Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Baru Saja Dilancar, Set Solekan Lengkap Dari Disney ‘Little Mermaid’ Jadi Buruan

Siapa peminat Ariel?

Anda masih ingat dengan ‘Little Mermaid’, watak kartun ikan duyung yang terkenal dengan rambut merahnya dari rangkaian Disney? Ya, cerita ‘Little Mermaid’ sudah pun mencapai usia 30 tahun pada tahun 2019 ini. Sudah tiba masa untuk watak Ariel mengeluarkan rangkaian koleksi solekannya yang tersendiri.

Produksi dari Disney telah pun berkolaborasi dengan syarikat pengeluar rangkaian solekan terbesar di Thailand, UStar Cosmetics bagi menyambut ulangtahun watak Ariel ini dilancarkan. Koleksi The Little Mermaid : Power Pearl Of The Sea terdiri daripada 2 palet pembayang mata dan pipi, 2 krim asas (foundation), 2 gincu double-sided dan eyeliner jenis cecair (liquid) dengan harganya bermula daripada ฿139 sehingga ฿199.

Dengan mengekalkan elemen ‘Under The Sea’, set solekan lengkap ini sangat menarik untuk dimiliki. Menjadikan rona rambut Ariel sebagai panduan, lipstik double-sided daripada set solekan ini juga menggunakan palet rona yang sama iaitu merah pekat.

Sayangnya, set solekan ‘Little Mermaid’ ini hanya boleh di dapati di Watsons seluruh Thailand sahaja. Tetapi bagi anda yang gemarkan travelling, inilah peluang untuk anda bercuti ke negara jiran. Sambil bercuti, jom shopping!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article