Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Gincu (Lipstick) Terbaik di Watsons Malaysia 2024

Pastikan pilih lipstik yang tepat untuk kelihatan berseri

Bibir merupakan salah satu anggota badan yang dikatakan antara yang seksi jadi tidak hairanlah jika dioleskan warna dari penggunaan lipstik, muka anda terus naik seri.

Malah pilihan lipstik terbaik dan tepat juga dapat mengelakkan masalah bibir seperti kering, gelap atau sensitif. 

Jadi, dengan ratusan warna dan jenama yang terdapat di pasaran, pastinya mencabar untuk memilih produk yang sesuai dengan bibir anda. 

Jadi kami menghimpunkan senarai penuh jenama lipstik terbaik dari Watsons. Jom kita lihat!


Senarai 7 Lipstik Terbaik di Watsons

Lipstik terbaik secara keseluruhan
Maybelline
Maybelline Superstay Ink Crayon
mulai
RM34.32
Semak Maybelline Superstay Ink Crayon harga dibawah:
add_circle Pilihan tona yang banyak
add_circle Finishing matte
add_circle Tahan lama
add_circle Tidak mengeringkan bibir
remove_circle Stok terhad

Sebab menjadi pilihan utama:

Pilihan tona warna yang banyak serta tekstur yang lembut walaupun jenis matte.

Ciri-ciri:

Pasti anda jarang jumpa lipstick crayon, jadi Maybelline mengeluarkan lipstik jenis ink crayon.

Pilihan tona buat anda yang gemarkan campuran lipstick atau padanan tona yang berbeza. 

Bila pakai lipstik paling risau minum air, makan terus hilang kan? Dengan Ink Crayon ini memberikan ketahanan sehingga 8 jam. 

Makan sambil bergaya je lepas ni, selain itu nak pakai pun mudah dan tidak comot nampak kemas je. 

Teksturnya yang lembut dan tidak mengeringkan bibir anda walaupun matte. 

Review:

“Biasanya tekstur matte ini agak mengeringkan dan sukar ditanggalkan, tapi kali ini ianya tidak kering dan tona warna tu buat muka makin berseri”.

Lipstik terbaik untuk remaja
SILKYGIRL
mulai
RM23.12
Semak SILKYGIRL Gen Matte Lip Cream harga dibawah:
add_circle Ringan pada bibir
add_circle Finishing matte
add_circle Transferproof
add_circle Bebas paraben dan alkohol
add_circle Diperkaya dengan sunflower seed oil dan aloe vera
remove_circle Perlu guna make up remover pada bibir

Diperbuat dari bahan jenis berkrim, lip matte ini pastinya membuatkan anda puas hati dengan hasil tona yang menarik. 

Terdapat 10 pilihan warna yang boleh anda pilih, memberikan ketahan yang lama pada bibir dan memberikan look yang seksi serta kemasan matte.

Cukup dengan sekadar satu calitan ianya sudah cukup memenuhi ruang pada bibir anda kelihatan lebah menawan. 

Pilihan tona dari merah terang sehingga warna nude untuk anda.

Lipstik matte di watson
Revlon
mulai
RM38.00
Semak REVLON HD Matte Liquid Lipstick harga dibawah:
add_circle Pilihan tona warna 16 jenis
add_circle Mengandungi shea butter
add_circle Bau dari ekstrak vanilla
add_circle Mengekalkan kelembapan pada bibir
remove_circle Mudah habis pilihan warna dalam pasaran

Gincu bibir bertekstur matte dari Revlon ini mempunyai campuran pelembab Shea Butter dan mangga bagi mengekalkan kelembapan pada bibir sepanjang hari. 

Terdapat 16 pilihan warna dan apa yang best lagi, masalah bibir kering mampu dirawat dengan sentuhan kilauan yang sihat dan sempurna dengan lipstik ini. 

Dalam masa yang sama dapat memberikan hasil kemasan matte, tapi tidak mudah mengeringkan bibir jadi tak perlu risau masalah bibir kering.

Malah, dengan bau ekstrak Vanilla yang harum dan menyenangkan.

Lipstik waterproof Watson
Rimmel
RIMMEL Lasting Matte
mulai
RM27.12
Semak Rimmel Lasting Matte harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Melembapkan bibir
add_circle Tekstur yang ringan
add_circle Terdapat pelbagai pilihan tona warna
remove_circle Perlu menggunakan make up remover

RIMMEL mempunyai lipstick lasting matte yang terbukti kalis air, dimana komponen ini penting bila nak beli lipstick kan. 

Kalis air tu nak, tapi bibir jadi kering tu yang taknak, jadi dengan lipstick RIMMEL dapat mengunci tahap kelembapan pada bibir anda sepanjang hari. 

Lagipun selalunya lipstick jenis matte, kalis air dan tahan lama mesti tekstur tu tebalkan tapi tidak pada jenama lipstik ini. 

