda dan keperluan anda.


Apa Kekurangan Dan Kelebihan Produk Shampoo Lebatkan Rambut

Antara kelebihan produk syampu lebatkan rambut ialah dirumuskan khas untuk membantu menguatkan dan menambah ketebalan rambut.

Selain itu, ia juga mempunyai bahan yang baik untuk pertumbuhan rambut, seperti protein dan vitamin.

Sangat bagus untuk orang yang mempunyai rambut nipis dan sedikit.

Syampu lebatkan rambut juga boleh membantu merangsang pertumbuhan rambut baru.

Produk ini juga mudah didapati dan boleh dibeli di kedai runcit, farmasi dan secara online.

Selain itu, produk syampu melebatkan rambut mudah digunakan dalam rutin harian.

Hanya mengambil masa yang singkat untuk digunakan dan ia juga tidak memerlukan banyak masa untuk membilas.

Namun, kekurangan utama produk ini ialah mungkin boleh menjadi kurang berkesan jika ia digunakan secara tidak konsisten. 

Bukan itu sahaja, rambut anda juga akan menjadi kering dan kusam jika ia digunakan secara berlebihan.

Produk syampu ini juga boleh menjadi mahal dan tidak semua orang mampu membelinya.


Soalan Lazim Shampoo Melebatkan Rambut

Apakah syampu yang boleh memanjangkan rambut?

Tiada syampu yang secara saintifik terbukti memanjangkan rambut lebih pantas daripada kadar semula jadi. Produk mengandungi biotin atau keratin seperti Avalon Organics Biotin B-Complex Thickening Shampoo membantu jagaan rambut supaya kurang patah semasa disikat, jadi rambut kelihatan lebih panjang dan tebal dari semasa ke semasa.

Apakah syampu yang melebatkan rambut di Watson?

Watson Malaysia menjual beberapa jenama dalam senarai ini termasuk Herbal Essences Bio Renew Repair Argan Oil dan HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration, harga biasanya sekitar RM20 hingga RM45 bergantung saiz botol. Semak stok terkini di cawangan atau laman web Watson sebelum ke kedai.

Apakah ubat yang boleh melebatkan rambut?

Kami bukan penyedia nasihat perubatan. Sebarang ubat atau rawatan untuk keguguran rambut yang serius sebaiknya dibincangkan dengan doktor atau dermatologis. Dari segi produk penjagaan harian, tonik seperti Alpecin Caffeine Liquid Hair Tonic (RM56.90 untuk 200ml di Shopee Malaysia, disemak 12 Ogos 2026) adalah pilihan popular untuk digunakan bersama syampu biasa.

Apakah syampu terbaik untuk rambut gugur?

Dalam senarai ini, Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss dan Schwarzkopf Seborin Caffeine Energy Shampoo direka khas untuk kulit kepala yang mengalami keguguran rambut aktif, dengan bahan seperti halia dan kafein untuk merangsang peredaran darah di kulit kepala.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation