Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Pencuci Muka & Skrub Dari Brand Simple Yang Sesuai Buat Setiap Jenis Kulit

Pakar kulit sensitif!

Jenama rangkaian produk SIMPLE telah lama bertapak di dalam industri penjagaan wajah sejak daripada tahun 1960-an lagi. Terkenal dengan falsafah mereka iaitu, ‘kind to skin’ - baik untuk kulit, yang mensasarkan kepada penggunaan bahan-bahan semulajadi yang 100% selamat digunakan walaupun keatas kulit yang paling sensitif.

Adakah pencuci muka SIMPLE terbaik untuk semua jenis kulit?

Ya, pencuci muka SIMPLE sangat baik untuk semua jenis kulit. Bahan semula jadi yang terkandung di dalam jenama ini digunakan oleh mereka bagi mengimbangi kadar keseimbangan natural kulit itu sendiri supaya dapat dibaikpulih dari dalam tanpa meninggalkan kesan sampingan yang teruk. Ramuan dalam SIMPLE tanpa tambahan pengawet, pewarna dan pewangi tiruan serta alkohol yang akan mengganggu kadar keseimbangan kulit wajah anda.

Disyorkan oleh ahli pakar dermatologi, pencuci wajah dari jenama Simple ini adalah hypoallergenic, non-comedogenic dan dapat menyeimbangkan semula kadar pH dalam kulit anda. Ikuti rangkaian pencuci wajah dari Simple ini sesuai untuk jenis-jenis kulit wajah anda; 

9 Pencuci Muka & Skrub Terbaik Dari SIMPLE

Pencuci muka untuk kulit jenis normal atau kombinasi
Simple
Semak Simple Kind To Skin Moisturising Facial Wash (150ml) harga dibawah:

Pembersih muka Kind To Skin Moisturising Facial Wash ini adalah yang paling terlaris dan terkenal di antara produk Simple yang lain. Pembersih muka keluaran jenama Simple ini merupakan produk yang anda perlukan, dimana ianya merupakan pencuci muka yang mengandungi bahan asas sesebuah pencuci muka sahaja, tidak ditokok tambah dengan bahan-bahan asing yang tidak perlu.

Sesetengah pengguna juga mengenengahkan yang produk ini tidak mengandungi sabun yang beralkali, dimana sekiranya ada alkali ini, pH kulit muka anda boleh menjadi tidak seimbang dan tidak sihat. Ia diperkaya dengan vitamin B5 yang dapat melembutkan kulit wajah dan dapat menjadikan kulit anda mulus dan sihat. Ia juga mempunyai fungsi anti-keradangan yang dapat mengurangkan risiko kulit mengalami masalah akibat keradangan.

Ia juga dilengkapkan lagi dengan Bisabolol yang dapat mencegah keradangan dari kulit dan berfungsi sebagai ajen yang dapat melegekan dan memulihkan kulit anda, supaya wajah anda sentiasa rasa segar dan sihat. Namun begitu, produk ini mengandungi parabens dimana sesetengah kajian mengaitkan penggunaan bahan ini dengan pembentukan kanser, tetapi ianya masih memerlukan kajian yang lebih lanjut.

Pencuci wajah bertekstur gel dengan sensasi dingin
Simple
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Semak Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel harga dibawah:
add_circle Triple purified water dan vitamin
add_circle Bebas sabun 100%
add_circle Non-comedogenic
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit

Pencuci muka bertesktur gel ini amat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang alami masalah kering dan berminyak. Bertekstur ringan dengan sensasi menyejukkan dapat menenangkan kulit wajah daripada tekanan seharian. Diperbuat dengan ramuan seperti Triple Purified Water, iaitu air bersih yang telah ditapis sebanyak tiga kali untuk memastikan penggunaannya sangat bersih.

Kandungan ekstra seperti Vitamin E dan Pro-vitamin B untuk memberi nutrien penting, lembapan dan kesuburan yang cukup kepada kulit anda. Sesuai digunakan sebagai pencuci muka harian, kini kulit anda kembali segar dan nyaman daripada kesibukan gaya hidup anda. Ianya juga 100% bebas sabun dan pewangi serta pewarna tiruan, tidak akan membuatkan kulit menjadi rengsa atau iritasi. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, pencuci muka ini selamat untuk kulit anda kerana ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan mengembalikan kelembutan serta kulit wajah tambah berseri. 

