Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Lip Balm Sesuai untuk Merawat Bibir Kering yang Sensitif

Bibir kekal cantik menawan sepanjang hari

Bibir yang kering dan pecah sangat menjengkelkan tambahan pula pada musim-musim tertentu seperti kemarau dan panas. Meninggalkan kulit menjadi kering, mengelupas atau lebih parah, menjadi retak. Sama seperti kawasan mata, bibir juga memerlukan perhatian tambahan kerana permukaannya yang lembut dan lemah. Oleh itu, penjagaan bibir adalah amat penting terutamanya buat bibir yang sering terdedah di bawah sinaran UV. 

Tetapi, apa yang membuatkan lip balm atau balsem sebagai rawatan terbaik? Jawapannya, kerana kebanyakan lip balm mengandungi bahan-bahan aktif seperti Jelly, Glycerin Petroleum dan Vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan bagi membentuk halangan dan menyumbang pada kelembapan bibir. Tertanya tanya produk mana yang sesuai buat anda? Kami menyediakan senarai lip balm terbaik bagi membantu anda menangani masalah bibir retak atau sensitif.

Lip balm sesuai buat para remaja – murah dan berkualiti
Maybelline
Lip balm berwarna - terbaik untuk remaja
mulai
RM7.28
Semak Maybelline Baby Lips Love Colour (4.5g) harga dibawah:

Diformulasikan dengan SPF20, Maybelline Baby Lip Balm ini sangat sesuai buat para remaja. Terutamanya buat kamu yang sering terdedah di bawah cahaya matahari akibat melakukan aktiviti luar (outdoor). Bebas dari pewarna serta wangian tiruan, lip balm ini membantu memberi perlindungan selama 8 jam. 

Mengandungi Petrolatum sebagai ejen pelembap, lip balm dari Maybelline ini juga mempunyai aroma buah-buahan yang menenangkan dan sesuai digunakan sebagai gincu atau lip gloss. Terdapat dalam 5 warna berbeza, saiznya yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa kemana mana.

Lip balm terbaik dari drugstore dengan harga mampu milik
NIVEA
mulai
RM10.50
Semak NIVEA Original Care Lip Balm harga dibawah:

Nivea Essential Care Lip Balm ini diperkaya dengan minyak Jojoba dan Shea Butter semula jadi untuk menjaga bibir anda dan mencegahnya daripada kehilangan lembapan akibat dehidrasi. Ramuan Panthenol yang terkandung di dalamnya pula akan memastikan bibir kekal terhidrat selama 12 jam. 

Dengan formula yang ringan serta bebas pewarna tiruan, lip balm dengan harga mesra poket ini akan meninggalkan bibir anda terasa lembut dan licin. Bersaiz kompak, senang di bawa kemana sahaja.

Lip balm terbaik untuk mencerahkan bibir kusam akibat sensitif
Sebamed
mulai
RM12.90
Semak SEBAMED Lip Defense Triple Protection SPF30 harga dibawah:

Dengan mengandungi Vitamin E dan minyak Jojoba, ianya diformulasi khas untuk mengatasi kulit bibir yang pecah akibat merekah dan dehidrasi. Produk lip balm ini juga mampu untuk mencerahkan kulit kusam akibat kering dan sensitif. Sesuai dipakai untuk kegunaan seharian, anda tidak perlu risau jika bibir terdedah kepada cahaya matahari kerana ianya juga mengandungi SPF30. 

Melindungi kulit bibir dari kerosakan serta menanggalkan sel-sel kulit mati di bibir. Meninggalkan lapisan kulit yang baru dan member penampilan segar buat wajah anda.

Lip balm dengan ekstrak Rose - memberi sentuhan merah pada bibir anda
Vaseline
Petroleum jelly untuk memerahkan bibir
mulai
RM11.40
Semak Vaseline Lip Therapy Rosy Mini 7g harga dibawah:

Semua orang mahukan bibir yang lembut dan sihat. Tetapi, lembut sahaja mungkin tidak mencukupi. Serlahkan bibir mungil anda dengan Lip Therapy Rose dari jenama Vaseline ini. Ianya bukan sahaja merawat bibir dari kerosakan, malahan ekstrak bunga mawar di dalamnya memberi sentuhan merah jambu pada bibir anda. 

