Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
lips scrub terbaik

7 Lip Scrub (Surub Bibir) Terbaik di Malaysia 2024

Nak bibir lebih lembut dan cerah? Jom guna lip scrub!

Memiliki bibir yang lembut, lembap dan tidak kering adalah satu idaman buat semua untuk memastikan penampilan kekal menarik. 

Tapi macam mana nak dapatkan bibir yang mungil, cantik dan lembut? 

Mudah sahaja, anda boleh buat rutin penjagaan pada bibir anda seperti menggunakan lips scrub yang sesuai untuk bibir. 

Lebih lagi untuk wanita, mungkin ada yang geram bila nak pakai lipstik bibir pula kering, mulalah nampak kurang cantik bibir!

Oleh itu, anda haruslah scrub bibir, supaya bibir akan jadi lebih lembut, tiada lagi kulit kering dan akan membantu mengurangkan masalah pigmentasi pada kulit bibir anda.

Nak lip scrub paling best? Jom kenali lips scrub terbaik untuk anda cuba hari ini! 


Senarai 7 Lip scrub Terbaik

Lip scrub terbaik secara keseluruhan
Emina Luscious Lips Kit - Lip Balm, Lip Scrub, Lip Mask
Emina Luscious Lips Kit - Lip Balm, Lip Scrub, Lip Mask
mulai
RM32.32
Semak Emina Luscious Lips Kit - Lip Balm, Lip Scrub, Lip Mask harga dibawah:
add_circle Mempunyai set lengkap untuk penjagaan bibir
add_circle Menjadikan bibir lebih lembap
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Agak sukar untuk mendapatkan set lengkap

Sebab menjadi pilihan utama:

Set lengkap ini memudahkan dan memberikan kesan terbaik untuk penjagaan bibir kering dan kusam.

Ciri-ciri:

Siapa sahaja tidak mahu bibir yang lembap, tidak kering dan merekah? Jadi anda boleh amalkan scrub ini untuk dapatkan bibir yang sihat dan menawan.

Set lengkap lip scrub Emina ini seakan sama seperti jenama terkenal Korea malah lebih murah dan sangat berkesan tau. 

Set ini mempunyai scrub bibir, lips balm dan lips mask yang membantu memberikan bibir yang lembap sepanjang hari.

Pastinya bibir anda kelihatan lebih sihat dan canik bila nak pakai lipstick!

Paling penting, bebas dari pewangi yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit bibir.

Review:

“Tekstur yang tebal dan bijian pink didalam lips scrub sangat best bila dipakai pada bibir, selepas penggunaan, bibir jadi lembut lembap dan tidak terlalu kering dari sebelum ini.”

Scrub bibir untuk remaja
IN2IT Lip Scrub
IN2IT Lip Scrub
mulai
RM17.91
Semak IN2IT Lip Scrub harga dibawah:
add_circle Menggunakan plant base butter and oil
add_circle Halal
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Menjadikan bibir lembap dan masalah bibir merekah
add_circle Menjadikan lipstick lebih kekal lama pada bibir
remove_circle Perlu menggunakan jari untuk guna scrub

Lips scrub IN2IT mempunyai beberapa pilihan scrub mengikut cita rasa dan kegunaan anda. 

Bahan utama dalam lips scrub adalah gula dan campuran plant base butter dan minyak. 

Gabungan ini pastinya menjadikan bibir anda lebih sihat, lembap tanpa membuatkan bibir mudah merekah.

Biasanya bibir kering ini terjadi bila ada sel kulit mata yang tidak dibersihkan, jadi gunakan lips scrub untuk membuang sel kulit mati tersebut.

Malah, bibir anda akan lebih sihat dan ianya menjadikan bibir anda menyerap lipstik serta mengekalkan tekstur lipstik tersebut pada masa yang lebih lama.

Scrub bibir untuk kulit kering
NIVEA Lip Care - Rosehip Caring Lip Scrub
NIVEA
NIVEA Lip Care - Rosehip Caring Lip Scrub
mulai
RM14.00
Semak NIVEA Lip Care - Rosehip Caring Lip Scrub harga dibawah:
add_circle Penjagaan bibir terkenal di Korea
add_circle Mempunyai kegunaan 2in1 rose hip oil dan vitamin E
add_circle Memberikan bibir yang lembap
add_circle Bahan semula jadi
add_circle Tak perlu bilas atau lap bibir selepas scrub
remove_circle Mengandungi bahan yang boleh menyebabkan iritasi
remove_circle Mengandungi pewangi

Bila sebut sahaja set penjagaan dari Korea pastinya ramai yang berminat kerana negaranya terkenal dengan kosmetik yang berkesan. 

Sama juga dengan lips scrub dari Nivea, ini menjadi pilihan rakyat di negara tersebut. 

Menariknya, skrub bibir ini mempunyai kegunaan 2 dalam 1 rose hip oil dan vitamin E yang kaya dengan fatty acid dan antioksidan yang memperbaiki tisu pada kulit bibir anda. 

Paling best, anda tidak perlu bilas atau lap bibir anda selepas penggunaan, biarkan produk menyerap pada bibir.

Scrub bibir watson
Watson Soft Lip Scrub Aloe Vera | Rosehip Oil
Watson Soft Lip Scrub Aloe Vera  Rosehip Oil
mulai
RM11.88
Semak Watson Soft Lip Scrub Aloe Vera | Rosehip Oil harga dibawah:
add_circle Mengandungi coconut oil yang bagus untuk bibir merekah
add_circle Shea butter baik untuk bibir kering
add_circle Mempunyai debu beras untuk membuang sel kulit mati
remove_circle Stok yang terhad

Watsons merupakan kedai rangkaian penjagaan, kecantikkan,kesihatan yang kini semakin terkenal dengan produk keluarannya sendiri dan sangat berkualiti.