Pencuci wajah anti-penuaan dengan kebaikan teh hijau
Simple
Semak Simple Regeneration Age Resisting Facial Wash (150ml) harga dibawah:

adakah anda perlu menggunakan produk penuaan walaupun anda masih muda dan tiada kedutan atau garis halus kelihatan. Jawapannya adalah ya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Lebih lambat anda mengambil langkah pencegahan, lebih cepat kesan penuaan akan terhasil pada kulit hasil pencemaran udara, cahaya matahari dan radikal bebas di persekitaran anda.

Pemakaian pencuci wajah anti-penuaan sewajarnya dilakukan seawal usia 20an. Iaitu semasa kulit masih bebas daripada segala bentuk penuaan. Perbezaan dengan pencuci muka bagi kulit matang hanyalah jenis bahan. Pada usia awal 20an ke akhir 20an sudah semestinya kulit anda tidak memerlukan pencuci muka yang kuat seperti retinol. 

Pencuci muka daripada Simple ini sudah cukup untuk membantu kulit anda melawan tanda-tanda penuaan. Dengan gabungan semulajadi ekstrak cendawan, Oat Beta-glucan, Chamomile dan teh hijau akan  membantu melembapkan, meratakan tona kulit tidak sekata kesan pigmentasi penuaan, serta membersihkan kulit dengan lembut.

Rumusan pro-Vitamin B5 dan vitamin E di dalam produk ini dapat mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit anda. Ianya dapat menghilangkan kotoran pada kulit serta membantu menyegarkannya agar wajah anda kelihatan berseri dan bebas dari kedutan awal.

Pencuci wajah untuk kulit berminyak dan rawan jerawat
Simple
Semak Simple Spotless Skin Triple Action Face Wash (150ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit berminyak cenderung jerawat, gunakan produk daripada rangkaian Spotless Skin ini  untuk merawat dan menghilangkan cela serta jerawat pada kulit anda. Diperkaya dengan bahan antibakteria semula jadi seperti Zink, Chamomile dan Phytosphingosine yang digunakan untuk merawat jerawat.

Cirinya yang anti-bakteria yang boleh membantu menghalang daripada pertumbuhan jerawat semula manakala sifat anti-radangnya dapat membantu kulit untuk tidak lebih kemerahan apabila dicuci, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai jerawat kerana ia akan membuatkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak. 

Teksturnya berasaskan gel dan berfungsi untuk pengelupasan. Sesuai untuk kulit berminyak serta dapat menanggalkan sel kulit mati bagi mendedahkan lapisan kulit yang baru dan bersih, bebas dari jerawat dan kesan minyak ekstra.

Untuk kulit kering dan sensitif – tidak merengsa dan iritasi
Simple
Semak Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash (150ml) harga dibawah:

Jika anda mengalami masalah kulit kering dan sensitif seperti gejala ekzema, kemerahan serta tompokan kering sekitar muka, cubalah pencuci muka yang dirumuskan daripada micellar water ini. Ianya sejenis bahan cecair yang diperbuat daripada micelles (bebola molekul minyak kecil) yang digunakan untuk menarik kotoran dan sebum tanpa mengeringkan kulit.

Produk ini bebas daripada bahan kimia seperti pewarna, pewangi dan alkohol, ditambah pula dengan kebaikan micellar water, ianya menjadi pilihan tepat untuk kulit kering dan sensitif. Formula gel yang ringan dengan mineral dan ekstrak tumbuhan, pencuci muka ini dapat meredakan kulit daripada iritasi.

Pencuci wajah sesuai untuk lelaki – fungsi kecilkan pori terbuka
Simple
Semak Simple Vital Vitamin Foaming Cleanser (150ml) harga dibawah:

Tidak dapat dinafikan, kulit lelaki kebanyakannya adalah lebih berminyak berbanding kulit wanita. Hal ini kerana lelaki mempunyai lebih banyak kelenjar minyak dan liang pori yang lebih besar berbanding wanita. Ini menyebabkan mereka menghasilkan dua kali ganda lebih minyak pada kulit berbanding wanita. Oleh sebab itu, kebanyakan lelaki adalah lebih cenderung untuk mempunyai kulit berminyak berbanding kulit kering.