Maksudnya dengan lipstik RIMMEL walaupun banyak kelebihan tapi bila pakai pada bibir terasa ringan je.

Lipstik tahan lama watson
Wardah
Wardah Colorfit LAD Lip Paint
mulai
RM20.90
Semak Wardah Colorfit LAD Lip Paint harga dibawah:
add_circle Pengiktirafan halal
add_circle 16 pilihan tona warna
add_circle Tahan lama dan tidak meninggalkan kesan
remove_circle Memerlukan make up remover untuk menanggalkan nya

Lip paint seperti namanya, cukup hanya secalit sentuhan sahaja sudah memadai untuk memberikan cover penuh pada bibir anda.

Tekstur pada awal penggunaan seakan krim dan lembap pada bibir, kemudian menjadi matte pada beberapa minit. 

Malah dengan lip paint Wardah anda hanya perlukan satu sentuhan untuk kekal sehingga 12 jam tona warnanya. Lama kan? 

Paling best, tak perlu risau terkena lip paint ini pada mana-mana material sbb transfer proof yang mana tidak meninggalkan kesan. 

Jadi, bergaya dengan lebih 10 pilihan tona warna dan bebas melekat pada mask anda!

Lipstik nude terbaik
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Liquid
mulai
RM41.18
Semak L’Oreal Paris Rouge Signature Matte Liquid harga dibawah:
add_circle Terdapat banyak pilihan tona warna
add_circle Tekstur 2 kali ultra ringan
add_circle Kekal matte sepanjang hari
remove_circle Harga mahal

Siapa je yang tak suka dengan pilihan tona warna yang banyak sehingga 32, pastinya tak keruan untuk membuat pilihan. 

Tekstur matte sememangnya menjadi pujaan dan pilihan buat para wanita.

Ditambah pula dengan formulasi 2 kali ganda yang ringan seperti tidak memakai lipstick.

Maksudnya anda tidak rasa bibir anda berat sepanjang hari apabila pakai lipstick ini.

Tahap ketahanan pula kekal sepanjang hari, tak perlu dah nak tambah-tambah lipstick paling kurang touch up sikit je. 

Lipstik untuk bibir kering di watson
Wet n Wild
WET N’ WILD MegaLast Liquid Catsuit Matte Lipstick
mulai
RM31.20
Semak Wet n Wild MegaLast Liquid Catsuit Matte Lipstick harga dibawah:
add_circle Terdapat banyak pilihan tona warna
add_circle Bebas ujian terhadap haiwan
add_circle Kemasan matte
remove_circle Untuk hasil terbaik perlu guna lip liner
remove_circle Stok terhad

WET N’ WILD sama seperti pilihan tonanya, warna yang lebih terang tetapi ada juga warna yang lembut untuk dipadankan dengan jenis kulit gelap. 

Pada calitan awal, kesan glossy kemudian kemasan akhirnya adalah ultra matte, jadi bibir anda kekal kelembapan tak perlu risau dengan bibir kering lagi. 

Memberikan liputan yang lama untuk anda yang sibuk sepanjang hari tanpa perlu memikirkan tambahan lipstick pada bibir.

Pastinya hari anda lebih ceria dan kelihatan lebih menawan dari biasa. 


Lipstick Jenis Apa Yang Sesuai Untuk Kegunaan Harian?

Sebenarnya, pemilihan tekstur lipstik ini bergantung pada jenis bibir sesorang. 

Ada yang jenis kering, sensitif dan sebaliknya jadi apa yang paling utama adalah ketahui terlebih dahulu jenis bibir anda supaya bila pakai lipstick tak merosakkan kulit bibir.

Tapi jika nak hasil terbaik, dapatkan lipstik yang kemasaan akhirnya matte, tahan lama, kalis air dan tidak meninggalkan kesan pada bahan lain. 

Kebiasaannya lipstick jenis ini memerlukan penjagaan yang lebih, jika tidak sama je kulit bibir anda akan rosak.

Jadi jangan lupa pakai pelembap bibir dan gunakan make up remover ya untuk hilangkan warna bibir ya.

Apa pun jom kita lihat lipstik yang sesuai untuk kegunaan harian di drugstore menerusi video di bawah.


Tona Warna Apa Yang Paling Famous?

Tak perlu fikir panjang pastinya pilihan warna seakan kulit atau lebih mesra dikenali sebagai nude looks. 

Mesti ada yang tertanya nak buat apa pakai lipstick kalau macam tak pakai lipstick.

Kalau anda nak tahu, cost untuk make up looks natural ini lebih mahal dan susah untuk dihasilkan. 

Bila cari je color nude kebanyakkan jenama akan mudah sangat sold out, masing-masing berebut nak dapatkan warna ini tau!


Artikel Berkaitan

End of Article