Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kenali 8 Susu Kucing Untuk Beri Nutrisi Dan Penjagaan Sempurna Buat Si Bulu

Si comel berbulu gebu dapat membesar dengan kuat dan sihat

Product in this article

Adakah susu biasa baik untuk kucing?

Kebanyakan kucing tidak bertoleransi laktosa yang membuatkan mereka tidak boleh meminum susu lembu biasa dan akan mengalami sakit perut serta menyebabkan masalah penghadaman.

Akan tetapi, susu juga adalah satu sumber cecair yang terbaik sebagai suplemen untuk kucing yang memerlukannya. Antara kucing yang perlukan susu adalah seperti anak kucing yang tidak dapat susu ibunya, kucing yang memerlukan bantuan menaikkan berat badan mahupun kucing tua yang sakit. Jadi bagaimana kita mahu tentukan susu yang terbaik untuk si comel?

Usah khuatir lagi kerana terdapat pelbagai produk susu kucing yang dirumus khas lebih sesuai seperti susu kambing dan susu bebas laktosa untuk memelihara penghadaman si comel manja anda. Ikuti senarai dibawah ini untuk info lebih lanjut tentang produk susu kucing terbaik buat si bulu gebu anda;

TURA Kitty’s Milk Powder

RM 12.50
1. TURA Kitty’s Milk Powder
Susu formula terbaik untuk baby kucing atau kucing yang masih kecil
Updated on 9th August 2020

Susu formula yang bertindak sebagai alternatif makanan ini sesuai diberikan kepada kucing bagi membekalkan zat dan nutrien penting dalam proses tumbesaran tulang dan ototnya. Susu kucing TURA ini adalah penganti makanan yang sangat baik untuk anak kucing mahupun kucing dewasa atau yang masih kecil dan mempunyai masalah kesihatan. 

Diformulasi bebas pengawet dan aditif, TURA menjanjikan nutrien penting yang membantu pertumbuhan kucing serta tidak akan menyebabkan masalah penghadaman. 

Chin-Ji Sterilized Goat Milk (200ml)

RM 7.5
Chin-Ji
2. Chin-Ji Sterilized Goat Milk (200ml)
Susu murah daripada Shopee untuk tumbesaran anak kucing baru lahir
Updated on 9th August 2020

Jika anda memiliki anak kucing yang baru lahir dan tidak dapat cukup susu daripada ibunya, ini mungkin terjadi kerana ibu kucing mengalami bengkak susu di payudara atau anak kucing tidak mempunyai ibu yang boleh disusukan. Maka, susu ini amat sesuai untuk si comel anda.

Dengan mengandungi sumber protein, kalsium, fosforus, Vitamin B2, kalium, lemak tinggi dan rendah laktosa sama seperti susu ibu kucing sendiri yang akan membantu anak kucing anda membesar dengan lebih cepat dan sihat.

PetAg PetLac Kitten Milk Replacement Powder for Kitten & Cat (300G)

RM 60
PetAg
3. PetAg PetLac Kitten Milk Replacement Powder for Kitten & Cat (300G)
Terbaik buat kucing baru lahir atau kucing sakit – nanah, bengkak
Updated on 9th August 2020

Susu ini adalah makanan tambahan untuk anak kucing yang tidak dapat menyusu dengan sempurna mungkin kerana ibunya yang mengalami bengkak susu. Ia diperkaya dengan khasiat yang sama penting dengan susu ibu kucing.

Sesuai dijadikan sebagai suplemen untuk kucing sakit atau tua yang memerlukan ekstra vitamin dan nutrien tambahan. Diformulasi dengan mikoorganisma baik semulajadi, susu ini akan membekalkan vitamin, mineral, asid amino dan nutrisi tambahan serta tidak akan mengganggu sistem pencernaan si manja yang tidak bertoleransi laktosa. 

Bengy Yewmi Cat Milk Powder (350g)

RM 12
Bengy
4. Bengy Yewmi Cat Milk Powder (350g)
Sesuai untuk kucing yang sedang hamil, penjagaan janin lebih sempurna
Updated on 9th August 2020

Sebagaimana badan wanita manusia yang sedang hamil memerlukan nutrien dan vitamin ekstra, sebegitulah juga untuk kucing bunting. Produk susu ini kaya dengan Vitamin B kompleks, mineral, dan kalsium asli untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi, otot dan terhasil bulu berkilauan buat si bulu gebu manja anda. 