Antara produk keluaran Watson adalah Soft Lip Scrub yang diperbuat daripada bahan seperti minyak kepala yang terbukti baik untuk bibir merekah. 

Diperkaya juga dengan shea butter yang mengunci kelembapan pada kulit bibir agar bibir kekal terhidrasi sepanjang hari. 

Tekstur bijian skrub bibir ini terdiri darpadai debu beras asli untuk membuang sel kulit mati pada bibir anda.

Scrub bibir madu
Burts Lip Scrub
Burts Lip Scrub
mulai
RM55.60
Semak Burts Lip Scrub harga dibawah:
add_circle Mengandungi cocoa butter
add_circle Bebas alkohol
add_circle Mempunyai madu
remove_circle Harga yang mahal
remove_circle Mengandungi pewangi

Lips scrub daripada jenama Burts  merupakan antara skrub yang bagus untuk merawat bibir kering akibat kekurangan air. 

Menariknya, kebaikan cocoa butter yang akan memberikan nutrisi dan bantu melembapkan serta melembutkan tekstur bibir anda.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastinya scrub bibir ini menjadi pilihan kerana bebas alkohol.

Turut mengandungi madu bahan terbaik kaya dengan antioksidan yang membantu menjadikan bibir anda kekal sihat dan dapat mencerahkan bibir. 

Scrub bibir semulajadi
Handmade Heroes Cocolicious Lip Scrub Coconut Sorbet
Handmade Heroes Cocolicious Lip Scrub Coconut Sorbet
mulai
RM39.90
Semak Handmade Heroes Cocolicious Lip Scrub Coconut Sorbet harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan minyak avocado, kelapa dan gula
add_circle Mengurangkan tanda penuaan
add_circle Mencerahkan tona bibir
remove_circle Madu mungkin menyebabkan iritasi pada sesetengah jenis kulit

Menjadikan bibir lembap, lembut dan sihat memerlukan bahan yang berkualiti dan semua itu terkandung dalam lip scrub Hero Cocolicous.

Turut mempunyai minyak avocado, kelapa, gula yang baik dan akan membuatkan bibir jadi lembap, sihat, malah anda akan dapat mencerahkan bibir. 

Kandungan gula dalam skrub ini akan menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang melekat pada bibir anda. 

Biasanya, penggunaan dan persekitaran menyebabkan tanda penuaan pada bibir mudah terjadi dan lips scrub Heroes mampu mengurangkan tanda penuaan tersebut.

Bila kotoran, sel kulit mati sudah disingkirkan, tahap penyerapan pada bibir anda untuk menggunakan produk pada bibir akan lebih berkesan!

Scrub gula untuk bibir
Cosrx Full Fit Honey Sugar Lip Scrub
Cosrx Full Fit Honey Sugar Lip Scrub
mulai
RM55.00
Semak Cosrx Full Fit Honey Sugar Lip Scrub harga dibawah:
add_circle Mengandungi AHA, BHA dan vitamin C
add_circle Mengurangkan tanda penuaan
remove_circle Harga mahal

Jika anda inginkan bibir yang sihat, tidak kering dan merekah, pastikan lips scrub anda mempunyai AHA, BHA dan vitamin C.

Ini kerana bahan tersebut sangat bagus untuk membuang sel kulit mati dengan sempurna dan juga akan membekalkan vitamin C pada kulit bibir.

Sekaligus menjadikan bibir lebih menawan dan tiada lagi masalah bibir merekah ataupun kering. 

Jadi apa anda tunggu lagi, jom rawat bibir dengan menggunakan lips scrub jenama ini.


Cara pakai scrub bibir?

Pemakaian lips scrub semudah ABC! Apa yang perlu anda buat adalah pastikan basuh tangan dahulu dan ambil lips scrub pilihan anda. 

Ambil secalit scrub dan sapukan pada bibir secara lembut dalam tempoh 30-60 saat sahaja.

Ratakan pada keseluruhan bibir anda agar nutrisi dari scrub tersebut dapat diserap secara rata.

Kami sarankan anda untuk tidak menggosok lips scrub pada bibir dengan kasar, buat secara perlahan agar semua sel-sel mati dapat disingkirkan. 

Akhir sekali, anda boleh lap atau bilas skrub bibir sepenuhnya. Tetapi ada sesetengah scrub hanya perlu dibiarkan sebegitu sahaja tanpa perlu dibilas. Jangan lupa baca label okay?


Berapa kali seminggu perlu pakai scrub bibir?

Jika anda mempunyai masalah bibir kering yang melampau, digalakkan untuk menggunakan setiap hari. 

Tetapi pastikan lip scrub tersebut mengandungi bahan organik dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan bibir jadi semakin kering.

Bagi anda yang tidak mempunyai masalah bibir kering yang teruk, amalkan pemakaian 2 minggu sekali untuk memastikan sel-sel mati tersebut dapat di buang.

Penjagaan bibir juga amat penting sama seperti rutin penjagaan kulit wajah tau, jadi jangan lupa skrub bibir anda!

Tinggal pilih dan padankan sahaja jenis skrub yang ada di pasaran mengikut kesesuaian anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article