Juga diproses dengan ekstrak Cocoa Butter serta Petroleum Jelly yang tulen, lip balm ini mempunyai aroma dan rasa yang sangat menyenangkan, membuatkan bibir anda terasa selesa sepanjang hari. Tidak perlu memakai gincu 24 jam!

Lip Balm dengan daun pudina membantu merawat bibir kering dan sensitif
mulai
RM27.00
Semak BURT’S BEES Beeswax Lip Balm harga dibawah:

Tanpa iritasi, tanpa keradangan. Burt’s Bees Beeswax Lip balm ini sangat sesuai buat yang berkulit kering serta sensitif kerana ianya mengandungi kandungan antikoksidan yang tinggi seperti Vitamin E bagi memulihkan keretakan bibir serta melindungi bibir anda dari sebarang masalah. 

Selain memberi rawatan berpanjangan, minyak daun pudina di dalamnya juga memberi aroma yang sangat menyegarkan dan keselesaan sepanjang hari. Ia juga tidak meninggalkan rasa melekit atau berminyak kepada si pemakai, membantu bibir anda berasa lebih lembut dan segar.

Lip balm dengan SPF yang tinggi - melindungi bibir sepenuhnya dari kerosakan
SUPERGOOP!
mulai
RM39.00
Semak SUPERGOOP! Acai Fusion Lip Balm SPF 30 (15ml) harga dibawah:

Selain tinggi dengan SPF30, lip balm dari jenama terunggul Supergoop! ini juga diformulasi dengan bahan-bahan asli seperti madu, minyak bunga matahari dan Shea Butter demi mengunci penghidratan bibir anda sambil melindunginya dari sebarang kerosakan akibat sinaran UV. Setiap formula yang diproses mengandungi antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E untuk kesihatan bibir anda. 

Bukan itu sahaja, jenama popular ini juga menyediakan bahan seperti Omega 6 dan mineral di dalam kesemua produk kecantikan mereka untuk melindungi kulit sepenuhnya dari kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Hebat, kan? Jom cuba jenama Supergoop!

Lip balm yang diterbangkan khas dari Korea terbaik
mulai
RM29.25
Semak INNISFREE My Lipbalm harga dibawah:

Diekstrak dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak bunga matahari, minyak Jojoba dan Cupuacu Butter, lip balm dari jenama popular Korea, Innisfree dapat membentuk semula kelembapan serta memberi kelembutan pada bibir anda akibat keretakan. Keharuman bau teh Green Peppermint di dalamnya juga tidak akan menimbulkan iritasi, malah memberi kesegaran ekstra buat anda. 

Dengan 9 warna berbeza di pasaran, lip balm yang kaya dengan ramuan asli ini adalah pilihan terbaik untuk anda yang sukakan natural look dan selamat digunakan setiap hari. Kini, bibir anda secantik artis Korea!

Lip balm dengan variasi warna – merawat bibir dengan sempurna
mulai
RM49.00
Semak FRESH Sugar Tinted Lip Treatment harga dibawah:

Lip Treatment ini sering digunapakai oleh artis Hollywood kerana ia bukan sahaja berfungsi sebagai rawatan bibir yang mengandungi SPF15, bahkan, jenama popular ini menyediakan variasi sehingga 16 warna berbeza. Dengan campuran minyak Meadowfoam serta Blackcurrant yang sangat berkhasiat, lip balm ini memberi penghidratan pada bibir anda untuk kelihatan lebih sihat dan bermaya. 

Vitamin C dan E yang terkandung di dalamnya pula bertujuan untuk memberi perlindungan daripada radikal bebas dan sinar UV yang menyebabkan keretakan pada bibir anda. Formula lip balm 2 dalam 1 ini juga sesuai untuk digunakan sebagai gincu!

Artikel Berkaitan 

End of Article