Kulit berminyak yang berlebihan dapat menyumbang kepada masalah liang pori membesar dan akhirnya tersumbat dengan sebum, radikal bebas, kotoran dan minyak lebihan. Pembersih wajah berbusa amat sesuai untuk kulit berminyak kerana ia lembut dan ringan akan menyerap lebihan minyak dan meninggalkan kesan kulit yang lembut.

Vital Vitamin Foaming Cleanser ini mempunyai gabungan khusus ekstrak Chamomile, Pro-Vitamin B5, Calendula, Geranium dan Vitamin E untuk mengekalkan lembapan serta menyumbang kepada keanjalan dan kesihatan kulit.

Pencuci wajah yang dapat mencerahkan kulit
Simple
Semak Simple Clear Skin Oil Balancing Exfoliating Wash (150ml) harga dibawah:

Pencuci wajah Oil Balancing Exfoliaing Wash dari rangkaian Clear Skin ini dapat memberi jawapan jika anda mencari produk yang dapat mencerahkan kulit kusam. Ianya bertindak sebagai pengimbang minyak pada kulit dan amat efektif dalam mencerahkan kulit yang kusam serta gelap.

Kulit kusam boleh terjadi atas banyak sebab, misalnya kulit mati yang tidak discrub, kekurangan lembapan pada kulit wajah, dan pendedahan kulit kepada radikal bebas dan cahaya matahari yang berlebihan.

Pencuci muka ini diperkaya dengan ekstrak Witch Hazel terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu membersihkan kulit secara mendalam serta memberi kesan wajah cerah dan berseri. Lumurkan sahaja keatas wajah, anda akan merasa cebisan dan anda akan dapat menghapuskan sel kulit mati pada wajah dan membantu penghasilan sel kulit baru yang pasti membuatkan kulit anda kelihatan lebih berseri.

Kulit tampil lebih glowing dan berseri sepanjang masa
Simple
Semak Simple Kind To Skin Smoothing Facial Scrub (75ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi campuran dari rice granule
add_circle Mempunyai vitamin E
add_circle Menganjalkan kulit
remove_circle Hanya berfungsi menyingkirkan kotoran saja

Kegunaan skrub adalah seperti biasa iaitu menghapuskan sel-sel kulit mati dan kotoran pada kulit wajah. Oleh itu anda seharusnya memastikan kulit wajah discrub paling kurang sekali seminggu bagi mengelakkan sel kulit mati daripada 'menempel' pada kuit wajah menjadikannya tampak kusam dan tidak bermaya.

Skrub ini bukan sahaja mampu menangggalkan sel kulit mati malah ia mampu mencerahkan kulit wajah anda agar tampil lebih glowing dan bermaya. Terbaik untuk kulit bermasalah seperti kering dan sensitif, skrub ini mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin E dan Rice Granules yang dapat membaikpulih kerosakan pada kulit anda. Tiada lagi masalah kulit kusam dan keletihan, gunakan skrub ini secara konsisten jika inginkan hasil yang ‘lumayan’ buat kulit wajah anda.

Hapuskan sel-sel kulit mati dengan skrub ini
Simple
Semak Simple Clear Skin Oil Balancing Facial Scrub (75ml) harga dibawah:

Skrub ini sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit terlampau berminyak. Pemilihan skrub yang sesuai bagi jenis kulit anda sama pentingnya dengan pemilihan pencuci muka yang sesuai. Skrub ini dapat membantu menanggalkan sel kulit mati dan kotoran lain di wajah anda tak menjadikannya lebih kering atau menambah lembapan yang lebih banyak pada kulit yang boleh menyebabkan kulit lebih berminyak.

Dengan mengandungi bahan-bahan semulajadi yang dijamin tidak akan menyebabkan kulit iritasi atau merengsa, ianya dapat membersih celahan liang pori dan menghalang wajah anda daripada tercemar dengan radikal bebas. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, dalam masa hanya 7 hari sahaja skrub ini dapat mengurangkan cela dan blackheads yang tampil pada kulit wajah anda.

Artikel berkaitan 

End of Article