Susu ini juga membantu meningkatkan laktat kucing betina untuk meningkatkan pengeluaran susu payudara untuk menjamin anak-anak kucing juga mendapat khasiat susu ibunya yang sihat. 

Midalac Goat’s Milk For Cat And Kitten

RM 12.3
Midalac
5. Midalac Goat’s Milk For Cat And Kitten
Alternatif makanan untuk meningkatkan selera kucing dewasa
Updated on 9th August 2020

Semakin dewasa si comel anda, semakin menyusut kesihatannya berkemungkinan besar disebabkan oleh kurang selera makan atau berpenyakit. Jika dinasihatkan oleh pakar veterinar anda bahawa kucing dewasa anda memerlukan ekstra suplemen daripada susu kambing, produk ini amat sesuai untuk si manja anda. 

Susu kambing adalah pengganti susu yang sesuai untuk diberikan kepada kucing dewasa berbanding susu lembu kerana ianya lebih senang dicerna dan tidak menganggu penghadaman serta tidak akan menyebabkan cirit birit. Diperkaya dengan kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang akan membantu dalam pertumbuhan serta kesihatan badan haiwan kesayangan anda. 

Kit Cat Natural Cat Milk Lactose Free (200ml)

RM 5.5
Kit Cat
6. Kit Cat Natural Cat Milk Lactose Free (200ml)
Susu bebas laktosa untuk kucing jenis baka Anggora
Updated on 9th August 2020

Tahukah anda, kucing baka Anggora amat cerewet dan memilih tentang pemakanan. Jika tersalah memberi makanan atau minuman, kucing berbaka jenis ini akan mengalami keracunan makanan dan alahan yang teruk. Susu daripada Kit Cat ini tidak mengandungi laktosa dan 100% diperbuat daripada bahan semula jadi yang bebas pengawet tambahan dan pewarna tiruan. 

Susu ini juga tidak akan menyebabkan kucing Anggora kesayangan anda mengalami sakit perut, alahan dan cirit birit serta masih dapat menerima khasiat dan nutrien penting dari susu ini. Sesuai untuk kesemua peringkat umur buat si bulu gebu anda.

Ocean Kiss Weight And Muscles Milk

RM 58.5
Ocean Kiss
7. Ocean Kiss Weight And Muscles Milk
Membantu meningkatkan berat badan si manja dengan susu ini
Updated on 9th August 2020

Si manja anda mungkin akan tiba di satu peringkat dimana ianya mengalami penyusutan dalam berat badan. Berikan kucing anda suplemen tambahan yang akan membantu meningkatkan seleranya sambil memberi khasiat dan protein lebih untuk memastikan bahawa berat badan kucing anda bertambah. 

Produk daripada Ocean Kiss ini adalah suplemen nutrisi berkualiti tinggi yang membantu meningkatkan berat badan, membina dan menguatkan otot serta bulu si manja. Ia mengandungi asid amino penting dan juga mengandungi pelbagai asid lemak tepu yang akan merangsang selera makan si kucing anda serta menggalakkan pembentukan tulang yang kuat dan sihat. 

Milky Lac Cat Skim Milk Powder

RM 13.9
Milky Lac
8. Milky Lac Cat Skim Milk Powder
Terbaik untuk mencantikkan kucing berbulu panjang seperti Parsi
Updated on 9th August 2020

Bagi anda yang mempunyai kucing Parsi sebagai haiwan peliharaan, perkara asas perlu diketahui adalah kucing baka jenis ini amat teliti dan memilih tentang jenis makanan mereka. Susu kucing yang biasa mungkin akan membuatkan kucing Parsi anda mengalami sakit perut dan cirit birit. 

Susu formula daripada Milky Lac ini amat sesuai untuk si manja cerewet anda kerana ianya rendah laktosa dan tidak akan menyebabkan sakit perut. Dengan mengandungi kesemua nutrisi asas yang diperlukan, susu ini dapat membantu si comel kekal aktif dan sihat. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article